Monday, February 14, 2011

BULETIN PANCING


Lokasi : Sangkar ikan muara Sg Kong Kong
Tarikh : 10 Feb 2011

Zura bersama siakap yang pertama kali dinaikkannya dengan berat mencecah hampir 3 kg, syabass...!!


Ikan merah saiz hidangan. yum..yumm..!!


Hafidz dan siakap yang dipancingnya dengan berat melebihi 2 kg. Bravo Amigo..!!


Sunday, January 23, 2011

SUDUT INFO


Tahukah Anda..?



Gambar di atas dipercayai adalah mata kail yang digunakan untuk menangkap ikan ketika zaman batu. Mata kail yang dijumpai di Skane, Sweeden ini diperbuat dari tulang.

Saturday, January 22, 2011

Menjejak Sepit Biru

Salam Memancing...

Beberapa minggu yang lalu kita dikejutkan dengan berita penemuan dan serangan dari haiwan spesis reptilia yang sememangnya digeruni oleh semua orang yang lebih senang kita nak sebut dengan nama'Sang Bedal'.

Tetapi sememangnya lumrah manusia selalu mudah melupakan perkara yang agak menggerunkan seperti itu bila keseronokan dan keghairahan mendahului semua aspek yang lain.
Pelawaan si penjejak sepit biru seperti Ijan untuk menjejak spesis itu yang dikatakan sudah mula menggalak sejak ia menghilang ketika musim hujan yang lalu membuatkan aku terlupa sejenak perkara yang menggerunkan itu.

Trip ini dibuat ketika penghujung Disember 2010 yang lalu. Anggota trip seperti biasalah hanya aku, Ijan, dan seorang anggota baru, lokman.

Nak cerita panjang lebar aku tak pandai. Korang tengok lah gambar kat bawah ni ek..
Layan..

Lokman yang first time memancing udang galah pun berjaya menaikkan sepit biru.. Tahniah..


Camne.. ok tak..? hehe..


Yang otai ni takyah citer la.. lepas dia..dia lagi..


sepit kuning pun ok..hehe


sepit separuh biru, separuh kuning..


sepit yang hampir biru sepenuhnya..yeah..!

Yang ni takde sepit ye, ikan duri namanya..hehe


Yang ni pun ok kalau masak lemak cili padi.. nyum..nyum..!!

Tak kira walau dimana anda memancing, selalu harus diingat, berhati-hatilah ketika memancing.. ingat orang yang tersayang. Wassalam..


Tuesday, January 18, 2011

BULETIN PANCING


Din VS barracuda


Din dan rekod terbesar ikan alu-alu @ kacang @ barracuda seberat 10kg yang berjaya didaratkan di Selat Tebrau, Johor.

Sunday, January 16, 2011

BULETIN PANCING



Jom Mancing Sempena Ulangtahun Ke-2
Kolam Saujana d'Rimba
Tarikh : 30/1/2011 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 2 petang
Lokasi : Kolam Saujana d'Rimba
Kolam digunakan : Kolam 1,2,3
Yuran : RM70 / joran
T-Shirt : 300 helai untuk pendaftaran awal bermula pada 23/1/2011 di Kolam Saujana d'Rimba.

Hadiah :
Juara RM15,000
N. Juara RM 6000
Ke-3 RM 2000
Ke-4 RM 1000
Ke-5 RM 500
Ke-6 RM 400
Ke-7 RM 300
Ke-8 RM 200
9 - 12 RM 150
13 - 15 RM 100
16 - 20 RM 80
Ke-21 RM 300

Spesis Tongsan Sisik Halus :
Juara RM 300
N. Juara RM 100
Ke-3 RM 50

Terberat setiap jam :
Pertama RM 100
Ke-2 RM 50

Aktiviti sepanjang pertandingan :
1. Teka butir sebiji jagung.
2. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
3. Pertunjukan pakaian beragam oleh kanak-kanak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...