0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
456 tayangan5 halaman

Standard Pembelajaran: Cikgu Roslan Daud

Tema utama petikan dan grafik adalah pengangguran graduan. Ia membincangkan punca pengangguran graduan seperti kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan pendidikan serta pekerjaan yang ditawarkan dengan gaji rendah. Petikan juga mencadangkan langkah untuk menangani masalah ini seperti mempersiapkan diri dengan lebih baik dan meningkatkan kemahiran.

Diunggah oleh

Ng Kei Cheong
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online di Scribd

Anda di halaman 1/ 5

Cikgu Roslan Daud

PENGANGGURAN GRADUAN

Standard Pembelajaran
2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam
teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai.

Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Dalam suasana alam pekerjaan semakin mencabar, lebih 116,000 graduan

memerlukan perhatian untuk meningkatkan pekerjaan mereka. Hari ini, banyak
syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga menjadi
punca pengangguran kerana diberhentikan kerja. Malahan, kajian berkaitan
pengangguran graduan mendapati banyak peluang pekerjaan ditawarkan
pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka.
Selain itu, kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah sama ada dalam
kategori kemahiran rendah atau separa mahir, berbanding untuk mereka yang
berkemahiran tinggi. Buktinya, hari ini graduan memiliki sarjana muda bekerja
sebagai kerani, penghantar makanan atau operator pengeluaran. Sudah pasti
anak muda di universiti hari ini sedar akan realiti ini. Lantas mereka perlu
segera mempersiapkan diri.

Oleh itu, graduan perlulah mengambil tahu trend pasaran buruh,

industri, pekerjaan dan kerjaya untuk mengelakkan masalah pengangguran. Di
samping itu, kualiti diri juga perlu mula dipertingkatkan melalui kemahiran
insaniah dan ilmu teknikal selain membina jaringan kepintaran sosial yang lebih
luas. Graduan bukan sekadar berdepan dengan saingan sengit sesama sendiri,
malah mereka yang diberhentikan kerja. Sudah pasti, kerja kosong sedia ada
tidak akan diisi dengan bakat yang tidak berbaloi oleh mana-mana syarikat.
Oleh sebab itu, mahasiswa hendaklah membuat persiapan rapi dalam pelbagai
aspek dan digerakkan seawal mungkin. Jika tidak, mereka akan ditinggalkan,
terutama oleh calon yang lebih berbakat dan sudah berpengalaman.

Tambahan pula, mahasiswa perlu membudayakan sikap ingin belajar

serta sedia mencuba sesuatu yang baharu. Budaya ini perlu dipupuk dan dibajai
berterusan selama menuntut di universiti. Mahasiswa juga perlu mula membaca
bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta industri.
Cara ini dapat mengenal pasti senarai pekerjaan kritikal diperlukan industri.
Bukan itu sahaja, mahasiswa hendaklah melibatkan diri sebagai sukarelawan
dalam pelbagai program dan anjuran industri untuk meningkatkan pengalaman
realiti masyarakat yang rencam dan pelbagai kerenah. Oleh itu, kita sendiri
perlu mencorakkannya. Slogan ‘usaha tangga kejayaan’ akan tetap relevan
sampai bila-bila.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pasaran kerja kian mencabar tuntut graduan persiapkan diri’
oleh Baktiar Hasnan,
Berita Harian Online, 1 April 2021

1
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Grafik

Portal perkhidmatan Penganjuran Pusat sehenti yang Program perantisan

JobsMalaysia program menggabungkan dan latihan industri
diwujudkan bagi petempatan yang beberapa agensi diperluas untuk
memberikan merangkumi telah diwujudkan di meningkatkan tahap
kemudahan kepada karnival kerjaya dan UTC kebolehpasaran
pencari kerja temu duga terbuka belia khususnya
dianjurkan graduan melalui
kemahiran insaniah

Apakah yang perlu anda peroleh selepas membaca semua bahan?

TEMA FOKUS
Tema ialah isu yang dibincangkan dalam Fokus ialah kandungan perbincangan
kesemua bahan misalnya penyakit dalam bahan. Terdapat dua hingga tiga
kencing manis, pelancongan, perpaduan, fokus dalam kesemua bahan yang
membaca dan makanan warisan. diberikan. Antara fokus bahan ialah
Tema perlulah tepat kerana akan faedah, keburukan, punca, langkah,
digunakan untuk menulis kesimpulan. cabaran, ciri dan kesan.

2
Cikgu Roslan Daud

PENGANGGURAN GRADUAN

Standard Pembelajaran
2.3.1 Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan bukti yang terdapat dalam
teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai.

Baca petikan dan teliti grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Dalam suasana alam pekerjaan semakin mencabar, lebih 116,000 graduan punca
memerlukan perhatian untuk meningkatkan pekerjaan mereka. Hari ini, banyak
syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga menjadi
punca pengangguran kerana diberhentikan kerja. Malahan, kajian berkaitan punca
punca pengangguran graduan mendapati banyak peluang pekerjaan ditawarkan
pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka.
Selain itu, kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah sama ada dalam
kategori kemahiran rendah atau separa mahir, berbanding untuk mereka yang
berkemahiran tinggi. Buktinya, hari ini graduan memiliki sarjana muda bekerja
sebagai kerani, penghantar makanan atau operator pengeluaran. Sudah pasti
anak muda di universiti hari ini sedar akan realiti ini. Lantas mereka perlu
segera mempersiapkan diri.
langkah
langkah Oleh itu, graduan perlulah mengambil tahu trend pasaran buruh,
industri, pekerjaan dan kerjaya untuk mengelakkan masalah pengangguran. Di
samping itu, kualiti diri juga perlu mula dipertingkatkan melalui kemahiran langkah
insaniah dan ilmu teknikal selain membina jaringan kepintaran sosial yang lebih
luas. Graduan bukan sekadar berdepan dengan saingan sengit sesama sendiri,
langkah malah mereka yang diberhentikan kerja. Sudah pasti, kerja kosong sedia ada
tidak akan diisi dengan bakat yang tidak berbaloi oleh mana-mana syarikat. punca
Oleh sebab itu, mahasiswa hendaklah membuat persiapan rapi dalam pelbagai
aspek dan digerakkan seawal mungkin. Jika tidak, mereka akan ditinggalkan,
terutama oleh calon yang lebih berbakat dan sudah berpengalaman.
langkah
Tambahan pula, mahasiswa perlu membudayakan sikap ingin belajar
serta sedia mencuba sesuatu yang baharu. Budaya ini perlu dipupuk dan dibajai langkah
berterusan selama menuntut di universiti. Mahasiswa juga perlu mula membaca
bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta industri.
langkah Cara ini dapat mengenal pasti senarai pekerjaan kritikal diperlukan industri.
Bukan itu sahaja, mahasiswa hendaklah melibatkan diri sebagai sukarelawan
dalam pelbagai program dan anjuran industri untuk meningkatkan pengalaman
realiti masyarakat yang rencam dan pelbagai kerenah. Oleh itu, kita sendiri
perlu mencorakkannya. Slogan ‘usaha tangga kejayaan’ akan tetap relevan
sampai bila-bila.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Pasaran kerja kian mencabar tuntut graduan persiapkan diri’
oleh Baktiar Hasnan,
Berita Harian Online, 1 April 2021

3
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Grafik

langkah langkah

Portal perkhidmatan Penganjuran Pusat sehenti yang Program perantisan

JobsMalaysia program menggabungkan dan latihan industri
diwujudkan bagi petempatan yang beberapa agensi diperluas untuk
memberikan merangkumi telah diwujudkan di meningkatkan tahap
kemudahan kepada karnival kerjaya dan UTC kebolehpasaran
pencari kerja temu duga terbuka belia khususnya
dianjurkan graduan melalui
kemahiran insaniah

langkah langkah

Apakah yang perlu anda peroleh selepas membaca semua bahan?

TEMA FOKUS
Tema ialah isu yang dibincangkan dalam Fokus ialah kandungan perbincangan
kesemua bahan misalnya penyakit dalam bahan. Terdapat dua hingga tiga
kencing manis, pelancongan, perpaduan, fokus dalam kesemua bahan yang
membaca dan makanan warisan. diberikan. Antara fokus bahan ialah
Tema perlulah tepat kerana akan faedah, keburukan, punca, langkah,
digunakan untuk menulis kesimpulan. cabaran, ciri dan kesan.

4
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN RUMUSAN ‘AMALAN BERSENAM’

Analisis Soalan
Tema : pengangguran / pengangguran graduan
Fokus 1 : langkah-langkah untuk mengurangkan pengangguran
Fokus 2 : punca-punca pengangguran graduan
Fokus 3 : tiada

Pendahuluan
Rumusan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha / cara-cara / inisiatif-inisiatif / pendekatan-
P1 pendekatan / kaedah-kaedah untuk mengurangkan pengangguran dan punca-punca / faktor-faktor / sebab- 2m
sebab pengangguran graduan.
Rumusan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha / cara-cara / inisiatif-inisiatif / pendekatan-
P2 1m
pendekatan / kaedah-kaedah untuk mengurangkan pengangguran.
P3 Rumusan membincangkan punca-punca / faktor-faktor / sebab-sebab pengangguran graduan. 1m
P4 Rumusan membincangkan isu pengangguran graduan di negara kita. 0m

Fokus 1 [Langkah-langkah untuk mengurangkan pengangguran]

L1 graduan perlulah mengambil tahu trend pasaran buruh, industri, pekerjaan dan kerjaya [B1] 2m
L2 kualiti diri juga perlu mula dipertingkatkan melalui kemahiran insaniah dan ilmu teknikal [B1] 2m
L3 selain membina jaringan kepintaran sosial yang lebih luas [B1] 2m
L4 mahasiswa hendaklah membuat persiapan rapi dalam pelbagai aspek dan digerakkan seawal mungkin [B1] 2m
L5 mahasiswa perlu membudayakan sikap ingin belajar serta sedia mencuba sesuatu yang baharu [B1] 2m
mahasiswa juga perlu mula membaca bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta
L6 2m
industri [B1]
L7 mahasiswa hendaklah melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam pelbagai program dan anjuran industri [B1] 2m
L8 portal perkhidmatan JobsMalaysia diwujudkan bagi memberikan kemudahan kepada pencari kerja [B2] 2m
L9 penganjuran program petempatan yang merangkumi karnival kerjaya dan temu duga terbuka dianjurkan [B2] 2m
L10 pusat sehenti yang menggabungkan beberapa agensi telah diwujudkan di UTC [B2] 2m
L11 program perantisan dan latihan industri diperluas [B2] 2m

Fokus 2 [Punca-punca pengangguran graduan]

P1 banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [B1] 2m
banyak peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka
P2 2m
[B1]
P3 kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah sama ada dalam kategori kemahiran rendah atau separa mahir [B1] 2m
graduan bukan sekadar berdepan dengan saingan sengit sesama sendiri, malah mereka yang diberhentikan kerja
P4 2m
[B1]

Kesimpulan
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama mengatasi pengangguran supaya meningkatkan taraf hidup. 2m
K2 Kesimpulannya, masalah pengangguran hendaklah diatasi oleh kerajaan agar meningkatkan ekonomi negara. 2m
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama mengatasi pengangguran. 1m
K4 Kesimpulannya, langkah mengatasi masalah pengangguran sangat penting kepada negara kita. 0m

***B1 bermaksud Bahan 1

***B2 bermaksud Bahan 2

Anda mungkin juga menyukai