Semua Pelabur P2P yang baru mendaftar di microLEAP akan menerima Kredit Percuma RM10 untuk dilaburkan di platform kami!
RM10 lagi akan diterima sekiranya anda merujuk rakan untuk mendaftar!
Pembiayaan antara Rakan Setara (P2P / “Peer-to-Peer”) di Malaysia adalah satu bentuk pelaburan alternatif yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dengan amaun serendah RM50, microLEAP membenarkan Pelabur P2P melabur ke dalam Nota Pelaburan (“Notes”), iaitu instrumen hutang yang dapat memberi pulangan dan pembayaran balik secara bulanan.
Jika anda berubah fikiran, anda ada 24 jam untuk menarik semula pelaburan anda hanya dengan klik “Retract Investment” di laman profil anda. Anda boleh semak Nota Pelaburan yang masih aktif di pautan berikut Senarai Pembiayaan.
Kelebihan microLEAP
Pelaburan Impak
Dengan melabur di platform kami, anda juga membantu sektor kewangan mikro iaitu dengan melabur kepada Issuer. Di Malaysia golongan B40 dan M40 kurang mendapat perhatian. Dengan pelaburan anda, sedikit sebanyak mampu menambah baik kualiti hidup mereka dan memberi kesan sosial yang positif
Insurans Mikro
Setiap Issuer akan dilengkapi dengan Insurans Kemalangan Peribadi samada untuk pemilik perniagaan atau tunggak utama perniagaan. Jadi, jika berlaku sebarang kematian atau kecacatan, Rakan Insurans kami akan membayar amaun yang masih tertunggak kepada setiap pelabur.Untuk keterangan lanjut anda boleh ke pautan berikut Insurans Mikro
Liga Pelabur Luar Biasa
Sebaik sahaja anda melabur, anda secara automatik akan menyertai “Liga” kami. Raih mata dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah wang tunai, potongan terhadap yuran pelabur dan meningkat naik untuk menjadi Sifu Investor. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari ke pautan berikut Liga Pelabur Luar Biasa