Simbol
²² 𝒔𝒆𝒑𝒕 ૢ
Sebuah simbol ialah objek yang mewakili atau memberi maksud ataupun melambangkan, sebuah idea, imej visual, kepercayaan, tindakan, atau entiti material. Simbol mengambil bentuk perkataan, bunyi, gerak isyarat ataupun imej visual, dan digunakan untuk menyampaikan idea dan kepercayaan. Sebagai contoh, sebuah oktagon berwarna merah dapat menjadi simbol "BERHENTI". Pada peta, gambar garpu dan sudu mungkin melambangkan tempat makan. Angka ialah simbol bagi nombor. Nama peribadi pula simbol mewakili individu. Dalam kebudayaan Barat, mawar merah mewakili kasih sayang.
Kajian akademik simbol adalah semiotik. Dalam kartografi, koleksi simbol yang tersusun membentuk legenda untuk peta.
Dalam bidang kartografi, sebuah himpunan simbol yang teratur membentuk penunjuk.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.