0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
76 tayangan3 halaman

Sistem Dan Aplikasi Bahasa Set 2

Dokumen ini berisi latihan mengenai penggunaan kata hubung gabungan dan komplemen, serta pengenalan kesalahan bahasa dalam petikan. Terdapat juga tugas untuk menulis semula petikan bahasa Melayu Klasik dalam bahasa Melayu Standard dan menganalisis peribahasa dalam dialog. Tujuan keseluruhan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Diunggah oleh

g-80312582
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Anda di halaman 1/ 3

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Praktis 9
1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung gabungan dan dua kata
hubung komplemen. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung
gabungan dan kata hubung komplemen untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Anita merupakan pelajar yang menjadi idola dalam kalangan warga institusi itu. Dia bukan
sahaja cantik malah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang. Untuk menjadi
pelajar yang cemerlang bukanlah mudah. Dia telah mengulang kaji pelajaran secara
konsisten supaya pencapaiannya sentiasa terbaik dalam kalangan rakan yang sama pengajian
dengannya. Dia selalu mengingatkan dirinya bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya. Sehubungan dengan hal itu, dia sentiasa memastikan disiplin diri
dan sahsiahnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Kata Hubung
Gabungan

I. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Kata Hubung
Komplemen

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat susunan songsang yang bergaris kepada
ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

Berbekalkan minat mengembara dan tarikan keajaibannya, saya dan beberapa orang rakan
mengunjungi kota Delhi di India untuk kali ketiga baru-baru ini. Kembara kami pada kali ini
lebih bermakna apabila kami dapat mengunjungi satu daripada tujuh keajaiban tarikan
pelancongan dunia, iaitu Taj Mahal. Sebaik-baik sahaja sampai di Delhi, kami meneruskan
perjalanan ke bandar Chandigarh. Disebabkan kedudukannya yang strategik, bandar ini
menempatkan sebahagian besar pusat pengajian tinggi, termasuk Universiti Punjab yang
terkenal.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keajaiban Tarikan Pelancongan Dunia di India’
Oleh Siti Raba’ah Hamzah, Dewan Siswa, Julai 2012.
I. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

3. Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan

dan betukan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Petikan 1

Anggota masyarakat mahupun pemimpin mestilah mengutamakan perpaduan kaum. Hal ini
kerana tanpa perpaduan, negara akan kucar-kacir. Pembangunan ekonomi tidak akan dapat
dilaksanakan. Sektor pelancongan akan terjejas teruk. Tolong jangan gugat keamanan yang
telah kita kecapi selama ini. Jika perbalahan antara kaum berlaku, rakyat yang akan
menanggung akibatnya. Negara ini negara bertuah yang wajib dipertahankan oleh rakyat
Malaysia. Jangan sekali-kali maruahnya dicalarkan oleh kita.

Salah Betul
a)
b)
c)
d)

Petikan 2
Rakyat Malaysia beranggapan bahawa barangan yang dieksport lebih berkualiti daripada
barangan buatan Malaysia. Situasi ini bukanlah menghairankan kerana bagi mereka,
memiliki barangan dari luar negara melambangkan kemampuan yang mereka miliki.
Walaupun Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia diadakan, namun kempen ini tetap
tidak mampu mengubah cara rakyat Malaysia berfikir. Walaubagaimanapun, pengusaha
produk tempatan tidak seharusnya mengaku kalah. Mereka perlulah mencari jalan supaya
anggota masyarakat kita tidak terus berfikir bahawa barangan dari Barat dan Jepun serta
Korea merupakan barangan yang paling berkualiti sekali.

Salah Betul
a)
b)
4.
c)
d)
e)
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kata pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada
segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Sumber:Dipetik daripada prosa tradisional ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ halaman 30

______________________________________________________________________________

5. Dialog di bawah mengangungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa, kemudian

berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.
Ali : Pak Abu tu walaupun ada harta yang banyak tetapi umpama air digenggam tidak
tiris.
Osman : Memang pun. Dah lama aku perhatikan sikapnya itu.
Ali : Sebenarnya ayah aku pernah menasihatinya supaya berubah sikap tetapi semuanya
umpama menulis di atas air.
Osman : Entahlah. Aku pun tak faham dengan perangai orang tua itu.
Ali : Ayah aku pernah mengingatkan dia. Dahulu, semasa dia sudah, orang kampung
banyak membantunya, tetapi sekarang dia bersikap seperti ulat lupakan daun.
Osman : Mudah-mudahan dia akan berubah.

Peribahasa daripada Petikan Peribahasa lain

a)

b)

c)

Anda mungkin juga menyukai