Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu
Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu | |
---|---|
Ditubuhkan | Januari 1962 |
Dibubarkan | Mei 1964 |
Digantikan oleh | Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu |
Ibu pejabat | Sabah |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (United Pasok Momogun Organisation-PASOK MOMOGUN) merupakan sebuah parti yang ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa Kadazandusun Murut oleh Orang Kaya Kaya (OKK) Datuk G.S. Sundang, pada Januari 1962 hasil daripada dorongan daripada suku kaum Cina di Sabah. Ia juga merupakan reaksi dan bantahan terhadap cadangan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, untuk menubuhkan satu gagasan negara yang baru yang dipanggil Malaysia yang di panggil Projek Malaysia.
Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu telah bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (United Kadazan National Organisation-UNKO) bagi menubuhkan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Bersatu (UPKO) yang lahir pada Mei 1964.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan UPKO Lama
- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu UPKO Baru