See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.
net/publication/305208391
Kesenian Melayu Islam : Jiwa Islam Dalam Pengkaryaan
Conference Paper · October 2011
CITATIONS READS
0 5,149
5 authors, including:
Zuliskandar Bin Ramli Nik Adzrieman Abd Rahman
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Utara Malaysia
260 PUBLICATIONS 236 CITATIONS 129 PUBLICATIONS 708 CITATIONS
SEE PROFILE SEE PROFILE
Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
51 PUBLICATIONS 4 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Fundamental Research Grant Scheme and RAGS View project
An Empirical Investigation on the Antecedents and Consequences of Corporate Identity Management (CIM) Model in Malaysian Higher Education Sector View project
All content following this page was uploaded by Zuliskandar Bin Ramli on 12 July 2016.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
ISLAMIC ART
ABDULLAH YUSOF
FIRST EDITION @ OCTOBER
2011
EDITED BY:
ABDULLAH YUSOF, Ph.D (Chief)
SALINA SAHRI
NORAIN ISMAIL
LAYOUT AND DESIGN BY:
SYAIMAK ISMAIL
HAMIDAH JALANI
NABILAH MOHD RAZIF
PUBLISHED BY:
DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION
ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
UNIVERSITY OF MALAYA
PRINTING BY:
DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION
BLOCK C, ACADEMY OF ISLAMIC STUDIES
UNIVERSITY OF MALAYA, 50603,
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
PRICE : RM 35.00
Kandungan
1. Drama Sebagai Medium Menyampaikan Unsur-Unsur Islam
Nabilah binti Mohd Razif 1
2. Hijamah Dalam Tamadun Islam: Aplikasinya Di Malaysia Masa Kini
Abdullah Yusof, Norlida Abdul Salam 15
3. Karakteristik Seni Khat Lukis Indonesia: Telaah Terhadap Karya-
Karya Seni Khat Lukis Indonesia
Makmur, Abdullah Yusof 27
4. Kesenian Melayu Islam: Jiwa Islam Dalam Pengkaryaan
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Zuliskandar Ramli,
Othman Md. Yatim, Ros Mahwati Ahmad Zakaria,
Wan Salleh Wan Ibrahim 53
5. Motif Hiasan Tiga Buah Masjid Tua Abad Ke-18 di Melaka
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman,
Ros Mahwati Ahmad Zakaria 67
6. Pemikiran Ulama Melayu Klasik Tentang Pemakanan
Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli,
Suhaimi Ab Rahman 85
7. Perkapalan dalam Tuhfat al-Nafis: Tinjauan Ke Atas Fungsinya
Norain Ismail 99
8. Pertembungan Nilai Antara Islam Dan Barat Dalam Konsep Senibina
Masjid Di Malaysia: Parallel Dan Kontradiksi
Azizul Azli Ahmad 107
9. Tulisan Jawi Sebagai Warisan Peradaban Bangsa : Analisa dari Aspek
Cabaran Semasa
Shakila Ahmad, Hussain Othman, Rafiuddin Afkari, Midar Rusdi,
Mohd. Hisyam Abdul Rahim 125
10. Usaha Memartabatkan Warisan Kemplingan dalam Masyarakat Jawa
Johor
Siti Nor Aisyah Ngadiran, Siti Zaleha Hamzah 135
11. Wacana Sastera Islam Di Malaysia Dan Indonesia: Mengisi Wacana
Sastera Pasca Kolonial
Mohd Faizal Bin Musa 149
12. Common Literary and Conceptual Aspects of Islamic Mysticism in
Iranian and Malaysian Performing Arts
Mohammad Ali Shokouhi 163
13. Islamic Civilization And Architecture In Iranian Miniature Art
Alireza gharakhani 175
14. Mystical Aspects of Islamic Art: Arabesque
Fariba Roomi 181
15. Qur’an and Archeological Discoveries Compatible or Incompatible?
Evidence from the Near East
Ghassan Taha Yaseen 199
16. The Influence Of Islam Towards Local Architecture Elements:
Comparison Study Of Thailand, Malaysia And Indonesia Wood
Carvings.
Muhammad Faizal Bin Abdul Rani 223
17. Malay- Islamic Historiography Behind Kelantan’s Kampung Laut
Mosque Construction
Wan Salleh Wan Ibrahim,
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman 237
18. Calligraphy in Islamic Culture: With Special Attention to the
Architectural Inscriptions of Bengal
Mohammad Yusuf Siddiq 257
.19
.20
.21
.22
.23
.24
483
.25
Kesenian Melayu Islam : Jiwa Islam Dalam Pengkaryaan
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman*
Zuliskandar Ramli**
Othman Md. Yatim***
Ros Mahwati Ahmad Zakaria****
Wan Salleh Wan Ibrahim*****
Abstrak
Kesenian Melayu Islam akan memfokus kepada konsep kesenian
Islam dan siapa Melayu Islam serta penghasilan seni. Umumnya
kesenian dilihat sebagai salah satu ciptaan manusia dan memiliki
ekspresi penciptanya, dan segala bentuk hiasan dan kadangkala
mengambil kira fungsinya. Antara aspek kesenian ialah seni khat,
seni ukir, seni bina, seni tekstil, seni tembikar, seni lakon, seni tari,
seni muzik, seni mempertahankan diri dan lain-lain. Untuk
melahirkan kesenian, seorang pencipta harus memiliki kemahiran,
keahlian, daya kreatif, daya pemikiran berbentuk seni dan
pengetahuan tentang alam dan kehidupan. Pengertian dan
kedudukan seni Islam yang diperkataan oleh sarjana Islam
mentafsirkan kesenian Islam dari sudut ciri, bentuk, tema, sumber,
tempat asal, jenis, tarikh dicipta dan penciptanya serta asal usul dan
perkembanganya. Kesenian Islam yang disentuh adalah karya
kesenian Islam di Malaysia yang dilahirkan oleh Melayu Islam di
Malaysia. Melayu Islam adalah mereka yang bertutur dalam bahasa
Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan beragama Islam.
Dalam konteks ini etnik tidak diambil kira dalam menentukan
seseorang itu Melayu atau bukan Melayu tetapi beragama Islam.
Kesenian Islam pula terdiri daripada kesenian tampak dan kesenian
tidak tampak termasuk nyanyian, zikir dan lain-lain. Kesenian Islam
dapat didefinisikan sebagai seni yang melahirkan konsep tauhid dan
berakal budi Islam dan tidak meniru ciptaan Allah dan menerima
pantang larang menggambarkan (tawsir) figura manusia dan haiwan.
Kata Kunci: Kesenian, kesenian Melayu Islam, Jiwa Islam.
*
Beliau merupakan pensyarah dan Profesor Emeritus di Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia.
**
Beliau merupakan Pegawai Sains di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti
Kebangsaan Malaysia.
***
Beliau merupakan pensyarah dan Profesor di Jabatan Sosio Budaya Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
****
Muzium Seni Islam.
*****
Beliau merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara.
53
Abstract
Malay Islamic arts will focus on the concept of Islamic arts and who
is Islamic Malay and also the creation of arts. Generally, arts is
regarded as human creation and contains the expression of the
artists, and all types of decorative motifs will take into consideration
their functions. Among the aspects of arts are calligraphy,
architecture, textile, pottery, theatre, dance, music, self-defence and
etc. To create art, a creator must posses the ability, professionalism,
creative power, artistic ideas and knowledge about nature and life.
The meaning and the position of Islamic arts discussed by Islamic
scholars define Islamic arts from the aspects of types, shapes,
themes, sources, origin, typology, date of creations, and the creator
in terms of origin, and development. Islamic arts discussed are arts
created in Malaysia by the Islamic Malays. Islamic Malays speak
Malay language, practice Malay adat and traditions and a Muslim. In
this context, ethnicity is not taken into account in defining whether an
individual is a Malay or non-Malay but a Muslim Islamic arts consist
of visual arts and non-visual arts including songs, zikir and etc. It can
be defined as the arts that create tauhid and Islamic thoughts and
never copy Allah’s creation and aware of what is forbidden such as
creation of figures of humans or animals.
Keywords: Art, Malay Islamic Art,
Pengenalan
Kesenian boleh ditafsir sebagai hasil ciptaan manusia dan memiliki nilai estetika
dalam kepengarangannya (composition), pernyataannya (expression) dan hiasannya
yang paling menonjol atau dominan, dan biasanya mengambil kira aspek
kegunaannya. Kesenian meliputi seni halus atau seni utama dan seni kecil yang
menekankan aspek kegunaan. Penciptaan semua jenis seni meliputi seni khat, seni
ukir, seni bina, seni tekstil, seni tembikar, seni lakon, seni tari, seni muzik, dan seni
mempertahankan diri (silat) memerlukan kemahiran, keahlian, daya kreatif, daya
pemikiran dan pengetahuan berhubung dengan alam dan kehidupan.
Beg mengemukakan pendapat dan secara ideal seharusnya seni Islam
melahirkan konsep tauhid, tetapi dari segi amalan, adakah kesenian Islam sentiasa
menyampaikan perutusan tauhid?1 menjelaskan :
“An art becomes “Islamic” when it expresses the world-view of the
muslim. An Islamic art may also be defined as an art which is the
product of the genius of Muslim artist and artisan; or it could be an
art which is conceived by a Muslim mind, but the artist employed the
object d’art are not necessarily Muslim.”
1
M.A.J. Beg (penyt.) (1981), Fine Arts in Islamic Civilisation, Kuala Lumpur: Perpustakaan
Negara Malaysia, p. 2.
54
Beg juga mengkategorikan ciri Islam berdasarkan akal budi (mind) ataupun world-
view yang ada dalam diri seniman ataupun artisan Muslim.
Seni tiga dimensi mengikut fahaman seni tampak Barat tidak wujud dalam
kesenian Islam. Ismail al-Faruqi2 menerangkan:
“… jika seseorang meneliti sesuatu hasil kesenian Islam, seperti
permaidani, seni tulisan khat, ataupun seni bina, akan ketara
kepadanya sesuatu daya bentuk yang berterusan, sambung-
menyambung tiada akhirnya.”
Hadis Nabi yang bermaksud, “Malaikat tidak masuk ke rumah yang berhias
gambar anjing.” Mengikut al-Nawawi, pengertian tawsir hanya terbatas kepada
gambaran haiwan yang dilukis secara hidup dan naturalis gaya Barat. Sebaliknya
tidak menjadi larangan (tabu) memetik imej alam: pohon, gunung, tanah, atau
ciptaan kehidupan lain bagi menghiasi permaidani, tekstil, dan sebagainya, sebagai
perhiasan yang dipakai, bukan niat pemujaan, maka adalah wajar manusia
meminjam dan mengekalkan keindahan.
Daun, pucuk atau sulur juga merupakan motif yang tidak dapat dipisahkan
dalam ragam hias. Motif yang dimaksudkan ialah pucuk rebung dan sulur bayung.
Selain berfungsi sebagai bahan makanan dan untuk membuat alat perkakas, unsur
alam tumbuh-tumbuhan juga dikaitkan dengan konsep keindahan.
Motif pucuk rebung ialah buluh muda atau anak buluh. Buluh merupakan
bahan penting bagi masyarakat Melayu sejak zaman prasejarah. Ia dijadikan bahan
untuk perlindungan dan kelengkapan seperti membuat rumah, kenderaan (rakit), alat
menangkap ikan, alat memburu binatan, senjata, dan lain-lain. Buluh juga dijadikan
bahan pemikiran falsafah bagi menyampaikan amanat dan ajaran seperti “untuk
melentur buluh biar dari rebung” atau “seperti aur dengan tebing”.
Penciptaan seni, menjadi perhiasan dalam kehidupan manusia Muslim. Yang
menyedari “kebenaran” keikhlasan dan kesungguhan abadi, “… seni semata-mata
keindahan tetapi kosong daripada kebaikan/kebenaran, adalah seperti kilasan
cahaya yang berkilauan sedetik tetapi menghilang”.3
Mengikut landasan tersebut, kita melihat dan menilai kewujudan dan
perkembangan seni setelah memasuki era tamadun Islam yang menggabungkan
deen kebenaran (Islam). Dalam konsep seni tampak Islam, Beg merumuskan ciri
penting berkait dengan konsep keindahan dalam karya manusia.4 Ciri ini terlihat
dalam semua aspek seni tampak (termasuk seni bina dan kraftangan Islam) berhias
tiga unsur (motif) dasar, iaitu:
2
Ismail R. Faruqi (1984), Islam dan Kebudayaan, Bandung: Penerbit Mizan.
3
M.A.J. Beg (penyt.) (1981), op. cit., p. 3.
4
Ibid., p. 11.
55
1. Awan larat organis-vigetal; flora dan fauna.
2. Geometric-abstrak.
3. Kaligrafi-seni khat.
Kesenian Islam membuktikan kaitan antara jiwa umat Islam yang mencipta
karya seni dengan keislaman dan hasrat atau pernyataan yang penting dalam
kesenian Islam bukan pernyataan. Yang penting dalam kesenian Islam bukan
pernyataan ego atau watak individu. Ini sangat berbeza daripada pernyataan dalam
seni rupa Barat. Faktor utama dalam kesenian Islam adalah hakikat serta wujudnya
perhubungan antara nilai seni dengan nilai rohaniah.
Tentang Melayu Islam pula, di alam Melayu penduduknya majoriti adalah
rumpun Melayu yang di dasarkan kepada bahasa proto mereka iaitu Austronesia.
Rumpun Melayu terbahagi kepada pelbagai etnik atau puak seperti Jawa, Madura,
Banjar dan lain-lain. Penduduk Melayu ini tersebar dari Madagaskar ke Lautan
Pasifik, ke Taiwan dan Vietnam.5 Yang dikatakan Melayu Islam adalah yang
didefinisikan oleh Perlembagaan Malaysia iaitu seseorang yang beragama Islam,
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamal adat istiadat Melayu.6 Maka sesiapa
sahaja yang memenuhi kriteria tersebut adalah Melayu Islam di Malaysia. Seni
Melayu Islam adalah hasil seni ciptaan Melayu Islam tersebut.
Ragam Hias
Salah satu aspek kesenian Islam ialah ragam hias. Ragam hias adalah
proses penciptaan atau pembentukan. Ia berkait dengan reka bentuk, reka bentuk
asas atau reka bentuk fungsional dan reka bentuk hiasan (ornamental design).7
Reka bentuk asas didasarkan pada aspek fungsi gunaan dan reka bentuk hiasan
ditekankan pada aspek estetika. Kedua-dua aspek ini mesti ada dalam penciptaan
seni tampak.
Ragam hias geometri biasanya berbentuk poligon iaitu jalinan bentuk segi
tiga, segi empat, segi lima, atau segi banyak. Ia mencerminkan kreativiti seniman
Islam atau menyatakan ketrampilan dalam bidang geometri dan matematik. Ragam
hias ini dapat ditampilkan secara dua dimensti mahupun tiga dimensi seperti dalam
Maqarnas. Dari tema, hiasan ini memperlihatkan bentuk alam seperti motif tumbuh-
tumbuhan. Terdapat juga bentuk abstrak yang lebih diutamakan, tetapi gabungan
bentuk alam dan abstrak ditampilkan sering pula dipadukan dengan kaligrafi.
Ragam hias Maqarnas terdapat dalam seni bina Islam yang berbentuk seperti
sarang lebah.8 Maqarnas merupakan ragam hiasa yang kompleks dan matematik,
karya menuntut pengetahuan ilmu fizik yang tinggi. Ia amat kompleks, terbentuk
daripada pengulangan unsur bentuk prisma, segi tiga, dan berbagai-bagai susunan
5
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman et. al. (penyt) (2011), Alam Melayu : Satu
Pengenalan, Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu , Universiti Kebangsaan Malaysia, h.
10.
6
Ibid., h. 11.
7
F.N. Nation (1956), Ceramic, London: Addison-Wesley, p. 10.
8
Ibid., h. 10.
56
yang diatur, dengan menghasil komposisi daripada unsur tersebut. Maqarnas
merupakan ragam hias pada bahagian mahkota tiang dan bahagian langit-langit atau
langit-langit mihrab atau kubah. Bahan yang digunakan untuk ragam hias ini terdiri
daripada tembikar, kayu dan lain-lain.
Ragam hias seni khat digunakan oleh masyarakat Islam dalam bentuk
tumbuh-tumbuhan dan ada kala seni khat dijalin dengan motif geometri.9 Jalinan seni
khat dalam bentuk simetri, jenis seperti ini banyak dalam bentuk tulisan yang hanya
terbaca dari setengah bahagian sahaja, yang sebelah lagi hanya pengisian bentuk
simetri dengan bahagian yang dapat dibaca.
Ragam hias arabes adalah hiasan dibentuk dengan menempatkan pola hias
secara beratusan sehingga terbentuk irama yang berulang-ulang.10 Struktural
arabes terbentuk kerana pengolahan garis lengkung. Yang paling berkesan dalam
seni rupa Islam ialah garis berpilih (spiral). Ragam hias ini diterapkan pada kerja
tangan seperti seni logam, seramik, permaidani, ukiran gading, penjilidan buku, dan
seni bina. Jenis ragam hiasa ini berkembang di tanah Arab seperti Mesir, Syria, Iran,
Turki, Sepanyol, dan lain-lain.
Masyarakat Melayu menghias rumah dan masjid dengan kaligrafi yang
membawa kata pujian untuk Tuhan seperti kalimah, nama Tuhan, nama nabi, dan
termasuk surah Yasin, surah al-Fatihah, dan lain-lain.11
Di Tanah Melayu ukiran yang berunsur kaligrafi banyak terdapat pada rumah
Melayu tradisional di Kelantan dan Terengganu. Di samping itu juga masjid, di Tanah
Melayu diperindah dengan ukiran kayu yang bermotif tumbuh-tumbuhan dan seni
khat. Antara negeri di Semenanjung yang masjidnya berukir ialah Melaka, Negeri
Sembilan, Kelantan, Perak, Perlis dan Terengganu.
Motif merupakan sebagai unsur utama ragam hias. Ia merupakan “sesuatu
yang dijadikan dasar lukisan (ukiran dan lain-lain)”. Beberapa bentuk motif disusun
dalam ruang dan bahagian tertentu, maka terciptalah corak. Motif yang disusun
tunggal (satu motif) dikenali sebagai “bunga”; susunan berderet di bahagian pinggir
disebut “corak pinggir” atau jika disusun menyeluruh pada ruang dikenali sebagai
“corak penuh”. Motif hias Melayu, mempunyai istilah yang didasarkan pada
susunannya. Motif yang sering digunakan ialah awan larat. Di dalamnya terdapat
corak dan motif yang saling berlingkar atau berkait-kait. Ia juga dikenali sebagai
“bunga corak” dalam tembikar, “bunga kain” dalam songket dan tekat, dan “kelerai”
dalam anyaman.
Motif geometrik pula yang berasaskan unsur alam ialah awan larat.12 Unsur
alam diolah sebagai imej yang berkembang daripada pengalaman, renungan, dan
9
Subarna (1979), Ragam Hias Islam, Bandung: Perpustakaan FSRD, Institut Teknologi
Bandung, h. 12-13.
10
Ibid., h. 13.
11
Dede Noerzaman (1986), Kaligrafi dan Tahsinul-Khath, Bandung: Pustaka, h. 2-5.
57
kepercayaan lampau. Unsur alam menjadi awan larat. Bukit dan gunung disatukan
simbolnya dan buluh menjadi motif pucuk rebung. Kehidupan di hutan, di lembah,
paya, sungai dan laut mendedahkan manusia kepada unsur alam: tumbuh-
tumbuhan, binatang, unggas, dan serangga.
Seni Khat
Seni rupa yang sangat istimewa umat Melayu Islam ialah seni khat dan ia
mencapai taraf estetika yang tinggi. Melalui seni khat dapat dirasai ciptaan mengikut
gaya tulisan dan kebebasan seni reka berasaskan pengetahuan, selera, dan
kepekaan. Keindahan seni khat bergantung pada susunan bahagian yang tegak dan
yang melengkung, yang pendek dan yang ada ruang. Irama adalah unsur yang
penting dalam seni khat. Di Malaysia seni khat yang tertua tertera pada batu nisan
yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303 Masihi di tebing Sungai Tersat, Kuala
Berang, Terengganu (bertarikh 1303 M/ 702H) pada tahun 1902.13 Contoh awal
penggunaan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi. Khat
gaya Naskh merakamkan ajaran dan hukum Islam serta adat dan sistem
pemerintahan di negeri Terengganu.14
Bukti lain ialah batu menhir di Keramat Sungai Udang;15 perkataan Allah
didapati terukir pada Batu Pedang. Batu nisan lama tertera seni khat seperti batu
Acheh, menggunakan gaya Kufi, disusun dalam petak persegi mengikut reka bentuk
nisan. Nisan tersebut didapati di tanah perkuburan dari Johor hingga ke Perlis dan di
pantai timur.
Seni khat juga mempengaruhi seni tekat dan sulaman meliputi seni batik, seni
perak, seni emas termasuk pingat dan kalung kebesaran raja. Senjata Melayu
seperti keris, parang dan pedang tidak ketinggalan dihias juga dengan seni khat.
Unsur seni khat muncul dalam seni rupa Melayu, bermula sejak masyarakat Melayu
menerima Islam sebagai agamanya.
Seni khat dipengaruhi langsung dari Arab dan Parsi disesuaikan dengan
tradisi tempatan hingga wujud abjad baharu sesuai dengan cita rasa masyarakat
Melayu. Konsep arabes dalam ragam hias Islam memang sudah sebati dengan seni
hias dan kraftangan Melayu. Istilah awan larat sendiri dapat dirujuk sebagai
gabungan unsur organik atau lingkaran akar, daun, bunga (tumbuh-tumbuhan)
seperti yang terkenal dalam seni arabes yang kadangkala bersatu dengan gaya
geometrik dan kaligrafi. Seniman atau tukang Melayu memang telah menyedari
tentang seni khat dahulu dan menerimanya sebagai seni warisan Melayu Islam.
12
Subarna (1986), op. cit., h. 12.
13
Syed Muhamad Naquib al-Attas (2011), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu,
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 42.
14
Ibid.
15
Mubin Sheppard (1972), Taman Indera-The Malay Decorative Art and Pastimes, Kuala
Lumpur: Oxford University Press , p. 35.
58
Seni Kraftangan
Pada abad ke-16 Masihi perkataan kraf, telah digunakan dengan begitu
berleluasa, membawa makna “kekuatan, kuasa, daya”.16 Ia juga dihubungkan
dengan keupayaan intelektual, kecekapan atau kepakaran. Berasal daripada bahasa
Jerman, kraf membawa makna kekuatan, keteguhan, dan kecekapan. Bahawa
apabila kita memperkatakan kraftangan, unsur pengertian kraf merupakan tunjang
penting dalam menghasilkan kerja tangan. Fungsi kraftangan bukan sahaja
melibatkan nilai praktik tetapi dilengkapi oleh hiasan yang terjadi serentak melalui
proses pembentukan sebagai unsur keindahan dan ekspresi seni. Kraftangan
diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Sebelum abad ke-17
kraftangan memang dihasilakn melalui proses kerja tangan sehingga disebut sebagai
seni kerajinan. Dihasilkan dalam keluarga dan berkembang menjadi perusahaan
kecil di rumah.
Seni Tembikar
Tembikar tradisional Melayu digolongkan dalam kategori barang tembikar,
barang yang diperbuat daripada tanah liat dan dibakar dalam suhu rendah.17 Tanah
liat yang mengandungi bahan besi daripada mendapan tanah selalunya
menghasilkan warna merah kehitaman dan kelabu. Tanah liat yang diambil dari
kawasan yang berhampiran sungai atau di sungai akan menghasilkan warna putih
kelabu dan biru kehitaman. Umumnya tanah liat yang baik berawarna kelabu perang.
Tembikar dapat menakung dan kadangkala menyerap air. Bentuk luarnya
tidak menyerap atau ditembusi cahaya. Disebabkan bahan asasnya, bentuknya serta
permukaannya menjadi kesat. Tetapi ia dapat dihaluskan apabila digosok dengan
batu licin (batu sungai yang halus permukaannya berwarna putih abu yang dikenali
sebagai batu lintar) atau disapu dengan damar cair. Tanah liat yang diambil dari
busut di kaki bukit atau di perut sungai, diproses dengan cara tertentu sebelum ia
dapat dibentuk.
Seni Anyaman Kelarai
Menganyam adalah kerja menjaringkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan
menyusupkan antara satu sama lain. Tumbuh-tumbuhan (bahan asas) dikeringkan
dan dibentuk (memanjang, halus dan nipis) terlebih dahulu sebelum proses
menganyam dimulakan. Kraftangan ini bermula dan berkembang tanpa menerima
pengaruh luar.18
16
Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 13-14.
17
Wiyoso Yudoseputra (1986), Pengantar Seni Rupa Islam, Bandung: Penerbit Angkasa, h.
65-114.
18
Siti Zainon Ismail (1986), op. cit., h. 13-14.
59
Seni Tekstil
Seni tekstil dicipta dengan teknik menenun, menyungkit, menyulam, merenda,
mengait, dan meruji benang (tekat). Ia melibatkan teknik mencetak serta mencelup
benang atau kain dasar (putih). Melalui pelbagai teknik ini, tekstil dapat dibentuk
dengan berbagai-bagai rupa ragam hias.19
(a) Tenunan
Seni tekstil terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Tetapi pada suatu
masa dahulu, dipercayai juga terdapat pusat tenunan di Kedah, Johor dan
Kelang di Selangor. Menenun adalah perusahaan tertua yang telah dihasilkan di
Terengganu dan Kelantan, dengan menggunakan “kei berkaki” kerana Kelantan
dan Terengganu merupakan sebahagian daripada jajahan kerajaan Seriwijaya
yang berpusat di Palembang.
Di Palembang, dipercayai berkembang tenunan dengan menggunakan bahan
dari China (sutera dan labuci). Sistem perdagangan mempercepatkan
perkembangan tenunan.20
(b) Tenunan Songket
Songket merupakan tenunan lengkap berbanding dengan tenunan biasa.
Istilah songket berasal daripada proses sungkitan bilah lidi atau nibung ke atas
benang yang telah disusun pada loseng. Benang emas digunakan dengan cara
sungkitan pada benang loseng, yang dilancarkan dengan cubaan atau torok.
Dengan sungkitan benang emas inilah terhasilnya ragam hias. Terdapat tiga ciri
penting ragam hias songket mengikut susunan motif atau bunga, iaitu susunan
bunga penuh (songket penuh), susunan bunga tabor dan susunan bercorak.21
(c) Tekat
Seni tekat termasuk dalam jenis seni tekstil yang dihasilkan dengan cara
menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu. Ia juga dikenali sebagai
suji timbul, iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan
dengan sulaman benang sutera. Ragam hiasnya kelihatan timbul dari permukaan
kain dasar kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.22
Seni tekat sebagai kelengkapan dan pakaian keluarga diraja bermula pada
awal kurun ke-15, iaitu pada masa eagungan kerajaan Melayu Melaka. Raja
Melaka menerima persembahan hiasan seumpama ini daripada Maharaja Cina.23
19
Ibid.
20
Ibid.
21
Ibid.
22
Ibid.
23
Ibid.
60
Seni Ukir
Seni ukir melibatkan keahlian seniman tempatan dalam mengolah bahan
diselaraskan dengan kecekapan teknik dan keghairahan mencipta. Ukiran kayu di
Malaysia wujud selaras dengan perkembangan seni bina Melayu. Ciri yang menarik
dalam seni bina Melayu tradisional adalah hiasan yang terdapat pada bahagian
rumah tersebut.24
Konsep ukiran teratai yang banyak ditemui pada mimbar masjid melambangkan
pegangan seseorang dalam hayatnya. Pegangan hidup adalah zat Allah, sementara
kelopaknya membawa maksud makhluk. Bunga teratai juga terdapat pada ukiran di
candi Jawa dan pura Bali serta memperlihatkan hubungan dengan kebudayaan
Hindu.25
Masjid di Malaysia banyak menekankan ukiran yang tertera di mimbar, misalnya
Masjid Arau di Perlis mengandungi motif ukiran separuh timbul pada panelnya. Di
Terengganu pula, ukiran pada panel pintu Masjid Sultan Zainal Abidin
memperlihatkan ciri ukiran jenis pipih terbuka disesuaikan dengan reka bentuk seni
khat.26
Motif sulur bayur atau sulur bakung yang terdapat pada sudut bangunan atau
hujung senduk merupakan hasil seni ukir Melayu yang berbentuk tiga dimensi. Motif
tersebut berbentuk sulur tumbuh-tumbuhan untuk mengisi ruang dengan gerak garis
berpunca dari pangkal. Sulur bayur terdapat pada penjuru bumbung bangunan
seperti wakaf, masjid, mimbar masjid, hulu senjata Melayu, pemidang tekat, alat
pertanian dan lain-lain.27
i) Seni Ukir pada Seni Bina Wakaf
Seni bina wakaf, iaitu rumah atau pondok kecil untuk istirehat. Banyak
terdapat di daerah pantai timur memperlihatkan penggunaan seni ukir kayu.
Wakaf memaparkan hiasan ombak atau ropol pada bumbung. Hiasan sulur bayur
berbentuk burung pada hujung perabung. Penggunaan motif itik masih
mempengaruhi amalan sebelum Islam.28
ii) Seni Ukir pada Perahu
Bangau merupakan salah satu bentuk ukiran untuk perahu.29 Bangau
menyerupai kepala burung bangau berfungi sebagai panduan arah pelayaran dan
24
Ibid.
25
Abdul Halim Nasir (1984), Seni Ukiran Kayu. Tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia:
Bahagian Pertama, Dewan Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 385-387.
26
Ibid.
27
Ibid.
28
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (2010), Seni Ukir Melayu sebagai Hiasan pada
Perahu Tradisional, Dalam Zawiyah Baba (ed.) Warisan Seni Ukir Melayu, Bangi: ATMA,
Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 123-126.
61
diletakkan di hadapan perahu. Bentuk bangau menyerupai kepada burung bangau,
ada yang menyerupai kuda laut, figura wayang kulit dan tumbuh-tumbuhan. Bangau
diambil mungkin kerana bangau pandai menangkap ikan. Penggunaan bangau pada
perahu nelayan dapat dikategorikan menurut jenis perahu yang digunakan. Perahu
kolek kue menggunakan bangau yang lebih mirip bentuk burung bangau, lengkap
dengan matanya dan paruhnya. Manakala perahu payang menggunakan bangau
yang berbentuk watak yang terdapat dalam wayang kulit Jawa dan kadangkala
divariasikan dengan bentuk kepala naga.30
Perahu buatan barat (Siam) dari Besut, Terengganu, menggunakan bentuk
kepala naga yang dihias rapi dengan ukiran motif tumbuh-tumbuhan sebagai
bangaunya. Perahu kolek di Kemaman dan Kuala Terengganu menggunakan bentuk
kuda sebagai bangau. Perahu sekoci menggunakan bangau sekoci yang lebih
pendek jika dibandingkan dengan bangau lain.31
Di Pahang, perahu jalur menggunakan bangau sama seperti yang terdapat
pada perahu sekoci, tetapi kadangkala ia dihias dengan motif tumbuh-tumbuhan.
Variasi bangau dibuat berdasarkan jenis perahu. Ada juga bangau yang digunakan
menyimpang daripada peraturan yang ditetapkan. Fungsi bangau dalam masyarakat
nelayan merujuk kepada kegunaan bangau tersebut, secara fizikal atau secara
perlambangan. Fungsi bangau adalah untuk mengindahkan bentuk perahu dan
bangau juga melambangkan semangat yang akan bertindak sebagai penyelamat
sekiranya berhadapan dengan maut.32 Fungsi lain adalah untuk memegang tiang
layar perahu semasa belayar.
iii) Seni Ukir Pada Keris
Seni ukir pada hulu keris dapat dikategorikan menurut jenis keris dan jenis
yang banyak terdapat di Malaysia dan Jawa, seperti jenis pekaka (jenis Patani),
Sundang, jenis Bali, Madura, keris Bugis, keris Majapahit, dan jenis Bahari.33 Hulu
keris dihiasi dengan ukiran mujarad dan diselaputi dengan ukiran rekaan bermotif
bunga.
iv) Seni Ukir Pada Batu Nisan
Batu Acheh mempunyai ukiran yang bermutu tinggi berbanding dengan
ukiran batu lain seperti Batu Pedang, Batu Kemudi, atau Batu Sudu yang terdapat di
Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Batu Acheh bersumber dari Acheh dan
bukannya Malaysia.34 Malahan batu yang menjadi bahannya khusus terdapat di
29
Ibid.
30
Ibid.
31
Ibid.
32
Shahrum bin Yub (1967), Keris dan Senjata Pendek, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur. Lihat juga Fawazul Khair Ibrahim (2101), Hulu Keris: Lambang Kepakaran Pengukir
Tersohor Nik Rashiddin Nik Hussein, Dalam Zawiyah Baba (ed.) Warisan Seni Ukir Kayu
Melayu, Bangi: ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 35-50.
33
Ibid.
34
Othman Mohd. Yatim (1988), Batu Aceh. Early Islamic Gravestone in Peninsula Malaysia,
Kuala Lumpur: Museum Association of Malaysia, p. 30.
62
daerah Lhoksuemawe dan Puto Bakee. Batu ini dibawa ke Tanah Melayu sama ada
disiapkan di Acheh atau diukir dengan ciri nisan di Acheh seperti yang terdapat pada
nisan Sultan Abdul Jamil, Pahang.
Batu Acheh mempunyai pelbagai bentuk dan dapat dibahagi kepada dua,
pipih dan tiang.35 Sebuah batu nisan mempunyai bahagian asas seperti kepala,
puncak, bahu, badan, kaki dan tangkai. Struktur besar di bahagian atas dan berat di
bahagian bawah. Terdapat seni khat pada nisan, terdapat juga sekuntum bunga
teratai yang tertangkup dan mempunyai tiga tingkat kelopak yang melambangkan
alam nyata, alam ghaib, dan alam keghaiban yang lebih tinggi. Jenis huruf yang
popular adalah Kufi dan Naskh dan hanya sedikit gaya Thuluth digunakan.36 Jenis
huruf khat mempunyai makna dan perlambangan yang tersendiri, misalnya gaya
Thuluth melambangkan semangat agama dan semangat sayang akan alam. Jenis
Naskh pula sesuai untuk menghiasi batu Acheh kerana bentuk hurufnya yang
memanjang dan tidak melebar.37
Seni Teater Dan Seni Mempertahankan Diri
Orang Melayu sebelum Islam, berdasarkan tinggalan budaya benda dan
warisan yang lain, memang mempunyai seni tearter dan seni mempertahankan diri
bagi tujuan mengisi masa lapang sebagai hiburan untuk anggota masyarakat pada
masa tertentu. Antara seni teater ialah wayang kulit dan seni silat. Seni ini di
teruskan oleh orang Melayu apabila mereka menganut agama Islam. Penerimaan itu
dibuat setelah seni itu “diIslamkan” tanpa mengubah cara dan corak persembahan
serta aspek ritual dalam kesenian itu. Antara perubahan ialah penggunaan ritual
permulaan berbentuk Islam. Sebelum sesuatu pertunjukan dimulakan, nama Allah,
nabi dan rasul diseru. Islam tidak menolak terus unsur bukan Islam dalam kesenian
tersebut dengan mengekalkan beberapa ciri yang menggambarkan berlakunya tolak
ansur dalam hidup berbudaya.38
Seni Silat
Silat ialah seni mempertahankan diri orang Melayu yang tidak asing lagi yang
mengandungi tiga unsur iaitu silat, silap dan silau. Silat ialah gerak atau pergerakan
anggota dalam mempertahankan diri daripada serangan lawan. Silap merupakan
langkah-langkah yang digunakan dalam silat, sementara silau pula bererti buah
pukulan yang digunakan dalam mempertahankan diri daripada serangan.39
Lantaran itu Seni Silat boleh ditakrifkan sebagai gerak, langkah dan pukulan
yang dicipta oleh manusia secara sistematik, teratur dan halus dalam
mempertahankan diri daripada serangan. Seni silat Melayu pula membawa makna
35
Ibid.
36
Ibid., h. 31.
37
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman et. al. (2000), Kesenian Melayu: Roh Islam Dalam
Penciptaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 333-334.
38
Ibid.
39
Ibid.
63
gerak, langkah teratur, halus dan pukulan ciptaan bangsa Melayu dalam menghadapi
lawan atau mempertahankan diri daripada serangan.40
Kesimpulan
Masyarakat Melayu Islam selepas kedatangan Islam terus melahirkan
pelbagai jenis seni. Tetapi hasil seni Islam menyaksikan kefahaman yang tinggi di
kalangan pencipta seni Islam tentang had dan tanggungjawab mereka dalam
penciptaaan. Pelbagai jenis hasil seni dibicarakan dalam kertas kerja ini.
Bibliografi
Abdul Halim Nasir (1985), Ukiran Kayu Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Kamal Abdullah (peny.) (1990), Kesenian Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Amin Sweeney (1972), Malay Shadow Puppets, London: The British Museum.
Asmad (1990), Seni Pertukangan, Seni Bina dan Seni Khat, Melaka: Ass.
Educational Distributor.
Beg. M.A.J. (peny.) (1999), Fine Arts in Islamic Civilization, Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia.
Dede Noerzaman (1986), Kaligrafi dan Tahsinul-Khath, Bandung: Pustaka.
Dewan Budaya (1982), Jilid 4, Bil. 9, September, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Djauhari Sumimtardja (1981), Kompendium Sejarah Arsitektur, Bandung: Yayasan
Lembaga Penyelidikan Masalah Bangunan.
Hamka (1971), Filsafat Ketuhanan, Melaka: Abas Bandung.
Hamzah bin Ahmad (1967), Silat Terlak Nata, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Herani @ Khairani bt. Ismail Suki & Ayub Ismail (1978), Mak Yong dan Wayang Kulit,
Siri Stensilan Am Kebudayaan, Bil. 3, Kuala Lumpur: Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Harris, Mark, Zainuddin Zainal (1990), Muzium Negara, Sejarah dan Kebudayaan
Malaysia, Kuala Lumpur: Pepin Press.
40
Ibid.
64
Katalog Pameran dan Bengkel Seni Khat (1982), Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ku Ahmad Ku Mustaffa dan Wong Kiew Kit (1978), Silat Melayu – The Malay Art of
Attack and Defence, Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1980), Wayang Kulit di Malaysia, Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Mohd Kamal Hassan (1981), Konsep Keindahan Dalam Islam dan Hubungannya
dengan Seni dan Sastera: Suatu Pandangan Umum, Islamiyyat, Jil. 3, h. 39-
59.
Mokhtar Haji Yahya, Silat Melayu Melaka, Melaka: Majlis Seni Silat Negeri Melaka.
Mubin Sheppard (1972), Taman Indera-The Malay Decorative Art & Pastimes, Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Navis, A.A. (1984), Alam Terkembangan Menjadi Guru, Jakarta: Grafiti Press.
Norton, F.N. (1956), Ceramic, London: Addison-Wesley.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman (2010), Seni Ukir Melayu Sebagai Hiasan
Pada Perahu Tradisional dalam Zawiyah Baba (ed.), Warisan Seni Ukir Kayu
Melayu, Bangi : ATMA, UKM, h. 123-126.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman et. al. (2000), Kesenian Melayu: Roh Islam
dalam Penciptaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohd. Yatim (1988), Batu Acheh, Early Islamic Gravestone in Peninsula
Malaysia, Kuala Lumpur, Museum Ass. of Malaysia.
Shahrum bin Yup (1967), Keris dan Senjata Pendek, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Fawazul Khair Ibrahim (2010), Hulu Keris: Lambang Kepakaran Pengukir Tersohor
Nik Rashiddin Nik Hussein dalam Zawiyah Baba (ed.), Warisan Seni Ukir
Kayu Melayu, Bangi: ATMA, UKM, h. 33.
Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 13-14.
R. Faruqi, Ismail (1984), Islam dan Kebudayaan, Bandung: Penerbit Mizan.
Subarna (1979), Ragam Hias Islam, Bandung: Perpustakaan FSRD Institut
Teknologi Bandung.
Syed Ahmad Jamal (1979), Rupa dan Jiwa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
65
Syed Muhammad Naquib Al Attas (2011), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wiyoso Yudoseputro (1986), Pengantar Seni Rupa Islam, Bandung: Penerbit
Angkasa.
Zakaria Ali (1990), Islamic Art in Southeast Asia 830 A.D.–1570 A.D, Tesis Ph.D,
U.S.A: Harvard University.
66
View publication stats