Pergi ke kandungan

Parti Bansa Dayak Sarawak Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5708108 pada 15:31, 8 November 2022 oleh WestHamFC91 (bincang | sumb.) (Added links, new edits, grammar words)
Parti Bansa Dayak Sarawak
Sarawak Native People's Party
SingkatanPBDS
PresidenBobby William
Setiausaha agungSai Malaka
Timbalan Presiden• Mejar (B) Moses Ripai
• Julius Enchana
• Kipli anak Ayom
Naib Presiden• Adman Jubang
• Dr. Bego Sepop
• Baba Emperan
• Sawing Kedit
• Emilia Ambrose
• Avester Ujan anak Daya
• Wen Achat
Bendahari AgungSaini Kakong
PengasasLeo Moggie, Daniel Tajem
Ditubuhkan28 Ogos 2013
Didahului olehParti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)
Ibu pejabatTingkat 1, Lot 1192, S/L 5855, Sibu Jaya New Township, 96000, Sibu, Sarawak
Akhbar• The Dayak Tribune
• Buletin PERKASA
• Suara Dayak
Media televisyen rasmi:
Astro Awani
Berita RTM
8TV (Malaysia)
TV3 (Malaysia)
TV Sarawak (TVS)
Malaysiakini (online news)
Sayap pelajarAngkatan Belia Muda PBDS
Sayap beliaPergerakan Pemuda PBDS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBDS
Keanggotaan548,890 (Oktober 2022)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Hak asasi bangsa Dayak
Kebajikan rakyat Sarawak
Demokrasi sosial negeri
Reformisme negeri
Semangat bangsa Dayak
Keadilan hak orang Dayak
Kuasa politik Dayak
Perjuangan hak negeri
Hak golongan belia
Hak golongan wanita
Hak pembangunan negeri
Hak ekonomi Sarawak
Kedudukan politikBerhaluan tengah dan kanan
Penggabungan kebangsaan• Gagasan Anak Sarawak (2018–2022)
Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini)
WarnaBiru, Merah, Kuning
SloganAgi Idup, Agi Ngelaban (2013–2021)
Dayak Didahulukan (Dayak First) (2022–kini)
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
0 / 82
Premier Sarawak:
0 / 1
(hanya di Sarawak)
Laman sesawang
Laman sesawang[pautan mati]
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru di Facebook

Parti Bansa Dayak Sarawak (bahasa Inggeris: New Sarawak Native People's Party, singkatan PBDS, atau dulu dikenali sebagai PBDS Baru) merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah & kanan yang berpangkalan di Sibu, Sarawak. Ia merupakan sebuah parti politik tempatan yang diaktifkan semula serta diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas 9 tahun dibubarkan. Sepanjang tempoh pembubaran parti lamanya, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), terdapat 2 buah parti politik tempatan yang didominasi oleh kaum Dayak, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang pernah wujud pada awal 2000-an tetapi gagal didaftarkan oleh RoS atas sebab isu sensitiviti yang melibatkan seluruh masyarakat Dayak.

Perebutan jawatan dalaman Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) antara Datuk Seri Daniel Tajem yang sepatutnya mengambil alih kepimpinan parti itu tapi telah dibantahi dan dipertikaikan, dan bekas Ketua Penerangan PBDS, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing telah mengakibatkan parti PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dibubarkan sebanyak 2 kali pada 5 Disember 2003 dan 21 Oktober 2004. Manakala pendaftaran bagi Kongres Dayak Malaysia (MDC) yang telah dikemukakan pada 6 Mei 2005 pula telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui suratnya bertarikh 9 April 2008 berhubung keputusan ROS pada 19 Julai 2006 yang menolak permohonan MDC untuk didaftarkan sebagai parti politik atas sebab "keselamatan dan ketenteraman awam" di bawah Artikel 7 Akta Pertubuhan. Anggota jawatankuasa penaja MDC Walau bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada KDN pada 12 Ogos 2006 berhubung keputusan ROS itu namun rayuan pendaftaran barunya masih belum diluluskan sehingga kini.

Kelengahan dan keengganan ROS meluluskan pendaftaran MDC telah membuntukan usaha jawatankuasa penaja parti baru itu yang memutuskan untuk tidak merujuk masalah mereka kepada penghakiman di mahkamah dan hanya dapat menyerahkan nasib masa depan parti baru mereka yang belum dapat didaftarkan kepada ROS. Usaha baru juga dilakukan bagi mendaftarkan semula Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru). Parti ini sah didaftarkan pada 28 Ogos 2013. Pada 2020, Resolusi Kapit telah diadakan dan mencadangkan agar nama parti ini dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak. Usul ini telah dipersetujui semasa TDC 2022. Pada September 2022, ROS telah meluluskan pendaftaran parti sebagai PBDS Dan logo parti menggunakan logo asal 1983 ~ 2004. [1] PBDS Baru pernah bertanding di lima (5) kerusi majoriti etnik Dayak di dalam Pilihan raya negeri Sarawak 2016.[2][3]

Kini, parti politik ini dipimpin sepenuhnya oleh Bobby William. Beliau telah dipilih menjadi Presiden PBDSB pada tahun 2019. Pada 27 September 2022, Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secara rasminya meluluskan pendaftaran nama parti baharu PBDSB, dengan menggunakan nama asal parti iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)[4]. Strategi-strategi pilihanraya PBDS kini beralih haluannya daripada parti politik berhaluan kiri & berfahaman sederhana kepada parti politik berhaluan tengah & kanan dengan fahaman politik yang lebih reformis dan radikal yang mengutamakan keadilan, kesejahteraan dan norma hidup masyarakat majoriti Dayak, memfokuskan kestabilan kerajaan Malaysia yang lebih adil, bersih, telus dan cepat bertindak, serta mengutamakan pembangunan wilayah, kestabilan ekonomi Sarawak, pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih adil dan saksama, kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, dan hal ehwal kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) & golongan berpendapatan sederhana (M40) di Sarawak. Parti politik ini mendapat sebahagian besar pengaruh ideologinya daripada Parti Demokratik Korea Selatan (DPK) dan Parti Buruh Australia (ALP).

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ditubuhkan untuk melindungi hak bangsa Dayak, mengutamakan kesejahteraan sosial masyarakat Dayak, membangunkan negeri Sarawak ke tahap yang lebih baik dan stabil, serta menghormati dan memperjuangkan hak Sarawak, selaras dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PBDS dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak utama masyarakat majoriti Dayak di Sarawak, seperti yang dinyatakan dalam Resolusi Kapit pada 31 Oktober 2020.

Strategi-strategi pilihanraya PERKASA

  • Semua calon parti politik, ahli-ahli parti dan semua jentera parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), sentiasa harus mengamalkan pendekatan yang lebih berhemah, lebih cekap dan sentiasa efektif semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) mahupun kempen pilihanraya negeri yang akan datang. Ini kerana semua calon bagi setiap parti politik, perlu berkempen secara berhemah, lebih berkesan, dan sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • Menggunapakai strategi "perang saraf", dengan mengadakan lebih banyak kempen turun padang bertemu masyarakat komuniti di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Selain itu, program para pemimpin bertemu rakyat, program jelajah kembara kempen pilihanraya oleh semua ahli-ahli parti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), mengagihkan risalah-risalah umum di kawasan rumah-rumah ibadat masing-masing, serta melaksanakan program khas membantu golongan miskin tegar & golongan B40 juga akan diperluaskan secara menyeluruh di seluruh kawasan DUN dan kawasan Parlimen masing-masing di Sarawak.
  • Melaksanakan pemberian buku manifesto rakyat PERKASA, risalah-risalah parti PBDS, akhbar rasmi parti PBDS, serta merchandises rasmi PBDS, ke rumah-rumah di seluruh kawasan kediaman & kawasan perumahan rakyat di Sarawak. Ini juga akan diperluaskan ke semua kawasan kedai komersial di Sarawak.
  • Melalui kaedah pengumuman semua akujanji & manifesto utama dari semua calon-calon pilihanraya, menerusi laman web rasmi parti PBDS, menerusi saluran-saluran televisyen (RTM (TV1, TV2, TV Okey, dan Berita RTM) dan Media Prima (TV3, 8TV, dan TV9)), TVS, Astro Awani, Mediacorp Channel 5 dan Mediacorp Suria, saluran-saluran radio kerajaan & swasta, Facebook, Twitter, Instagram, Google Meet, aplikasi ZOOM, dan aplikasi 17LIVE.

Manifesto utama Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)

Tema manifesto Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) adalah "Dayak Diutamakan, Sarawak Sejahtera". Berikut adalah senarai ikrar PBDS yang harus dilaksanakan sepenuhnya oleh semua pihak atau calon pilihanraya Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) kepada seluruh masyarakat majoriti Dayak di Sarawak:

  • Mengutamakan perpaduan dan keharmonian semua kaum di Sarawak.
  • Menghormati hak-hak budaya, adat tradisi, kepercayaan, agama, dan kaum masing-masing di Sarawak.
  • Mewartakan sepenuhnya agama Kristian sebagai agama rasmi wilayah Sarawak, namun hak kebebasan beragama bagi agama-agama lain seperti Buddha, Islam, Taoisme, Sikh, Hindu, dan Bahai adalah masih boleh diamalkan & dianuti di seluruh wilayah Sarawak.
  • Memartabatkan serta memperkukuhkan lagi penggunaan menyeluruh Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Iban di kalangan majoriti penduduk di Sarawak.
  • Menggalakkan anak-anak Sarawak untuk mempelajari secara menyeluruh tentang sejarah berkaitan pembentukan kerajaan Sarawak, sejarah kemerdekaan Sarawak, sejarah asal usul bangsa Dayak, sejarah berkaitan usaha dan sumbangan pemimpin terdahulu yang berjaya memerdekakan Sarawak, serta mengenai adat tradisi, kepercayaan kaum dan warisan seni budaya pelbagai kaum di Sarawak.
  • Mewartakan kuasa tadbir utama kerajaan Sarawak, dengan melantik seseorang bekas pemimpin Dayak atau veteran politik Dayak sebagai Gabenor Sarawak yang baharu. Pada masa yang sama, Premier Sarawak, Timbalan Premier Sarawak, dan Ketua Setiausaha Kerajaan Sarawak yang baharu juga akan dilantik dari semua kalangan ahli politik Dayak.
  • Melantik mana-mana ahli politik dari PBDS dan PSB, semua para pemimpin belia, ataupun semua golongan professional dari Sarawak yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dan matang berpolitik untuk memegang jawatan:
  • Pada masa yang sama juga, sebanyak 30% jawatan timbalan menteri dan ahli senator akan dipegang dan diambilalih sepenuhnya oleh ahli-ahli politik tempatan, para pemimpin wanita, serta para pemimpin belia dari Sarawak, selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas, cepat bertindak, berintegriti, tegas, dan bermaruah tinggi dalam kalangan semua ahli parti PBDS, anggota-anggota majlis perwakilan PBDS, calon-calon pilihanraya, serta para pemimpin tempatan Sarawak yang lain.
  • Mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan baharu Sarawak yang lebih baik, stabil, adil, sejahtera, jujur, ikhlas, amanah, berintegriti, dan cepat bertindak.
  • Melaksanakan penubuhan Mahkamah Tinggi Borneo (High Court of Borneo), Mahkamah Peribumi Sarawak (Sarawak Natives Court), dan Mahkamah Keadilan Sarawak (Sarawak Justice Court), dengan tujuan untuk menegakkan keadilan serta mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Melaksanakan kuasa autonomi pemerintahan & pentadbiran negeri Sarawak, dengan mengutamakan golongan peribumi Dayak sebagai keutamaan dalam perkhidmatan awam kerajaan Sarawak.
  • Membangunkan dua projek mega pembinaan menara ikonik di Sarawak, iaitu Menara KENYALANG 60 (menara ikonik setinggi 60 tingkat di Kuching, sebagai sumbangan memperingati hari kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963), dan Menara Warisan Miri (menara ikonik setinggi 42 tingkat di Miri, sebagai penghargaan sempena 42 tahun status Miri diangkat sebagai bandar raya pada 6 November 1981).
  • Mengutamakan transformasi pembangunan baharu Kompleks Wisma Dayak di Jalan Satok, Kuching, Sarawak. Transformasi pembangunan kompleks ini merangkumi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), ibu pejabat baharu Dayak Cultural Association (DCA), ibu pejabat baharu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), sebuah restoran Dayak yang baharu, sebuah kedai butik pakaian tradisi Dayak, sebuah kedai barangan produk Dayak, dan sebuah auditorium besar yang bertaraf antarabangsa.
  • Mengutamakan keamanan wilayah dan keseimbangan politik Sarawak secara menyeluruh, bagi mengelakkan berlakunya sebarang krisis politik yang berpanjangan.
  • Mengutamakan kesejahteraan sosial dan kebajikan rakyat secara menyeluruh, agar seluruh rakyat Sarawak dapat menikmati lebih banyak bantuan dan peruntukan khusus yang dilaksanakan secara adil dan sejahtera, tanpa sebarang unsur pilih kasih dan ketidakadilan yang melampaui batas.
  • Melaksanakan penggabungan empat pihak berkuasa bekalan air utama negeri (Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU)), sekaligus disatukan di bawah satu entiti baharu yang akan dikenali sebagai Lembaga Air Sarawak (Sarawak Water Board (SWB)).
  • Mewujudkan lebih banyak perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Singapura, kerajaan Australia, dan kerajaan United Kingdom bagi memperkukuhkan pembangunan wilayah secara menyeluruh, khususnya dalam bidang ekonomi, sektor pembangunan sumber tenaga alternatif, bidang komunikasi & multimedia, bidang inovasi & kejuruteraan moden, pembangunan sumber manusia & pekerjaan, kelestarian alam sekitar & biodiversiti, bidang keusahawanan & perniagaan, bidang pelancongan, sektor kesenian & kebudayaan, bidang pertanian & komoditi asas, bidang pendidikan & pengajian tinggi, bidang sukan, serta dalam bidang keselamatan & pertahanan wilayah.
  • Mengutamakan pembangunan projek kenderaan elektrik, transformasi menyeluruh pembangunan projek Kuching Urban Transportation System (KUTS), pelaksanaan penuh projek Autonomous Rail Transit (ART) yang menghubungkan Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Serian dan Simanggang, mempertingkatkan penggunaan bas hidrogen (hydrogen bus) di Sarawak, serta mempercepatkan pembinaan, penyelenggaraan & proses baikpulih projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, projek Jalan Raya Pesisir Sarawak (Sarawak Coastal Link Road), dan Sarawak Sabah Link Road (SSLR).
  • Memfokuskan pembangunan penyelenggaraan semula bangunan muzium, bangunan bersejarah, tugu peringatan, dan artifak-artifak bersejarah yang sudah lama atau rapuh.
  • Melaksanakan pembangunan projek mega Sunway City Kuching. Dengan peruntukan khusus sebanyak RM 50 bilion ringgit, pembangunan projek mega ini merangkumi pembinaan Sunway University Kuching (dengan peruntukan sebanyak RM 5 bilion ringgit), pembinaan kompleks ibu pejabat Sarawak Media Group (SMG) (dengan peruntukan sebanyak RM 7 bilion ringgit), pembinaan kompleks Bandar Baru Sunway Kuching (dengan peruntukan sebanyak RM 30 bilion ringgit), dan pembinaan Sunway Medical Hospital Kuching (dengan peruntukan sebanyak RM 8 bilion ringgit).
  • Melaksanakan projek pembinaan kompleks perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah (B40), golongan miskin tegar (poor families), dan golongan belia B40. Ini termasuk pelaksanaan pembinaan Kompleks Perumahan Rakyat Opar & Opar Eco City Complex di kawasan Kampung Opar (Bau), pembinaan Kompleks Perumahan SPEKTRA Sibuluh di kawasan Sibuluh (Bau), pembinaan Kompleks Perumahan Rakyat Lachau & Lachau Town Commercial Centre di kawasan Lachau (Serian), pembinaan bangunan Dayak Culture & Lifestyle Complex di kawasan pekan Bau (Bau), serta projek pembinaan Kompleks Perumahan Rakyat Simanggang & Simanggang New City Township di kawasan Simanggang (Sri Aman).
  • Memfokuskan pembangunan infrastruktur asas, dan pelaksanaan projek mesra rakyat di Sarawak. Ini termasuk projek pembangunan infrastruktur asas (bekalan air, bekalan elektrik, dan liputan internet 4G & 5G), menaiktaraf & menyelenggara semua laluan jalan raya di kawasan luar bandar & kawasan kampung, serta menaiktaraf sepenuhnya sistem perparitan di kawasan bandar & luar bandar di Sarawak.
  • Mempercepatkan penyelenggaraan liputan jaringan internet berkelajuan tinggi 4G & liputan internet 5G di Sarawak. Ini merangkumi memperluaskan liputan internet di kawasan luar bandar, di kawasan perkampungan, serta di kawasan pedalaman Sarawak. Selain itu, projek membina blok bangunan Pusat Internet Komuniti Sarawak (PIKS) juga akan dilaksanakan di semua kawasan luar bandar & semua kawasan perkampungan di Sarawak.
  • Melaksanakan kuasa autonomi dalam sektor kewangan negeri Sarawak, termasuk mengutamakan sektor institusi perbankan Sarawak, memperkukuh sektor pelaburan tempatan & antarabangsa, mengutamakan sektor perdagangan tempatan & luar negara, serta mempertingkatkan bidang kemahiran pengurusan perniagaan & keusahawanan di kalangan belia.
  • Menubuhkan National Bank of Sarawak (NBoS), National Dayak Commerce of Sarawak (NDCS), Sarawak Monetary & Financial Council (SMFC), National Bank of Infrastructures Sarawak (NBIS), Yayasan Pendidikan Tun Adenan Haji Satem, Sarawak International Dayak Education Council (SIDEC) dan Tabung Pendidikan Anak Dayak Sarawak (TPADS), selaras dengan kuasa autonomi hak ekonomi & hak pendidikan Sarawak, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Mengutamakan pemberian peruntukan kewangan khas untuk masyarakat peribumi Dayak di Sarawak, dengan jumlah sebanyak RM 25 bilion. Ini termasuk perbelanjaan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat Dayak, peruntukan khusus pembangunan sebarang acara atau majlis berkaitan komuniti Dayak di Sarawak, pengurusan ekonomi, kewangan & sosial masyarakat Dayak, dan pengurusan pembangunan projek asas untuk seluruh komuniti Dayak.
  • Melaksanakan pemberian peruntukan pembangunan menyeluruh wilayah Sarawak sebanyak RM 300 bilion. Ini termasuk pelaksanaan projek-projek kerajaan Sarawak yang terbengkalai atau diabaikan oleh kerajaan pimpinan GPS, pelaksanaan pelbagai projek pembangunan baharu di Sarawak, pelaksanaan pembangunan sains & teknologi, serta pembangunan ekonomi wilayah Sarawak yang lebih stabil.
  • Memfokuskan secara menyeluruh perkembangan industri sukan elektronik (e-sports) di Sarawak. Ini termasuk mentransformasikan dan memajukan industri permainan sukan elektronik (e-sports) seperti Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, DOTA 2, EA Sports FIFA, dan PUBG Mobile. Selain itu, usaha mempertingkatkan mutu, fokus, dan stamina para pemain e-sports di Sarawak juga akan dilaksanakan bagi melahirkan lebih ramai atlet e-sports dari Sarawak dan seluruh Malaysia secara amnya.
  • Melaksanakan kuasa autonomi pentadbiran & perkhidmatan awam Sarawak. Ini termasuk hak golongan belia Dayak dalam sektor perkhidmatan awam & pentadbiran kerajaan Sarawak, hak berkaitan bantuan kewangan untuk semua penjawat awam di Sarawak, serta hak-hak berkaitan pengambilan pekerjaan khusus bagi golongan belia Dayak terutamanya dalam sektor perniagaan & perdagangan, pentadbiran awam, hartanah & perumahan, keusahawanan, kebajikan komuniti, kesihatan, ekonomi & institusi perbankan, industri kreatif, dan seni budaya tempatan.
  • Menangkis dan membanteras budaya diskriminasi pengambilan pekerjaan dalam kalangan belia Dayak di Sarawak. Selain itu, budaya kaedah pengambilan pekerjaan secara cable juga wajar dihapuskan serta merta bagi mengekang peningkatan kadar pengangguran belia Dayak di Sarawak. Kaedah pendaftaran pekerjaan secara manual (melalui pengisian borang pengambilan pekerjaan) dan kaedah pendaftaran pekerjaan secara online (online job registration) juga harus dilaksanakan sepenuhnya, bagi mempertingkatkan lagi jumlah pekerja tempatan termasuk dari kalangan belia Dayak.
  • Membanteras dan menghapuskan sepenuhnya amalan pilih kasih serta amalan tidak jujur dalam pengambilan pekerjaan mahupun pendaftaran pekerjaan, khususnya dalam kalangan pencari kerja berbangsa Dayak dan kalangan belia Dayak di Sarawak. Ini termasuk pendaftaran pekerjaan dalam mana-mana agensi, jabatan atau kementerian yang bernaung di bawah kerajaan Sarawak, pendaftaran pekerjaan bagi mana-mana syarikat swasta, syarikat GLC & syarikat multinasional, serta pendaftaran pekerjaan dalam sektor perindustrian, perlombongan & perkilangan di Sarawak.
  • Kerajaan Sarawak yang baharu di bawah PSB, PBDS, dan PBK, tidak akan mengabaikan kebajikan golongan usahawan belia di Sarawak, dan seluruh Malaysia secara amnya. Ini merangkumi melaksanakan lebih banyak inisiatif khusus untuk semua usahawan belia, supaya terus mengembangkan lagi perniagaan termasuk sektor-sektor perniagaan yang lain, seperti Bantuan Perniagaan Kecil & Sederhana Sarawak (BPKSS), Bantuan Tunai Usahawan Belia (BTUB), dan Pakej Perniagaan Digital Sarawak (PPDS). Selain itu, pelaksanaan program pembangunan usahawan muda, program pengembangan keusahawanan melalui media sosial, serta penggunaan aplikasi Shopee, Lazada, S-Pay Global (Sarawak Pay), dan WhatsApp Business untuk perniagaan & jual beli perlu dilaksanakan secara menyeluruh, bagi meningkatkan sektor ekonomi dan bisnes di Sarawak.
  • Melaksanakan transformasi menyeluruh sektor pembangunan prasarana pendidikan di Sarawak. Ini termasuk projek penyelenggaraan & pembinaan baharu blok-blok bangunan kelas & blok pentadbiran semua sekolah rendah & semua sekolah menengah yang daif / rosak / terbiar, terutamanya di semua kawasan luar bandar, semua kawasan perkampungan & semua kawasan pedalaman di Sarawak. Selain itu, projek menyelenggara kemudahan-kemudahan khusus untuk para pelajar, projek membina blok-blok bangunan asrama baharu khusus untuk pelajar di kawasan pedalaman, serta mempertingkatkan liputan internet berkelajuan tinggi 4G & 5G juga akan dilaksanakan secara menyeluruh.
  • Melaksanakan peruntukan khas untuk pendidikan di kawasan luar bandar & kawasan pedalaman. Antaranya melaksanakan kaedah kelas tambahan atau kelas tuisyen pada waktu malam, dan melaksanakan kaedah pembelajaran & pengajaran melalui penggunaan pelbagai peranti pintar seperti telefon pintar (smartphone), telefon tablet (tablet phone), dan komputer riba (laptop), khususnya bagi semua para pelajar dari keluarga B40, M40, dan miskin tegar di kawasan luar bandar & kawasan pedalaman negeri Sarawak.
  • Melaksanakan penetapan gaji minimum RM 2,600 bagi semua syarikat-syarikat swasta, semua syarikat berkaitan jualan langsung, semua syarikat multinasional & GLC, semua syarikat-syarikat berkaitan perniagaan komersial, serta semua pekerjaan yang mewajibkan pemberian gaji minimum secara adil, jujur, dan ikhlas.
  • Melaksanakan penetapan gaji minimum RM 4,000 bagi semua agensi-agensi kerajaan negeri, semua jabatan-jabatan kerajaan negeri, semua kementerian-kementerian yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, serta semua jawatan kerajaan yang ditetapkan dalam E-Recruitment Sarawak.
  • Memperkukuhkan hasil kewangan wilayah Sarawak, hasil keluaran kasar dalam negeri (KDNK), kestabilan ekonomi & pelaburan Sarawak, pembangunan ekonomi digital yang lebih efektif, serta memantapkan pembangunan asas ekonomi Sarawak yang lebih kompleks, teratur, stabil dan lebih baik.
  • Memperkasakan pembangunan bakat, kesenian & kebudayaan masyarakat Dayak di Sarawak. Ini termasuk pembangunan industri muzik Iban, pembangunan industri pelancongan berasaskan kesenian & warisan pelbagai kaum di Sarawak, pemahaman menyeluruh mengenai adat tradisi, warisan & kepercayaan bangsa Dayak, serta memartabatkan imej & maruah bangsa Dayak di peringkat antarabangsa.
  • Memfokuskan hal kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan negeri dan persekutuan. Ini termasuk pelaksanaan Bantuan Tunai Sarawak Sejahtera (BTSS), pelaksanaan Bantuan Ekonomi Dayak Sarawak (BEDS), pelaksanaan Bantuan Asas Niaga Sarawak (BANS), pelaksanaan Bantuan Khas Belia Sarawak (BKBS), dan banyak lagi pelaksanaan bantuan kerajaan yang lain.
  • Memfokuskan hal ehwal kebajikan khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40), golongan berpendapatan sederhana (M40), golongan individu bujang, golongan warga emas, golongan kurang upaya (OKU), golongan ibu tunggal, serta golongan pelajar sekolah rendah & sekolah menengah.
  • Melindungi serta menghargai hak golongan wanita dan golongan belia secara menyeluruh. Ini merangkumi pakej pemulihan ekonomi berskala kecil & sederhana untuk usahawan belia, pakej asas perniagaan untuk golongan wanita, melaksanakan Kanun Khas Sarawak (Hak Golongan Belia) dan Kanun Khas Sarawak (Hak Wanita) selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963, serta memberikan bantuan-bantuan kewangan khusus untuk golongan belia dan juga golongan wanita di Sarawak.
  • Melindungi hak golongan warga emas, termasuk hal ehwal bantuan khusus untuk golongan warga emas, peruntukan pembangunan untuk golongan warga emas, serta menyediakan kemudahan khas untuk golongan berkenaan.
  • Mengutamakan hak golongan belia untuk mengundi pada pilihan raya umum, pilihan raya negeri, mahupun pilihan raya kecil di Sarawak.
  • Mengutamakan taraf hidup dan status sosioekonomi bangsa Dayak, serta semua kaum & agama yang ada di negeri Sarawak.
  • Memastikan negeri Sarawak sentiasa lebih maju, lebih moden, lebih efisien, cepat membangun, serta setaraf dengan negara-negara maju yang lain seperti Singapura, Korea Selatan, Australia, dan Norway.
  • Menghapuskan budaya lompat parti serta budaya "politik katak" di kalangan para pemimpin parti PBDS dan semua ahli-ahli parti PBDS.
  • Menghapuskan budaya rasuah di kalangan semua ahli & semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS). Ini termasuk menghapuskan budaya politik wang & pemalsuan dokumen-dokumen kerajaan, membanteras sindiket penggubahan wang haram, membanteras budaya samseng & perjudian haram, menghapuskan kegiatan salah guna dana wang rakyat, serta membanteras salah guna kuasa dalam politik.
  • Membanteras sebarang kegiatan jenayah di kawasan bandar & kawasan luar bandar di Sarawak. Ini termasuk memerangi jenayah samun & ragut, membanteras jenayah pecah rumah & "stalking", membanteras jenayah rogol & seks bebas, membanteras jenayah bunuh & serangan amuk, memerangi gengsterisme & kongsi gelap, serta memerangi jenayah buli siber, pornografi bawah umur, cybertrooping, dan scam.
  • Membanteras dan memerangi penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok di kalangan belia di Sarawak, melaksanakan sekatan yang lebih ketat dan menghukum mana-mana individu yang didapati mengedar, menjual dan mengimport dadah, alkohol, rokok dan vape di seluruh negeri, serta melaksanakan lebih banyak kempen kesedaran secara menyeluruh berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok dan vape di kalangan semua pelajar sekolah rendah & sekolah menengah di Sarawak.
  • Membanteras dan menghapuskan jenayah perang, terrorisme, pengeboman berani mati, serangan bersenjata, islamophobia, dan peperangan nuklear secara besar-besaran di Sarawak.
  • Memperkukuhkan keselamatan & keamanan wilayah di Sarawak, termasuk kawalan keselamatan di kawasan perairan wilayah Sarawak, kawalan lebih ketat di semua pintu masuk sempadan Sarawak-Kalimantan, serta memperbanyakkan aset-aset ketenteraan yang lebih moden, kompleks, canggih, dan dilengkapi dengan teknologi ketenteraan yang lebih maju.
  • Mengamalkan budaya budi bahasa dan berakhlak mulia di kalangan semua masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza agama di Sarawak.
  • Mengembalikan hak royalti minyak & gas asli Sarawak sebanyak 35 peratus, melaksanakan transformasi menyeluruh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), dan melaksanakan pembaharuan dalam sektor perindustrian berasaskan petroleum & gas asli.
  • Mengutamakan pembangunan teknologi hijau & penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, cekap dan efektif sekaligus mengurangkan sepenuhnya pencemaran udara & mengurangkan karbon dioksida di Sarawak. Ini termasuk melaksanakan penggunaan kenderaan elektrik (electric vehicles) dan kenderaan berkuasa hidrogen (hydrogen powered vehicles), melaksanakan penggunaan elektrik berasaskan tenaga solar (solar energy) di semua kawasan perumahan, kawasan perkampungan & kawasan luar bandar di Sarawak, serta mempertingkatkan penggunaan tenaga kuasa hidroelektrik secara mampan, teratur, jimat tenaga dan lebih bersih.
  • Memperjuangkan hak-hak wilayah Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini termasuk kuasa imigresen Sarawak, kuasa autonomi ekonomi Sarawak, kuasa autonomi peribumi Dayak, hak tanah adat rakyat peribumi Dayak (NCR), hak pewarisan tanah adat Dayak, hak kuasa pemerintahan kerajaan Sarawak, kuasa autonomi kesihatan Sarawak, kuasa autonomi keselamatan wilayah, dan hak autonomi pengurusan alam sekitar & biodiversiti Sarawak.
  • Melaksanakan sepenuhnya autonomi dalam sektor penyiaran televisyen, multimedia, dan komunikasi di Sarawak. Ini termasuk mentransformasikan perkhidmatan & pengurusan Sarawak Media Group (SMG), melaksanakan penambahan lima (5) lagi saluran televisyen digital baharu oleh Sarawak Media Group (SMG), melaksanakan transformasi penyiaran TVS, mengutamakan perluasan menyeluruh liputan internet kelajuan tinggi 4G & 5G, memperluaskan penggunaan internet 4G & 5G di seluruh kawasan perkampungan & kawasan luar bandar, serta melaksanakan penambahan lebih banyak saluran televisyen digital baharu menerusi myFreeview, termasuk penambahan 43 saluran televisyen digital berdefinisi tinggi (HD) baharu secara percuma dan tanpa sebarang bayaran di myFreeview, masing-masing dari Malaysia (dengan 20 saluran televisyen percuma dari Astro serta 11 lagi saluran televisyen tempatan yang lain), Singapura (semua 5 saluran televisyen Mediacorp secara percuma, iaitu Mediacorp Channel 5, Mediacorp Channel 8, Mediacorp SURIA, Mediacorp Channel U, dan Mediacorp Vasantham), dan Indonesia (hanya 7 saluran televisyen percuma (iaitu SCTV, Indosiar, Trans TV, Trans 7, METRO TV Indonesia, TV One Indonesia, dan TVRI sahaja.)
  • Membenarkan serta meluluskan hak penyiaran penstriman berbayar Netflix, Amazon Prime Video, dan Disney+ Hotstar secara lebih menyeluruh dan lebih baik di Sarawak. Selain itu, kerajaan Sarawak juga berhak menubuhkan Jabatan Penyiaran Digital Sarawak (JPDS), Lembaga Perfileman Nasional Sarawak (LPNS), dan Lembaga Filem Dayak Sarawak (LFDS), selaras dengan kuasa autonomi penyiaran televisyen digital, multimedia, dan komunikasi di Sarawak.
  • Meningkatkan sepenuhnya mutu, stamina, dan semangat jati diri skuad kontinjen atlet negeri Sarawak, termasuk meningkatkan jumlah insentif khas untuk pembangunan atlet-atlet dari Sarawak, meningkatkan semangat perpaduan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam diri semua atlet negeri Sarawak dan juga semua sukarelawan, serta mempertingkatkan keupayaan atlet, kecergasan fizikal & mental atlet, serta strategi kemenangan atlet yang lebih efektif dan lebih baik. Sekaligus dapat mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan dan juga di persada antarabangsa.
  • Melaksanakan projek pembinaan Kompleks Pusat Latihan Kuching City F.C., projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Kuching City F.C., pembinaan bangunan Institut Fisioterapi & Kecergasan Kuching City F.C., serta membaikpulih & menyelenggara sepenuhnya sebelas (11) buah kompleks stadium utama di Sarawak, iaitu Stadium Negeri Sarawak, Stadium Sukan Sarawak, Stadium Perpaduan Kuching (Kuching), Kompleks Sukan Bau (Bau), Kompleks Sukan Padawan (Siburan), Stadium Sri Aman (Simanggang), Kompleks Sukan Bintangor (Bintangor), Stadium Tun Zaidi (Sibu), Stadium Terbuka Miri (Miri), Kompleks Sukan Limbang (Limbang), dan Kompleks Sukan Lawas (Lawas).
  • Melaksanakan peruntukan khas sebanyak RM 50 bilion untuk pembangunan khidmat kejurulatihan pasukan Kuching City F.C., khidmat kecergasan & fisioterapi semua pemain Kuching City F.C., penggajian semua para pemain Kuching City F.C., serta pembangunan skuad pasukan Kuching City F.C., bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang kejohanan atau perlawanan bola sepak seperti Liga Super Malaysia, TM Piala Malaysia, Piala FA, Liga Juara-Juara AFC, Piala Asia AFC, dan Piala AFC.
  • Melaksanakan sepenuhnya perubahan dan transformasi menyeluruh sistem pendidikan di Sarawak, dengan menerapkan sistem pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah rendah & sekolah-sekolah menengah, seperti yang dilaksanakan di negara Amerika Syarikat dan negara Kanada. Ini termasuk pelaksanaan perubahan silabus pengajaran & pembelajaran, pelaksanaan perubahan sistem penyampaian pembelajaran yang lebih kompleks dan lebih baik, mengutamakan pengajaran berteraskan sains, inovasi & teknologi aras sederhana dan aras tinggi, mengutamakan pendidikan perniagaan, keusahawanan & ekonomi asas, serta memantapkan lagi pendidikan berasaskan teknikal & vokasional dengan lebih komprehensif, berdaya maju, dan lebih efektif.
  • Mengutamakan prinsip kerjasama secara adil, tegas, harmoni, berintegriti dan sejahtera antara kerajaan Sarawak dengan negara-negara maju yang lain seperti Jerman, Norway, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia, Belgium, United Kingdom, dan Kanada.
  • Memperkukuhkan kerjasama ekonomi, pendidikan, seni & budaya, sains & teknologi, kejuruteraan aeroangkasa, serta keusahawanan digital (digital entrepreneurship) antara negeri Sarawak dengan negara-negara maju yang lain.
  • Melaksanakan sepenuhnya program Lan Berambeh Anak Sarawak bagi mendekati secara menyeluruh komuniti rakyat Sarawak serta golongan belia dari Sarawak, bagi menjelaskan dengan terperinci usaha-usaha pembangunan kerajaan Sarawak, pencapaian & sumbangan para pemimpin tempatan dan ahli-ahli politik Dayak dalam tempoh pemerintahan kerajaan baharu Sarawak, serta memberikan ruang yang lebih luas untuk menyuarakan sebarang cadangan, idea, pendapat dan luahan daripada seluruh komuniti Sarawak di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Organisasi kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PBDS

  • Presiden:
    • Bobby William
  • Timbalan Presiden:
    • Mejar (B) Moses anak Ripai
    • Julius Enchana
    • Kipli anak Ayom
  • Naib Presiden:
    • Adman Jubang
    • Dr. Bego Sepop
    • Wen Achat
    • Emilia Ambrose Muttu
    • Sawing Kedit
    • Baba Emperan
    • Avester Ujan anak Daya
  • Setiausaha Agung:
    • Sai Malaka
  • Timbalan Setiausaha Agung:
  • Ketua Penerangan:
    • Andrew Bugie Ipang
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Bendahari Agung:
    • Saini Kakong
  • Timbalan Bendahari Agung:
  • Pengerusi Tetap:
    • Mengga Mikui
  • Penasihat Undang-Undang:
    • Christopher Sawan Jiram
  • Pengarah Strategi Pilihanraya:
  • Pengarah Strategi Komunikasi:
  • Timbalan Pengarah Strategi Komunikasi:
  • Setiausaha Organisasi:
  • Setiausaha Khas (Keahlian):
  • Setiausaha Khas (Biro Aduan Rakyat):
  • Setiausaha Khas (Sokongan Komuniti):
  • Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat:
    • Allex Kanang 

Pergerakan Pemuda PBDS (Pemuda PBDS)

  • Ketua Pemuda:
    • Robert Sawing
  • Timbalan Ketua Pemuda:
  • Naib Ketua Pemuda:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Organisasi:
  • Ahli-ahli Perwakilan Pemuda:

Pergerakan Wanita PBDS (Wanita PBDS)

  • Ketua Wanita:
    • Susan George
  • Timbalan Ketua Wanita:
  • Naib Ketua Wanita:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Organisasi:
  • Ahli-ahli Perwakilan Wanita:

Angkatan Belia Muda PBDS

  • Pengerusi:
  • Timbalan Pengerusi:
  • Naib Pengerusi:
  • Setiausaha:
  • Timbalan Setiausaha:
  • Bendahari:
  • Timbalan Bendahari:
  • Ketua Penerangan:
  • Timbalan Ketua Penerangan:
  • Ketua Khas (Komunikasi & Media):
  • Setiausaha Khas (Undi 18):
  • Setiausaha Khas (Hal Ehwal Belia):
  • Ahli-ahli Perwakilan:

Senarai calon pilihanraya (Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15))

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) mengesahkan akan bertanding sebanyak 4 buah kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) nanti.

Kawasan parlimen Nama calon Parti politik
P.209 Julau Susan George PBDS
P.215 Kapit Robert Saweng PBDS
P.218 Sibuti Bobby William PBDS
P.220 Baram Sawing Kedit PBDS

Senarai penuh Ketua Perwakilan PBDS

Berikut adalah senarai penuh Ketua Perwakilan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), berdasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Kawasan DUN Ketua Perwakilan Alamat ibu pejabat
N.01 Opar
N.02 Tasik Biru
N.05 Demak Laut
N.06 Tupong
N.07 Samariang
N.08 Satok
N.09 Padungan
N.10 Pending
N.11 Batu Lintang
N.12 Kota Sentosa
N.13 Batu Kitang
N.14 Batu Kawah
N.15 Asajaya
N.16 Muara Tuang
N.17 Stakan
N.18 Serembu
N.19 Mambong
N.20 Tarat
N.21 Tebedu
N.22 Kedup
N.23 Bukit Semuja
N.25 Simunjan
N.26 Gedong
N.27 Sebuyau
N.28 Lingga
N.30 Balai Ringin
N.31 Bukit Begunan
N.32 Simanggang
N.33 Engkilili
N.34 Batang Ai
N.35 Saribas
N.36 Layar
N.37 Bukit Saban
N.38 Kalaka
N.39 Krian
N.41 Kuala Rajang
N.42 Semop
N.43 Daro
N.44 Jemoreng
N.45 Repok
N.46 Meradong
N.47 Pakan
N.48 Meluan
N.49 Ngemah
N.50 Machan
N.51 Bukit Assek
N.52 Dudong
N.53 Bawang Assan
N.54 Pelawan
N.55 Nangka
N.56 Dalat
N.57 Tellian
N.58 Balingian
N.59 Tamin
N.60 Kakus
N.61 Pelagus
N.62 Katibas
N.63 Bukit Goram
N.64 Baleh
N.65 Belaga
N.66 Murum
N.67 Jepak
N.68 Tanjong Batu
N.69 Kemena
N.70 Samalaju
N.71 Bekenu
N.72 Lambir
N.73 Piasau
N.74 Pujut
N.75 Senadin
N.76 Marudi
N.77 Telang Usan
N.78 Mulu
N.79 Bukit Kota
N.80 Batu Danau
N.81 Ba'kelalan

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1 Opar Patrick Anak Kuren 524 Kalah (Hilang deposit)
N22 Kudup Mark Murau Anak Sumon 168 Kalah (Hilang deposit)
N23 Bukit Simuja Cobbold Anak Lusoi 133 Kalah (Hilang deposit)
N30 Balai Ringin Pok Anak Ungkut 90 Kalah (Hilang deposit)
N75 Senadin Philemon Anak John Edon 329 Kalah (Hilang deposit)

Keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

Pada pilihanraya umum negeri Sarawak 2021, sebanyak 11 calon PBDS Baru bertanding. Walau bagaimanapun, malangnya kesemua calon PBDS Baru gagal memenangi pilihan raya disebabkan oleh jumlah undi yang sangat berkurangan, jumlah keahlian yang amat sedikit, sokongan penyokong parti yang agak lemah, serta ketidakadilan sistem pilihan raya & ketidakadilan sistem kempen-kempen pilihan raya yang dilaksanakan, akibat sistem pilihan raya yang didominasi sepenuhnya oleh kerajaan pusat pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

No. DUN Calon Jumlah undi Keputusan
N1 Opar Saini anak Kakong 220 Kalah (Hilang deposit)
N31 Bukit Begunan Entusa anak Imam 115 Kalah (Hilang deposit)
N49 Ngemah Leo anak Bunsu 354 Kalah (Hilang deposit)
N52 Dudong Julius Enchana 893 Kalah (Hilang deposit)
N61 Pelagus Moses anak Ripai 76 Kalah (Hilang deposit)
N62 Katibas Sai anak Malaka 62 Kalah (Hilang deposit)
N63 Bukit Goram Robert Saweng 259 Kalah (Hilang deposit)
N66 Murum Kenneth Adan Silek 159 Kalah (Hilang deposit)
N70 Samalaju Baba anak Emperan 199 Kalah (Hilang deposit)
N75 Senadin Bobby William 511 Kalah (Hilang deposit)
N76 Marudi Sawing anak Kedit 124 Kalah (Hilang deposit)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (2 September 2013). "ROS Umum 20 Parti Politik Baru Yang Diluluskan" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 7 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "PBDS Baru To Contest Less Than 10 Dayak-Majority Seats". Bernama. 20 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2016. Dicapai pada 28 April 2016. (langganan diperlukan)
  3. ^ "Former MP Anek to stand in Opar". The Borneo Post. 21 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
  4. ^ https://www.theborneopost.com/2022/09/28/ros-approves-partys-name-change-to-parti-bansa-dayak-sarawak/

4.https://www.theborneopost.com/2019/05/19/bobby-william-heads-pbds-baru/?amp https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2022/03/27/pbds-weighing-whether-to-contest-ge15-says-president/2049882

Pautan luar