100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
5K tayangan2 halaman

Sebab-Sebab Permainan Tradisional Semakin Dlupakan 3J

Diunggah oleh

g-80312582
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
5K tayangan2 halaman

Sebab-Sebab Permainan Tradisional Semakin Dlupakan 3J

Diunggah oleh

g-80312582
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 2

Tajuk: Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini.

Berikan
pendapat anda tentang sebab-sebab permainan tradisional semakin
dilupakan.
Permainan tradisional bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah
menjadi kebiasaan yang kekal turun-temurun. Antara permainan tradisional ialah
gasing, sepak raga, naik wau, tingting, batu seremban, buah guli, lompat tali,
galah panjang, dan sebagainya. Masyarakat kita masih lagi meminati permainan
ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda.
Terdapat banyak faktor yang telah menyebabkan permainan tradisional ini
semakin dilupai oleh masyarakat kini.

Ramai generasi muda, khususnya yang tinggal di bandar tidak pernah


mendengar nama-nama permainan tradisional apatah lagi bermainnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa mereka lebih suka membeli permainan
moden seperti pistol, anak patung, kereta mainan, dan sebagainya. Mereka tidak
menyedari bahawa sesetengah permainan moden itu boleh membahayakan diri
anak-anak mereka. Kegagalan ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada
permainan tradisional sejak kecil turut mengakibatkan permainan ini semakin
lenyap ditelan peredaran zaman.

Selain itu, permainan tradisional semakin pupus kerana sikap generasi


muda itu sendiri. Mereka gemar bermain permainan moden yang lebih relevan
dengan perkembangan kemajuan sains dan teknologi. Kecanggihan permainan
komputer, permainan video, permainan robot melekakan generasi muda pada
masa ini yang telah menjadi kera sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar
sahaja. Sikap dan pandangan mereka yang beranggapan permainan tradisional
sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muzium-muzium.

Di samping itu, pihak-pihak bertanggungjawab sama ada pihak kerajaan,


NGO mahupun swasta tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk
memartabatkan seni permainan tradisional sebagai khazanah budaya dan bangsa
negara. Mereka tidak didedahkan jenis-jenis permainan tradisional. Penayangan
iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini
sepatutnya boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Sesungguhnya,
sikap acuh tak acuh pihak-pihak bertanggungjawab dalam mengembalikan
kegemilangan permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin
terus dilupakan.

Natijahnya, permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang


tidak ternilai. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama
bertanggungjawab dan berganding bahu untuk mempopularkan kembali
permainan tradisional agar terus berkekalan seperti bak kata pepatah ‘tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas’.

Anda mungkin juga menyukai