Gagasan Sejahtera
Gagasan Sejahtera Harmonious Might GAGASAN ݢاݢسن سجهترا | |
---|---|
Singkatan | GS |
Ditubuhkan | 16 Mac 2016 |
Disahkan | - |
Dibubarkan | Juny 2020 |
Didahului oleh | Pakatan Rakyat (PR) Angkatan Perpaduan Ummah (APU) |
Digantikan oleh | Perikatan Nasional (PN) Gerakan Tanah Air (GTA) |
Ibu pejabat | Pasir Puteh Kelantan |
Sayap belia | Pemuda Gagasan Sejahtera |
Keanggotaan |
|
Ideologi | Demokrasi Islam, Perpaduan Negara, Keadilan Sosial, Politik Matang & Sejahtera |
Kedudukan politik | Kanan tengah |
Warna | Hijau |
Slogan | Membina Malaysia Sejahtera" |
Dewan Negara: | 4 / 70 |
Dewan Rakyat: | 18 / 222 |
Dewan Undangan Negeri: | 91 / 576 |
Simbol pilihan raya | |
Laman sesawang | |
gagasansejahtera | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Gagasan Sejahtera (GAGASAN) (Jawi: ݢاݢسن سجهترا) merupakan sebuah gabungan parti-parti politik di Malaysia. Gabungan tersebut pada mulanya dikenali sebagai Blok Kuasa Ketiga pada 16 Mac 2016, terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)[1][2][3]. Pada 13 Ogos 2016, pakatan politik tersebut diumumkan secara rasminya dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.[4][5][6][7]. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) telah menghantar penyertaan pada 23 September 2016 dan diisytiharkan menyertai Gagasan pada 30 September 2017.[8][9][10]
Pendekatan
[sunting | sunting sumber]Pendekatan yang diambil oleh Gagasan Sejahtera ialah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Pendakatan budaya politik ini menjadikan agenda perjuangan serta kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok kepartian tertentu; menyokong kebaikan semua pihak secara matang, serta menolak keburukan mana-mana pihak juga secara matang; politik berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata; politik damai dan diplomasi yang mana pertentangan ideologi perjuangan tidak boleh membawa kepada pertentangan fizikal, pergaduhan dan seumpamanya; dan politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan.
Parti anggota dan rakan strategik
[sunting | sunting sumber]Gagasan Sejahtera dianggotai oleh parti-parti politik iaitu PAS, IKATAN[11] dan BERJASA; serta sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan antaranya 200 NGO di bawah Kongres Rakyat, dan individu perseorangan seperti mantan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim [12] dan menjadi satu gagasan baru kepada landskap politik negara yang menekankan budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya[13].
Bendera | Nama | Ideologi | Pemimpin | kerusi ditandingi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undian (%) | Kerusi | Komposisi | ||||||||
Parti anggota | ||||||||||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islamisme | Abdul Hadi Awang | 155 | 16.642% | 18 / 222
|
18 / 18
| |||
IKATAN | Parti Ikatan Bangsa Malaysia | Demokrasi sosial | Abdul Kadir Sheikh Fadzir | 1 | 0.45% | 0 / 222
|
0 / 18
| |||
BERJASA | Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia | Demokrasi Islam | Zamani bin Ibrahim | 3 | 0.177% | 0 / 222
|
0 / 18
|
Pemuda Gagasan Sejahtera
[sunting | sunting sumber]Selepas setahun PAS dan IKATAN menjalinkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera, pada 18 November 2017 gabungan itu mengumumkan pergerakan sayap pemudanya yang dikenali sebagai Pemuda Gagasan Sejahtera [14] dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/malaysia-s-pas-ikatan/2608018.html
- ^ http://www.theborneopost.com/2016/03/17/pas-announces-pact-with-ikatan/
- ^ http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/16/pas-ikatan-seal-formal-third-force-pact/
- ^ Syed Jaymal Zahiid (13 Ogos 2016). "PAS and Ikatan To Form Gagasan Sejahtera". The Malay Mail.
- ^ Hafiz Marzukhi (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-Ikatan: Blok ketiga diberi nama Gagasan Sejahtera". Astro Awani.
- ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "Kerjasama PAS-IKATAN lahirkan Gagasan Sejahtera". Malaysiakini.
- ^ Shakira Buang (13 Ogos 2016). "PAS now part of 'Gagasan Sejahtera', to wait and see on Bersatu". Malaysiakini.
- ^ AIDCNEWS (23 September 2016). "BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS & Ikatan". Wordpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
- ^ NAZIRAH NASRUN (24 September 2016). "PRU14: Berjasa sertai Gagasan Sejahtera". Harakah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-29.
- ^ ISMA WEB (2 Oktober 2016). "Hanya Gagasan Sejahtera, parti lain belum: Takiyudin". themalaysianmirror.com.
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/352159
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 2018-04-18.
- ^ https://berita.pas.org.my/gagasan-sejahtera-pengisytiharan-nama-pendekatan-dan-teras-perjuangan/
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/402474