Pergi ke kandungan

Pembubaran parlimen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5755040 pada 06:42, 10 Januari 2023 oleh Mtarch11 (bincang | sumb.) (Membalikkan suntingan oleh Alifsamad007 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Dalam sistem parlimen dan beberapa sistem separa presiden, pembubaran parlimen ialah pembubaran sebuah badan perundangan untuk membuat pemilihan baharu yang dipanggil pilihan raya

Biasanya, badan perundangan dalam sistem sedemikian mesti dibubarkan apabila tamatnya tempoh yang ditentukan oleh perlembagaan. Pembubaran awal dibenarkan dalam banyak bidang kuasa.

Australia

[sunting | sunting sumber]

Dewan Perwakilan, tetapi bukan Senat, boleh dibubarkan pada bila-bila masa oleh Gabenor Jeneral atas nasihat Perdana Menteri. Penggal Dewan tamat tempoh 3 tahun selepas sidang pertama jika tidak dibubarkan sebelum tarikh akhir. Gabenor Jeneral boleh membubarkan Senat hanya apabila ketentuan pembubaran berganda dipakai, dimana Dewan Perwakilan juga dibubarkan pada saat yang sama. Terdapat konvensyen yang Gabenor Jeneral hanya memerintahkan pembubaran atas nasihat Perdana Menteri. Konvensyen ini dilanggar pada tahun 1975, mengakibatkan krisis perlembagaan yang sangat serius di Australia, Gabenor Jeneral, Sir John Kerr, dengan kontroversinya menjalankan kuasa simpanannya dan menolak pemerintah majoriti Persekutuan Perdana Menteri Buruh Gough Whitlam.

Parlimen Victoria

[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti Parlimen Komanwel, Premier dan Gabenor Victoria mempunyai sedikit sahaja budi bicara dalam membubarkan Parlimen Victoria. Kedua-dua Dewan Undangan dan Majlis Perundangan dibubarkan secara automatik dua puluh lima hari sebelum Sabtu terakhir pada bulan November setiap empat tahun. Walau bagaimanapun, Gabenor boleh membubarkan Dewan Undangan jika terdapat usul tidak percaya kepada Premier dan Menteri-menteri Negeri yang lain diluluskan dan tiada usul percaya yang diluluskan pada minggu hadapannya. Akhirnya, Premier boleh memberi nasihat kepada Gabenor untuk membubarkan kedua-dua dewan dalam hal rang undang-undang yang terbuntu.

Di Belgium, pembubaran berlaku sama ada oleh perintah diraja atau oleh undang-undang atas Perisytiharan Semakan Perlembagaan (Art 195 Const.). Sejak Perang Dunia Pertama, pilihan raya selalu diadakan dengan salah satu daripada cara ini, kecuali untuk tahun 1929. Satu senario ketiga, iaitu pembubaran oleh undang-undang kerana takhta kosong, tidak pernah berlaku.

Pembubaran oleh undang-undang membubarkan kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat. Perintah diraja pada mulanya boleh membubarkan Dewan, Senat, atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun, kali terakhir pembubaran satu dewan sahaja hanya berlaku pada tahun 1884; kedua-dua dewan sentiasa dibubarkan bersama sejak itu. Dengan pembaharuan perlembagaan 1993, hanya Dewan boleh dibubarkan, dengan Senat adalah dibubar secara automatik. Sejak pembaharuan perlembagaan 2014, hanya Dewan boleh dibubarkan, kerana Senat tidak lagi dipilih secara langsung.

Selepas pembubaran, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 40 hari, dan dewan baru mesti diwujudkan dalam masa tiga bulan (dalam tempoh dua bulan dari tahun 1831 hingga 2014).

Parlimen kawasan dan komuniti tidak boleh dibubarkan kerana telah ditetapkan untuk tempoh lima tahun.

Dewan Rakyat, bukan Senat, boleh dibubarkan pada bila-bila masa oleh Ratu Kanada atau oleh Gabenor Jeneral, secara konvensional atas nasihat Perdana Menteri. Dalam hal krisis perlembagaan, Raja/Ratu boleh bertindak sendiri tanpa nasihat daripada badan Parlimen yang lain. Jika kerajaan menolak keyakinan atau pembekalan, Perdana Menteri mesti meletak jawatan dan membenarkan seorang lagi anggota Dewan Rakyat membentuk kerajaan, atau menasihati Gabenor Jeneral untuk membubarkan Parlimen. Juga, Dewan Rakyat secara automatik terbubar selepas lima tahun, walaupun tidak ada Dewan Rakyat bertahan selama itu.

Badan perundangan wilayah juga boleh dibubarkan pada bila-bila masa atas sebab yang sama, oleh Leftenan Gabenor atas nasihat Premier. British Columbia, Ontario, Newfoundland dan Labrador, Pulau Prince Edward dan Wilayah Barat Laut telah mempunyai tarikh pilihan raya yang tetap.

Di Malaysia, pembubaran Parlimen hanya melibatkan Dewan Rakyat dan tidak bagi Dewan Negara. Dewan Rakyat ini dibubarkan setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Tempoh maksimum bagi sebuah penggal Dewan Rakyat Malaysia ialah 5 tahun. Ini membawa maksud bahawa genap 5 tahun tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihanraya umum yang lepas, parlimen akan terbubar dengan sendirinya. Mengikut Perlembagaan, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen tersebut.

Dewan Undangan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah majlis perundangan pada peringkat negeri sama seperti Parlimen pada peringkat persekutuan. Bezanya, dewan undangan negeri, dengan skop yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri, mempunyai bilangan dewan yang berbeza iaitu DUN hanya mempunyai satu dewan sahaja. Sama seperti peringkat Persekutuan, dewan-dewan undangan negeri (DUN) boleh dibubar pada bila-bila masa oleh ketua negeri (Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri) atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri. Tempoh penggal bagi DUN adalah sama dengan Parlimen iaitu 5 tahun dan DUN boleh dibubarkan serentak dengan Parlimen Persekutuan.

Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan negeri-negeri di Malaysia membubarkan DUN mereka pada hari yang sama atau tidak lama selepas Parlimen dibubarkan untuk menyertai pilihan raya umum tetapi tidak semua negeri mengikut rentak tersebut. Sabah (sehingga 1994) dan Sarawak (sehingga kini) antara negeri yang pernah membubarkan DUN pada tahun yang berasingan dengan Parlimen yang menjadikan proses pilihan raya negeri berbeza dengan pilihan raya umum.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]