Sébastien Buemi
Lahir | Aigle, Vaud, Switzerland | 31 Oktober 1988
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Switzerland |
Tahun aktif | 2009–2011 |
Teams | Toro Rosso |
Entri | 55 (55 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 29 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 0 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2009 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Brazil 2011 |
Kedudukan 2011 | Ke-15 (15 mata) |
Sébastien Olivier Buemi (dilahirkan pada 31 Oktober 1988 di Aigle, Vaud)[1] ialah seorang pemandu kereta lumba profesional dari negara Switzerland, yang dahulunya bertanding dalam Formula Satu untuk pasukan Scuderia Toro Rosso. Buemi kini merupakan pemandu ujian untuk pasukan "adik" Scuderia Toro Rosso, Red Bull Racing, dan menjadi pemandu untuk pasukan Toyota dalam acara 24 Jam Le Mans.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Formula BMW
[sunting | sunting sumber]Selepas berjaya dalam perlumbaan kart, Buemi menghabiskan tahun 2004 dan 2005 dengan bersaing dalam kejuaraan German Formula BMW, dengan mendapat tempat ketiga dan kedua dalam kejuaraan masing-masing. Beliau juga merupakan naib juara pada tahun 2005 dalam FBMW World Final.
Formula Three
[sunting | sunting sumber]Berikutan sebuah perlumbaan dalam kejuaraan Spanish Formula Three pada tahun 2005, Buemi bertanding dalam Formula Three Euroseries bagi tahun 2006, dan mendapat tempat ke-12 dalam kejuaraan, bagaimanapun mendapat tempat kesebelas melalui kiraan semula. Beliau terus bersaing dalam siri ini pada tahun 2007, dan mendapat tempat kedua dalam kejuaraan, di belakang Romain Grosjean. Beliau juga telah bertanding dalam Masters of Formula 3 dan Macau Grand Prix.
A1 Grand Prix
[sunting | sunting sumber]Untuk musim A1 Grand Prix 2006-07, Buemi berkongsi tugas sebagai pemandu pasukan bagi A1 Team Switzerland dengan Neel Jani dan Fässler Marcel. Pasukan tersebut mendapat tempat kelapan dalam kejuaraan tahun tersebut.
GP2 Series
[sunting | sunting sumber]Buemi menggantikan Michael Ammermüller yang cedera untuk pasukan ART Grand Prix untuk perlumbaan di Monaco dalam perlumbaan GP2 Series musim 2007. Buemi telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penampilan sulungnya, dengan mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Beliau menyertai pasukan Arden International bagi musim 2008, dan menjadi naib juara dengan satu kemenangan dan mendapat tempat kedua sebanyak empat kali. Beliau kekal bersama pasukan tersebut bagi musim 2008.[2] Beliau mendapat kemenangan pertamanya dalam perlumbaan sprint di Perancis, setelah bermula dari tempat ke-21 (selepas mengalami masalah teknikal dalam perlumbaan feature). Beliau memenangi satu lagi perlumbaan dan menamatkan musim di tempat keenam dalam kejuaraan tersebut.
Formula Satu
[sunting | sunting sumber]Pada 18 September 2007, beliau memandu kereta Red Bull RB3 pasukan Red Bull dalam sebuah sesi ujian F1 di Jerez. Beliau merupakan pemandu ketiga terpantas pada hari itu, di belakang Timo Glock (BMW) dan Vitantonio Liuzzi (Scuderia Toro Rosso) namun di hadapan Rubens Barrichello (Honda) dan Nelson Piquet, Jr. (Renault). Pada 16 Januari 2008, Red Bull Racing mengesahkan bahawa Buemi akan menjadi pemandu ujian dan pemandu simpanan mereka bagi musim 2008.[3]
Scuderia Toro Rosso (2009–2011)
[sunting | sunting sumber]2009
[sunting | sunting sumber]Scuderia Toro Rosso mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani Buemi sebagai salah satu pemandu mereka pada 9 Januari 2009.[4] Beliau merupakan pemandu Formula Satu Switzerland yang pertama untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 sejak Jean-Denis Délétraz, yang memandu untuk pasukan Pacific di Grand Prix Eropah 1995.
Pada perlumbaan pertamanya di Australia, Buemi mendapat tempat kelapan, namun dinaikkan ke tempat ketujuh selepas Lewis Hamilton disingkirkan daripada perlumbaan. Di Grand Prix China, beliau sekali lagi mendapat mata dengan mendapat tempat kelapan setelah bermula dari tempat kesepuluh. Selepas gagal mendapat mata bagi 12 perlumbaan yang berikutnya, Buemi akhirnya mendapat mata dengan mendapat tempat ketujuh di Brazil. Di Grand Prix Abu Dhabi, Buemi sekali lagi mendapat tempat kelapan. Buemi menamatkan musim 2009 dengan enam mata dan mendapat tempat ke-16 dalam kejuaraan pemandu.
2010
[sunting | sunting sumber]Pada 9 November 2009, ia telah disahkan bahawa Buemi akan berlumba dengan Toro Rosso bagi musim 2010.
Semasa sesi latihan bebas pertama di Grand Prix China 2010, ampaian kereta Buemi patah ketika beliau menekan brek untuk selekoh ke-14. Kedua-dua roda depan keretanya tercabut ketika Buemi memandu lebih 300 km/j. Sebuah tayar terbang ke atas pagar keselamatan dan mendarat di kawasan penonton, dan nyaris-nyaris terkena seorang jurukamera. Kereta Buemi terus bergerak ke hadapan dan membelok ke kiri dan melanggar tembok armco. Kemalangan tersebut merosakkan sayap depan keretanya. Buemi, serta penonton yang hadir pada hari tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Toro Rosso menyatakan yang sayap depan mereka yang baru menyebabkan kemalangan tersebut.[5] Buemi menamatkan musim 2010 dengan lapan mata dan sekali lagi mendapat tempat ke-16 dalam dalam kejuaraan pemandu.
2011
[sunting | sunting sumber]Buemi, bersama dengan rakan sepasukan dari tahun 2009 dan 2010 - Jaime Alguersuari, terus berlumba untuk Scuderia Toro Rosso bagi musim 2011. Pada 14 Disember 2011, ia telah diumumkan bahawa kedua-dua Buemi dan Alguersuari telah digugurkan oleh pasukan tersebut, dan akan digantikan oleh Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne bagi musim 2012.
Red Bull Racing (2012–)
[sunting | sunting sumber]2012
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Januari 2012, ia diumumkan bahawa Buemi akan menyertai semula pasukan Red Bull Racing sebagai pemandu ujian dan pemandu simpanan bagi musim 2012, dan juga akan menjadi pemandu simpanan untuk pasukan Toro Rosso.[6]
24 Hours of Le Mans
[sunting | sunting sumber]Buemi juga bertanding dalam 24 Jam Le Mans dengan pasukan Toyota Motorsport GmbH, dengan memandu kereta Toyota TS030 Hybrid bersama Anthony Davidson dan Hiroaki Ishiura (yang kemudian menarik diri dan telah digantikan oleh Stéphane Sarrazin).[7] Selepas prestasi yang kukuh, kereta tersebut berada di tempat ketiga pada awal petang sehinggalah Davidson berlanggar dengan sebuah kereta GT Ferrari dan terbabas dengan teruk.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sehingga tahun 2009, Buemi merupakan penduduk rasmi negara Bahrain, dan tinggal bersama keluarga dan teman wanitanya, Jennifer.[8] Kini beliau menetap di Monaco.[1] Sepupu beliau, Natacha Gachnang, juga merupakan seorang pemandu kereta lumba.
Rekod perlumbaan
[sunting | sunting sumber]Ringkasan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Perpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Formula BMW ADAC | Lars Kaufmann Motorsport | 20 | 0 | 2 | 2 | 10 | 188 | Ke-3 |
2005 | Formula BMW ADAC | ADAC Berlin-Brandenburg e.V. | 20 | 7 | 7 | 12 | 16 | 282 | Ke-2 |
Formula BMW World Final | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | Ke-2 | ||
Spanish Formula Three | Racing Engineering | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | NC | |
2006 | Formula Three Euroseries | ASL Mücke Motorsport | 20 | 1 | 0 | 6 | 3 | 31 | Ke-12 |
Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | N/A | Ke-3 | ||
Formula Renault 2.0 NEC | Motopark Academy | 8 | 2 | 1 | 1 | 6 | 172 | Ke-7 | |
Eurocup Formula Renault 2.0 | 6 | 1 | 0 | 0 | 1 | 33 | Ke-11 | ||
Macau Grand Prix | Carlin Motorsport | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-4 | |
2006–07 | A1 Grand Prix | A1 Team Switzerland | 12 | 0 | 0 | 1 | 0 | 50 | Ke-8 |
2007 | Formula Three Euroseries | ASL Mücke Motorsport | 20 | 3 | 2 | 4 | 13 | 95 | Ke-2 |
GP2 Series | ART Grand Prix | 11 | 0 | 0 | 3 | 0 | 6 | Ke-21 | |
Macau Grand Prix | Räikkönen Robertson Racing | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-11 | |
2008 | GP2 Asia Series | Trust Team Arden | 10 | 1 | 0 | 1 | 5 | 37 | Ke-2 |
GP2 Series | 19 | 2 | 0 | 0 | 5 | 50 | Ke-6 | ||
Formula Satu | Red Bull Racing | Pemandu ujian | |||||||
2009 | Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | 17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 6 | Ke-16 |
2010 | Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | 19 | 0 | 0 | 0 | 0 | 8 | Ke-16 |
2011 | Formula Satu | Scuderia Toro Rosso | 19 | 0 | 0 | 0 | 0 | 15 | Ke-15 |
2012 | Formula Satu | Red Bull Racing | Pemandu ujian | ||||||
World Endurance Championship | Toyota Racing | ||||||||
2013 | Formula Satu | Infiniti Red Bull Racing | Pemandu ujian |
Keputusan lengkap A1 Grand Prix
[sunting | sunting sumber]Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2006–07 | Switzerland | NED SPR 10 |
NED FEA 8 |
CZE SPR 8 |
CZE FEA 10 |
BEI SPR |
BEI FEA |
MYS SPR |
MYS FEA |
IDN SPR |
IDN FEA |
NZL SPR 5 |
NZL FEA 4 |
AUS SPR 4 |
AUS FEA 7 |
RSA SPR |
RSA FEA |
MEX SPR |
MEX FEA |
SHA SPR 4 |
SHA FEA 9 |
GBR SPR Ret |
GBR SPR DSQ |
Ke-8 | 50 |
Keputusan lengkap GP2 Series
[sunting | sunting sumber]Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2007 | ART Grand Prix | BHR FEA |
BHR SPR |
ESP FEA |
ESP SPR |
MON FEA 7 |
FRA FEA |
FRA SPR |
GBR FEA |
GBR SPR |
EUR FEA Ret |
EUR SPR 20 |
HUN FEA 15 |
HUN SPR 17 |
TUR FEA Ret |
TUR SPR 13 |
ITA FEA 7 |
ITA SPR 14 |
BEL FEA 10 |
BEL SPR Ret |
VAL FEA |
VAL SPR |
Ke-21 | 6 |
2008 | Trust Team Arden | ESP FEA 7 |
ESP SPR 2 |
TUR FEA 6 |
TUR SPR 3 |
MON FEA Ret |
MON SPR 11 |
FRA FEA Ret |
FRA SPR 1 |
GBR FEA 4 |
GBR SPR DNS |
GER FEA Ret |
GER SPR 8 |
HUN FEA 7 |
HUN SPR 1 |
EUR FEA 6 |
EUR SPR Ret |
BEL FEA 5 |
BEL SPR 4 |
ITA FEA 3 |
ITA SPR 7 |
Ke-6 | 50 |
Keputusan lengkap GP2 Asia Series
[sunting | sunting sumber]Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | DC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Trust Team Arden | DUB1 FEA DSQ |
DUB1 SPR Ret |
IDN FEA 1 |
IDN SPR 7 |
MAL FEA Ret |
MAL SPR Ret |
BHR FEA 2 |
BHR SPR 2 |
DUB2 FEA 2 |
DUB2 SPR 2 |
Ke-2 | 37 |
Keputusan lengkap Formula Satu
[sunting | sunting sumber](kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2009 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR4 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS 7 |
MAL 16 |
CHN 8 |
BHR 17 |
ESP Ret |
MON Ret |
TUR 15 |
GBR 18 |
GER 16 |
HUN 16 |
EUR Ret |
BEL 12 |
ITA 13 |
SIN Ret |
JPN Ret |
BRA 7 |
ABU 8 |
Ke-16 | 6 | ||
2010 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR5 | Ferrari 056 2.4 V8 | BHR 16 |
AUS Ret |
MAL 11 |
CHN Ret |
ESP Ret |
MON 10 |
TUR 16 |
CAN 8 |
EUR 9 |
GBR 12 |
GER Ret |
HUN 12 |
BEL 12 |
ITA 11 |
SIN 14 |
JPN 10 |
KOR Ret |
BRA 13 |
ABU 15 |
Ke-16 | 8 |
2011 | Scuderia Toro Rosso | Toro Rosso STR6 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS 8 |
MAL 13 |
CHN 14 |
TUR 9 |
ESP 14 |
MON 10 |
CAN 10 |
EUR 13 |
GBR Ret |
GER 15 |
HUN 8 |
BEL Ret |
ITA 10 |
SIN 12 |
JPN Ret |
KOR 9 |
IND Ret |
ABU Ret |
BRA 12 |
Ke-15 | 15 |
Keputusan 24 Hours of Le Mans
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kels | No | Tayar | Kereta | Pasukan | Pemandu kedua | Pusingan | Ked. | Kelas Pos. |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2012 | LMP1 | 8 | M | Toyota TS030 Hybrid Toyota 3.4L Hybrid V8 |
Toyota Racing | Anthony Davidson Stéphane Sarrazin |
82 | DNF | DNF |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Sébastien Buemi (#8)". Toyota Racing. Dicapai pada 27 Mei 2012.
- ^ "Arden tekad untuk berjaya pada musim 2008". autosport.com. 2007-01-10. Dicapai pada 2007-01-13.
- ^ "Buemi disahkan sebagai pemandu simpanan Red Bull". Autosport. 2008-01-16. Dicapai pada 2008-01-16.
- ^ "Toro Rosso mengesahkan Buemi untuk musim 2009". autosport.com. 2009-01-09. Dicapai pada 2009-01-09.
- ^ Noble, Jonathan (2010-04-16). "Toro Rosso menjelaskan masalah dengan kereta Buemi". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-04-16.
- ^ Elizalde, Pablo (5 Januari 2012). "Sebastien Buemi disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan Red Bull Racing". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 5 Januari 2012.
- ^ "Toyota mengesahkan bahawa Anthony Davidson dan Sebastien Buemi akan memandu TS030 HYBRID". Autosport. Haymarket Publications. 10 Februari 2012. Dicapai pada 10 Februari 2012.
- ^ "Sébastien Buemi akan tinggal di Bahrain" Auto123.com 2009-01-16. Retrieved 2009-04-25.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sébastien Buemi |