Parti Reformasi Insan Malaysia
Parti Reformasi Insan Malaysia | |
---|---|
Pemimpin | (Setiausaha Agung Penaja) P. Uthayakumar |
Ditubuhkan | Disember 1999 |
Ibu pejabat | Suite 8-10-5A, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku off Jalan Riong, Bangsar, 59100 KUALA LUMPUR. Tel: 03-22825241 |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Parti Reformasi Insan Malaysia (PRIM) atau Malaysian Peoples Reform Party adalah parti politik yang ditubuhkan oleh P. Uthayakumar, seorang aktivis dan peguam hak asasi manusia yang meninggalkan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) sebelum Pilihan raya umum Malaysia 1999 kerana mendakwa parti itu mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan calon keturunan India.[1] PRIM telah dikemukakan pendaftarannya dengan P. Uthayakumar sebagai Setiusaha Agung Penajanya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember 1999 namun tidak pernah diluluskan. PRIM mendapat sokongan golongan berpendapatan rendah, kelas pekerja dan profesional kaum India ditubuhkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India di Malaysia. Ia menjurus kepada memperjuangkan penindasan dan peminggiran kaum India, ketidak-adilan pasukan Polis terutama kes melibatkan tahanan India, perobohan kuil Hindu dan lain-lain diskriminasi kaum India. Gerakan perjuangan PRIM dan pemimpin aktivisnya P. Uthayakumar membawa kepada tertubuhnya Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) serta tercetusnya perhimpunan bantahan besar-besaran HINDRAF pada 25 November 2007. HINDRAF akhirnya diharamkan dan 4 pemimpinnya termasuk P. Uthayakumar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). P. Uthayakumar selepas dibebaskan telah menubuhkan dan mendaftarkan sebuah parti politik baru Parti Hak Asasi Manusia (HRF) pada 19 July 2009.[2] [3][4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- MINDRAF: Does Malaysia Need Another Sectarian Political Party?, By Farish A. Noor PDF Fail Diarkibkan 2012-03-11 di Wayback Machine
- Malaysia: Yet Another Indian Political Party, By C.S. Kuppuswamy, 22 May 2009, Paper no. 3208, South Asia Analysis Group
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ PRIM HAS NO PLANS TO CONTEST UPCOMING GENERAL ELECTIONS, 17 Feb 2004, Bernama
- ^ ANNOUNCEMENT OF HUMAN RIGHTS PARTY (HRP), MALAYSIA.
- ^ "Hindraf's Uthayakumar launches new political party, by WANI MUTHIAH, Sunday July 19, 2009, The Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-23. Dicapai pada 2021-10-04.
- ^ Bekas pemimpin Hindraf tubuh parti Hak Asasi Manusia, by Hariz, Monday, 20 July 2009, Malaysia Today