Jata Palestin
Jata Negara Palestin | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Pemegang/ pembawa | Negara Palestin |
Diterima pakai | 5 Januari 2013 |
Jabaran | Tribahagian tegak Hijauan, Perakan, dan Hitaman berhulu baji Merahan |
Penopang/ penyokong | Emasan Helang Salahuddin |
Cogan kata | فلسطين Palestin |
sunting · sunting di Wikidata |
Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin | |
---|---|
Fail:Plo emblem.png | |
Butiran | |
Jenis | Jata negara |
Diterima pakai | 5 Januari 2013 |
Cogan kata | Pertubuhan Pembebasan Palestin (atas) Perpaduan Negara (bawah)[1] |
sunting · sunting di Wikidata |
Jata Palestin boleh merujuk kepada lambang yang digunakan oleh Negara Palestin dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PBP) atau kepada lambang yang digunakan oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP).
Penerangan rasmi
[sunting | sunting sumber]Kerajaan Palestin menerangkan jata seperti berikut: [2]
Lambang Palestin ialah helang yang dilitupi bendera Palestin, dan ia serupa dengan lambang Mesir dan Iraq dengan perbezaan warna bendera.
Lambang ini muncul pada awal era negara Ayyubiah, yang diasaskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi di Mesir selepas penghapusan khalifah Fatimiah. Ia telah menjadi simbol negara Ayyubiah sejak era Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dan mewakili kemenangan Arab.
Helang itu memandang ke kanan dengan kepalanya diangkat tinggi.
PNA dan lambang negeri
[sunting | sunting sumber]Lambang yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin serta Negara Palestin menampilkan warna pan-Arab bendera Palestin pada perisai yang diangkat oleh Helang Salahuddin. Di bawahnya terdapat skrol dengan teks Arab "فلسطين ", "Palestin".
Gubahan silihan yang menyatakan "السلطة الفلسطينية " atau "Pihak Berkuasa Palestin" telah digunakan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin,[3] bersama-sama gubahan yang menyatakan "Palestin", tetapi ia telah dihentikan berikutan penaiktarafan Negara Palestin kepada status negara bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. pada 29 November 2012 dan pelangnamaan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin kepada "Negeri Palestin" melalui dekri presiden pada Januari 2013.[4]
Lambang PPP
[sunting | sunting sumber]Lambang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PPP) menunjukkan bendera Palestin di atas peta "Palestin dari sungai ke segara", iaitu Palestin di bawah Mandat British (merangkumi Israel kini, Tebing Barat, dan Genting Gaza).
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Suatu versi yang menggunakan cogan kata "Pihak Berkuasa Palestin" berbanding cogan kata asal iaitu "Palestin".
-
Jata Palestin berada pada salah satu variasi bendera Palestin.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Cap Mohor Palestin Bermandat
- Jata Iraq
- Jata Mesir
- Jata Syria
- Jata Sudan
- Jata Libya
- Jata Yaman
- Helang Saladin
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Palestinian Liberation Org. Map Logo Excludes Israel". CBN News. Dicapai pada 14 January 2013.
- ^ الشعار
- ^ "11-09-2012 - Palestinian Cabinet Meeting Statement (18)". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2012. Dicapai pada 14 January 2013.
- ^ [1] "Instructing government institutions on Sunday to phase out the 'Palestinian Authority' insignia, Mr Abbas's decision follows his successful bid last November to upgrade Palestinian status at the United Nations. Now everything from official stationary and stamps to insignia on Palestinian foreign missions will bear this new symbol of statehood."