Rambut puteri
Rambut puteri | |
---|---|
Rambut puteri di Pantai Kanaio, Maui, Hawaii | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Magnoliid |
Order: | Laurales |
Keluarga: | Lauraceae |
Genus: | Cassytha |
Spesies: | C. filiformis
|
Nama binomial | |
Cassytha filiformis | |
Sinonim[3] | |
Senarai
|
Rambut puteri atau tali puteri (nama botani: Cassytha filiformis)[4] ialah sejenis tumbuhan parasit dalam keluarga Lauraceae.[3][5] Spesies ini ditemukan di hutan-hutan pantai tropika Asia Tenggara, Australasia, Polinesia dan Afrika.[6][7][8]
Botani
[sunting | sunting sumber]Batang-batang
[sunting | sunting sumber]Pokok rambut puteri menjalar dengan batang berongga yang berwarna kuning, jingga atau hijau pucat dengan ukuran 3–8 meter panjang. Batang-batangnya menumbuhkan sulur yang melekat kepada tumbuhan perumahnya. Sulur-sulur batang menembus membran floem dan xilem sel menggunakan haustorium untuk menyerap air dan nutrien dalam tempoh yang lama sehingga tumbuhan perumah layu dan mati.[5][6]
Daun-daunnya kecil 1 mm panjang, berbentuk sisik dan tumbuh di hujung batang.[5][7]
Bunga dan buah
[sunting | sunting sumber]Bunga-bunga rambut puteri kecil dan muncul pada bulir 1–2 sm panjang bertangkai pendek. Sekuntum bunga rambut puteri mempunyai tiga kelopak luar yang bujur 1 mm panjang dan tiga kelopak dalam berukuran 2.5 mm panjang. Setiap kuntum bunga mempunyai sulur yang lebar dan licin dengan hujung tajam yang melengkung seperti bentuk paruh.[6]
-
Bunga-bunga rambut puteri.
-
Segugus buah rambut puteri.
Buah rambut puteri jenis drup bulat dan berwarna putih dengan ukuran garis pusat 7 mm. Isinya dimakan burung yang menyebarkan biji-biji benihnya.[5][7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Cassytha filiformis". NatureServe Explorer. NatureServe. 2023. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ "Cassytha filiformis". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ a b "Cassytha filiformis L." World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ "Cassytha filiformis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c d Tan, Ria (13 Januari 2023). "Rambut putri (Cassytha filiformis)". Wild Singapore. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ a b c Nelson, Scot C. (July 2008). "Cassytha filiformis" (PDF). Plant Disease. Kolej Pertanian Tropika dan Sumber Manusia, Universiti Hawaiʻi di Mānoa. 42: 1–10.
- ^ a b c "Cassytha filiformis Linnaeus, Sp. Pl. 1: 35. 1753". Flora of North America. eFlora. n.d. Dicapai pada 5 Mac 2023.
- ^ Correll, Donovan Stewart; Johnston, Marshall Conring (1970). Manual of the Vascular Plants of Texas. Universiti Texas di Dallas.