Port Louis (Bahasa Perancis: Port-Louis, Bahasa campuran Mauritius: Porlwi [poːlwi]) ialah ibu negara Mauritius.

Port Louis
Port-Louis
NegaraMauritius
DaerahPort Louis
Keluasan
 • Jumlah46.7 km2 (18.0 batu persegi)
Penduduk
 (2015[1])
 • Jumlah149,194
 • Kepadatan3,200/km2 (8,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+4 (UTC+4)

Port Louis sudah digunakan sebagai pelabuhan sejak tahun 1638. Port Louis beriklim separuh gersang bawah pengelasan iklim Köppen. Ekonomi bandar ini diterajui pusat kewangan, kemudahan pelabuhan, pelancongan dan sektor pembuatan yang merangkumi tekstil, bahan kimia, plastik dan ubat. Port Louis dihubungkan melalui 2 stesen bas. Sekolah rendah dan menengah di Port Louis berjenis awam dan swasta. Bandar ini mempunyai budaya yang beraneka jenis dan meriah, dan dinampakkan melalui seni bina, kesenian dan perayaannya. Bandar ini dipenuhi banyak bangunan dan tugu yang menampilkan sejarah zaman penjajahannya yang kaya dan berbagai-bagai. Port Louis merupakan bandar kebudayaan aktif yang menarik perhatian pelukis, penyair, pemahat dan penulis sejak berkurun-kurun. Pentadbiran setempat Port Louis diurus majlis perbandaran. Sukan diminati penghuni Port Louis, sama seperti kawasan lain di Mauritius.

Rujukan

sunting
  1. ^ Ministry of Finance & Economic Development (2016). "Annual Digest of Statistics 2015" (PDF). August. Government of Mauritius: 22. Dicapai pada 23 December 2016. Cite journal requires |journal= (bantuan)