Baca berita pada Apple Watch
App News pada Apple Watch membantu anda mengikuti hal ehwal semasa, menyampaikan cerita yang dipilih mengikut cita rasa anda.
Nota: App News tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat cerita dalam app News
Anda boleh lihat cerita berita dengan beberapa cara:
Pergi ke app News
pada Apple Watch anda.
Ketik pemberitahuan daripada News.
Baca berita
Pergi ke app News
pada Apple Watch anda.
Skrol menerusi senarai berita dengan memutar Digital Crown, kemudian ketik berita untuk mengembangkannya.
Bagi menyimpan cerita untuk dibaca pada iPhone, iPad atau Mac anda, skrol ke bahagian bawah cerita, kemudian ketik
.
Untuk membuka cerita kemudian pada iPhone, iPad atau Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
iPhone: Pergi ke app News, ketik Following, ketik Saved Stories, kemudian ketik cerita.
iPad: Pergi ke app News, ketik Saved Stories dalam bar sisi, kemudian ketik cerita.
Mac: Pergi ke app News, klik Saved Stories dalam bar sisi, kemudian klik cerita.
Kongsi berita
Pergi ke app News
pada Apple Watch anda.
Skrol ke cerita, kemudian ketiknya.
Skrol ke bawah, ketik
, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Pergi ke berita seterusnya atau sebelumnya
Pergi ke app News
pada Apple Watch anda.
Skrol ke bawah atau atas untuk membaca cerita, kemudian ketik Read More.
Buka berita pada iPhone
Pergi ke app News
pada Apple Watch anda.
Bangunkan iPhone, kemudian buka Penukar App. (Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada pinggir bawah dan jeda; pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama.)
Ketik butang yang kelihatan di bahagian bawah skrin untuk membuka News.