Contoh Karangan Kebaikan Dan Keburukan Media Sosial (Medsos)
Kepada Remaja Pelajar boleh merujuk isi-isi penting serta huraian
mengikut rangka karangan berkaitan kesan baik dan buruk laman sosial
atau medsos kepada remaja seperti berikut. I
si-isi penting
1. Meluaskan jaringan perhubungan
2. Menambah ilmu pengetahuan
3. Meningkatkan kemahiran teknologi
4. Terdedah kepada penipuan identiti atau maklumat
5. Merenggangkan hubungan remaja dengan ahli keluarga
6. Terpengaruh dengan anasir yang negatif
Pendahuluan Media sosial boleh ditakrifkan sebagai medan di mana
individu bersosial dengan individu lain secara atas talian. Aplikasi yang
mula dicipta selepas wujudnya komputer dan rangkaian Internet ini mampu
untuk menghubungkan seseorang tanpa batasan jarak dan juga masa.
Daripada menggunakan teknologi analog untuk penggunaan telefon, kini
kita menggunakan teknologi digital yang membolehkan panggilan video
dibuat secara langsung. Lumrah sebagai seorang manusia, kita
mempunyai sifat untuk bersosial dengan rakan sekolah, rakan sepejabat
dan juga ahli keluarga. Aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram
dan Twitter telah memudahkan kita untuk mengetahui status sosial atau
kehidupan rakan-rakan, ahli keluarga malah selebriti yang kita minat.
Namun, adakah media sosial ini memberikan manfaat kepada setiap
lapisan umur masyarakat khususnya golongan remaja?
Isi 1 Antara kebaikan menggunakan media sosial dalam kalangan remaja
adalah mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan. Umum
mengetahui remaja akan mengikuti rakan-rakan sekolah di media sosial
untuk mengetahui kehidupan mereka di luar waktu persekolahan.
Perkongsian aktiviti di luar sekolah bersama rakan-rakan juga dapat
mengeratkan lagi hubungan antara mereka kerana memori tersebut
disimpan secara digital di media sosial. Di media sosial juga remaja boleh
mengikuti individu seperti atlet kebangsaan yang memberikan impak positif
dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, Datuk Azizulhasni Awang,
pelumba basikal negara sering berkongsi rutin harian dan motivasi yang
baik untuk pengikutnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam
kehidupan. Tuntasnya, media sosial memberikan impak yang positif
kepada remaja apabila mereka dapat meluaskan jaringan perhubungan
dengan rakan atau individu yang mempunyai pengaruh yang berguna.
Isi 2 Manfaat lain yang mampu diperoleh golongan remaja apbila
menggunakan media sosial adalah menambah ilmu pengetahuan. Media
sosial pada hari ini lebih banyak perkongsian video berbanding penulisan
kerana ia lebih interaktif dan menarik. Tamsilnya, aplikasi TikTok yang
menjadi aplikasi paling banyak menerima pengguna dalam tempoh masa
satu tahun. Perkongsian video ini memberikan runag kepada remaja untuk
mempelajari perkara baharu. Dengan bantuan pengawasan daripada ibu
dan bapa, remaja boleh meneroka pelbagai ilmu pengetahuan yang
dikongsikan di media sosial. Contoh lain adalah Khairul Aming, seorang
individu yang berkongsi video memasak serta resipi-resipi tertentu dan
secara tidak langsung mengajar remaja untuk memasak dengan mudah.
Jelas bahawa penggunaan media sosial dapat menambah ilmu
pengetahuan golongan remaja jika digunakan dengan kaedah yang betul
dan tepat. Isi 3 Seperti ciptaan manusia yang lain, penggunaan media
sosial juga terdapat keburukannya seperti mudah terdedah kepada
penipuan identiti atau maklumat. Aplikasi percuma seperti media sosial
mengundang kepada perbuatan yang jahat individu yang tidak
bertanggungjawab untuk menggunakan identiti palsu dan melakukan
penipuan kepada individu atau masyarakat. Perkara ini menjadi isu
khususnya bagi kita yang hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Fitnah dan tohmahan boleh dikongsikan secara mudah dan pantas tanpa
usul periksa daripada sesiapa kerana identiti penyebar fitnah itu palsu dan
tidak beretika. Di sini menunjukkan pentingnya pendidikan sivik di sekolah
untuk mengajar kita menjadi seorang individu yang bertanggungjawab dan
tidak melanggar etika serta tata susila masyarakat kita. Izharnya,
penggunaan media sosial memberi risiko penipuan identiti dan maklumat
kepada remaja yang baru berusia setahun jagung. Isi 4 Selain itu, media
sosial dilihat mendatangkan kemudaratan apabila ia merenggangkan
hubungan remaja dengan ahli keluarga. Apabila seorang remaja
menghabiskan masa di media sosial dan merasakan hubungan secara
atas talian bersama rakan-rakan di alam maya lebih seronok, mereka akan
mula menjauhi realiti kehidupan dengan ahli keluarga. Lebih-lebih lagi ibu
dna bapa hari ini sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk
diluangkan bersama anak-anak mereka. Maka, anak-anak memilih untuk
bersosial bersama rakan secara atas talian. Situasi ini seharusnya
dibendung kerana hubungan kekeluargaan lebih penting daripada
hubungan di alam maya. Ibu dan bapa perlu meluangkan masa bersama
anak-anak melakukan aktiviti seperti riadah dan bercuti. Ia juga bagi
mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif
yang menjerumus ke arah gejala sosial. Intihannya, penggunaan media
sosial yang keterlaluan dalam kalangan remaja boleh menyebabkan
hubungan mereka dengan ahli keluarga menjadi renggang. Penutup
Sebagai konklusi, terdapat banyak baik dan buruknya media sosial kepada
remaja hari ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa ini jelas
mengingatkan kita untuk sentiasa mencari manfaat dan meninggalkan
keburukan dalam melakukan sesuatu. Begitu juga dengan media sosial,
penggunaanya dalam kalangan remaja dibolehkan dengan pengawasan
ibu dan bapa demi keselamatan dan gaya pemikiran mereka. Pihak
berkuasa pula berperanan untuk mengambil tindakan kepada perkara-
perkara negatif yang berleluasa di media sosial dan membendungnya
daripada menjadi barah kepada masyarakat kita. Diharapkan masyarakat
kita bersama-sama menikmati teknologi seperti media sosial dengan positif
dan berminda kelas pertam
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/media-sosial/