Ada apa dengan Eve? Adakah seperti game online yang lain?
Hye all! Salam sejahtera semua! Huh.. Akhirnya tepat pada tarikh 31hb, aku selamat menjawab last paper untuk final exam kali ni. Oo yeah! (^_^) So, apa plan aku time cuti semester kali ni. Aku bercadang nak main Eve Online sepenuh masa. Kehkeh.. Mesti ada yang kat sini tak tau game apa yang aku main ni kan. Kebanyakan yang orang Malaysia selalu main, mestilah World of Warcraft (WoW) a.k.a Dota kan ataupun Counter Strike (game yang dah lama tapi masih ada peminatnya tersendiri). Betul tak?
So, untuk kali ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku selama sebulan aku bermain game Eve Online ni la ye. Mana tau ada yang teringin nak try game ni nanti. Boleh la join Corporation (persatuan) sama dengan aku. Hee.. Sebelum tu, aku nak bagitau yang game ni tak seperti game online yang lain. Aku jamin 10 minit pertama korang main game ni, korang akan blur. Tu kira bernasib baik la kalau 10 minit je korang blur. Contoh kalau macam aku, 2 hari baru aku tau nak buat apa. Tu pun sebab ada orang yang tolong. (-_-“)
Jika anda suka akan entri ini, sila klik Facebook Like Button di bawah :


