Parti Sedar Rakyat
Parti Sedar Rakyat | |
---|---|
Pemimpin | Dato' Othman Abdullah |
Pengasas | Dato' Othman Abdullah |
Ditubuhkan | 3 Jun 2018 |
Disahkan | 28 Mei 2019 |
Dibubarkan | tbk |
Digantikan oleh | tbk |
Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 254, SL17, Seksyen 8, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak |
Akhbar | tbk |
Sayap belia | tbk |
Keanggotaan (2023) | 94,970 |
Ideologi | Nasionalisme Liberalisme negeri Hal ehwal infrastruktur negeri Hak bangsa Bumiputera Hak ekonomi Sarawak Hal ehwal Melayu Sarawak Hal ehwal Sabah & Sarawak Pendidikan TVET Hal ehwal pendidikan negeri |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah |
Penggabungan kebangsaan | sekutu parti |
Penggabungan antarabangsa | tbn |
Warna | kuning, puteh, merah |
Dewan Negara : | 0 / 70 |
Dewan Rakyat : | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
DUN : | 0 / 607 |
ss | sssl |
Simbol pilihan raya | |
parti_sedar_raykat_sarawak_flag | |
Bendera parti | |
Fail:Parti sedar raykat sarawak flag | |
Laman sesawang | |
www |
Parti Sedar Rakyat atau SEDAR, sebelum ini dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat Sarawak ialah sebuah parti politik tempatan berhaluan tengah, dan lebih memfokuskan mengenai hal ehwal pembangunan infrastruktur asas negeri, sistem pendidikan negeri, pemerkasaan ekonomi negeri, dan hal ehwal kebajikan masyarakat Bumiputera Sarawak. Parti politik tempatan ini diasaskan pada Jun 2018 oleh Dato' Othman Abdullah[1]. Parti politik ini telah diluluskan pendaftarannya pada 28 Mei 2019 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS)[2]. Namun pada 13 September 2023, parti ini telah mengembangkannya kepada politik kebangsaan dan menamakannya semula kepada Parti Sedar Rakyat dengan membuangkannya perkataan 'Sarawak' daripadanya sebagai sebuah parti politik kebangsaan dan bukan lagi parti politik tempatan Sarawak.
Matlamat utama penubuhan SEDAR
[sunting | sunting sumber]- Melindungi hak dan keistimewaan penuh bangsa Bumiputera Sarawak.
- Melaksanakan pemulihan pembangunan sosioekonomi rakyat di Sarawak.
- Mewujudkan pasaran ekonomi, institusi perbankan, & pelaburan kewangan Sarawak yang lebih stabil, berdaya saing, mampan, dan terus kukuh.
- Mewujudkan budaya politik & perpaduan politik yang adil, sejahtera, saksama, tegas, jujur, ikhlas, amanah, dan bermaruah, khususnya dalam kalangan semua ahli-ahli SEDAR & ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
- Mewujudkan sebuah kerajaan Sarawak baharu yang lebih stabil, kukuh, sejahtera, jujur, amanah, tegas, dan berteraskan kerajaan untuk semua kaum & agama di Sarawak, sepertimana yang diamalkan di negara United Kingdom, Australia, Belanda, dan Korea Selatan.
- Mengembalikan kuasa autonomi pentadbiran & pemerintahan Sarawak, sekaligus dapat diterajui pemerintahannya oleh para pemimpin tempatan dari semua kaum di Sarawak.
- Menghapuskan sepenuhnya budaya politik wang & budaya rasuah di kalangan semua ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
- Menghapuskan sepenuhnya budaya lompat parti di kalangan ahli-ahli SEDAR, termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi SEDAR.
- Melindungi hak kebajikan & kesejahteraan masyarakat Melayu Sarawak.
- Melindungi hak kebajikan khusus yang menyeluruh untuk masyarakat Dayak dan masyarakat Cina di Sarawak.
- Memperjuangkan sepenuhnya hak-hak golongan bangsa Dayak, Orang Ulu, Cina, Punan Bah, Miriek, dan Penan selaras dengan dasar penyatuan seluruh bangsa Malaysia, keharmonian & kesejahteraan masyarakat Sarawak, serta memperkasakan pembangunan komuniti semua kaum dan agama seiring dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Menggalakkan golongan belia di Sarawak untuk menceburi apa-apa bidang, termasuk bidang sains & teknologi, bidang ekonomi, bidang sukan, bidang keusahawanan, dan juga bidang seni & hiburan.
- Anak-anak di Sarawak haruslah didedahkan dengan pendidikan berasaskan teknologi & inovasi, pelaksanaan pendidikan teknikal & vokasional (TVET), pelaksanaan pembelajaran secara maya (digital learning), serta pendidikan berasaskan eksplorasi angkasa lepas & aeroangkasa.
- Melaksanakan pembangunan baharu di Sarawak, termasuklah pembinaan kompleks perumahan mesra rakyat, pembinaan kompleks bandar baharu, serta menaiktaraf lebih banyak infrastruktur asas (bekalan elektrik, bekalan air, jaringan internet 4G & 5G, dan tenaga solar) di seluruh Sarawak.
- Menggalakkan pasaran ekonomi antarabangsa dengan melaksanakan kerjasama penuh antara negara-negara maju dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Penyertaan dalam pilihan raya
[sunting | sunting sumber]SEDAR buat julung-julung kalinya telah menyertai pilihan raya dalam pilihan raya negeri Sarawak 2021. Dalam pilihan raya tersebut, SEDAR telah menghantar 5 orang calon. Kesemua calon tewas dan hilang deposit.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Parti baharu Sarawak SEDAR akan ditubuhkan hari ini 0 2987". Kamek Miak Sarawak. 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ "SEDAR tekad tawan Sarawak PRN12". Utusan Borneo Online. 8 Julai 2019. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ OMAR ZIN (10 Disember 2021). "23 bakal calon Parti Sedar 'lari' gagal hadir penamaan calon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2021.