Pergi ke kandungan

Stevan Jovetić

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stevan Jovetić
Cтeвaн Joвeтић
Jovetić sebelum perlawanan persahabatan menentang Iran, 26 Mei 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Stevan Jovetić[1]
Tarikh lahir (1989-11-02) 2 November 1989 (umur 35)
Tempat lahir Titograd, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 35
Kerjaya remaja
Mladost Podgorica
2003–2006 Partizan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Partizan 51 (13)
2008–2013 Fiorentina 116 (35)
2013– Manchester City 30 (8)
Pasukan kebangsaan
2007–2010 Montenegro B21 7 (2)
2007– Montenegro 36 (14)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Mei 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Jun 2015

Stevan Jovetić (Cyrillic: Cтeвaн Joвeтић, lahir 2 November 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Montenegro yang bermain untuk Manchester City dan pasukan kebangsaan Montenegro. Dia bermain di posisi penyerang kedua tetapi boleh juga beraksi sebagai pemain tengah serangan dan pemain sayap.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2006, ketika berumur 16 tahun,[3] Jovetić membuat penampilan senior pertamanya untuk FK Partizan dibawah ketua jurulatih Jürgen Röber dalam perlawanan liga menentang FK Voždovac.[4]

Dia menjaringkan tiga gol semasa perlawanan kelayakan Piala UEFA menentang Zrinjski pada 2 Ogos 2007, dimana Partizan menang 5-0, merekodkan hatrik pertamanya ketika baru berumur 17 tahun.[5] Pada bulan Oktober 2007, dia dikatikan dengan kelab berprofil tinggi seperti Manchester United dan Real Madrid.[6][7] Dia menjadi kapten kelab Partizan ketika berumur 17 tahun, 10 bulan dan 21 hari pada bulan Januari 2008 selepas bekas kapten Antonio Rukavina dijual ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund. Ini menjadikannya kapten termuda Partizan dalam sejarah mengatasi rekod Albert Nađ yang menjadi kapten ketika berumur 19 tahun.[8] Jovetić memegang rekod itu sehingga 31 Oktober 2012 apabila rekod itu diatasi Nikola Ninković.[9]

Fiorentina

[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2008, kelab Serie A, Fiorentina menandatanganinya dengan yuran dilaporkan sebanyak £8 juta.[10] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk La Viola dalam perlawanan liga menentang Atalanta pada 5 April 2009.[11]

Jovetić playing for Fiorentina in 2010.

Dia memulakan musim 2009–10 dengan menjaringkan gol menentang Sporting Clube de Portugal dimana mereka seri 1–1 di Stadio Artemio Franchi yang melayakkan Fiorentina ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[12] Gol penting lain termasuk ketika menentang Palermo, Sampdoria dan Livorno. Pada 29 September 2009, dia menjaringkan kedua-dua gol ketika menang 2–0 ke atas Liverpool dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[13] Pada 9 Mac 2010, Jovetić menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3–2 ke atas Bayern Munich. Walau bagaimanapun, kelab itu kalah menerusi gol tempat lawan dan dia sekali lagi menjaringkan gol ketika menentang Napoli pada 13 Mac. Dia menjaringkan gol ketika kemenangan 4–1 ke atas Udinese pada 28 Mac.

Semasa latihan pra-musim 2010–11, dia mengalami kecederaan ligamen cruciate di lutut kanannya menyebabkan dia terlepas keseluruhan musim.[14]

Jovetić kembali daripada kecederaan pada musim 2011–12, menjaringkan dua gol ketika kemenangan 3–0 ke atas Parma.[15] Pada 15 Oktober 2011, Jovetić menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di Florence sehingga tahun 2016.[16] Jovetić menjaringkan gol untuk Fiorentina ketika menang 3–0 ke atas Novara pada 8 Januari 2012.[17] Sebulan kemudian, pada 5 Februari, Jovetić membantu pasukannya menang 3–2 ke atas Udinese dengan menjaringkan dua gol penalti.[18] Dia gagal menjaringkan gol selepas perlawanan itu untuk dua bulan sebelum berjaya menjaringkan gol ketika menang ke atas Milan 2–1 pada 7 April.[19] Jovetić menjaringkan 14 gol dalam 27 perlawanan liga Fiorentina dan pasukan itu menduduki tempat ke-13 dalam Serie A.[20]

Pada 17 Februari 2013, kedua-dua Jovetić dan Adem Ljajić menjaringkan dua gol untuk Fiorentina ketika menang ke atas Inter 4–1 di Stadio Artemio Franchi.[21]

Manchester City

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2013, dia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan perjanjian bernilai £22 juta.[22] Jovetić memilih untuk memakai jersi bernombor 35, yang dipakainya ketika bermain untuk Partizan. Dia menyertai bekas rakan sepasukannya di Fiorentina Matija Nastasić di kelab itu.[23] Dia membuat penampilan sulung untuk Manchester City pada 14 September ketika seri 0–0 dengan Stoke City.[24] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 24 September ketika kemenangan 5–0 ke atas Wigan Athletic dalam Piala Liga.[25]

Pada 29 Januari 2014, Jovetić menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika kemenangan 5–1 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane. Pada 15 Februari, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Piala FA ketika kemenangan 2–0 ke atas Chelsea dalam pusingan kelima. Pada 5 April, dia menjaringkan gol keduanya dalam Liga Perdana Inggeris ketika menang 4–1 ke atas Southampton. Pada 7 Mei 2014, dia menjaringkan gol pertama liganya di Stadium Bandaraya Manchester ketika Manchester City menang 4–0 ke atas Aston Villa.

Pada 25 Ogos 2014, dia menjaringkan dua gol ketika Manchester City menang 3–1 ke atas Liverpool.[26] Pada bulan Februari 2015, dia dikeluarkan daripada skuad Liga Juara-Juara UEFA City's UEFA Champions League dan digantikan oleh Wilfried Bony.[27]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Jovetić bermain untuk pasukan kebangsaan Montenegro.

Jovetić merupakan ahli pengasas pasukan kebangsaan Montenegro yang bermain perlawanan pertama mereka menentang Hungary pada bulan Mac 2007,[28] dan juga merupakan pemain tetap untuk pasukan Montenegro B-21.[29] Jovetić menjaringkan dua gol antarabangsa pertamanya ketika seri 3–3 dengan Hungary pada 20 Ogos 2008 di Puskás Ferenc Stadion di Budapest. Dia menjaringkan dua gol pada 29 Februari 2012 dalam perlawanan pertamanya sebagai kapten ketika kemenangan 2–1 ke atas Iceland.

Pada 15 Oktober 2013 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, Jovetić menjaringkan dua gol di Stadium Bandar Podgorica ketika tewas 2–5 kepada Moldova.[30]

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 21 Mac 2015[31]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Partizan 2005–06 2 0 0 0 0 0 2 0
2006–07 22 1 4 3 0 0 26 4
2007–08 27 12 4 3 2 4 33 19
Jumlah 51 13 8 6 2 4 61 23
Fiorentina 2008–09 29 2 1 0 4 0 34 2
2009–10 29 6 2 0 6 5 37 11
2010–11 0 0 0 0 0 0 0 0
2011–12 27 14 2 0 0 0 29 14
2012–13 31 13 3 0 0 0 34 13
Jumlah 116 35 8 0 10 5 134 40
Manchester City 2013–14 11 3 5 3 0 0 16 6
2014–15 17 5 2 0 4 0 23 5
Jumlah 28 8 7 3 4 0 39 11
Jumlah Karier 188 56 23 9 16 9 227 74

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  • Sehingga Julai 4, 2015[32]
Pasukan kebangsaan Montenegro
Tahun Kmncln Gol
2007 1 0
2008 6 4
2009 6 2
2011 6 1
2012 5 3
2013 6 2
2014 5 1
2015 1 1
Jumlah 36 14

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Stevan Jovetić – Gol untuk Montenegro
# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 20 Ogos 2008 Stadium Puskás Ferenc, Budapest  Hungary
1–1
3–3
Persahabatan
2.
3–2
3. 6 September 2008 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Bulgaria
2–1
2–2
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
4. 19 November 2008 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Macedonia Utara
2–0
2–1
Persahabatan
5. 12 Ogos 2009 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Wales
1–0
2–1
Persahabatan
6. 5 September 2009 Stadium Kebangsaan Vasil Levski, Sofia  Bulgaria
1–0
1–4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
7. 2 September 2011 Stadium Cardiff City, Cardiff  Wales
1–2
1–2
Kelayakan UEFA Euro 2012
8. 29 Februari 2012 Podgorica City Stadium, Podgorica  Iceland
1–0
2–1
Persahabatan
9.
2–1
10. 15 Ogos 2012 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Latvia
1–0
2–0
Persahabatan
11. 15 Oktober 2013 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Moldova
1–1
2–5
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
12.
2–5
13. 15 November 2014 Stadium Bandar Podgorica, Podgorica  Sweden
1–1
1–1
Kelayakan UEFA Euro 2016
14. 8 Jun 2015 Viborg Stadion, Viborg  Denmark
1–0
1–2
Persahabatan
Partizan
Manchester City
  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Stevan Jovetic profile - Manchester City FC". mcfc.com.
  3. ^ 10 things you need to know about Fiorentina hotshot Stevan Jovetic. Mirrorfootball.co.uk (2 November 1989). Retrieved on 8 January 2012.
  4. ^ Belgrade faces the naked truth. Uefa.com. Retrieved on 8 January 2012.
  5. ^ Partizan deklasirao Zrinjski 5:0 (in Serbian). B92.net. Retrieved on 8 January 2012.
  6. ^ Man Utd are in Stevan heaven, ''The Sun'', 13 October 2007. Thesun.co.uk (13 October 2007). Retrieved on 8 January 2012.
  7. ^ Fergie fights Real for Jovetic, ''The Sun'', 16 October 2007. Thesun.co.uk (16 October 2007). Retrieved on 8 January 2012.
  8. ^ Partizan deny Jovetic deal. Skysports.com (18 February 2008). Retrieved on 8 January 2012.
  9. ^ Ninković nasledio Jovetića i postao najmlađi kapiten u istoriji Partizana. Blic.rs (31 October 2012). Retrieved on 13 September 2013.
  10. ^ "Fiorentina Announce Jovetic Signing". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-03. Dicapai pada 2015-07-23.
  11. ^ Stevan Jovetic Happy With First Fiorentina Goal. Goal.com (7 April 2009). Retrieved on 8 January 2012.
  12. ^ Fiorentina 1–1 Sporting Lisbon – Viola squeak through. Soccernet.espn.go.com (26 August 2009). Retrieved on 8 January 2012.
  13. ^ Sanghera, Mandeep. (29 September 2009) Fiorentina 2–0 Liverpool. BBC News. Retrieved on 8 January 2012.
  14. ^ "Jovetic out with knee ligament damage". Goal.com. 4 August 2010.
  15. ^ "Gamecast: Fiorentina v Parma - Italian Serie A - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. 2011-09-21. Dicapai pada 2014-05-14.
  16. ^ "Arsenal-linked Stevan Jovetic signs new Fiorentina contract". Goal.com. 2011-10-31. Dicapai pada 2014-05-14.
  17. ^ Serie A14:00 +00:00, January 8, 2012Silvio Piola (2012-01-08). "Gamecast: Novara v Fiorentina - Italian Serie A - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. Dicapai pada 2014-05-14.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  18. ^ Serie A14:00 +00:00, February 5, 2012Artemio Franchi, Italy (2012-02-05). "Gamecast: Fiorentina v Udinese - Italian Serie A - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. Dicapai pada 2014-05-14.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  19. ^ Serie A13:00 +00:00, April 7, 2012Giuseppe Meazza (2012-04-07). "Gamecast: AC Milan v Fiorentina - Italian Serie A - ESPN FC". Soccernet.espn.go.com. Dicapai pada 2014-05-14.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ Football, Mirror (2012-06-18). "Chelsea transfer news: No bid yet for £20m Stevan Jovetic - Mirror Online". Mirror.co.uk. Dicapai pada 2014-05-14.
  21. ^ "Fiorentina 4–1 Internazionale". ESPNFC. 17 February 2013.
  22. ^ "Manchester City: Stevan Jovetic completes move from Fiorentina" BBC Sport. 19 July 2013. Retrieved 19 July 2013.
  23. ^ "Stevan Jovetic joins City". Manchester City. 19 July 2013. Dicapai pada 20 July 2013.
  24. ^ "Stoke 0–0 Manchester City" BBC Sport. 14 September 2013. Retrieved 17 September 2013.
  25. ^ "Manchester City 5–0 Wigan" BBC Sport. 24 September 2013. Retrieved 24 September 2013.
  26. ^ Winter, Henry (25 August 2014). "Manchester City 3 Liverpool 1: Stevan Jovetic and Sergio Aguero on target as Premier League champions secure win". The Telegraph. Dicapai pada 25 August 2014.
  27. ^ "Man City: Bony replaces Jovetic in Champions League squad". BBC Sport. 5 February 2015. Dicapai pada 5 February 2015.
  28. ^ "Corvino In Love With Jovetic". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-03. Dicapai pada 2015-07-23.
  29. ^ Viola land Jovetic coup. Skysports.com (31 May 2008). Retrieved on 8 January 2012.
  30. ^ Rakovic, Aleksandar (15 October 2013). "Five-star Moldova put Montenegro to the sword". UEFA. Dicapai pada 8 June 2015.
  31. ^ Footballdatabase.eu. "Stevan Jovetic".
  32. ^ National Football Teams. "Stevan Jovetić".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]