Tentera Udara Sweden
Royal Swedish Air Force | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1 Julai, 1926 |
Negara | Sweden |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Sweden |
Kawat | Flygvapnets Defileringsmarsch |
Komander | |
Komander terkini | Mejar Jeneral Jan Andersson |
Tanda kebesaran | |
Roundels | |
Pesawat terbang | |
Pejuang | JAS 39 Gripen |
Pelatih | Saab 105 |
Pengangkut | C-130 Hercules, Bo 105, A109, NHI NH90, Eurocopter Super Puma , CH-46 Sea Knight |
Tentera Udara Sweden (Sweden: Flygvapnet) merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Sweden.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tentera Udara Sweden telah ditubuhkan pada 1 Julai, 1926 apabila unit pesawat daripada Tentera Darat Sweden dan Tentera Laut Sweden digabungkan. Disebabkan ketegangan antarabangsa yang semakin memuncak semasa tahun 1930-an, Tentera Udara Sweden telah disusun semula dan dikembangkan daripada empat kepada tujuh skuadron. Apabila Perang Dunia II meletus pada 1939, Tentera Udara Sweden dibesarkan lagi. Walaupun Sweden tidak terlibat dalam peperangan ini, angkatan tentera udara yang besar ini dipercayai berupaya untuk menangkis ancaman serangan dan memberi tentangan balas. Sehingga tahun 1945, Tentera Udara Sweden memiliki lebih daripada 800 buah pesawat dalam keadaan siap-siaga, ini termasuk 15 divisyen pejuang.
Masalah utama Tentera Udara Sweden semasa Perang Dunia II adalah kekurangan bahan api. Sweden dikelilingi oleh negara-negara yang berperang dan tidak boleh bergantung pada minyak yang diimport. Oleh itu, shal minyak tempatan telah dipanaskan bagi menghasilkan petrol.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- History of the Swedish Air Force Diarkibkan 2007-12-22 di Wayback Machine (Suec)
- Information on Swedish military aviation
- Sunneberg - Information on swedish aircraft (Suec)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Swedish Air Force Diarkibkan 2008-08-31 di Wayback Machine - Official site (Suec)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Tentera Udara Sweden. |