Shueisha
Nama asli | 株式会社集英社 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Kabushiki gaisha |
Industri | Penerbit |
Ditubuhkan | 1925 |
Pengasas | Shogakukan |
Ibu pejabat | Tokyo, Jepun |
Keluaran | Manga |
Pemilik | Shogakukan |
Bilangan kakitangan | 812 |
Syarikat induk | Shogakukan |
Anak syarikat | VIZ Media, Tonari no Young Jump, Shueisha Games, SHUEISHA DeNA Projects |
Tapak web | http://www.shueisha.co.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Shueisha (集英社 , Shūeisha) ialah sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di Jepun, beribu pejabat di Tokyo. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 1925 sebagai sebuah bahagian hiburan kepada syarikat penerbitan Jepun Shogakukan. Pada tahun berikutnya, Shuiesha telah menjadi sebuah syarikat sendirian. Divisyen Jump Comics Shueisha turut merupakan sebuah bahagian yang besar untuk penerbitan manga.
Shueisha kemudian menubuhkan Hakusensha, yang telah menjadi salah sebuah penerbit di Jepun yang berjaya.
Homesha (ホーム社 , Hōmusha) merupakan salah satu daripada pencetak yang beroperasi di bawah Shueisha.
Shueisha juga menerbitkan majalah Weekly Shonen Jump dan mengendala Anugerah Tezuka di Jepun. Shonen Jump, yang bermula pada tahun 1968, merupakan majalah manga Jepun yang paling popular dan berjaya di dunia. [perlu rujukan]
Shueisha, bersama-sama Shogakukan, memiliki Viz Media, yang menerbitkan manga daripada kedua-dua syarikat di Amerika Syarikat.
Perkataan "Shueisha" berasal daripada frasa Eichi ga tsudou (英知が集う, secara kasarnya diterjemah sebagai "Kumpulkan ilmu pengetahuan"). On-yomi pada kanji 集 ialah shū.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Jepun) Laman rasmi Shueisha
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.