Ciri kebolehcapaian untuk pendengaran pada iPad
iPad disertakan dengan alat terbina dalam yang direka bentuk untuk membantu anda mendengar dengan lebih baik—atau kekal berhubung tanpa mendengar bunyi.
Untuk menerokai ciri kebolehcapaian bagi pendengaran, pergi ke Seting > Kebolehcapaian, kemudian skrol ke bawah ke bahagian Pendengaran.
Gunakan alternatif untuk bunyi
![]() Dapatkan kapsyen masa nyata untuk audio dituturkan Dengan Kapsyen Langsung, dapatkan transkripsi audio daripada sebarang app dan daripada perbualan langsung di sekeliling anda. | ![]() Sesuaikan sari kata dan kapsyen Tukar rupa sari kata. Atau berbanding menggunakan sari kata standard, gunakan kapsyen tertutup dan SDH apabila tersedia. |
![]() Kelipkan lampu penunjuk iPad untuk pemberitahuan Jika anda tidak boleh mendengar isyarat anda, dapatkan makluman secara visual. | ![]() Dapatkan makluman tentang bunyi di sekeliling anda Dengan Pengecaman Bunyi, buatkan iPad mendengar bunyi—seperti loceng pintu atau siren—dan memberi isyarat kepada anda apabila iPad mengecam bunyi. |
![]() Taip untuk Siri Taipkan permintaan Siri anda berbanding menuturkannya. | ![]() Buat panggilan Teks Masa Nyata (RTT) Taip untuk berkomunikasi pada panggilan. Orang yang bercakap dengan anda melihat mesej anda semasa anda menaipnya. |
Anda juga boleh mendapatkan transkripsi mesej audio, mesej Interkom HomePod dan podcast.
Gunakan peranti pendengaran dan buat pelarasan audio
![]() Peranti pendengaran Pasangkan alat bantu dengar atau pemproses bunyi Made for iPhone (MFi) dengan iPad dan laraskan setingnya. | ![]() Dengar Secara Langsung Strim bunyi daripada mikrofon iPad ke peranti pendengaran MFi atau AirPods anda. Gunakan iPad sebagai mikrofon jauh dengan Dengar Secara Langsung |
![]() Imbangan audio Mainkan audio stereo sebagai mono, laraskan imbangan stereo kiri-kanan dan banyak lagi. | ![]() AirPods Setkan pilihan kebolehcapaian untuk AirPods dan fon kepala Apple lain yang dipasangkan dengan iPad anda. |
![]() Bunyi latar belakang Buatkan iPad anda memainkan bunyi ambien—seperti ombak laut atau hujan—untuk membantu anda fokus atau berehat. |
Anda juga boleh membuatkan Siri mengumumkan pemberitahuan dan panggilan pada peranti pendengaran MFi anda.
Petua: Kawal ciri dan seting kebolehcapaian keutamaan anda dengan mengklik butang atau daripada Pusat Kawalan. Lihat Buka ciri dengan Pintasan Kebolehcapaian dengan cepat.