Gunakan Apple Intelligence dalam Mail pada Mac
Apple Intelligence* menjadikannya lebih mudah berbanding sebelumnya untuk mengurus e-mel anda. Tambahan kepada menggunakan Alat Menulis untuk mengarang mesej keluar, anda boleh menggunakan Mesej Keutamaan untuk melihat e-mel paling penting anda dengan cepat, seperti jemputan makan malam pada hari yang sama atau pas naik. Balasan Pintar membantu anda mengarang respons e-mel pantas untuk memastikan anda membalas semuanya. Anda juga boleh melihat ringkasan yang kelihatan dalam peti masuk anda secara automatik dan menjana ringkasan e-mel rumit serta jaluran e-mel panjang untuk melihat semua butiran yang berkaitan.
Nota: Apple Intelligence tersedia dalam macOS 15.1 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan Apple Intelligence.
Lihat Mesej Keutamaan dalam peti masuk anda
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Klik peti masuk, pilih Paparan dalam bar menu, kemudian klik Tunjukkan Keutamaan.
E-mel sensitif masa kelihatan di bahagian atas peti masuk anda.
Gunakan Balasan Pintar dalam Mail
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Klik e-mel, kemudian klik .
Klik medan Mesej, kemudian pilih balasan dicadangkan.
Apple Intelligence mendraf balasan dalam e-mel. Untuk memperhalusi balasan anda, lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.
Apabila anda sedia untuk menghantar balasan anda, klik .
Ringkaskan e-mel anda
Apple Intelligence boleh membantu anda meringkaskan e-mel yang rumit, atau ia boleh membantu anda mengikuti jaluran e-mel yang panjang dalam masa beberapa saat. Hanya ikuti langkah ini:
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Ringkasan pendek kelihatan secara automatik di bawah setiap e-mel dalam peti masuk anda.
Klik e-mel, kemudian klik Ringkaskan.
Nota: Anda mungkin perlu skrol ke bahagian atas e-mel untuk Ringkasan kelihatan.
Ringkasan kelihatan di atas e-mel. Jika e-mel ialah sebahagian daripada jaluran, kandungan jaluran diringkaskan.
Aktifkan atau nyahaktifkan pratonton ringkasan
Apabila anda mengaktifkan Apple Intelligence, ringkasan kelihatan secara automatik di bawah e-mel anda. Anda boleh menyahaktifkan ringkasan dan memilih untuk melihat baris pertama mesej paling terbaru.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Mail > Seting, kemudian klik Melihat.
Pilih atau nyahpilih Ringkaskan Pratonton Mesej.