100% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
4K tayangan3 halaman

Langkah-Langkah Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Diunggah oleh

g-80312582
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Anda di halaman 1/ 3

Tajuk: Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri seseorang sejak mereka kecil

lagi. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan

kanak-kanak.

Amalan membaca wajar dijadikan rutin harian sebagai santapan minda. Bak
kata orang, “Membaca Jambatan Ilmu”. Namun begitu, amalan ini masih kurang
diamalkan oleh masyarakat Malaysia pada masa ini. Kajian oleh Perpustakaan Negara
pada tahun 2014, mendapati rakyat Malaysia dikatakan hanya membaca secara purata
sebanyak 15 buah buku setahun. Amalan ini perlulah dipupuk dalam diri seseorang
sejak mereka masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Antara langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
adalah dengan galakan daripada orang yang paling hampir dengan mereka, iaitu ibu
bapa. Ibu bapa wajar menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya gemar membaca.
Masa senggang di rumah wajar diisi oleh mereka dengan amalan membaca seperti
membaca surat khabar, buku, majalah, dan sebagainya. Tabiat ini dapat mendorong
anak-anak untuk membaca kerana sifat kanak-kanak yang mudah meniru perlakuan
orang di sekeliling mereka.
Seterusnya, ibu bapa wajar membelikan anak-anak mereka bahan bacaan yang
sesuai dengan umur mereka. Hal ini demikian kerana, bahan bacaan yang sesuai
dengan umur mereka dapat menarik minat mereka untuk bahan tersebut. Ibu bapa
boleh memilih bahan bacaan yang berkualiti dan menarik yang kini banyak terdapat di
pasaran. Pemberian bahan bacaan kepada anak-anak ini secara tidak langsung dapat
menarik minat mereka supaya gemar membaca.
Selain itu, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dapat dipupuk
dengan cara ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku, kedai buku, atau
perpustakaan. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak supaya mendekatkan diri
dengan amalan membaca. Di perpustakaan, kanak-kanak boleh memilih pelbagai
bahan bacaan yang sesuai dengan mereka untuk dibaca atau dipinjam. Di kedai buku
atau pameran buku, mereka boleh membeli buku-buku yang sesuai dengan mereka
sebagai koleksi bacaan peribadi.
Di samping itu, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak juga dapat
diterapkan dengan cara menggalakkan mereka menyertai pertandingan seperti
pertandingan membaca atau pertandingan bercerita. Untuk menyertai pertandingan
bercerita, kanak-kanak perlu membaca dan memahami cerita yang hendak
disampaikan. Secara tidak langsung, amalan membaca akan tersemai dalam diri
mereka. Dalam pertandingan membaca pula, kanak-kanak yang paling banyak
membaca buku akan menerima hadiah dan sijil penghargaan. Penyertaan dalam
pertandingan berbentuk ilmiah sebegini dapat meningkatkan minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak.
Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diambil untuk menggalakkan kanak-
kanak supaya membaca. Usaha daripada pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan
generasi muda yang minat membaca bahan-bahan ilmiah. Hal ini penting dalam
melahirkan generasi muda negara yang berilmu pengetahuan.
Tajuk: Amalan membaca perlu dipupuk dalam diri seseorang sejak mereka kecil
lagi. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak.

Amalan membaca wajar dijadikan rutin harian sebagai santapan minda. Bak
kata orang, “Membaca Jambatan Ilmu”. Amalan ini perlulah dipupuk dalam diri
seseorang sejak mereka masih kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Antara langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak

adalah dengan galakan daripada orang yang paling hampir dengan mereka, iaitu ibu
bapa. Ibu bapa wajar menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya gemar membaca.
Masa senggang di rumah wajar diisi oleh mereka dengan amalan membaca seperti
membaca surat khabar, buku, majalah, dan sebagainya.

Seterusnya, ibu bapa wajar membelikan anak-anak mereka bahan bacaan yang
sesuai dengan umur mereka. Hal ini demikian kerana, bahan bacaan yang sesuai
dengan umur mereka dapat menarik minat mereka untuk bahan tersebut. Ibu bapa
boleh memilih bahan bacaan yang berkualiti dan menarik yang kini banyak terdapat di
pasaran.
Selain itu, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dapat dipupuk
dengan cara ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku, kedai buku, atau
perpustakaan. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak supaya mendekatkan diri
dengan amalan membaca.

Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diambil untuk menggalakkan kanak-

kanak supaya membaca. Usaha daripada pelbagai pihak diperlukan bagi mewujudkan
generasi muda yang minat membaca bahan-bahan ilmiah. Hal ini penting dalam
melahirkan generasi muda negara yang berilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai