0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
780 tayangan5 halaman

Ringkasan, Karangan Pendek & Karangan Panjang

Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang ciri-ciri rakan yang perlu dijauhi seperti rakan yang iri hati, suka mencari kesalahan orang lain, ego, menghilangkan diri ketika susah, suka memamerkan diri, dan suka mengkhianati. Ia juga menjelaskan fungsi penapis udara dalam membersihkan udara rumah dan menjamin kesihatan keluarga. Dokumen tersebut menyenaraikan beberapa punca pencemaran seperti sik

Diunggah oleh

Sharlene Larrissa
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
780 tayangan5 halaman

Ringkasan, Karangan Pendek & Karangan Panjang

Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang ciri-ciri rakan yang perlu dijauhi seperti rakan yang iri hati, suka mencari kesalahan orang lain, ego, menghilangkan diri ketika susah, suka memamerkan diri, dan suka mengkhianati. Ia juga menjelaskan fungsi penapis udara dalam membersihkan udara rumah dan menjamin kesihatan keluarga. Dokumen tersebut menyenaraikan beberapa punca pencemaran seperti sik

Diunggah oleh

Sharlene Larrissa
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 5

ISNIN 30/10/20

23

Antara ciri rakan yang perlu dijauhi ialah kawan yang


mempunyai sifat iri hati. Selain itu, kawan yang selalu
mencari kesalahan kawan dan menburuk-burukkan kawannya
kepada orang lain perlu dijauhi. Seterusnya, kita juga perlu
menjauhi kawan yang ego. Selanjutnya, kawan yang
menghilangkan diri Ketika kawannya susah perlu dijauhi.
Tambahan pula, kawan yang perlu dijauhi ialah kawan yang
suka menunjukkan kelebihan diri sendiri. Akhir sekali, kawan
yang perlu dijauhi ialah kawan yang suka mengkhianati kawan.

98 patah perkataan
Aku sebuah penapis udara. Kehadiranku semakin
dikenali sejak kewujudan virus Covid-19. Hal ini
dikatakan demikian kerna aku berfungsi untuk
membersihkan udara di dalam rumah tuan aku. Secara
tidak langsung, aku berupaya menjamin kesihatan
tuanku dan seisi keluarganya. Aku menjadikan udara di
dalam rumah tuanku lebih segar dan nyaman. Secara
keseluruhannya, keluarga tuanku amat menghargaiku
kerana aku banyak berjasa kepada mereka.

78 patah perkataan
KARANGAN: PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PENCEMARAN
Dalam meniti arus pemodenan, kita alpa dalam tanggungjawab
menghargai dan memelihara alam sekitar. Jadi tidak hairanlah apabila
isu pencemaran alam sekitar sering menjadi buah mulut dalam kalangan
masyarakat. Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyatakan 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara. Di Malaysia, kerajaan telah
mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang
mengandungi peruntukan untuk mencegah, menghapus dan mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekitar. Namun demikian,
pencemaran masih berlaku secara berleluasa di negara ini. Persoalan yang
berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah punca-punca berlakunya
pencemaran alam sekitar?

Antara punca yang dikenal pasti membawa masalah pencemaran


adalah sikap tidak bertanggungjawab individu dan organiasasi. Golongan
ini tidak mempunyai kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga
alam sekitar. Contohnya, orang ramai sanggup membuang cebusan tisu
yang sudah dipakai atau sisa-sisa makanan di tepi jalan atau di tempat
rekreasi. Kebanyakan kilang juga tidak memasang alat penapis udara
yang menapis udara yang kotor yang dilepaskan dari corong asap kerana
hendak menjimatkan kos. Natijahnya, sikap golongan seperti ini yang
tidak berhati perut menyebabkan pencemaran darat dan udara semakin
menjadi di negara ini. Jelaslah bahawa, sikap pihak dan golongan yang
tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing menjadi antara punca dominan
berlakunya pencemaran.
Ditinjau dari skop lain, pencemaran alam sekitar juga berlaku
disebabkan oleh aktiviti pembalakan. Pembalakan pokok-pokok untuk
tujuan pembangunan dan industri buatan akan menyebabkan hakisan
tanah berlaku. Tanah yang terhakis akan mengalir masuk ke dalam
sungai. Sebagai impaknya, air sungai akan tercemar dan kehidupan
akuatik akan terancam. Air sungai yang tercemar juga dapat
menjejaskan kesihatan penduduk Kawasan persekitaran yang
menggunakan air sungai. Tambahan pula, aktiviti pembalakan tanpa
kawalan juga dapat mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat.
Tegasnya, aktiviti pembalakan perlu dipantau oleh pihak berkuasa agar
tidak meninggalkan sebarang impak yang negatif kerana tiada gunanya
menyesal setelah perkara yang tidak diingini berlaku persis kata
peribahasa sudah terhantuk baru tengadah.

Jika dilihat pada sudut yang berlainan, penggunaan kenderaan


bermotor juga merupakan salah satu penyumbang kepada pencemaran
alam sekitar. Kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan
kapal terbang menjadi salah satu punca pencemaran udara dan
pencemaran bunyi. Pencemaran udara berlaku ekoran daripada kenderaan
bermotor yang melepaskan asap yang mengandungi gas berbahaya.
Pencemaran bunyi lazimnya terhasil oleh kapal terbang yang berlepas
atau mendarat terutamanya di Kawasan perumahan yang berhampiran
dengan lapangan terbang. Implikasinya, pencemaran udara menjejaskan
sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia. Seterusnya,
pencemaran bunyi boleh menjejaskan daya pendengaran. Pendek kata,
pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk menangani masalah
pencemaran yang berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa, pelbagai punca yang
menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran alam
sekitar. Dalam usaha menangani masalah tersebut pelbagai
pihak perlu menggembleng tenaga. Ibu bapa haruslah mendidik
anak-anak sejak kecil lagi untuk menjaga alam sekitar
daripada tercemar kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Seterusnya, pihak sekolah haruslah menganjurkan
pelbagai aktiviti seperti kempen kesedaran dan aktiviti
gotong-royong dalam usaha mendidik pelajar untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar. Pihak media massa
juga harus menguar-uarkan kepada rakyat tentang hal
tersebut. Pihak kerajaan pula perlu menambah peruntukan
dalam bajet kewangan untuk menangani masalah pencemaran
di negara ini. Moga-moga usaha-usaha yang diambil oleh
pelbagai pihak dapat menangani masalah pencemaran yang
berlaku di negara ini dengan berkesan.

IDEA
MENGAPA
BAGAIMANA
KESAN
UNGKAPAN/
PERIBAHASA
PENGESAN

Anda mungkin juga menyukai