KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
TEKNIK MENULIS
RESUME
KSSM
DISEDIAKAN OLEH
PUAN SHARINA ADENAN
\
MRSM TAIPING
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Apa itu resume?
Resume ialah ringkasan, ataupun keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan,
pengalaman kerjaya dan sebagainya tentang diri seseorang. Biasanya resume ini digunakan
semasa memohon sesuatu pekerjaan.
1.2 Apa itu karangan resume?
Karangan jenis resume ini merupakan karangan berformat yang diperkenalkan dalam format
baharu KSSM.
• Soalan ini terkandung dalam karangan berformat - Bahagian A.
• Karangan ini umumnya berkaitan permohonan pelajar untuk :
❑ mendapatkan peluang pekerjaan
❑ menyertai program pendidikan di peringkat antarabangsa
• Dua atau tiga bahan yang berkaitan dengan iklan jawatan kosong / pogram
pendidikan akan diberikan dalam soalan.
• Pelajar hanya perlu memilih satu iklan sahaja daripada bahan yang diberi.
Pastikan pelajar mengenal pasti keperluan jawatan/ program yang ingin dipohon. Dengan ini,
pelajar hanya perlu memasukkan maklumat penting dan bersesuaian untuk jawatan/ program
yang hendak dipohon sahaja (iaitu berdasarkan kehendak soalan/pilihan)
1.3 Apa yang perlu pelajar lakukan semasa menjawab soalan ini?
• Baca arahan soalan dengan teliti
• Analisis keperluan bahan yang diberi
• Senaraikan isi penting mengikut kandungan resume
• Tulis resume dengan selengkapnya
(idea mesti ditulis dengan menggunakan ayat yang lengkap)
• Semak jawapan sebelum dihantar
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
2.0 FORMAT PENULISAN RESUME
2.1 Resume Permohonan Iklan Jawatan Kosong
KANDUNGAN RESUME
1. TAJUK (PERMOHONAN JAWATAN YANG DIPOHON)
2. MAKLUMAT PERIBADI ( NAMA PEMOHON )
3. KELULUSAN PEMOHON
4. ANUGERAH (YANG DIPEROLEH SEMASA DI PERINGKAT SEKOLAH)
5. KEMAHIRAN
• TEKNOLOGI MAKLUMAT
• BAHASA
• TAMBAHAN
6. POTENSI DIRI PEMOHON
7. ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI TERMASUK NOMBOR TELEFON DAN
ALAMAT E-MEL
8. INDIVIDU RUJUKAN (YANG MENGENALI DIRI PEMOHON)
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Soalan 1 : Karangan bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 30 minit sahaja]
Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.
Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang
lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati.
Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Permohonan Sebagai Guru Prasekolah
Nama : Nadia Hanim Binti Mustafa
Kelulusan
Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Air
Putih di Ipoh. Selain itu, saya turut mendapat Anugerah Pelajar Terbaik bagi mata pelajaran
bahasa Melayu dan Matematik ketika di Tingkatan Lima. Semasa di univeristi, saya telah
berjaya memperoleh purata nilai gred tertinggi dan mendapat Anugerah Dekan bagi empat
semester berturut-turut.
Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excell dan
Power Point dengan baik. Saya juga sangat mahir dalam penggunaan Canva dan Apps yang ada
dalam Ipad seperti Keynotes, Popplet, Pages serta iMovie.
Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dengan baik dan lancar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain
itu, saya turut mempelajari dan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.
Kemahiran Tambahan
Saya boleh menari tarian tradisional Melayu seperti Zapin dan Inang. Saya juga berkebolehan
dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Dengan kemahiran ini, sudah pasti saya
dapat manfaatkannya untuk mengajar kanak-kanak tentang tarian dan alat muzik tersebut.
Potensi Diri
Saya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.
Malahan saya mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya dalam menjalin
hubungan yang mesra dengan kanak-kanak.
Alamat untuk dihubungi
No 27 Jalan Botani 4,
Taman Botani,
31250 Ipoh, Perak
No telefon : 012-5576321
E-mel :
[email protected]Individu Rujukan
Profesor Khairil Benjamin Bin Ahmad
Pensyarah Kanan
Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak. 198 perkataan
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Latihan 1
Soalan 1 : Karangan bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 30 minit sahaja]
Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.
Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang
lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati.
Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Contoh jawapan pelajar 1
Permohonan Sebagai Pembantu Tadbir
(Perkeranian/ Operasi)
Nama
Hazerin Qistina Binti Ahmad Syukri
Kelulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan Akademik dalam subjek bahasa Melayu
semasa di tingkatan empat dan lima. Di samping itu, semasa saya berada di tingkatan lima, saya
juga pernah dianugerahkan sebagai Olahragawati. Pencapaian saya dalam bidang kokurikulum
sangat membanggakan terutamanya dalam acara olahraga.
Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian Power Point dan Microsoft Word. Selain
itu, saya turut mahir dalam penggunaan Canva dan Inshot. Manakala untuk Ipad, saya mahir
dalam penggunaan Keynote, Pages dan juga iMovie.
Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik dan lancar. Saya
juga fasih dalam berbahasa Mandarin.
Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran bermain alat muzik tradisional seperti bonang dan saron. Saya
juga mahir dalam pengucapan awam dan menulis skrip drama. Kemahiran tambahan yang lain
pula ialah saya berkebolehan dalam seni tarian melayu seperti Zapin dan Inang.
Potensi Diri
Saya seorang yang sangat berdisiplin terutamanya dalam menepati masa kerana masa itu emas.
Di samping itu, saya suka akan cabaran baharu kerana melalui cara ini dapat mengajar saya
pengalaman dan kematangan dalam kehidupan. Saya juga sentiasa bersedia menerima
tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Melalui keupayaan dan kelebihan diri ini
sudah pasti menjadikan saya lebih berkeyakinan.
Alamat untuk dihubungi
No 47 Jalan Mawar,
Kampung Sungai Rokam,
31350 Ipoh Perak
No telefon : 019-2406125
Alamat e-mel :
[email protected]Individu Rujukan
Puan Saleha Binti Haji Anuar
Guru Bahasa Melayu
SMK Kuning Sari, Taiping
Perak Darul Ridzuan.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
*** Walau bagaimanapun untuk kemahiran tambahan bagi contoh jawapan pelajar 1 ini
adalah tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Asal :
Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran bermain alat muzik tradisional seperti bonang dan saron. Saya
juga mahir dalam pengucapan awam dan menulis skrip drama. Kemahiran tambahan yang lain
pula ialah saya berkebolehan dalam seni tarian melayu seperti Zapin dan Inang.
Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan mendalam tentang pentadbiran pejabat seperti
mengemas kini data dan maklumat. Saya bijak dalam menguruskan sistem menyimpan fail
dengan baik dan kemas, Di samping itu, saya juga mempunyai kemahiran asas perakaunan.
Keadaan ini sudah pasti akan memberikan kesan pemarkahan kepada pelajar. Oleh itu, pelajar
perlu menganalisis terlebih dahulu keperluan isi yang hendak ditulis dalam resume ini mengikut
jawatan yang hendak dipohon.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Contoh jawapan pelajar yang ke-2
Permohonan Sebagai Penolong Jurutera
Nama
Mohamad Darwis bin Abdul Halim
Kelulusan
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Universiti Teknologi Mara)
Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang semasa belajar di Kolej Vokasional Shah
Alam. Selain itu, saya turut dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik bagi subjek bahasa Melayu dan
Lukisan Kejuruteraan ketika belajar di kolej berkenaan. Saya juga aktif dalam mewakili
sekolah dan universiti dalam sukan bola keranjang dan olahraga.
Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mahir dalam perisian-perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point.
Di samping itu, saya juga mahir dalam mengendalikan perisian grafik dan melukis pelan
dengan menggunakan lukisan bantu komputer atau AutoCAD.
Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab
dan bahasa Korea.
Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran dalam membaiki peralatan elektronik yang rosak seperti pendingin
hawa, radio dan komputer. Saya juga pernah mencipta aplikasi permainan dalam komputer.
Selain itu, minat yang mendalam dalam bidang fotografi turut menjadikan saya mahir dalam
penggunaan kamera digital dan mencipta grafik multimedia.
Potensi Diri
Saya mempunyai motivasi yang tinggi dalam setiap tugasan yang dilakukan. Matlamat saya
adalah untuk menjadi seorang jurutera yang hebat pada masa hadapan dan kerana itu saya suka
akan cabaran. Di samping itu, saya sangat mementingkan disiplin dalam menguruskan masa.
Alamat Untuk Dihubungi
No. 321-B Blok C
Kondominium Saujana
47600 Kuala Lumpur
No telefon : 011- 21534275
Alamat e-mel :
[email protected]Individu Rujukan
Profesor Abdul Latiff bin Zabidi
Pensyarah Kanan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
2.2 Resume Menyertai Program Pendidikan Peringkat Antarabangsa
Contoh yang terdapat dalam buku teks bahasa Melayu tingkatan 4 (muka surat 34)
*** Pelajar dikehendaki menulis resume tentang keistimewaan diri sendiri untuk permohonan
menyertai program budaya peringkat antarabangsa.
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
KANDUNGAN RESUME UNTUK PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM
PERINGKAT ANTARABANGSA
1. MAKLUMAT PERIBADI ( NAMA PEMOHON )
2. ANUGERAH (YANG DIPEROLEH SEMASA DI PERINGKAT SEKOLAH)
3. KEMAHIRAN
• TEKNOLOGI MAKLUMAT,
• BAHASA
• DAN TAMBAHAN
4. POTENSI DIRI PEMOHON
5. ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI TERMASUK NOMBOR TELEFON DAN
ALAMAT E-MEL
6. INDIVIDU RUJUKAN (YANG MENGENALI DIRI PEMOHON)
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Contoh jawapan pelajar 1:
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
Contoh jawapan pelajar 2:
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
AKTIVITI PENGUKUHAN PELAJAR
Soalan 1 : Karangan bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 30 minit sahaja]
Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan program budaya
peringkat antarabangsa..
Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang
lengkap bagi permohonan satu program budaya yang anda minati.
Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Bahan 1 Bahan 2
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
KARANGAN RESUME KSSM SPM
NAR
®SHARINA ADENAN WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021