Parti Bansa Dayak Sarawak Baru
Parti Bansa Dayak Sarawak Sarawak Native People's Party | |
---|---|
Singkatan | PBDS |
Presiden | Bobby William |
Setiausaha agung | Sai Malaka |
Timbalan Presiden | • Mejar (B) Moses Ripai • Julius Enchana • Kipli anak Ayom |
Naib Presiden | • Adman Jubang • Dr. Bego Sepop • Baba Emperan • Sawing Kedit • Emilia Ambrose • Avester Ujan anak Daya • Wen Achat |
Bendahari Agung | Saini Kakong |
Pengasas | Leo Moggie, Daniel Tajem |
Ditubuhkan | 28 Ogos 2013 |
Didahului oleh | Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) |
Ibu pejabat | Tingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak |
Akhbar | • The Dayak Tribune • Buletin PERKASA • Suara Dayak Media televisyen rasmi: • Astro Awani • Berita RTM • 8TV (Malaysia) • TV3 (Malaysia) • TV Sarawak (TVS) • Malaysiakini (online news) |
Sayap pelajar | Angkatan Belia Muda PBDS |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PBDS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBDS |
Keanggotaan | 48,500 (November 2022) |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Hak asasi bangsa Dayak Kebajikan rakyat Sarawak Demokrasi sosial negeri Reformisme negeri Semangat bangsa Dayak Keadilan hak orang Dayak Kuasa politik Dayak Perjuangan hak negeri Hak golongan belia Hak golongan wanita Hak pembangunan negeri Hak ekonomi Sarawak |
Kedudukan politik | Berhaluan tengah dan kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Gagasan Anak Sarawak (2018–2022) • Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini) • Perikatan Nasional (2023–kini) |
Warna | Biru, Merah, Kuning |
Slogan | • Agi Idup, Agi Ngelaban (2013–2021) • Dayak Didahulukan (Dayak First) (2022–kini) |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 0 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Bendera parti | |
(Bendera interim PBDS) | |
Laman sesawang | |
Laman sesawang[pautan mati] | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook″ |
Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party , singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah & kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.
Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.
Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]
Kini, parti politik ini dipimpin sepenuhnya oleh Bobby William. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PBDSB pada tahun 2019. Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4]. Strategi-strategi pilihanraya PBDS kini beralih haluannya daripada parti politik berhaluan kiri & berfahaman sederhana kepada parti politik berhaluan tengah & kanan dengan fahaman politik yang lebih reformis dan radikal yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan dan norma hidup masyarakat majoriti Dayak, memfokuskan kestabilan kerajaan Malaysia yang lebih adil, bersih, telus dan cepat bertindak, serta mengutamakan pembangunan wilayah, kestabilan ekonomi Sarawak, pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil dan saksama, kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, dan hal ehwal kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) & golongan berpendapatan sederhana (M40) di Sarawak. Parti politik ini mendapat sebahagian besar pengaruh ideologinya daripada Parti Demokratik Korea Selatan (DPK) dan Parti Buruh Australia (ALP).
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan untuk melindungi hak bangsa Dayak, mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat Dayak, membangunkan negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan stabil, serta menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PBDS dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak utama masyarakat majoriti Dayak di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Kapit pada 31 Oktober 2020.
Strategi-strategi pilihanraya PERKASA
- Semua calon parti politik, ahli-ahli parti dan semua jentera parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), sentiasa harus mengamalkan pendekatan yang lebih berhemah, lebih cekap dan sentiasa efektif semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) mahupun kempen pilihanraya negeri yang akan datang. Ini kerana semua calon bagi setiap parti politik, perlu berkempen secara berhemah, lebih berkesan, dan sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Menggunapakai strategi "perang saraf", dengan mengadakan lebih banyak kempen turun padang bertemu masyarakat komuniti di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Selain itu, program para pemimpin bertemu rakyat, program jelajah kembara kempen pilihanraya oleh semua ahli-ahli parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), mengagihkan risalah-risalah umum di kawasan rumah-rumah ibadat masing-masing, serta melaksanakan program khas membantu golongan miskin tegar & golongan B40 juga akan diperluaskan secara menyeluruh di seluruh kawasan DUN dan kawasan Parlimen masing-masing di Sarawak.
- Melaksanakan pemberian buku manifesto rakyat PERKASA, risalah-risalah parti PBDS, akhbar rasmi parti PBDS, serta merchandises rasmi PBDS, ke rumah-rumah di seluruh kawasan kediaman & kawasan perumahan rakyat di Sarawak. Ini juga akan diperluaskan ke semua kawasan kedai komersial di Sarawak.
- Melalui kaedah pengumuman semua akujanji & manifesto utama dari semua calon-calon pilihanraya, menerusi laman web rasmi parti PBDS, menerusi saluran-saluran televisyen (RTM (TV1, TV2, TV Okey, dan Berita RTM) dan Media Prima (TV3, 8TV, dan TV9)), TVS, Astro Awani, Mediacorp Channel 5 dan Mediacorp Suria, saluran-saluran radio kerajaan & swasta, Facebook, Twitter, Instagram, Google Meet, aplikasi ZOOM, dan aplikasi 17LIVE.
Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDS
- Presiden:
- Bobby William
- Timbalan Presiden:
- Mejar (B) Moses anak Ripai
- Julius Enchana
- Kipli anak Ayom
- Naib Presiden:
- Adman Jubang
- Dr. Bego Sepop
- Wen Achat
- Emilia Ambrose Muttu
- Sawing Kedit
- Baba Emperan
- Avester Ujan anak Daya
- Setiausaha Agung:
- Sai Malaka
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Ketua Penerangan:
- Andrew Bugie Ipang
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Bendahari Agung:
- Saini Kakong
- Timbalan Bendahari Agung:
- Pengerusi Tetap:
- Mengga Mikui
- Penasihat Undang-Undang:
- Christopher Sawan Jiram
- Pengarah Strategi Pilihanraya:
- Pengarah Strategi Komunikasi:
- Timbalan Pengarah Strategi Komunikasi:
- Setiausaha Organisasi:
- Setiausaha Khas (Keahlian):
- Setiausaha Khas (Biro Aduan Rakyat):
- Setiausaha Khas (Sokongan Komuniti):
- Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
- Allex Kanang
Pergerakan Pemuda PBDS (Pemuda PBDS)
- Ketua Pemuda:
- Robert Sawing
- Timbalan Ketua Pemuda:
- Naib Ketua Pemuda:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Organisasi:
- Ahli-ahli Perwakilan Pemuda:
Pergerakan Wanita PBDS (Wanita PBDS)
- Ketua Wanita:
- Susan George
- Timbalan Ketua Wanita:
- Naib Ketua Wanita:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Organisasi:
- Ahli-ahli Perwakilan Wanita:
Angkatan Belia Muda PBDS
- Pengerusi:
- Timbalan Pengerusi:
- Naib Pengerusi:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ketua Khas (Komunikasi & Media):
- Setiausaha Khas (Undi 18):
- Setiausaha Khas (Hal Ehwal Belia):
- Ahli-ahli Perwakilan:
Senarai calon pilihanraya (Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15))
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengesahkan akan bertanding sebanyak 4 buah kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.
Kawasan parlimen | Nama calon | Parti politik |
---|---|---|
P.209 Julau | Susan George | PBDS |
P.215 Kapit | Robert Saweng | PBDS |
P.218 Sibuti | Bobby William | PBDS |
P.220 Baram | Sawing Kedit | PBDS |
Senarai penuh Ketua Perwakilan PBDS
Berikut adalah senarai penuh Ketua Perwakilan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), berdasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Kawasan DUN | Ketua Perwakilan | Alamat ibu pejabat |
---|---|---|
N.01 Opar | ||
N.02 Tasik Biru | ||
N.05 Demak Laut | ||
N.06 Tupong | ||
N.07 Samariang | ||
N.08 Satok | ||
N.09 Padungan | ||
N.10 Pending | ||
N.11 Batu Lintang | ||
N.12 Kota Sentosa | ||
N.13 Batu Kitang | ||
N.14 Batu Kawah | ||
N.15 Asajaya | ||
N.16 Muara Tuang | ||
N.17 Stakan | ||
N.18 Serembu | ||
N.19 Mambong | ||
N.20 Tarat | ||
N.21 Tebedu | ||
N.22 Kedup | ||
N.23 Bukit Semuja | ||
N.25 Simunjan | ||
N.26 Gedong | ||
N.27 Sebuyau | ||
N.28 Lingga | ||
N.30 Balai Ringin | ||
N.31 Bukit Begunan | ||
N.32 Simanggang | ||
N.33 Engkilili | ||
N.34 Batang Ai | ||
N.35 Saribas | ||
N.36 Layar | ||
N.37 Bukit Saban | ||
N.38 Kalaka | ||
N.39 Krian | ||
N.41 Kuala Rajang | ||
N.42 Semop | ||
N.43 Daro | ||
N.44 Jemoreng | ||
N.45 Repok | ||
N.46 Meradong | ||
N.47 Pakan | ||
N.48 Meluan | ||
N.49 Ngemah | ||
N.50 Machan | ||
N.51 Bukit Assek | ||
N.52 Dudong | ||
N.53 Bawang Assan | ||
N.54 Pelawan | ||
N.55 Nangka | ||
N.56 Dalat | ||
N.57 Tellian | ||
N.58 Balingian | ||
N.59 Tamin | ||
N.60 Kakus | ||
N.61 Pelagus | ||
N.62 Katibas | ||
N.63 Bukit Goram | ||
N.64 Baleh | ||
N.65 Belaga | ||
N.66 Murum | ||
N.67 Jepak | ||
N.68 Tanjong Batu | ||
N.69 Kemena | ||
N.70 Samalaju | ||
N.71 Bekenu | ||
N.72 Lambir | ||
N.73 Piasau | ||
N.74 Pujut | ||
N.75 Senadin | ||
N.76 Marudi | ||
N.77 Telang Usan | ||
N.78 Mulu | ||
N.79 Bukit Kota | ||
N.80 Batu Danau | ||
N.81 Ba'kelalan |
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016
No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Patrick Anak Kuren | 524 | Kalah (Hilang deposit) |
N22 | Kudup | Mark Murau Anak Sumon | 168 | Kalah (Hilang deposit) |
N23 | Bukit Simuja | Cobbold Anak Lusoi | 133 | Kalah (Hilang deposit) |
N30 | Balai Ringin | Pok Anak Ungkut | 90 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Philemon Anak John Edon | 329 | Kalah (Hilang deposit) |
Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021
Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
No. | DUN | Calon | Jumlah undi | Keputusan |
---|---|---|---|---|
N1 | Opar | Saini anak Kakong | 220 | Kalah (Hilang deposit) |
N31 | Bukit Begunan | Entusa anak Imam | 115 | Kalah (Hilang deposit) |
N49 | Ngemah | Leo anak Bunsu | 354 | Kalah (Hilang deposit) |
N52 | Dudong | Julius Enchana | 893 | Kalah (Hilang deposit) |
N61 | Pelagus | Moses anak Ripai | 76 | Kalah (Hilang deposit) |
N62 | Katibas | Sai anak Malaka | 62 | Kalah (Hilang deposit) |
N63 | Bukit Goram | Robert Saweng | 259 | Kalah (Hilang deposit) |
N66 | Murum | Kenneth Adan Silek | 159 | Kalah (Hilang deposit) |
N70 | Samalaju | Baba anak Emperan | 199 | Kalah (Hilang deposit) |
N75 | Senadin | Bobby William | 511 | Kalah (Hilang deposit) |
N76 | Marudi | Sawing anak Kedit | 124 | Kalah (Hilang deposit) |
Lihat juga
Rujukan
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
- ^ "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
- ^ https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/
4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882