Buat pembelian dengan Apple Pay pada Apple Watch
Dengan kad bayaran anda disimpan dalam app Wallet pada Apple Watch, anda boleh menggunakan Apple Pay untuk bayaran selamat, tanpa sentuhan di kedai, restoran dan banyak lagi.
Nota: Apple Pay tersedia di negara dan rantau tertentu; lihat Negara dan rantau yang menyokong Apple Pay
Gunakan Apple Pay untuk bayaran tanpa sentuhan pada Apple Watch
Dwiklik butang sisi.
Skrol untuk memilih kad.
Pegang Apple Watch beberapa sentimeter daripada pembaca kad tanpa sentuhan, dengan paparan menghadap pembaca.
Satu ketikan lembut dan bip mengesahkan maklumat pembayaran telah dihantar. Anda akan menerima pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan apabila transaksi disahkan.
Buat pembelian dalam app
Apabila anda membeli-belah dalam app pada Apple Watch anda, pilih pilihan Apple Pay semasa daftar keluar.
Semak maklumat bayaran, penghantaran dan pengebilan, kemudian dwiklik butang sisi untuk membayar dengan Apple Watch anda.