Pergi ke kandungan

Hjalmar Branting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hjalmar Branting
Hjalmar Branting
Dalam jawatan
10 Mac 1920 – 27 Oktober 1920
RajaGustaf V
Didahului olehNils Edén
Digantikan olehLouis De Geer
Dalam jawatan
13 Oktober 1921 – 19 April 1923
RajaGustaf V
Didahului olehOscar von Sydow
Digantikan olehErnst Trygger
Dalam jawatan
18 Oktober 1924 – 24 Januari 1925
RajaGustaf V
Didahului olehErnst Trygger
Digantikan olehRickard Sandler
Maklumat peribadi
Lahir23 November 1860
Stockholm
Mati24 Februari 1925(1925-02-24) (umur 64)
Stockholm
Parti politikDemokrasi Sosial
PasanganAnna Branting (née Jäderin)
TandatanganTandatangan

Karl Hjalmar Branting (23 November 1860 – 24 Februari 1925) merupakan ahli politik Sweden. Beliau merupakan ketua Parti Demokrasi Sosial Sweden (1907-1925) dan Perdana Menteri Sweden bagi tiga penggal berbeza (1920, 1921–1923, and 1924–1925). Beliau merupakan Perdana Menteri pertama dari Parti Demokratik Sosial Sweden semasa memenanginya dalam pilihanraya Sweden 1920. Pada tahun 1921, Branting berkongsi Hadiah Keamanan Nobel bersama-sama dengan Setiausaha Agung Kesatuan Antara Parlimen dari Norway, Christian Lange.

Branting merupakan anak kepada profesor Lars Gabriel Branting dan wanita bangsawan serta pemain piano, Emma af Georgii. Beliau mendapat pendidikan di Stockholm dan Universiti Uppsala. Branting mempunyai latar belakang saintifik dalam bidang astronomi matematik dan pernah menjadi pembantu di Balai Cerap Stockholm, namun akhirnya meninggalkan kerjaya tersebut pada tahun 1884 untuk menjadi wartawan. Beliau memulakan kerjaya sebagai penyunting di syarikat akhbar Tiden dan Social-Demokraten. Keputusan beliau untuk menerbitkan artikel sosialis Alex Danielsson yang radikal - yang disifatkan menghina sensitiviti agama - menyebabkan beliau dan Danielsson dipenjarakan. [1] Branting telah dipenjara selama tiga bulan pada tahun 1888.[2]

Pada tahun 1889, beliau bersama-sama dengan August Palm telah mewujudkan Parti Demokrasi Sosial Sweden. Beliau mula menjadi ahli Parlimen pada tahun 1896 dan merupakan satu-satunya dari parti tersebut selama enam tahun.

Pada awal abad ke-20, Branting mengetuai Demokratik Sosial dalam menentang perang bagi mengekalkan Norway bersama Sweden.

Branting telah menerima pindaan Marxisme oleh Eduard Bernstein dan menjadi sosialis reformis, menyokong peralihan kuasa secara aman dari kapitalisme kepada sosialisme. Beliau turut menyokong Revolusi Februari di Rusia pada tahun 1917. Beliau merupakan pro-Menshevik dan mempertahankan kerajaan Alexander Kerensky, yang pernah dikunjunginya secara peribadi di Petrograd. Apabila Revolusi Oktober tercetus pada tahun yang sama, Branting mengutuk rampasan kuasa Bolshevik. 1917 menyaksikan Demokratik Sosial berpecah. Liga belia dan bahagian-bahagian revolusioner parti telah membentuk Parti Kiri Demokratik Sosial Sweden yang diketuai oleh Zeth Höglund - yang kemudiannya menyertai semula Demokratik Sosial dan menulis biografi dua-jilid mengenai Branting. Kumpulan ini kemudiannya menjadi Parti Komunis Sweden.

Sebagai Perdana Menteri, Branting telah membawa Sweden ke dalam Liga Bangsa dan secara peribadi menjadi aktif dalam pertubuhan tersebut. Apabila persoalan mengenai samaada Åland perlu dikembalikan kepada Sweden setelah Finland mencapai kemerdekaan dari Rusia, Branting telah menyerahkan Liga Bangsa untuk membuat keputusan. Beliau dihadiakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1921 bersama-sama dengan Christian Lous Lange.

Sebuah monumen Branding telah didirikan di Stockholm. Manakala, sebuah tram dan bas pertukaran telah dinamakan semperna nama beliau - yang dikenali sebagai Hjalmar Brantingsplatsen dalam bahasa Sweden - dan terdapat kawasan yang digelar Hjalmar Brantings Plads yang menjadi kawasan pangsapuri mewah.

  1. ^ Enander, Crister (14 December 2009). "I krigarens lofliga uppsåt att såra och döda". Tidningen Kulturen. Retrieved 21 May 2010. (Suec)
  2. ^ Robertson, J. M. (2003). History of Freethought in the Nineteenth Century, Part 2. Kessinger Publishing. m/s. 487. ISBN 0-7661-3955-7.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]