Waktu Eropah Tengah

(Dilencongkan daripada Central European Summer Time)

Waktu Eropah Tengah (CET) ialah salah satu nama bagi zon waktu yang 1 jam lebih awal daripada Waktu Universal Selaras (UTC). Ia digunakan lazimnya oleh negara-negara Eropah dan Afrika Utara.

Zon waktu Eropah:
biru Waktu Eropah Barat (UTC+0)
Waktu Musim Panas Eropah Barat (UTC+1)
biru terang Waktu Eropah Barat (UTC+0)
merah Waktu Eropah Tengah (UTC+1)
Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2)
kuning Waktu Eropah Timur (UTC+2)
Waktu Musim Panas Eropah Timur (UTC+3)
emas Waktu Kaliningrad (UTC+2)
hijau Waktu Moscow (UTC+3)
Warna-warna cerah menunjukkan negara-negara yang tidak menggunakan waktu musim panas: Algeria, Belarus, Iceland, Maghribi, Rusia, Tunisia dan Turki.

Waktu ofsetnya lazimnya ialah UTC+1. Ketika Waktu musim panas, Waktu Musim Panas Eropah Tengah sebaliknya digunakan (UTC+2).

Penggunaan

sunting

Negara-negara berikut menggunakan Waktu Eropah Tengah (lihat Waktu Afrika Barat) sepanjang tahun:

Negara-negara dan wilayah-wilayah berikut menggunakan Waktu Eropah Tengah pada musim sejuk sahaja, di antara 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober dan 1:00 UTC pada hari Ahad terakhir dalam bulan Mac:

Namibia menggunakan UTC+1 di antara bulan Mac dan Oktober dan sepanjang tahun yang lainnya menggunakan Waktu jimat siang (UTC+2).


Sebelum Perang Dunia Kedua, Lithuania menggunakan CET (MET) pada tahun-tahun 1920-1940. Sewaktu perang itu, Jerman menggunakan waktu ini di seluruh wilayah yang ditaklukinya. Di Perancis, Belgium, Belanda dan Luxembourg CET dikekalkan. Selepas perang tersebut, Monaco, Sepanyol, Andorra dan Gibraltar menggunakan CET.

Ireland dan United Kingdom melakukan percubaan untuk menggunakan CET pada tahun-tahun 1968-1971. Namun, percubaan ini menjadi tidak popular dan hanya berlaku dalam masa yang singkat, terutamany kerana peningkatan kadar kecelakaan jalan raya (banyak yang melibatkan murid-murid berjalan ke sekolah) dalam kegelapan pagi di musim sejuk. Portugal menggunakan CET pada tahun-tahun 1966–1976 dan 1992–1996.