Brokoli
Brokoli |
---|
Broccoli |
Spesies |
Brassica oleracea var. italica |
Kumpulan kultivar |
Kumpulan Italica |
Asal |
Dari Itali (2,000 tahun lalu)[1][2] |
Brokoli (Jawi: بروکولي serapan Itali broccoli terbitan brocco "pucuk"[3]) atau kubis bunga hijau (Jawi: كوبيس بوڠا هيجاو ) ialah sejenis kultivar tumbuhan Brassica oleracea yang dijadikan sayur.
Jambak bunga dan tangkainya boleh dimakan dengan merebus atau mengukus sayur ini sehingga sederhana empuk baik dihidangkan begitu sahaja sebagai ulam lemak-lemak manis mahupun dicampurkan bersama masakan lain seperti stu, sup atau gorengan.
Ciri botani
[sunting | sunting sumber]Herba berbatang lembut sederhana besar, batang tidak berkayu. Daun tunggal, bersaiz besar, lebar, tebal, susunan berpilin, berwarna hijau tua, urat daun berwarna putih jelas kelihatan. Bunga majmuk, kecil, berwarna hijau tua ketika muda, terdapat di dalam jambak bugan yang keluar di hujung pucuk utama, tangkai bunga besar, berwarna putih kehijauan. Bunga yang mekar berwarna kuning. Buah panjang, mengandungi banyak biji benih.
Penanaman
[sunting | sunting sumber]Khasiat
[sunting | sunting sumber]Brokoli mengandungi air, diindolimetana, glukorafanin, indol-3-karbinol, karotenoid, sulforafan, karbohidrat, alkaloid, serat, kalium, zink, fosforus, magnesium, kalisum, protein, gula dan vitamin C.[perlu rujukan]
Dikatakan jika memakan brokoli dapat mempercepatkan penyembuhan penyakit dan mencegah pertumbuhan sel kanser paru-paru.[perlu rujukan] Ia juga dapat menghindarkan diri dari pelbagai penyakit termasuk penyakit barah, serangan jantung, strok dan penyakit osteoporosis bagi wanita.[perlu rujukan] Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai awet muda dan kaya dengan antioksidan dan penyedap selera makan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Buck, P. A. "Origin and Taxonomy of Broccoli" (PDF). Department of Food Technology, University of California. Dicapai pada 2009-05-14.[pautan mati kekal]
- ^ Stephens, James. "Broccoli—Brassica oleracea L. (Italica group)". University of Florida. m/s. 1. Dicapai pada 2009-05-14.
- ^ "bròccolo". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023.
[der. di brocco¹ «germoglio»]. – 1. Varietà di cavolo con infiorescenza compatta, carnosa, a forma di palla, di colore verde anziché gialliccio, con fiori per la massima parte atrofizzati; è tipico ortaggio romano