Teruskan ke kandungan utama
Tempat penginapan yang memenangi award

Traveller Review Awards 2025 Booking.com

Apakah Traveller Review Awards?

Traveller Review Awards 2025 Booking.com adalah untuk meraikan semua kerja keras yang berkaitan dengan penginapan yang hebat atau perjalanan yang sempurna – sedikit usaha tambahan untuk menjadikan setiap saat istimewa. Kami teruja untuk meraikan perkhidmatan hospitaliti dan pengangkutan yang luar biasa daripada rakan niaga kami di seluruh dunia. Kepada semua rakan niaga yang menang tahun ini – tahniah!

Terima kasih kepada semua rakan niaga Booking.com kerana memberikan lebih daripada usaha biasa untuk tetamu anda dan membuat pengalaman mereka terukir di kenangan, dan bagi pelanggan yang meluangkan masa mereka untuk tinggalkan reviu bagi berkongsi pengalaman mereka yang luar biasa.

Bagaimanakah Traveller Review Awards diberikan?

Berdasarkan jumlah yang melebihi 360 juta reviu pelanggan yang disahkan di Booking.com, Traveller Review Awards ke-13 telah menentukan para pemenangnya.

Skor reviu untuk Traveller Review Awards 2025 adalah berdasarkan purata semua reviu tetamu yang diterbitkan di laman web dan aplikasi kami antara 1 Disember 2021 hingga 30 November 2024. Kami mengira setiap skor reviu akhir pada 1 Disember 2024 berdasarkan reviu yang diterima dalam tiga tahun sebelumnya.

Ketibaan tetamu di hotel yang memenangi award

Siapakah yang boleh menangi award ini?

Semua jenis tempat penginapan termasuk dalam Traveller Review Awards 2025, bukan hanya hotel – dari apartmen dan rumah percutian hingga kabin dan vila. Selain rakan niaga tempat penginapan, kami juga meraikan usaha penyedia sewaan kereta dan penyedia teksi lapangan terbang untuk mendapatkan pelanggan ke tempat yang mereka perlu pergi.

Jenis tempat penginapan alternatif

Traveller Review Awards 2025

  • Lebih 360 juta reviu yang disahkan
  • 1.71 juta pemenang award
  • 212 negara dan wilayah
  • Traveller Review Awards Booking.com selama 13 tahun

Apakah manfaat untuk menempah dengan pemenang award?

Traveller Review Awards kami adalah untuk meraikan rakan niaga yang berusaha keras demi tetamu untuk menjadikan pengalaman mereka tidak dapat dilupakan. Tempat penginapan terbaik mendapat reviu terbaik. Memilih tempat penginapan yang memenangi reward ialah cara yang pasti untuk memastikan penginapan anda adalah yang terbaik.

Tahniah kepada pemenang kami!

Bukan sekadar tempat untuk anda menginap – dapatkan cara ke destinasi di Booking.com

Adakah anda memiliki tempat penginapan?