0% found this document useful (0 votes)
238 views15 pages

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2021.docx Terkini

This document summarizes the minutes of a staff meeting held virtually by SK Pandan Indah on September 25, 2021. It documents the 107 teachers present, 4 absent on leave, and the 3 secretaries. The meeting covered welcoming remarks, confirmation of previous minutes, announcements, new matters and circulars on leave policies and Saturday work. It also discussed the annual salary increment process.

Uploaded by

dayana hamid
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
238 views15 pages

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA 2021.docx Terkini

This document summarizes the minutes of a staff meeting held virtually by SK Pandan Indah on September 25, 2021. It documents the 107 teachers present, 4 absent on leave, and the 3 secretaries. The meeting covered welcoming remarks, confirmation of previous minutes, announcements, new matters and circulars on leave policies and Saturday work. It also discussed the annual salary increment process.

Uploaded by

dayana hamid
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 15

MINIT MESYUARAT GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH


BIL.2/2021

Tarikh: 25 September 2021 ( Sabtu )


Masa: 9.00 pagi – 12.25 tghari
Tempat: Kediaman masing-masing

KEHADIRAN:

BIL. NAMA JAWATAN


1. Rohaya bt Md Said Guru Besar
2. Norhaslinda bt Harabayni Penolong Kanan Pentadbiran
3. Syed Nizam b Syed Osman Penolong Kanan HEM
4. Azede b Kabiran Penolong Kanan Koku
5. Hasri b Harun Penolong Kanan Petang
6. Norzila bt Rais Penolong Kanan PPKI
7. Arif Hadri b Japri GC
8. Azizah bt Daem
9. Hana Suzanna bt Mohamad Sungip
10. Ainol Bhashirah bt Ahmad
11. Noor Asyiqin bt Abd Aziz
12. Azhariah bt Ahmad Zuber
13. Nurul Syazwani bt Zainal Abidin
14. Wai Lai Yee
16. Norma bt Musa
17. Faizatul Hanim bt Ahmad Hamidi
18. Noorul Hijjah bt Mohamed
19. Nurul Asilah bt Tarmizi
20. Muhammad Saman b Esa
21. Nasaruddin b Buang
22. Ahmad Iznan b Yusoff
23. Noor Hizah bt Mohamad
24. Nazatul Haliza bt Abdul Halim
27. Wong Siew Ling
28. Siti Nor Hamizah bt Masrom
29. Salwahida bt Mat Shah
30. Noor Azlina bt Aminudin
31. Rahayu bt Muhamad Sharif
32. Azmi b Ahmad
33. Muhamad Mustaffa b Kamarudin
34. Nor Hanum bt Rahman Ali
35. Putri Jasmarina bt Jasmi
36. Ilyana bt Kamaruddin
37. Nazariyah bt Saad
38. Norhayati bt Jaffar
39. Kannah a/l Suresh
40. Nurul Islam bt Mohd Isa
41. Mohanalatha a/p Kani
42. Hasrini Binti Abdul Razab @ Ab Aziz
43. Norhuda bt Ahmad
44. Mazlisham b Omar
45. Aznita bt Abdullah

1
46. Normasira bt Yusoff
48. Siti Eshah bt Mohamed
49. Najihah bt Abdulahadi
50. Shamsol b Abu
51. Noor Hazra bt Mohd Rashid
52. Siti Aishah bt Harun
53. Nik Nurul Azwanie bt Raja Daud
54. Lina Maliyani bt Razali
56. Aliza Suhaini bt Abdullah
57. Hazira bt Yaacob
58. Irma Liana bt Awang
59. Nurul Farhana bt Faidzul Azhar
60. Nur Shafawati bt Mohd Nor
61. Solehah bt Ismail
62. Zuhir Hafizan b Mat Joho @ Mohd Johor
63. Fatin Nabilah bt Noordin
64. Noraini bt Mohd Faudzi
65. Amirul Shazni b Muhsin
66. Hayani Marlia bt Mhd Ibrahim
67. Nur Zetty bt Abu Khair
68. Thaminesh Barath a/l Sukumaran
69. Mohd Zaki b Md Zin
70. Sharifah Nor Hasni bt T. Dalam
71. Azman b Ab Rani
72. Yasmin bt Mohd Yunos
73. Mohd Helmee b Md Nasir
74. Hemachandran a/l Rathnakumar
75. Azhari b Mat Daud
76. Rosmawati bt Ab Rahman
77. Surayahani bt Md Rashid
78. Mareyana bt Muhamad
79. Azmi b A Dollah
80. Hatifah bt Mohd Nor
81. Ummi Kalsom bt Mohamad Suddin
82. Syuhada bt Abdul Aziz
83. Siti Adawiah bt Din
84. Mohd Ikmal b Shahrir
85. Nurfarahin bt Jamsari
86. Shazzuwani bt Abdul Razak
87. Nadhira bt Che Mat
88. Naimah bt Mansor
89. Nurul Izzati bt Yazid
90. Izyan Izzati bt Zulkifle
91. Fathi Zaki b Rifin
92. Halida bt Sidek
93. Maryana bt Abd. Rahman
94. Zuriyati bt Ahmad
95. Faridah bt Abdullah
96. Maznah bt Yaacob
97. Siti Norasyikin bt Abdullah
98. Khairul Amilin b Abdullah
99. Norain bt Mohammad Saroni
100. Muhammad Aizuddin b Azman

2
101. Kavieta a/p Tharmalingam
102. Siti Nabilah bt Samsudi
103. Nurhafzhanatul Hawwa bt Mohd Tahir
104. Nik Mohd Shukri b Nik Mustapha
105 Mohd. Faizal b Leman
106. Syamsul Amri b Mohamad Noor
107. Mohd Bukari b Nasir
108. Mohd Imran b Mohd Isa
109. Che Ahmad Aslam b Che Yong
110. Azuraini bt Awang

TURUT HADIR:
BIL. NAMA

TIDAK HADIR DENGAN BERSEBAB :


BIL. NAMA
1. Nor Ashikin bt Haros ( Cuti bersalin)
2. Annie Maria a/p Johin Bin ( Cuti bersalin)
3. Noor Dayana bt Hamid ( Cuti bersalin)
4. Nor Irnahanis Sofia bt Ismail ( Cuti bersalin)
5. Nur Firdaus bt Zamrunmunaim ( Cuti Sakit)

URUS SETIA:
BIL. NAMA
1. Shamsol bin Abu Setiausaha 1
2. Nurul Farhana bt Faidzul Azhar Setiausaha 2
3. Najihah bt Abdulahadi Setiausaha 3

AGENDA:

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI ( PN. ROHAYA BT MD SAID )


1.1 Pn Rohaya mengucapkan salam dan selamat sejahtera serta mengalu-alukan
kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru Kali Kedua bagi tahun 2021
walaupun ada guru yang menyertai mesyuarat secara dalam talian di rumah
masing-masing.
1.2 Pn Rohaya meminta semua guru membuka kamera sepanjang mesyuarat
dijalankan sebagai tanda kehadiran dalam mesyuarat.
1.3 Pn Rohaya mempersilakan Ustaz Muhammad Saman b Esa untuk
memimpin bacaan doa dan mengucapkan terima kasih.
1.4 Mesyuarat perlu dijalankan mengikut masa yang ditetapkan dan masih ada guru
yang tidak tepati masa.
1.5 Guru Besar berharap semua 107 orang guru SKPI menepati masa dan telah
berada dalam mesyuarat.
1.6 Guru Besar memaklumkan mesyuarat guru baru kali kedua diadakan kerana
sebelum ini segala taklimat atau arahan dimaklumkan melalui aplikasi whatapps
sahaja.
1.7 Guru Besar berharap makluman yang disampaikan melalui talian dapat diterima
dengan baik oleh semua guru dan berkerja mengikut arahan sebagai penjawat
awam.

Tindakan: Semua Guru

3
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.1/2021
2.1 Minit mesyuarat kali Pertama telah disahkan oleh Pn. Mohanalatha a/p Kani
dan disokong sebulat suara oleh semua yang hadir.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru Besar memohon pencatat minit mesyuarat tidak perlu menulis perkataan
edit pada senarai nama guru.
3.2 Guru Besar menegur tarikh minit mesyuarat disediakan pada 18 Januari 2021
adalah tidak logik kerana mesyuarat perlu disediakan dalam masa 3 hari.
3.3 Guru Besar memaklumkan kepada Ketua Panitia bahawa Setiausaha perlu
menyiapkan minit mesyuarat adalah tidak lebih dari 7 hari apabila
mengadakan mesyuarat.
Makluman
5.0 PERKARA BAHARU

5.1 Guru Besar memaklumkan untuk Tahun 2021 Sk Pandan Indah mendapat dua
orang guru baharu pada bulan Julai iaitu Tuan Muhammad Faris yang telah
melapor diri pada 26 Julai 2021 dan beliau daripada SK Kelawit, Sarawak.
5.2 Guru baharu yang kedua iaitu Hana Suzanna b Muhamad Sungip telah melapor
diri pada 1 September 2021 dan beliau daripada Sk Ampang Campuran.
5.3 Guru Besar menjemput guru baharu iaitu Pn. Hana memperkenalkan diri
kepada semua guru.
5.4 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam
mengharumkan nama SKPI yang dimenangi dalam pelbagai acara sama ada
peringkat Daerah,kebangsaan atau negeri..
5.5 Guru Besar memohon maaf kepada guru-guru yang terlibat kerana tidak sempat
untuk melihat latihan setiap pertandingan.
5.6 Guru Besar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang
memberikan komitmen yang tinggi dalam melatih murid sehingga lewat malam.
Makluman
5.7 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.8/2017

5.7.1 Pekeliling Perkhidmatan bil.8/2017 adalah berkaitan dengan Cuti Rehat Khas
(CRK).
5.7.2 Untuk makluman semua,CRK tidak mudah diperolehi dan perlu memohon dan
mendapat kelulusan daripada Guru Besar.daripada Guru Besar.
5.7.3 Cuti Rehat Khas perlu dipohon sehari sebelum tarikh bercuti atas sebab-sebab
kecemasan seperti kematian ahli keluarga,ibubapa mertua,adik beradik atau
datuk dan nenek pegawai.
5.7.4 Guru- guru perlu mengambil cuti sakit dan maklumkan kepada Pn Guru Besar
dan PK 1.
5.7.5 Sewaktu PDPR, guru tidak dibenarkan untuk keluar sesuka hati sehingga waktu
PDPR tamat pada jam 1.00 tengahari.
5.7.6 Walaupun PDPR, guru perlu mengambil cuti sakit dan maklumkan kepada
Pn.Nor Haslinda untuk tindakan tagging keberadaan guru.
5.7.7 Guru Besar tahu ada guru-guru yang keluar sewaktu PDPR dan tidak
memaklumkan kepada pihak pentadbir.
5.7.8 Guru yang tidak menghantar sijil cuti sakit dalam tempoh 3 hari akan ditolak
Cuti Rehat Khas.
5.5.4 Guru besar tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara
kepada cikgu yang ingkar arahan.
Tindakan: Semua Guru

4
5.8 PEKELILING BIL. 1/2000

5.9.1 Pekeliling bil 1/2000 adalah berkaitan dengan berkerja pada hari Sabtu
minggu kedua dan minggu keempat.
5.9.2 Surat siaran daripada KPM pihak sekolah boleh memanggil guru hadir
bertugas ke sekolah pada hari Sabtu.
5.9.3 Guru-guru perlu merancang dan mengosongkan hari Sabtu minggu 2 dan
minggu 4 jika diminta hadir bertugas di sekolah.

Tindakan: Semua Guru

6.0 KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT)

6.0.1 Banyak urusan sekolah yang tertangguh disebabkan PKP walaupun kita telah
berusaha sebaik mungkin untuk atasi setiap masalah yang timbul.
6.0.2 Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT) hanya boleh dibuat selepas surat pergerakan
gaji diterima di sekolah.
6.0.3 Untuk makluman guru-guru,KGT adalah berlaku pada bulan Januari, April,
Julai dan Oktober setiap tahun.
6.0.4 Masalah KGT bagi kenaikan bulan Januari adalah disebabkan surat KEW 8
tidak ditandatangani pegawai terbabit dan checker bertukar-tukar.
6.0.5 Guru Besar memohon maaf kepada guru-guru yang belum mendapat kenaikan
gaji tahunan pada bulan Januari lepas dan tidak perlu menyalahkan sesiapa.
6.0.6 Dalam kes KGT lambat ini kita tidak perlu membandingkan urusan sekolah
kita dengan sekolah lain.
6.0.7 Jika terdapat sebarang permasalahan tentang KGT,guru-guru perlu datang
berjumpa dengan Guru Besar.
6.0.8 Guru Besar memaklumkan borang Kew 8 En.Zaki dan En Bukari telah
dijumpai di sekolah lain dan akan diambil tindakan selanjutnya.
6.0.9 Guru Besar berharap semua guru memahami kekangan yang ada disebabkan
kita berada dalam fasa pandemik Covid 19.
6.0.10 Guru -guru perlu berada di stesen tempat bertugas dan boleh diambil
tindakan jika ada guru yang ingkar arahan tersebut.
6.0.11 Guru Besar boleh mengeluarkan surat ingkar perintah kepada guru-guru yang
berada di luar stesen tempat bertugas.
6.0.12 Semua guru dikehendaki menghantar Rancangan Pelajaran Harian ( RPH)
kepada pentadbir untuk disemak.
Tindakan: Semua Guru

6.4 PEMBENTANGAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI LIBAT


URUS BERSAMA JPN

6.4.1 Pembukaan semula sekolah adalah mengikut Fasa Pelan Pemulihan


Negara (PPN) mulai 3 Oktober 2021.
6.4.2 Kehadiran murid ditetapkan pada kadar 50% daripada enrolmen, mengikut
penggiliran minggu.Namun ada beberapa kelas yang akan hadir 100% tanpa
penggiliran.
6.4.3 Berikut adalah pembukaan sekolah mengikut Fasa PPN:

5
FASA 1 FASA 2 FASA 3 FASA 4
Sekolah Rendah: Sekolah Rendah: Sekolah rendah: Sekolah rendah:
-Semua murid -Sama seperti Fasa -Sama seperti Fasa -Mulai 3 & 4 Okt
PDPR 1 2 2021: sama seperti
-Murid -Murid Fasa 3
berkeperluan khas PRASEKOLAH/ -Mulai 17&18
di Sk Pendidikan Tadika swasta hadir Oktober 2021:
Khas dan PPKI tanpa penggiliran. Murid Tahap 1
hadir tanpa (Tahun 1,2,3) hadir
penggiliran. secara penggiliran.
-Mulai 31 Okt & 1
Nov2021: Murid
Tahap 2 (Tahun
4,5,6) hadir secara
penggiliran.

6.4.2 Pengoperasian sekolah adalah mengikut peralihan fasa negeri selepas dua
minggu dari tarikh peralihan fasa tersebut.
6.4.3 Sesi persekolahan Tahun 2021 akan berakhir Mac 2022 dan kebarangkalian
Rancangan Pengajaran Tahunan perlu diubah akan dimaklumkan kemudian.
6.4.4 Hanya pekerja perkhidmatan sokongan yang telah menerima vaksin
lengkap sahaja boleh bertugas di sekolah.
6.5.5 Status vaksinasi Guru sehingga 13 September 2021 adalah 97.55%
bagi dos 1 dan dos 2 sebanyak 89.18%.Manakala bagi AKP adalah sebanyak
97.09% dos 1 dan 84.25% dos 2.
6.5.6 Guru dan AKP yang belum menerima dan tidak menerima vaksin perlu hadir
dan memastikan:
i) Garis panduan dan arahan yang dikeluarkan dipatuhi
ii)Ujian Covid -19 lengkap (RT-PCR) dilakukan tiga (3) hari sebelum hari
pertama persekolahan.
iii)Ujian Kendiri COVID-19 dilakukan secara berkala sebanyak dua (2) kali
seminggu di sekolah dengan pemerhatian pihak sekolah.
iv)Keputusan ujian dilaporkan kepada pihak sekolah.
v) Sentiasa memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka.
vi)Tidak berada di bilik / Kawasan yang sama dengan murid atau warga
sekolah yang menerima vaksin lengkap.
6.7.7 Guru yang belum lengkap vaksinasi tidak boleh mengajar secara bersemuka
dan akan berada di bilik berasingan.
6.7.8 Semasa berada di sekolah, guru-guru diwajibkan memakai pelitup muka
berganda.
6.8.9 Penggunaan penghawa dingin tidak digalakkan digunakan dalam kelas kerana
tiada aliran udara keluar masuk.
6.9.10 Kelonggaran diberi kepada murid untuk memakai pakaian yang sesuai
sekiranya baju uniform sekolah tidak muat atau ketat.
6.9.11 Penggunaan pelindung muka ( face shield) digalakkan di kalangan murid
serta guru.

Tindakan: Semua Guru

6
6.5 PENGOPERASIAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

6.5.1 Kehadiran
i) Kehadiran dihadkan kepada 50% enrolmen kelas.
ii)Kehadiran ke kelas secara penggiliran minggu.
6.5.2 Penambahbaikan SOP
i) Pemakaian pelitup muka diwajibkan
ii) Murid bergejala tidak dibenarkan ke sekolah.
iii)Memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas.
iv)Membuat ujian kendiri COVID-19 sekiranya murid bergejala di sekolah.

6.5.3 Kelonggaran Peraturan


i) Ketidakhadiran murid dengan surat pemakluman ibu bapa tidak dianggap
sebagai satu kesalahan disiplin
6.5.4 Keselamatan dan kesihatan murid,guru dan warga sekolah
i) Pelitup muka perlu dipakai setiap masa.
ii)Pelitup muka berganda digalakkan.
iii)Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa.
iv)Mencuci tangan dengan air dan sabun.Jika tiada sabun dan air, pensanitasi
tangan boleh digunakan.
vi)Saringan kesihatan dilaksanakan setiap hari di pintu masuk.Suhu 37.5 C
dan bergejala tidak dibenarkan masuk.
vii)Kawasan sekolah sentiasa bersih dan selamat digunakan serta disanitasi
dengan kerap.
6.6.5 Pengurusan prasarana
i)Pintu dan tingkap hendaklah sentiasa dibuka dan langsir tidak menghalang
udara.
ii)Kekerapan penggunaan bilik-bilik khas untuk tujuan PdP dibenarkan pada
tahap minimun.
ii)Memastikan permaidani, tikar dan ’skirting’ meja tidak digunakan di semua
bilik PdP.
iii)Tandakan penjarakan fizikal di lokasi yang bersesuaian dalam kawasan
sekolah.
6.6.6 Ujian Kendiri COVID-19 Murid sekolah KPM
i)Ujian kendiri COVID-19 kepada murid /pelajar harian dilaksanakan hanya
kepada murid/pelajar yang bergejala semasa berada di sekolah.
ii)Pihak sekolah perlu melupuskan Kit Ujian Kendiri COVID -19 yang telah
digunakan mengikut Garis Panduan Pengurusan Penggunaan Kit Ujian
Kendiri COVID-19 yang ditetapkan.
6.6.7 Tindakan susulan selepas Ujian Kendiri dilaksanakan jika positif.
i)Menempatkan murid di dalam bilik isolasi.
ii)Memaklumkan kepada PKD,tindakan selanjutnya berdasarkan nasihat PKD.
iii)Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
iv)Ibu bapa /penjaga perlu menghantar anak yang positif COVID-19 ke fasiliti
kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan .
vi)Murid yang telah tamat tempoh kuaratin dan disahkan bebas dari jangkitan
COVID-19 boleh hadir ke sekolah.
6.6.8 Tindakan susulan selepas Ujian Kendiri dilaksanakan jika negatif.
i) Guru memaklumkan kepada ibu bapa untuk menjemput anak pulang ke rumah
jika bergejala.
6.6.9 Pengoperasian kantin
i)Semua pekerja kantin perlu mendapatkan vaksin yang lengkap.
ii)Mematuhi SOP yang dikeluarkan MKN dari semasa ke semasa.

7
iii)Murid makan dan minum dalam bilik Pdp dengan seliaan guru.
iv)Murid dalam kelas yang mengunakan penyaman udara perlu makan di ruang
terbuka dengan seliaan guru.
Tindakan:Semua Guru

6.6 PENGOPERASIAN SEKOLAH BAGI MURID BERKEPERLUAN


KHAS

6.6.1 Pembukaan semula sekolah bagi murid berkeperluan khas adalah mengikut
fasa PPN Tahun 2021.
6.6.2 PPKI SK PANDAN INDAH akan dibuka semula pada 4 Oktober 2021 kerana
mengikut peralihan fasa Negeri Selangor iaitu Fasa 2.
6.6.3 Sebelum sesi persekolahan bersemuka, MBK perlu mengisi Borang
Pengisytiharan Kesihatan untuk menentukan tahap kesihatan dan keupayaan
penjagaan kesihatan kendiri MBK.
6.6.4 Borang Pengistiharan Kesihatan perlu dikemukakan 3 hari sebelum sesi
persekolahan bermula.
6.6.5 Persediaan sebelum MBK ke sekolah perlu dilakukan oleh guru PPKI dan
PPM bagi melancarkan proses sesi persekolahan nanti.
6.6.6 Guru PPKI perlu membantu PPM Ketika MBK tiba disekolah dan mematuhi
SOP yang ditetapkan.
6.6.7 Sekiranya MBK tidak berupaya berjalan kaki, ibubapa/ penjaga dibenarkan
masuk ke dalam kawasan sekolah dengan kenderaan.
6.6.8 Guru-guru PPKI perlu sentiasa mengingatkan MBK agar sentiasa memakai
pelitup muka dan kerap cuci tangan dengan air atau pensanitasi tangan.
6.6.9 Perabot dan peralatan yang tidak digunakan hendaklah disimpan atau
diketepikan bagi mengurangkan sentuhan.
6.6.10 Semasa waktu pulang, Guru dan PPM mengiringi MBK ke lokasi yang
ditetapkan.
Tindakan: Semua Guru PPKI

7.0 UCAPAN GPK PENTADBIRAN ( PN. NORHASLINDA BT HARABAYNI )

7.1 GPK 1 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru kerana hadir
ke mesyuarat kali kedua walaupun secara dalam talian.
7.2 GPK 1 juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SKPI kerana dapat
menjalankan PDPR 3.0 dengan jayanya.
7.3 Jadual PDPR 4.0 adalah sama seperti jadual PDPR 3.0 dan beliau berharap tidak
ada lagi guru yang bertanya tentang jadual waktu selepas ini.
7.4 Pentaksiran OTI 2 (16-19 Julai 2021)
7.4.1 GPK 1 mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang
berjaya menjalankan Ujian OTI 2 pada 16 hingga 19 Julai 2021.
7.4.2 Ujian OTI 2 diberi nama lain iaitu Modul Latihan disebabkan tiada Pdp
bersemuka.
7.4.3 Keputusan Ujian OTI perlu dimaklumkan kepada ibu bapa melalui
aplikasi whatapps kelas masing-masing.
7.5 Analisis OTI 2
7.5.1 Tahun 6- murid yang lulus seramai 114 daripada 200 orang.Gred purata
kelas ialah 2.43%.
7.5.2 Tahun 5-murid yang lulus seramai 134 orang dan gred purata kelas ialah
3.80 %.
7.5.3 Tahun 4 -murid yang lulus seramai 176 orang dengan peratus
60.69%.Bilangan murid yang mendapat A seramai 8 orang.

8
7.6 Pentaksiran Akhir Tahun
7.6.1 Tarikh pentaksiran Akhir Tahun akan dimaklumkan kemudian dan
soalan akan digubal oleh guru pelajaran sendiri.
7.6.2 Ketua Panitia perlu menentukan guru yang akan mengubal soalan
mengikut mata pelajaran masing-masing.
7.6.3 Berkemungkinan pentaksiran Akhir Tahun akan dijalankan dalam bulan
November bagi memudahkan guru-guru menyemak di masa cuti Akhir
Tahun nanti.
7.6.4 Segala ketetapan berkaitan Pentaksiran Akhir Tahun adalah daripada
arahan Guru Besar dan PK 1.
7.7 PDPR
7.6.1 Semua guru perlu menjalankan PDPR mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan.
7.6.2 Semua guru perlu menjalankan PDPR secara dalam talian ‘Google
Meet’ sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
7.6.3 Terdapat guru yang menghantar link PDPR awal sehari dan tidak
menghantar kembali link pada hari PDPR tersebut.
7.6.4 Guru-guru perlu menghantar link PDPR 30 minit sebelum kelas bagi
melancarkan proses PDPR pada hari tersebut.
7.6.5 GPK 1 memohon guru-guru dibawah seliaannya menghantar link
‘Google Meet’ bagi tujuan pencerapan.
7.8 Aktiviti Panitia
7.8.1 Ketua Panitia perlu memaklumkan aktiviti yang telah dijalankan dan
menghantar laporan kepada GPK 1.
7.8.2 GPK 1 memaklumkan akan ada Mesyuarat Kurikulum bersama ketua
Panitia .
7.8.3 Jika ada Panitia yang ingin atau belum mengadakan apa-apa aktiviti atau
program perlu menghantar kertas kerja kepada GPK 1 untuk disemak
sebelum dihantar kepada kerani kewangan.
7.8.4 Jika ada perlu membuat pembelian,KP diminta membuat nota minta dan
maklumkan kepada GPK 1 terlebih dahulu.
7.8.5 Semua guru diingatkan duit PCG adalah hak murid dan tidak boleh
digunakan untuk kepentingan peribadi.
7.8.6 Dalam mesyuarat Panitia akan datang,KP perlu berbincang tentang
Pelan Tindakan Bersama AJK Panitia.
7.8.7 Semua Panitia diminta melengkapkan fail induk dan panitia masing-
masing.
7.9 Bilik-bilik Khas
7.9.1 Guru yang ingin mengemas bilik-bilik khas perlu membawa rakan-rakan
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
7.9.2 Guru yang memegang kunci bilik khas perlu membuat satu salinan kunci
pendua sekiranya tiada dalam simpanan pejabat.

Tindakan: Semua Guru

8.0 UCAPAN GPK HAL EHWAL MURID ( TN. SYED NIZAM B SYED OSMAN )
8.1 GPK HEM memulakan mesyuarat dengan mengalu-alukan kedatangan semua
guru di dalam mesyuarat sama ada di bilik penjana minda atau di rumah masing-
masing.

9
8.2 GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua Unit Hem
terlibat dalam menjalankan program atau aktiviti sepanjang PKP seperti unit
kesihatan, spbt, disiplin dan lain-lain lagi.
Makluman
8.3 Murid Bukan Warganegara
8.3.1 Murid yang telah membayar Levi sudah mendapat surat kelulusan untuk
bersekolah.
8.3.2 Bagi murid yang belum mendapat surat kelulusan, guru kelas perlu
memaklumkan kepada ibu bapa tersebut.
8.3.3 Guru kelas perlu mengingatkan murid yang tidak mempunyai dokumen
yang lengkap perlu menyediakannya sebelum tarikh tutup 30 November
2021.
8.3.4 Selepas tarikh tersebut, ibu bapa perlu berurusan sendiri di PPDHL
untuk menghantar dokumen murid.
8.4 Kes COVID-19
8.4.1 Jika murid positi COVID-19, guru kelas perlu mengisi pelaporan dan
maklumkan kepada GPK HEM untuk dipanjangkan kepada PPDHL.
8.4.2 Sebelum ini, kes murid positif diuruskan oleh PPDHL tetapi mulai 1
September 2021, GPK HEM yang perlu mengisi data murid positif
COVID-19.
8.4.3 Cikgu Iznan memaklumkan bagi murid PRASEKOLAH yang positif
C0VID-19, data perlu disi di aplikasi SMPK terlebih dahulu.
8.4.4 Pelaporan adalah mengikut kategori murid iaitu PPKI,PRASEKOLAH
dan Perdana.
8.5 APDM
8.5.1 GPK HEM memohon semua guru mengemaskini kehadiran murid di
APDM pada setiap hari.
8.5.2 GPK HEM melahirkan rasa dukacita kerana masih terdapat guru yang
tidak mengemaskini data kehadiran murid di APDM setiap hari.
8.5.3 Pemarkahan prestasi guru mengambil kira dari semua aspek termasuk
mengemaskini kehadiran di APDM.
8.6 Unit HEM
8.6.1 Mohon semua Unit Hem mengemaskini fail induk yang berada di
pejabat.
8.6.2 Penyelaras Kesihatan diminta mengemaskini Bilik Isolasi sebelum
pembukaan sekolah pada 4 Oktober ini.
8.6.3 Mesyuarat Unit Hem boleh diadakan secara dalam talian dan perlu
dimaklumkan kepada GPK HEM.
8.7 Bilik Khas Unit Hem
8.7.1 Setiap Unit Hem boleh memanggil AJK untuk mengadakan gotong
royong membersihkan setiap bilik khas.
8.8 Guru di bawah seliaan GPK HEM perlu menghantar link ‘Google Meet’ bagi
tujuan pencerapan.
8.9 Murid yang cicir PDPR perlu diberi inisiatif bagi mengalakkan mereka
menghadiri kelas selepas ini.

Tindakan : Semua Guru

9.0 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ( EN. AZEDE B


KABIRAN )

9.1 En. Azede b Kabiran mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua guru
yang hadir mesyuarat kali kedua.

10
9.2 GPK Kokurikulum memaklumkan surat JPNSPSR bil.24 tentang pembatalan kelulusan
aktiviti Ko-kurikulum dalam jadual waktu PdP.
9.3 Rentetan dari surat itu, aktiviti Kokurikulum pada Tahun 2022 akan diadakan pada
setiap hari Sabtu minggu 2 & 4 setelah berbincang dalam mesyuarat Pengurusan baru-
baru ini.
9.4 Banyak kekangan jika aktiviti Kokurikulum diadakan pada hari Rabu kerana ianya
melibatkan kelas dan SOP Fasa PPN.
9.5 Semua guru diharap membuat perancangan awal dan boleh hadir pada hari Sabtu
minggu 2 & 4.
9.6 Surat JPN Bil 9 berkaitan sekolah kunjung bantu
9.6.1 Sk Pandan Indah antara 10 buah sekolah yang terlibat dalam kunjung bantu Unit
Kokurikulum.
9.6.2 Kunjung bantu tersebut tidak dapat dijalankan kerana PKP pada tahun lepas dan
dibawa ke tahun 2021.
9.6.3 Untuk tujuan kunjung bantu, semua Unit Kokurikulum diminta mengemaskini
fail masing-masing sebelum 1 Oktober 2021.
9.7 GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Noraini yang sudi bantu
Persatuan Bahasa Arab bagi mengemaskini fail.
9.8 PAJSK
9.8.1 Aktiviti kokurikulum pada Tahun 2021 telah pun selesai dan mohon guru kelas
Tahun 4,5 & 6 untuk mengisi markah murid ke dalam sistem PAJSK.
9.8.2 Semua guru kelas diharap dapat memberi markah dengan berhati-hati untuk
mengelakkan ibu bapa berasa tidak berpuas hati.
9.8.3 Guru kelas boleh mendapatkan maklumat daripada ibu bapa tentang acara
pertandingan yang murid sertai.
9.8.3 Sistem PAJSK tidak ditutup dan boleh diisi pada bila-bila masa.
9.9 Unit Kokurikulum ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru yang melatih
murid dalam pelbagai acara pertandingan sama ada peringkat Daerah,Kebangsaan atau
Negeri.
9.9.1 Senarai kemenangan yang telah dimenangi setakat 24 September 2021 iala h:

i. Pertandingan Unit Unifrom


• Johan Kuiz Online Perkhemahan Puteri Islam Negeri Selangor
• Tempat kedua Wave Makers Digital Poster Video Competition PPT Negeri
Selangor 2021
• Johan Mengarang Pantun PPT Semarak Kemerdekaan Daerah Hulu Langat
2021.
• Tempat Kedua Pertandingan Pakaian Beragam Bahan Kitar Semula PPT
Daerah Hulu Langat
• Tempat ketiga Pertandingan Karaoke Merentas Zaman PPT Daerah Hulu
Langat 2021
• Tempat kelima Pertandingan Poster Digital PPT Semarak Kemerdekaan Daerah
Hulu Langat 2021
ii.Pertandingan Koakademik
• Juara Favorit 1 Pertandingan Cerdas Cermat Pantun Sekolah Dasar Negeri
Serumpun 2021
• Saguhati Pertandingan Pidato Piala Pengarah IPG Kebangsaan 2021
• Tokoh Nilam Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negeri Selangor 2021
• Johan Bicara Buku Peringkat Negeri Selangor 2021
• Naib Johan Video Pendek Sambutan Hari Guru MGB Negeri Selangor 2021

11
• Naib Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Mahrajan Al-quran MQSS Negeri
Selangor 2021
• Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Perempuan Mahrajan Al-quran MQSS
Negeri Selangor 2021
• Johan Video Pendek Sambutan Hari Guru MGB Daerah Hulu Langat 2021
• Naib Johan Video Pendek Sambutan Hari Guru MGB Daerah Hulu Langat 2021
• Johan Bercerita Tahap 1 Karnival Bahasa Melayu Daerah Hulu Langat 2021
• Johan Bercerita Tahap 2 Karnival Bahasa Melayu Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat Ke-3 Teknologi Pelancaran Roket Stem Sekolah Rendah Daerah Hulu
Langat
• Tempat ke-3 Nyanyian Solo Kerohanian Perempuan Mahrajan Al-Quran MQSS
Daerah Hulu Langat
• Tempat ke-5 Pidato Sekolah Rendah KARNIVAL Bahasa Melayu Daerah Hulu
Langat 2021
• Tempat ke-5 HEM Got Talent Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat Ke-5 Essay Writing Sekolah Rendah Karnival Bahasa Inggeris Daerah
Hulu Langat 2021.
iii. Pertandingan Sukan dan Permainan
• Johan Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Daerah Hulu Langat 2021
• Naib Johan Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat ke-8 Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat ke-12 Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat ke-16 Pertandingan Kemahiran Sukan Ragbi Daerah Hulu Langat 2021
• Tempat ke-10 Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Jaring Daerah Hulu Langat
2021.
• Tempat ke -12 Pertandingan Kemahiran Sukan Bola Jaring Daerah Hulu Langat
2021.
• Naib Johan Pertandingan Timbang Bola Daerah Hulu Langat 2021.
• Tempat ke-5 Acara E-Virtual XC Merentas Desa Daerah Hulu Langat 2021.

9.10 GPK KOKURIKULUM mengakhiri ucapan dengan mengucapkan tahniah dan terima
kasih sekali lagi kepada semua guru dalam Unit Kokurikulum pada tahun ini.

Tindakan: Semua Guru

10.0 UCAPAN GPK PETANG ( EN. HASRI B HARUN )

10.1 GPK PETANG SKPI EN HASRI BIN HARUN mengucapkan selamat datang ke
mesyuarat guru kepada semua guru terutamanya kepada guru sesi petang.

10.2 GPK Petang memaklumkan akan berlaku rombakan jadual waktu guru sesi petang
kerana ada guru yang cuti bersalin apabila sesi PdP bersemuka nanti.

10.3 GPK Petang memaklumkan guru sesi Petang perlu bersedia untuk ke sekolah sekiranya
berlaku peralihan ke Fasa 3 bagi mengantikan guru PRASEKOLAH sekiranya tidak
hadir atau cuti sakit.
10.4 Penggiliran akan dibuat bagi guru sesi petang yang tiada PDPR pada hari
tersebut.Waktu hadir dan pulang adalah mengikut murid PRASEKOLAH.
10.5 GPK Petang mengucapkan terima kasih kepada guru Tenaga Mahir di atas bantuan
membaiki semua kerosakan peralatan di sekolah .
Makluman

12
11.0 UCAPAN GPK PPKI ( PN. NORZILA BT ABDUL RAIS )

11.1 GPK PPKI Pn Norzila bt Abdul Rais mengucapkan salam dan selamat sejahtera
kepada barisan pentadbir, guru cemerlang dan guru-guru.
11.2 Pembukaan Sekolah bagi MBK:
11.2.1 PPKI SKPI akan membuka semula kelas bersemuka pada 4 Oktober
2021 mengikut Fasa 2 Negeri Selangor.
11.2.2 Status vaksinasi guru PPKI meliputi 90% dan PPM adalah 100%.
11.2.2 Untuk pembukaan sekolah, Borang saringan kesihatan telah pun
diedarkan kepada ibu bapa bagi membuat saringan kesihatan semasa
MBK.
11.2.3 Pergerakan masuk dan keluar murid masih mengikut SOP PKP 2.0 dan
telah dibentangkan oleh Guru Besar sebentar tadi.
11.3 Persediaan kelas PPKI SKPI
11.3.1 GPK PPKI mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru-guru PPKI dan PPM yang bertungkus lumus selama 2
minggu membuat persediaan kelas sementara guru-guru lain masih
dalam situasi berkerja dari rumah(PDPR).
11.3.2 Persiapan pembukaan kelas kali ini lebih berat kerana keadaan kelas
yang baru sahaja selesai proses naiktaraf.Masih terdapat kelas yang
belum lagi selesai dinaiktaraf.
11.3.3 Justeru itu, pelbagai kerja berat perlu dilakukan dengan tenaga guru dan
ppm yang ada untuk menyediakan kelas yang kondusif.
11.3.4 Untuk status kerja-kerja naiktaraf kelas masih belum selesai bagi kelas
yang berada di Blok A dan dengan itu bantuan daripada guru-guru lelaki
lain diperlukan.
11.3.5 GPK PPKI memohon jasa baik guru-guru lelaki yang sukarela untuk
datang ke sekolah bagi membantu kerja-kerja pembersihan sisa-sisa
pembinaan yang perlu dibuang.
11.4 Unit kurikulum PPKI
11.4.1 Unit kurikulum PPKI telah memberi insentif dan galakkan kepada murid
yang aktif dan hadir penuh semasa sesi PDPR bagi bulan Jun hingga
September. Wakil ibu bapa telah hadir di Pondok Keselamatan untuk
mengambil hadiah.
11.4.2 Unit PPKI juga telah mengadakan program Panitia iaitu Program Bulan
Sains dan program kemerdekaan walaupun secara dalam talian.
11.4.3 Kesemua program tersebut disediakan hadiah sebagai galakkan kepada
murid yang aktif menyertai.
11.4.4 Seperti kelas Perdana, guru PPKI juga telah menjalankan Modul
Pentaksiran bagi murid Tahap 2 yang bermula pada 6 hingga 9
September 2021.
11.4.6 Bagi Tahap 1, pentaksiran adalah secara berterusan dari awal tahun
sehingga akhir tahun.
11.5 Unit Kokurikulum PPKI
11.5.1 Untuk makluman semua, seramai 7 orang murid telah menyertai
Pertandingan Virtual Run dan memenangi Hadiah Saguhati bagi
kategori BD (Bermasalah Pembelajaran) dan kategori Fizikal.
11.5.2 Markah murid dalam PAJSK telah pun selesai dimasukkan oleh guru
kelas PPKI.
11.6 Program Pembangunan Akademik PPKI 2021
11.6.1 PPKI telah mendapat Insentif Kerajaan melalui Geran Penjana di bawah
Kementerian Pertanian Malaysia,Putrajaya iaitu:

13
i)2 set HLT atau set Hidroponik berbumbung
ii)Kelengkapan peralatan pertanian
iii)Tanah hitam, baja,racun serangga
11.6.2 Selain itu, bimbingan secara terus daripada pegawai pertanian akan
diberikan kepada murid dari semasa ke semasa.
11.6.3 Pada 24 September 2021 satu sesi LADAP telah diadakan oleh
Pegawai Pertanian Putrajaya kepada guru PPKI dan PPM.
11.6.4 LADAP tersebut memberi pendedahan dan kaedah tanaman Hidroponik
yang betul.
11.7 GPK PPKI berharap agar sesi bersemuka pada 4 Oktober nanti akan berjalan
lancar dan baik.
11.8 Akhir sekali, GPK PPKI mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan
pentadbir yang sama-sama membantu unit PPKI SKPI selama ini.

Makluman
12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 PK 1 mengingatkan kepada semua guru yang ada telah menjalani


Kursus /Bengkel/Ladap secara dalam talian supaya mengisi Borang Minit
Curai dan menyerahkan kepada PK 1.
12.2 Pencerapan telah dan sedang dijalankan ke atas semua guru di bawah seliaan
pentadbir masing-masing.
12.3 Semua guru perlu menyemak maklumat diri masing-masing dalam e – operasi
sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sekiranya ada perubahan maklumat, guru
perlu memaklumkan kepada PK 1 untuk dikemaskini.
12.4 Ujian Segak akan dijalankan bermula 18 November sehingga 10 Disember 2021
di bawah tanggunjawab cikgu Helmee.
12.5 Penyelaras PBD iaitu Pn. Hazira telah menyebarluaskan info berkenaan PBD
dan berharap semua guru dapat membaca dan memahaminya.
12.6 Semua guru perlu merekod PBD selepas selesai sesi PDPR pada hari tersebut.
12.7 GPK Hem memohon semua guru kelas terutama Tahun 1 untuk mendaftar nama
murid baru masuk ke dalam Buku Besar yang terdapat di Pejabat.
12.8 Guru Besar memaklumkan Tarikh Mesyuarat PIBG akan diadakan pada hari
Sabtu 9 Oktober 2021 secara atas talian.
12.9 Semua guru yang belum menjelaskan yuran BKGK boleh menghubungi
Pn.Hawwa.
12.10 En. Tuan Mohd Faris dan Pn Hanna Suzana dikehendaki menghantar buku RPH
kepada PK Petang, En. Hasri.
12.11 Semua Ketua Panitia perlu sentiasa mengingatkan AJK unit masing-masing
supaya menjalankan program panitia mengikut perancangan yang telah dibuat.
12.12 Semua guru perlu mengisi data kehadiran murid dalam SPDPR dalam tempoh
14 hari.
12.13 Terdapat guru yang tidak mengemaskini data kehadiran murid dalam SPDPR.

14
13.0 UCAPAN PENANGGUHAN
13.1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang ada dalam Google
Meet mesyuarat kali pertama ini. Kepada yang tidak dapat bersama dalam
Google Meet diminta memberi surat tunjuk sebab kepada beliau.
13.1.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengah hari dan disudahi dengan
Bacaan surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah.

Disediakan oleh:
Urusetia
Mesyuarat Guru
Sekolah Kebangsaan Pandan Indah
Tarikh: 28 September 2021

Shamsol/farhana/najihah/mesyuarat guru bil. 2 /2021

15

You might also like