Pergi ke kandungan

Parti Harapan Rakyat Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Harapan Rakyat Sabah
PresidenLajim Ukin
(2016-2019)
Liew Yun Fah
(2020-kini)
PengasasLajim Ukin
Ditubuhkan25 Oktober 2016; September 2020
(penubuhan semula)
DisahkanOktober 2020
Dibubarkan2019
(pembubaran sementara)
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
Keanggotaan90,000
(sejak 2022)
IdeologiKeadilan sosial, Nasionalisme Sabah
Penggabungan serantau GRS
(anggota sejak 2023)
WarnaBiru, Merah, Putih
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
1 / 79
Simbol pilihan raya

Parti Harapan Rakyat Sabah (singkatan: Harapan Rakyat) atau Sabah People's Hope Party ialah sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober 2016. [1] [2] Parti ini adalah anggota rasmi dan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 5 April 2023.[3] Parti Harapan Rakyat Sabah diterajui Presiden iaitu Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) dan Timbalan Presiden ialah YB Datuk Rina Haji Jainal.

Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) merupakan Pengerusi DESA (Sabah) tahun 2023 yang merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjalankan perniagaan agro makanan dan tenusu. Beliau merupakan aktivis politik yang pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2004.

YB Datuk Rina Haji Jainal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.70 Kukusan dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah. Seorang aktivis politik yang sentiasa prihatin dan peka terhadap isu-isu rakyat. Telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 DUN Ke-16 bagi kerusi N70 Kukusan dengan logo Parti Warisan Sabah. Jumlah undi 2,834 dan majoriti 10.

Parti ini menumpukan gerak kerja utama di kawasan Pantai Timur Sabah dengan mengkhususkan tiga daerah iaitu Tawau, Kalabakan dan Lahad Datu. Matlamat Parti Harapan Rakyat Sabah adalah membantu rakyat menangani isu semasa dan berjuang demi kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Sejarah Penubuhan dan Politik Lalu

[sunting | sunting sumber]

Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) pada mulanya ditubuhkan pada tahun 2016. Parti diasaskan oleh golongan pro Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR Sabah. Lajim Ukin merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan semasa hayat beliau. Harapan Rakyat bertanding dalam PRU14 bersama dalam Gabungan Sabah yang terdiri dari gabungan parti tempatan lain seperti Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). Gabungan Sabah berjaya mendapat 2 kerusi DUN Sabah dalam PRU14 seterusnya membentuk gabungan bersama BN pada 2018 tetapi hanya bertahan selama 2 hari kesan beberapa orang ADUN daripada BN menyokong Warisan.

Pada 17 Februari 2019, parti ini khabarnya dibubarkan dan semua 64000 ahlinya yang dipimpin oleh Almarhum Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan menyertai Bersatu (PPBM) iaitu komponen Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, pada 3 Ogos 2019, parti ini dikekalkan oleh sebilangan ahli majlis tertinggi melalui Persidangan Agung Perwakilan Khas. Ahli Majlis Tertinggi membuat pemilihan dan Brigade Jeneral (B) Tan Sri Liew Yun Fah (JP) telah dipilih sebagai Presiden parti dan pada tahun 2020.

Almarhum Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin telah meletak jawatan sebelum Persidangan Agung Perwakilan Khas tersebut dan keluar dari Parti Harapan Rakyat Sabah untuk menyertai perjuangan Nasional seterusnya mengemudi Unit Strategi dan Pilihanraya BERSATU Negeri Sabah sebagai Pengarah sebelum meninggal dunia pada tahun 2021 akibat Covid-19. YB Datuk Maijol Mahap selaku Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat juga turut meletakkan jawatan, meninggalkan Liew seorang diri untuk meneruskan agenda parti itu.

Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, parti ini menghantar calon, antaranya Brigade Jeneral (B) Tan Sri Liew Yun Fah (JP) di N72 Merotai, Arifin Kassim di N72 Balung, Yapp Yin Hoau di N69 Seri Tanjung dan Wong Jin Soon di N70 Kukusan[4]. Pada tahun 2022, parti ini diterima sebagai komponen baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ditunjangi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).

Wakil rakyat

[sunting | sunting sumber]
Negeri Bil. Kawasan negeri Ahli Parti
Sabah N70 Kukusan Rina Jainal Harapan Rakyat
Jumlah Sabah (1)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Parti Harapan Rakyat Sabah didaftar
  2. ^ Lajim Ukin presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
  3. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  4. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619433/prn-sabah-yun-fah-kembali-bertanding

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]