PlayStation 4
Pembangun | Sony Computer Entertainment |
---|---|
Pengilang | Sony,[1] Foxconn[2] |
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kelapan |
Ketersediaan runcit |
|
Media | Cakera BluRay, DVD |
Sistem pengendalian | Sistem perisian Playstation 4, FreeBSD 9.2 |
CPU |
|
Muatan storan | Cakera keras tetap 500GB/1TB (menyokong storan SSD) |
Ingatan | 8GB GDDR5, 256 MB DDR3 RAM (untuk tugas disebalik tabir) |
Ketersambungan |
|
Permainan terlaris | Marvel's Spider-Man (20 juta) |
Pendahulu | PlayStation 3 |
Pengganti | PlayStation 5 |
Laman sesawang | http://playstation.com/ps4/ |
Playstation 4 (atau lebih dikenali sebagai PS4) ialah konsol permainan video yang keempat yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment, sebuah anak syarikat milik penuh Sony. Playstation 4 telah diumumkan oleh Sony di sidang akhbar pada 22 Januari 2013, dan dilancarkan pada 15 Januari 2013 di bahagian Amerika Utara dan pada 29 Januari 2013 di bahagian Eropah dan Australia. PS4 adalah konsol permainan video pada generasi kelapan dan bersaing dengan konsol Nintendo Wii U dan Microsoft Xbox One.
Konsol ini adalah permainan video khas untuk golongan elit dan kelas atasan. PS4 membolehkan komunikasi interaktif bersama dengan servis dan peranti lain melalui perkhidmatan PlayStation App, direka untuk meningkatkan pengalaman bermain permainan video PS4 menggunakan peranti yang dijana oleh iOS dan Android; PlayStation Now merupakan perkhidmatan storan awan yang menawarkan servis penstriman kandungan permainan video dan Remote Play yang membolehkan pengguna mengaktifkan Playstation 4 dari jarak jauh, dan memainkan menggunakan skrin lain seperti PlayStation Vita atau peranti Sony yang lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menurut ketua arkitek sistem, Mark Cenry, pembangunan PlayStation 4 telah bermula sejak awal 2008 lagi[3]. Kurang dari dua tahun sebelum itu, PlayStation 3 secara rasminya telah dilancarkan, lebih lewat dari rancangan asal akibat beberapa isu berkaitan pengeluaran unit[4]. Kelewatan itu menyebabkan Sony setahun di belakang Microsoft Xbox 360 yang sudah menghampiri jualan sebanyak 10 juta unit pada masa PlayStation 3 dilancarkan[4]. Ketua Pegawai Eksekutif PlayStation Eropah, Jim Ryan berkata Sony tidak mahu mengulangi kesilapan mereka dengan konsol yang akan datang[5].
Dalam pembangunan rekabentuk sistem pula, Sony bekerjasama dengan pengeluar perisian Bungie, yang menawarkan idea kepada alat pengawal serta bagaimana untuk membolehkan ianya bekerja dengan lebih baik untuk permainan yang berasaskan kepada tembak menembak[6]. Dalam tahun 2012, Sony memulakan penghantaran kit pembangun kepada pembangun permainan video; kit itu terdiri daripada komputer yang diubahsuai yang dijana dengan cip Accelerated Processing Unit dari AMD[7]. Kit pembangun ini dikenali sebagai Orbis[8].
Pada awal tahun 2013, Sony mengumumkan acara yang dikenali sebagai PlayStation Meeting 2013 akan diadakan di bandar New York, Amerika Syarikat pada Januari 15 2013, yang akan menyentuh mengenai masa depan konsol PlayStation[9][10]. Dalam acara itu juga, Sony secara rasminya telah mengumumkan konsol PlayStation 4[11][12], selain mendedahkan secara terperinci akan spesifikasi konsol ini serta ciri-ciri yang ditawarkan kepada pengguna[11][13]. Sony juga mendedahkan klip video mengenai pembangunan permainan video terbaru serta demonstrasi teknikal[14][15]. Manakala, rekabentuk rasmi konsol PlayStation 4 telah ditayangkan secara rasmi pada bulan Jun 2013 dalam acara Electronic Entertainment Expo (E3 2013). Harga permulaan yang dicadangkan adalah sebanyak $399 di kawasan Amerika Utara, €399 di kawasan Eropah dan £349 di kawasan United Kingdom[16][17].
Komponen
[sunting | sunting sumber]Spesifikasi perkakasan
[sunting | sunting sumber]PlayStation 4 menggunakan pemproses yang dibangunkan oleh AMD dengan kerjasama Sony[18]. Pemproses ini menggabungkan cip mikropemproses dan cip mikropemproses untuk grafik serta beberapa komponen lain seperti memori pengawal dan penyahkod video. Cip mikropemproses mempunyai dua empat-teras modul Jaguar, menjadikan ianya berjumlah 8 x86-64 teras[18][19]. Cip mikropemproses untuk grafik pula mempunyai 18 unit pengkomputeran yang mampu menjana sebanyak 1.84 TFLOP dalam penggunaan maksimum[20]. Memori yang menggunakan GDDR5 pula mampu berjalan pada frekuensi 2.75 GHz iaitu nilai maksimum dan mempunyai jalur lebar memori sebanyak 176 GB/s[20][21][22]. Konsol ini juga mempunyai cip mikropemproses kedua yang mengendalikan tugasan seperti muatturun dan muatnaik serta permainan sosial.
Playstation 4 mempunyai sambungan Wi-Fi dan Ethernet terbina serta dua port USB 3.0. Sambungan untuk PlayStation Camera juga disediakan[20]. Sambungan output termasuklah sambungan HDMI serta sambungan audio S/PDIF[20], namun begitu PS4 tidak mempunyai sambungan output grafik analog[23].
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | 8-teras AMD x86-64 Jaguar 1.60GHz (utama)
1.84 TFLOPS, AMD Radeon™ (grafik) | ||||
RAM | 8GB GDDR5 | ||||
RAM video | 256 MB DDR3 RAM (untuk tugas disebalik tabir) | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 32-bit warna | ||||
Resolusi skrin | 480p, 720p, 1080i, 1080p, 2160P | ||||
Saluran audio | AMD TrueAudio |
Alat pengawal
[sunting | sunting sumber]DualShock 4 merupakan alat pengawal yang digunakan untuk konsol PlayStation 4[17]. Alat pengawal ini disambungkan ke konsol menggunakan sambungan Bluetooth[24]. Walaupun alat pengawal DualShock 3 yang digunakan untuk konsol PlayStation 3 menggunakan sambungan Bluetooth, ianya tidak boleh digunakan untuk konsol ini[25]. Alat pengawal DualShock 4 memiliki beberapa ciri-ciri baru seperti pad sesentuh di permukaan alat pengawal serta butang Share. Alat pengawal ini juga menyokong pengesanan pergerakan melalui giroskop dan akselerometer serta kualiti gegaran alat pengawal yang lebih baik[24]. DualShock 4 merupakan alat pengawal rasmi PlayStation pertama yang menyokong penggunaan untuk platform Windows[26].
Alat pengawal ini mempunyai beberapa sambungan output. Sambungan audio stereo menyokong sambungan kepada fon telinga biasa yang membolehkan pengguna mendengar dan bercakap menerusinya[24]. Sambungan mikro-USB, dan audio mono juga disediakan. Alat pengawal boleh dicas menggunakan sambungan mikro-USB, peranti pengecasan khas atau melalui konsol itu sendiri[27].
DualShock 4 mempunyai bar cahaya yang memaparkan warna yang berbeza. Paparan warna menerusi bar cahaya ini mampu membantu pemain memaklumkan mengenai status di dalam permainan seperti apabila nyawa karakter di dalam permainan rendah[27]. Bar warna ini juga boleh berinteraksi dengan kamera yang disambungkan ke konsol untuk menambahbaik pengesanan kamera terhadap pergerakan pemain. Ciri-ciri ini adalah berdasarkan kepada teknologi yang digunakan dalam PlayStation Move. Alat pengawal PlayStation Move yang sedia ada juga boleh digunakan untuk konsol PlayStation 4[24][28].
PlayStation VR
[sunting | sunting sumber]Pada bulan Mac 2014, Sony mengumumkan PlayStation VR, peranti realiti maya untuk konsol PlayStation 4 yang menawarkan paparan OLED yang dipasang di muka, memiliki resolusi berdefinisi tinggi penuh 1080p serta pemandangan sekeliling sehingga 100 darjah. Peranti ini dijadualkan untuk dipasarkan pada 13 Oktober 2016[29] dengan harga jualan sebanyak £349, lebih rendah daripada peranti realiti maya Oculus Rift dan HTC Vive[30].
Peranti ini memiliki 9 buah lampu LED yang bertindak sebagai penjejak di bahagian depan, yang kemudiannya dikawal oleh PlayStation Camera. Beberapa buah permainan video yang membolehkan pengguna menggunakan peranti ini telah dilancarkan seperti permainan Resident Evil 7[31].
Perisian
[sunting | sunting sumber]Sistem
[sunting | sunting sumber]Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation 4 diberi nama Orbis OS, sistem operasi yang berasaskan kepada FreeBSD 9.0[32][33][34]
Konsol ini secara umumnya tidak memerlukan sambungan Internet untuk bermain, walaupun fungsi tambahan boleh digunakan apabila PlayStation 4 disambung ke Internet[35]. Konsol PlayStation 4 merupakan konsol permainan video pertama yang memiliki pelayar web berteraskan WebKit yang banyak digunakan oleh pelayar web masa kini seperti Google Chrome atau Safari, yang menawarkan fungsi penggunaan HTML5[36].
Konsol ini menggunakan antaramuka grafik yang diberi nama PlayStation Dynamic Menu, yang menampilkan pelbagai skema warna[37]. Konsol ini akan memaparkan identiti pemain, aktiviti terkini serta butiran lain yang perlu dan juga kebolehan untuk mendapatkan trofi dalam PlayStation Network[38]. Untuk log masuk, konsol ini menerima beberapa log masuk yang berlainan serta profil Facebook pemain juga boleh disambungkan kepada akaun PlayStation Network untuk menambah rakan di dalam servis PlayStation 4[39]. PlayStation 4 juga berupaya untuk melakukan tugasan tambahan semasa bermain permainan video seperti membuka pelayar web atau bersembang dengan cara melakukan dwi-sentuh butang PS untuk beralih kepada sesuatu perisian[20].
Multimedia
[sunting | sunting sumber]Sistem PlayStation 4 menyokong penggunaan media Blu-ray dan DVD serta mampu membaca dan memainkan fungsi 3D. Walau bagaimanapun, konsol ini tidak menyokong penggunaan CD[40]. Manakala, terdapat aplikasi terbina dalam konsol ini yang diberi nama Media Player yang boleh digunakan untuk memainkan lagu atau video dari pemacu USB.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sony's Manufacturing Operations (Japan)" (PDF). Dicapai pada February 21, 2015.
- ^ Mishkin, Sarah (November 13, 2013). "Foxconn profits beat expectations". Financial Times. Unknown parameter
|registration=
ignored (bantuan) - ^ Goldfarb, Andrew (20 Februari 2013). "PlayStation 4 Revealed". IGN. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2013. Dicapai pada 16 April 2017.
- ^ a b "PlayStation 3 sells out at launch". BBC News. 11 November 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2007. Dicapai pada 16 April 2017.
- ^ Minkley, Johnny (23 November 2011). "Sony: it would be "undesirable" for PS4 to launch significantly later than the competition". Eurogamer. Eurogamer Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2011. Dicapai pada 16 April 2017.
- ^ Rougeau, Michael (19 Jun 2014). "Destiny developer Bungie and Sony have been in bed longer than you think". Techradar. Dicapai pada 20 Jun 2014.
- ^ Garratt, Patrick (2 November 2012). "PS4: new kits shipping now, AMD A10 used as base". VG247. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-03. Dicapai pada 22 Februari 2013.
- ^ Luke Karmali (11 Disember 2012). "Report: Xbox 720 And PS4 Codenames And Details". IGN. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-15. Dicapai pada 21 Mei 2013.
- ^ Arthur, Charles (1 Februari 2013). "PlayStation 4 rumours fly as Sony invitations hint at release". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2013. Dicapai pada 14 September 2013.
- ^ "Videogame industry's brightest minds convene in New York as part of Sony Computer Entertainment's introduction of PlayStation 4" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. 20 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
- ^ a b Bishop, Bryan (20 Februari 2013). "Sony announces the PlayStation 4". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2013. Dicapai pada 20 Februari 2013.
- ^ Rivington, James (20 Februari 2013). "The PlayStation 4 has been officially revealed in New York!". TechRadar. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
- ^ Gilbert, Ben (20 Februari 2013). "Sony unveils its next game console, the PlayStation 4". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
- ^ Stark, Chelsea (22 Februari 2013). "PlayStation 4 Gets Early Support From Publishers and Developers". Mashable. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2013. Dicapai pada 25 Februari 2013.
- ^ "SONY COMPUTER ENTERTAINMENT INC. INTRODUCES PLAYSTATION®4 (PS4™)" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. 21 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2013. Dicapai pada 24 Februari 2013.
- ^ Kelion, Leo (11 Jun 2013). "E3: PlayStation 4 console priced cheaper than Xbox One". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ a b "PLAYSTATION®4 (PS4™) DESIGN AND PRICE UNVEILED" (PDF) (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Dicapai pada 11 Jun 2013.
- ^ a b Taylor, John (February 21, 2013). "AMD and The Sony PS4. Allow Me To Elaborate". AMD. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-26. Dicapai pada 25 Februari 2013.
- ^ Shimpi, Anand Lal (23 Mei 2013). "AMD's Jaguar Architecture: The CPU Powering Xbox One, PlayStation 4, Kabini & Temash". AnandTech. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 9 November 2013.
- ^ a b c d e "SONY COMPUTER ENTERTAINMENT INC. INTRODUCES PLAYSTATION®4 (PS4™)" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. February 21, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-24. Dicapai pada 25 Februari 2013.
- ^ Sinha, Ravi (16 Julai 2013). "PlayStation 4 FCC Filing Reveals 2.75 GHz Max Clock Speed Frequency". GamingBolt. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-26. Dicapai pada 12 September 2013.
- ^ Santos, Alexis (22 Julai 2013). "Sony PlayStation 4 waltzes past the FCC". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-25. Dicapai pada 11 September 2013.
- ^ Grant Brunner (18 Jun 2013). "Sony issues correction: PS4 will not support analog output [Updated]". ExtremeTech. Ziff Davis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 20 Jun 2013.
- ^ a b c d MacManus, Christopher (21 Februari 2013). "Finer details about PlayStation 4's DualShock 4 controller, Eye camera". CNET. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013. Dicapai pada 21 Februari 2013.
- ^ Hinkle, David. "Yoshida: DualShock 3 won't work with PS4". Joystiq. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-22. Dicapai pada 21 Februari 2013.
- ^ "PlayStation 4 Controller is PC-Compatible 'for Basic Functions'". Kotaku. Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 6 Oktober 2013.
- ^ a b "SONY COMPUTER ENTERTAINMENT INTRODUCES WIRELESS CONTROLLER FOR PLAYSTATION®4 (DUALSHOCK®4) AND PLAYSTATION®4 EYE" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment. February 21, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2014. Dicapai pada February 26, 2013.
- ^ Gilbert, Ben (February 20, 2013). "The PlayStation 4 supports the PlayStation Move controller". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-21. Dicapai pada February 21, 2013.
- ^ Gilbert, Ben (26 Mei 2016). "Playstation is highest selling console". Yahoo Tech. Dicapai pada 30 Mei 2016.
- ^ Griffin, Andrew (13 Oktober 2016). "PLAYSTATION VR RELEASE DATE: SONY RELEASES VIRTUAL REALITY KIT AND LOOKS TO BRING HEADSETS TO THE MAINSTREAM". The Independent. Dicapai pada 16 April 2017.
- ^ Wells, Cory (14 April 2017). "PlayStation VR Six Months Later". Hardcore Gamer. Dicapai pada 17 April 2017.
- ^ "Open Source Software used in PlayStation®4". Scei.co.jp. Dicapai pada 2 Januari 2014.
- ^ Larabel, Michael (23 Jun 2013). "Sony's PlayStation 4 Is Running Modified FreeBSD 9". Phoronix. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-24. Dicapai pada 14 September 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Humphries, Matthew (24 Jun 2013). "PS4 runs modified version of the FreeBSD 9.0 operating system". Geek.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-28. Dicapai pada 2015-09-25.
- ^ Hurley, Leon (20 Mac 2013). "Michael Denny on PS4's philosophy". Official PlayStation Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-01. Dicapai pada 1 Jun 2013.
- ^ Elton Jones (30 Oktober 2013). "PS4: No Support for External Hard Drives and MP3s". heavy.com. Dicapai pada 12 Oktober 2015.
- ^ Pearson, Rob (12 Julai 2013). "20 things you didn't know about PS4". PlayStation Blog. Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 12 Julai 2013.
- ^ Shah, Niraj (22 Februari 2013). "PlayStation 4 will support trophies". XTreme PS3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-26. Dicapai pada 22 Februari 2013.
- ^ Anna Peel. Facebook Inc (FB) Integrates With PS4 For Gamers Identity, ValueWalk, 15 November 2013.
- ^ "Playing videos on discs". PlayStation 4 Users Guide. Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 18 Januari 2015.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "engadget" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
<ref>
dengan nama "eurogamer" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: PlayStation 4. |
- Tapak web rasmi
- Panduan Pengguna Konsol Permainan Sony PlayStation 4
- Laman panduan penggunaan PlayStation 4