Disediakan oleh :
WAN NUR MUHAMMAD BIN WAN ALIAS
1 AL-BIRUNI
BENTUK MUKA BUMI DI ASIA TENGGARA
Antara bentuk muka bumi di asia tenggara ialah :
a. SUNGAI – THAILAND (MENAM CHAO PHRAYA)
b. CERUN BUKIT – INDONESIA (PULAU JAWA)
c. TASIK – KAMPUCHEA (TASIK TONLE SAP)
1. Sungai utama ialah Menam Chao Phraya yang merupakan jalan air yang paling
penting.
2. Sungai ini dimudiki oleh kapal-kapal sederhana besar sejauh 402 km pada musim
lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.
3. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, iaitu Me Ping, Me Wang, Me
Yom dan Me Nam menghubungkan kawasan pedalaman di utara dengan bandar
utama, iaitu Bangkok di muara sungai.
4. Sungai ini digunakan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan
pukal.
5. Kayu jati dari Pergunungan Utara dihanyutkan melalui cawangan-cawangan Menam
Chao Phraya ke Nakhon Sawan.
6. Dari sini kayu jati masuk ke Menam Chao Phraya dan dibawa ke kilang di Bangkok
untuk diproses dan dieksport.
7. Nam mun dan Nam Chi di Dataran Tinggi Korat digunakan untuk pengangkutan.
8. Sungai-sungai ini mengalir ke timur sebelum bercantum dengan Sungai Mekong di
Kampuchea.
1. Pertanian adalah kegiatan ekonomi yang penting di Malaysia dan di Indonesia.
2. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di tanah pamah dan cerun bukit.
3. Pertanian dijalankan di cerun bukit kerana penduduk di Pulau Jawa sangat padat.
4. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk dan banyak digunakan untuk
pembinaan petempatan, pertanian dan kegiatan lain.
5. Kekurangan tanah pamah memaksa petani-petani di Pulau Jawa bercucuk tanam
di cerun bukit.
6. Letusan gunung berapi meninggalkan lapisan tanih jenis lava bes di cerun-cerun
bukit di Pulau Jawa.
7. Pulau ini mempunyai satu siri gunung berapi yang terbentang dari timur ke barat
yang mempunyai gunung berapi hidup seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi.
8. Lava bes daripada gunung berapi menyuburkan tanah dan cerun teres dibina.
9. cerun-cerun dipotong untuk membentuk rangkaian teres untuk penanaman padi
sawah.
10. Di tepi teres terdapat dinding luar untuk menahan air untuk memperlahankan
aliran air hujan di lereng bukit tersebut.
11. Penanaman di teres-teres cerun bukit dapat mengatasi masalah hakisan tanah.
12. Penanaman padi di teres cerun bukit banyak dijalankan di kawasan ke selatan
Surabaya.
1. Tonle Sap yang juga dikenal sebagai Tasik Besar terletak di bahagian barat negara
Kampuchea.
2. Tasik ini adalah tasik air tawar semula jadi yang terbesar di rantau Asia Tenggara
3. Tasik ini menjadi empangan semula jadi untuk Sunagi Mekong.
4. Sungai Tonle Sap menghubungkan Sungai Mekong ke tasik ini.
5. Tonle Sap yang penting untuk perikanan menghasilkan lebih separuh daripada
jumlah ikan yang ditangkap di Kampuchea.
6. Isipadu air Tonle Sap berubah mengikut musim.
7. Kawasan hutan berhampiran tasik ini akan dibanjiri ketika musim hujan. Tasik ini
akan mencapai 10 hingga 15 meter dalam dan ikan akan membiak.
8. Pada musim kering, tasik ini akan menjadi kecil dan cetek, iaitu 1 hingga 3 meter
sahaja dalamnya. Pada ketika inilah aktiviti menangkap ikan dijalankan di tasik ini.
9. Kawasan tasik yang kering ditanam dengan padi.
10. Jumlah ikan akan bertambah dengan banyaknya selepas musim hujan.
11. Kebanyakan penduduk yang menangkap ikan adalah petani. Seperti di Thailand
penangkapan ikan juga adalah kerja sambilan bagi petani untuk menambahkan
pendapatan di Malaysia.