0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan4 halaman

Nota 3

Dokumen tersebut membahas konsep Mukhayyar dan Musayyar dalam Islam, yang merujuk kepada kebebasan dan takdir manusia. Mukhayyar berarti manusia memiliki kemampuan untuk memilih, sementara Musayyar berarti sesuatu yang di luar kendali manusia seperti kelahiran dan kematian. Dokumen tersebut juga membahas tentang larangan mempercayai ramalan atau tukang tenung karena hanya Allah yang mengetahui takdir.

Diunggah oleh

adnin
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan4 halaman

Nota 3

Dokumen tersebut membahas konsep Mukhayyar dan Musayyar dalam Islam, yang merujuk kepada kebebasan dan takdir manusia. Mukhayyar berarti manusia memiliki kemampuan untuk memilih, sementara Musayyar berarti sesuatu yang di luar kendali manusia seperti kelahiran dan kematian. Dokumen tersebut juga membahas tentang larangan mempercayai ramalan atau tukang tenung karena hanya Allah yang mengetahui takdir.

Diunggah oleh

adnin
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 4

Musayyyar dan mukhayyar

Mukhayyar dan Musayyar’ adalah istilah yang terkait dengan bagaimana manusia menghadapi suatu
perkara atau takdir. MUKHAYYAR artinya adalah bahwa manusia mempunyai kesadaran, akal,
kekebasan dan ikhtiar dalam menerima atau menolak. Sementara MUSAYYAR artinya adalah
manusia tak mempunyai kebebasan atau ikhtiar dalam hal menolak atau menerima takdirnya.

Pembahasan

Adapun contoh dari Mukhayyar adalah membedakan makhluk hidup, membedakan perbuatan yang
buruk dan baik, membedakan hak dan kewajiban, menerima atau menolak suatu perkara yang
dibebankan kepadanya dan lain sebagainya.

Adapun contoh dari Musayyar adalah kematian, kelahiran, tak bisa memilih siapa yang menjadi ayah
ibunya, tak bisa memilih di suku mana ia dilahirkan, atau bentuk badan lahiriah seperti apa yang ia
inginkan dan lain sebagainya.

Musayyar itu perbuatan manusia yang bukan didasari keinginan mereka contohnya sakit, lahir.

Mukhayyar itu keinginan tersendiri manusia yang berupa tindakan seperti melaksanakan amalan.

Kahin - Ahli nujum, tukang tilik, ahli sihir

Arraf- Tukang ramal

TAZKIRAH HARI INI (Isnin, 22 Jdl. Awal 1435H)

'Arraf & Kahin


Terdengar dari corong radio.."Motivasi bersama Dato' Xxxxx... Orang yang suka warna pink ini
seorang yang sensitif, berjiwa lembut dan romantik. Tidak tegas kerana tidak mahu menyakiti hati
orang..." Betul ke? Bagaimana pula jika ada pengawas sekolah berbaju 'Pink colour' tu? Tak tegas?

Tukang ramal dalam bahasa Arab disebut 'Arraf. Pengertian 'Arraf (tukang ramal) adalah orang yang
mengaku mengetahui kejadian yang akan berlaku dan telah berlaku, yang mampu menunjukkan
barang yang dicuri atau tempat hilangnya suatu barang.

Pengertian Kahin pula (dukun @ bomoh) adalah orang yang memberitakan hal-hal yang ghaib yang
akan terjadi atau sesuatu yang terkandung di hati. Menurut Syeikh Islam Ibnu Taimiyah : 'Arraf,
Kahin, Munajjim (ahli nujum) adalah nama yang sama untuk dua makna di atas.

Manusia (orang melayu khususnya), mudah sangat percaya kepada berita-berita ghaib, perkhabaran-
perkhabaran yang kononnya datang daripada alam ghaib dan sebagainya.

PENCERAHAN :

Kerana sikap beginilah, maka semakin berkembang biaklah tukang-tukang ramal, ahli nujum dan
tukang-tukang tenung. Kalau dulu orang berjumpa dengan bomoh dan dukun untuk mengetahui apa
yang mereka tak mampu melihatnya. Sama ada mencari barang hilang, menenung masa depan dan
sebagainya. Namun, zaman sekarang sudah berubah.

Para kahin dan ‘arraf ini mengalami transformasi. Daripada orang menjadi buku-buku, majalah-
majalah dan laman-laman web, facebook atau twitter yang menyajikan pelbagai ramalan dan
horoskop. Di situlah para pemuda pemudi Islam asyik membaca dan melayari horoskop masing-
masing. Tak cukup dengan itu, segala tahi lalat, warna kulit, style rambut, bentuk tubuh, bentuk
bibir, cara berjalan, cara menghayun tangan, hari dan tarikh kelahiran, warna kesukaan semuanya ini
ada makna bagi mereka. Malangnya makna-makna ini dipercayai 100%

Terkadang tanda-tanda yang diramalkan itu betul-betul mengena d

iri sendiri. Maka semakin suburlah kepercayaan dan keyakinannya. Jika tidak berkaitan dengan diri
sendiri, mereka ini akan menjadi ‘arraf-arraf dan kahin-kahin baru. Mereka pula meramal nasib
orang lain pula. Akhirnya, orang akan lebih mempercayai ramalan berbanding apa yang telah
dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.

“Barangsiapa yang datang kepada ‘arraf (tukang tenung / ramal) lalu bertanya sesuatu daripadanya,
maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari” (HR: Muslim)

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya,
maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan (oleh Allah) kepada Muhammad
SAW”

(HR: Abu Daud)

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW tidak seharusnya percaya khabar-khabar yang berasal dari
dukun @ bomoh dan tukang ramal, sama ada kejadian buruk atau baik yang akan menimpa kita.
Kerana semua kejadian yang akan terjadi tidak ada yang dapat mengetahuinya kecuali Allah SWT dan
tidak akan terjadi kecuali atas iradat-Nya.

ٍ ‫ض َواَل َر ْط‬
‫ب‬ ِ ْ‫ت اَأْلر‬ ُ ‫ط مِن َو َر َق ٍة ِإاَّل َيعْ لَ ُم َها َواَل َح َّب ٍة فِي‬
ِ ‫ظلُ َما‬ ُ ُ‫ب اَل َيعْ لَ ُم َها ِإاَّل ه َُو َو َيعْ لَ ُم َما فِي ْال َبرِّ َو ْال َبحْ ر َو َما َتسْ ق‬
ِ ِ ‫َوعِ ندَ هُ َم َفا ِت ُح ْال َغ ْي‬
‫ين‬ ‫اَّل‬
ٍ ‫س ِإ فِي ِك َتا‬
ٍ ‫ب م ُِّب‬ ٍ ‫َواَل َي ِاب‬

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang
mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan
tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam
kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di
dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."

(QS. Al-An'am: 59)

KESIMPULAN:

Tanpa ragu-ragu, kita mesti menolak mempercayai segala ramalan walau datang daripada
sesiapapun kerana ramalan, tenung nasib, horoskop, kedudukan tahi lalat, mengenal diri melalui
taikh lahir, warna kesukaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan nas al-Qur’an dan as-sunnah.

Wallahu a’lam - Semoga bermunafaat kepada Semua.

( Mudir Ar Rasyid Albaghdadi)

Munajjim- ahli nujum


Manusia lebih cenderung dilihat menjadi musayyar bukan mukhayyar. Malah lebih berat lagi
mengamalkan perkara yang membawa unsur syirik seperti berkat dengan butu-batan, menggunakan
tangkal, melampaui pendewaan wali dan orang soleh, memohon pertolongandengan bertawaf di
perkuburan para wali dan orang soleh, memohon pertolongan dengan bertawaf di Ka’abah, bernazar
untuk mereka, malah menyembelih untuk mereka.

Anda mungkin juga menyukai