Kemas kini iPadOS
Apabila anda mengemas kini ke versi terkini iPadOS, data dan seting anda kekal tidak berubah.
Sebelum anda mengemas kini, sediakan iPad untuk sandar secara automatik, atau sandarkan iPad anda secara manual.
Kemas kini iPad secara automatik
Jika anda tidak mengaktifkan kemas kini automatik pada kali pertama anda menyediakan iPad anda, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
> Umum > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Automatik.
Aktifkan Kemas Kini iOS di bawah Pasang Secara Automatik dan Muat Turun Secara Automatik.
Apabila kemas kini tersedia, iPad memuat turun dan memasang kemas kini semalaman semasa pengecasan dan disambungkan ke Wi-Fi. Anda akan dimaklumkan sebelum kemas kini dipasang.
Kemas kini iPad secara manual
Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak dan memasang kemas kini perisian.
Pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian.
Skrin menunjukkan versi iPadOS yang sedang dipasang dan sama ada kemas kini tersedia.
Untuk menyahaktifkan kemas kini automatik, pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Automatik.
Kemas kini menggunakan komputer anda
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac (macOS 10.15 atau lebih baharu): Dalam bar sisi Finder, pilih iPad anda, kemudian klik Umum di bahagian atas tetingkap.
Pada Mac (macOS 10.14 atau lebih awal) atau peranti Windows: Buka app iTunes, klik butang yang menyerupai iPad berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes, kemudian Klik Ringkasan.
Nota: Gunakan versi terkini iTunes. Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke versi terkini iTunes.
Klik Semak untuk Kemas Kini.
Untuk memasang kemas kini yang tersedia, klik Kemas Kini.
Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke iOS terkini dan Jika anda tidak boleh mengemas kini atau memulihkan iPhone, iPad, atau iPod touch anda.