Pergi ke kandungan

Khanom babin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khanom babin
Penjual sedang membuat khanom babin
Tempat asal Thailand
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Khanom babin, (Bahasa Thai: ขนมบ้าบิ่น, disebut [kʰā.nǒm bâː.bìn]) juga dieja sebagai kanom babin,[1] merupakan Pencuci mulut yang berasal daripada Ayutthaya di negara Thailand. Ia terbuat daripada kelapa muda, tepung beras, santan, gula dan telur. Pada masa kini, khanom babin tidak terkenal di kalangan generasi muda kerana jarang ditemui di jalan-jalan atau pasar tempatan.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Khanom babin atau kuih kelapa adalah salah satu pencuci mulut tradisional Thailand.[2] Terdapat dua idea mengenai sejarah Khanom babin. Idea pertama adalah bahawa khanom babin berasal daripada Amphoe Tha Ruea, Provinsi Ayutthaya.[3] Pada zaman Raja Rama V, ia disebut "Khanom Paabin" dan dibuat oleh bibi Bin. Seiring berjalannya waktu, ia dipanggil Khanom babin. Idea kedua adalah bahawa Khanom babin dipengaruhi oleh queijada de Coimbra, yang merupakan pencuci mulut dari bandar Coimbra, Portugal. Asal usul nama Khanom babin berasal dari kata terakhir queijada de Coimbra. Perkataan ini ("Coimbra") berakhir dengan "-bra" yang terdengar seperti "ba" (Thai: บ้า). Orang Portugis menggunakan keju di queijada de Coimbra, tetapi orang Thai memasukkan kelapa muda sebagai gantinya.[4]

  1. ^ Thompson, David (June 25, 2015). "Coconut pikelets (kanom babin)". Sbs.com.au. Dicapai pada November 16, 2016.
  2. ^ Turton, Natasha (August 18, 2016). "Kanom Babin (Coconut Cake) ขนมบ้าบิ่น". Bank Foods. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-14. Dicapai pada 8 November 2016.
  3. ^ Barrow, Richard (7 February 2012). "Ayutthaya Local Products". Thailand Guidebook. Dicapai pada 8 November 2016.
  4. ^ Chalkos, Dim. "Kanom babin". 1001 THINGS YOU CAN TASTE IN BANGKOK. Dicapai pada 8 November 2016.