Pergi ke kandungan

Parti Barisan Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Barisan Pulau Pinang
Penang Front Party
槟城前进党
PresidenPatrick Ooi Khar Giap 黄家业
Secretary GeneralLee Poh Kong 李宝光
Ditubuhkan6 September 2016
Digantikan olehParti Utama Rakyat
Ibu pejabatPerai
Sayap beliaJasper Ooi Zong Han 黄宗汉
IdeologiSemangat Tempatan (fahaman keserantauan/regionalisme)
Slogan"Penang for Penangites"
槟城人的槟城
(Pulau Pinang untuk Orang Pulau Pinang)
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat :
0 / 222
Dewan Undangan Negeri :
0 / 587
Bendera parti
Fail:PFP
Laman sesawang
Parti Barisan Pulau Pinang di Facebook
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Barisan Pulau Pinang (bahasa Inggeris: Penang Front Party, disingkatkan sebagai PFP) ialah sebuah parti politik berpengkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Ia ditubuhkan pada September 2016 oleh Lee Poh Kong yang menjadi pengerusi penaja dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai penasihat[1]. Ia dihidupkan semula oleh seorang ahli perniagaan, Patrick Ooi pada Mei 2017. Sebagaimana namanya, ia memperjuangkan beberapa kerusi di Pulau Pinang ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, tetapi juga menghantar calon di Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur[2]. Walau bagaimanapun, mereka gagal dalam usaha pemilihan mereka yang pertama dengan semua calon mereka kehilangan deposit. Walaupun ia ditubuhkan dengan berpenasihatkan seorang pemimpin UMNO, Barisan Nasional dan UMNO mendakwa tidak mempunyai kaitan dengan parti ini[3].

Calon-calon pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

PRU 2018 - Parlimen

[sunting | sunting sumber]
  1. Batu Kawan, Pulau Pinang - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
  2. Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan - Khairul Husni Othman - Hilang Deposit

PRU 2018 - DUN Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
  1. Sungai Puyu - Ong Yin Yin - Hilang Deposit
  2. Bagan Jermal - Fabian George Albart - Hilang Deposit
  3. Bagan Dalam - Jasper Ooi Zong Han - Hilang Deposit
  4. Berapit - Lee Poh Kong - Hilang Deposit
  5. Padang Lalang - Liew Ee Jin - Hilang Deposit
  6. Perai - Datuk Patrick Ooi Khar Giap - Hilang Deposit
  7. Bukit Tengah - Joseph Edward - Hilang Deposit
  8. Bukit Tambun - Ong Seong Lu - Hilang Deposit
  9. Jawi - Daphne Edward - Hilang Deposit
  10. Datuk Keramat - Nicholas Diane Morgan - Hilang Deposit
  11. Batu Uban - Teoh Kean Liang - Hilang Deposit

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]