Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
Parti Bansa Dayak Sarawak Sarawak Native People's Party | |
---|---|
Singkatan | PBDS |
Presiden | Mejar (B) Moses Ripai (Pemangku) |
Setiausaha agung | Kipli Anak Ayom |
Timbalan Presiden | • Julius Enchana • Dr. Bego Sepop |
Naib Presiden | • Adman Jubang • Sawing Kedit • Emilia Ambrose • Avester Ujan anak Daya • Wen Achat |
Bendahari Agung | Baba Emperan |
Pengasas | Leo Moggie, Daniel Tajem |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
Didahului oleh | Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) |
Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak |
Akhbar | • The Dayak Tribune • Buletin PERKASA • Suara Dayak Media televisyen rasmi: • Astro Awani • Berita RTM • 8TV (Malaysia) • TV3 (Malaysia) • TV Sarawak (TVS) • Malaysiakini (online news) |
Sayap pelajar | Angkatan Belia Muda PBDS |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBDS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBDS |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak asasi bangsa Dayak Kebajikan rakyat Sarawak Demokrasi sosial negeri Reformisme negeri Semangat bangsa Dayak Keadilan hak orang Dayak Kuasa politik Dayak Perjuangan hak negeri Hak golongan belia Hak golongan wanita Hak pembangunan negeri Hak ekonomi Sarawak |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah dan kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Gagasan Anak Sarawak (2018–2022) • Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini) • Perikatan Nasional (2023–kini) |
Warna | Biru, Merah, Kuning |
Slogan | • Agi Idup, Agi Ngelaban (2013–2021) • Dayak Didahulukan (Dayak First) (2022–kini) |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Laman sesawang | |
Laman sesawang[pautan mati] | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook″ |
Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party , singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah & kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.
Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.
Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]
Kini, parti politik ini dipimpin sepenuhnya oleh Bobby William. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PBDSB pada tahun 2019. Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4]. Strategi-strategi pilihanraya PBDS kini beralih haluannya daripada parti politik berhaluan kiri & berfahaman sederhana kepada parti politik berhaluan tengah & kanan dengan fahaman politik yang lebih reformis dan radikal yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan dan norma hidup masyarakat majoriti Dayak, memfokuskan kestabilan kerajaan Malaysia yang lebih adil, bersih, telus dan cepat bertindak, serta mengutamakan pembangunan wilayah, kestabilan ekonomi Sarawak, pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil dan saksama, kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, dan hal ehwal kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) & golongan berpendapatan sederhana (M40) di Sarawak.
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan untuk melindungi hak bangsa Dayak, mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat Dayak, membangunkan negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan stabil, serta menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PBDS dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak utama masyarakat majoriti Dayak di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Kapit pada 31 Oktober 2020.
Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
[sunting | sunting sumber]Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDS
[sunting | sunting sumber]- Presiden:
- Bobby William
- Timbalan Presiden:
- Mejar (B) Moses anak Ripai
- Julius Enchana
- Kipli anak Ayom
- Naib Presiden:
- Adman Jubang
- Dr. Bego Sepop
- Wen Achat
- Emilia Ambrose Muttu
- Sawing Kedit
- Baba Emperan
- Avester Ujan anak Daya
- Setiausaha Agung:
- Sai Malaka
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Ketua Penerangan:
- Andrew Bugie Ipang
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Bendahari Agung:
- Saini Kakong
- Timbalan Bendahari Agung:
- Pengerusi Tetap:
- Mengga Mikui
- Penasihat Undang-Undang:
- Christopher Sawan Jiram
- Pengarah Strategi Pilihanraya:
- Pengarah Strategi Komunikasi:
- Timbalan Pengarah Strategi Komunikasi:
- Setiausaha Organisasi:
- Setiausaha Khas (Keahlian):
- Setiausaha Khas (Biro Aduan Rakyat):
- Setiausaha Khas (Sokongan Komuniti):
- Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
- Allex Kanang
Pergerakan Pemuda PBDS (Pemuda PBDS)
[sunting | sunting sumber]- Ketua Pemuda:
- Robert Sawing
- Timbalan Ketua Pemuda:
- Naib Ketua Pemuda:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Organisasi:
- Ahli-ahli Perwakilan Pemuda:
Pergerakan Wanita PBDS (Wanita PBDS)
[sunting | sunting sumber]- Ketua Wanita:
- Susan George
- Timbalan Ketua Wanita:
- Naib Ketua Wanita:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Organisasi:
- Ahli-ahli Perwakilan Wanita:
Angkatan Belia Muda PBDS
[sunting | sunting sumber]- Pengerusi:
- Timbalan Pengerusi:
- Naib Pengerusi:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Khas (Undi 18):
- Setiausaha Khas (Hal Ehwal Belia):
- Ahli-ahli Perwakilan:
Senarai calon pilihanraya (Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15))
[sunting | sunting sumber]Kawasan parlimen | Nama calon | Parti politik |
---|---|---|
P.209 Julau | Susan George | PBDS |
P.215 Kapit | Robert Saweng | PBDS |
P.218 Sibuti | Bobby William | PBDS |
P.220 Baram | Sawing Kedit | PBDS |
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016
[sunting | sunting sumber]No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Patrick Anak Kuren | 524 | Kalah (Hilang deposit) |
N22 | Kudup | Mark Murau Anak Sumon | 168 | Kalah (Hilang deposit) |
N23 | Bukit Simuja | Cobbold Anak Lusoi | 133 | Kalah (Hilang deposit) |
N30 | Balai Ringin | Pok Anak Ungkut | 90 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Philemon Anak John Edon | 329 | Kalah (Hilang deposit) |
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021
[sunting | sunting sumber]Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Saini anak Kakong | 220 | Kalah (Hilang deposit) |
N31 | Bukit Begunan | Entusa anak Imam | 115 | Kalah (Hilang deposit) |
N49 | Ngemah | Leo anak Bunsu | 354 | Kalah (Hilang deposit) |
N52 | Dudong | Julius Enchana | 893 | Kalah (Hilang deposit) |
N61 | Pelagus | Moses anak Ripai | 76 | Kalah (Hilang deposit) |
N62 | Katibas | Sai anak Malaka | 62 | Kalah (Hilang deposit) |
N63 | Bukit Goram | Robert Saweng | 259 | Kalah (Hilang deposit) |
N66 | Murum | Kenneth Adan Silek | 159 | Kalah (Hilang deposit) |
N70 | Samalaju | Baba anak Emperan | 199 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Bobby William | 511 | Kalah (Hilang deposit) |
N76 | Marudi | Sawing anak Kedit | 124 | Kalah (Hilang deposit) |
General election results
[sunting | sunting sumber]Election | Total seats won | Seats contested | Total votes | Voting Percentage | Outcome of election | Election leader |
---|---|---|---|---|---|---|
1995 | 0 / 192
|
1 | ▬; No representation in Parliament(bn) | Joseph Kurup | ||
1999 | 0 / 193
|
1 | ▬; No representation in Parliament (bn) | Joseph Kurup | ||
2004 | 1 / 219
|
1 | 5,880 | 0.08% | ▲1 seat; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2008 | 1 / 222
|
1 | 0 | 0,00% | ▬; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2013 | 1 / 222
|
1 | 9,467 | 0.09% | ▬; Governing coalition (Barisan Nasional) |
Joseph Kurup |
2018 | 1 / 82
|
11 | 11,783 | 0.10% | ▬; Opposition coalition (Gagasan Anak Sarawak) | Arthur Joseph Kurup |
2022 | 1 / 82
|
19 | 23,877 | 0.15% | ▬; Governing coalition (Gagasan Rakyat Sarawak) | Arthur Joseph Kurup |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
- ^ "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
- ^ https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/
4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882