Bandar istimewa di Jepun
Bandar Istimewa (特例市 Tokureishi) Jepun merupakan bandar-bandar yang mempunyai kadar populasi penduduk sekurang-kurangnya 200,000 orang dan berfungsi sebagai menjalankan tugasan kepada kerajaan bandar seperti yang telah ditetapkan oleh bandar utama.
Kategori ini telah dibentuk oleh Undang-undang Autonomi Tempatan, Rencana 252 klausa 26. Dimana ia telah ditetapkan oleh Badan Kabinet Jepun seperti yang diminta oleh Majlis Kerajaan Perbandaran dan Kerajaan Wilayah.
Bandar-bandar istimewa ini tidak sama seperti wad istimewa Tokyo.
Senarai bandar istimewa
[sunting | sunting sumber]Pada masa kini, terdapat 27 buah bandar yang telah ditetapkan sebagai bandar istimewa. Tiada bandar dalam kawasan Tohoku memiliki status bandar istimewa setakat ini.
Kawasan | Wilayah | Bandar Istimewa | Tarikh bandar dirancang | Nota |
---|---|---|---|---|
Kantō | Wilayah Ibaraki | Tsukuba | 01-04-2007 | |
Wilayah Gunma | Isesaki | 01-04-2007 | ||
Ōta | 01-04-2007 | |||
Wilayah Saitama | Tokorozawa | 01-04-2002 | ||
Koshigaya | 01-04-2003 | |||
Sōka | 01-04-2004 | |||
Kasukabe | 01-04-2008 | |||
Kumagaya | 01-04-2009 | |||
Wilayah Kanagawa | Odawara | 01-11-2000 | Bandar istimewa yang mempunyai kapasiti penduduk yang paling sedikit | |
Yamato | 01-11-2000 | |||
Hiratsuka | 01-04-2001 | |||
Atsugi | 01-04-2002 | |||
Chigasaki | 01-04-2003 | |||
Chūbu | Wilayah Niigata | Jōetsu | 01-04-2007 | |
Nagaoka | 01-04-2007 | |||
Wilayah Nagano | Matsumoto | 01-11-2000 | ||
Wilayah Shizuoka | Numazu | 01-11-2000 | ||
Fuji | 01-04-2001 | |||
Wilayah Aichi | Kasugai | 01-04-2001 | ||
Ichinomiya | 01-04-2002 | |||
Kansai | Wilayah Mie | Yokkaichi | 01-11-2000 | |
Wilayah Osaka | Ibaraki | 01-04-2001 | ||
Kishiwada | 01-04-2002 | |||
Wilayah Hyōgo | Kakogawa | 01-04-2002 | ||
Takarazuka | 01-04-2003 | |||
Kyūshū | Wilayah Saga | Saga | 01-04-2014 |
Bekas bandar istimewa yang kini menjadi bandar utama atau bandar terancang
[sunting | sunting sumber]- Hakodate (Hokkaidō)
- Menjadi bandar istimewa pada 1 November 2000, serta mendapat status bandar utama pada 1 Oktober 2005.
- Shimizu (Wilayah Shizuoka)
- Menjadi bandar istimewa pada 1 April 2001; pada 1 April 2003, bandar ini telah bergabung dengan bekas bandar utama Shizuoka untuk membentuk bandar utama baru Shizuoka; dan akhir mendapat status bandar terancang pada 1 April 2005. Bekas bandar Shimizu merupakan satu-satunya bandar yang pernah menjadi bandar biasa, bandar istimewa, bandar utama, serta bandar terancang.
- Shimonoseki (Wilayah Yamaguchi)
- Menjadi bandar istimewa pada 1 April 2002; kemudia diturunkan status bandar istimewa apabila bandar Shimonoseki bergabung dengan bekas bandar Kikugawa, Toyota, Toyoura, dan Hōhoku untuk membentuk bandar baharu Shimonoseki; akhirnya mendapat status bandar utama pada tahun 2005.
- Morioka (Wilayah Iwate)
- Menjadi bandar istimewa pada 1 November 2000; mendapat status bandar utama pada 1 April 2008.
- Kurume (Wilayah Fukuoka)
- Menjadi bandar istimewa pada 1 April 2001; mendapat status bandar utama pada 1 April 2008.
Bandar-bandar yang telah memenuhi syarat kelayakan tetapi masih belum lagi dirancang menjadi bandar istimewa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan bandar-bandar istimewa yang mempunyai kadar populasi penduduk melebihi 200,000 orang tetapi masih belum lagi dirancang untuk dijadikan sebagai bandar istimewa (Bandar-bandar yang dijadualkan untuk menjadi bandar istimewa tidak disenaraikan di sini)