84%(32)84% menganggap dokumen ini bermanfaat (32 suara)
16K tayangan2 halaman
TEKS PIDATO SPONTAN Sekolahku Syurgaku
Pidato ini membahas bagaimana menjadikan sekolah sebagai tempat yang indah dan menyenangkan seperti surga. Ada dua ide utama yang dikemukakan: (1) Aspek fisikal seperti program 3K (kebersihan, keindahan, keselamatan) dan (2) Aspek spiritual seperti lingkungan hijau dan kerjasama seluruh warga sekolah. Jika dua aspek ini diterapkan dengan baik, maka akan tercipta suasana damai di sekolah
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
84%(32)84% menganggap dokumen ini bermanfaat (32 suara)
16K tayangan2 halaman
TEKS PIDATO SPONTAN Sekolahku Syurgaku
Pidato ini membahas bagaimana menjadikan sekolah sebagai tempat yang indah dan menyenangkan seperti surga. Ada dua ide utama yang dikemukakan: (1) Aspek fisikal seperti program 3K (kebersihan, keindahan, keselamatan) dan (2) Aspek spiritual seperti lingkungan hijau dan kerjasama seluruh warga sekolah. Jika dua aspek ini diterapkan dengan baik, maka akan tercipta suasana damai di sekolah
dan salam satucfrrff Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik anak bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,
Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana
berbunyi:
Sekolahku Syurgaku.
Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskan.
Sekolah merupakan institusi untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula
ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika berasa didalamnya. Maka, ungkapan Sekolahku Syurgaku melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat menimba ilmu yang menarik dan indah ketika menjejak kaki ke dalamnya
Persoalannya bagaimanakah caranya menjadikan sekolah bagaikan
syurga? Saya rungkaikan persoalan ini dengan dua idea.
Warga dewan budiman,
Idea pertama : Aspek fizikal
Warga dewan budiman,
Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan
Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Usaha ini juga memerlukan pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat seluruh warga sekolah untuk memastikan program ini berjaya diadakan. Sebagai impak perlaksanaan program ini, sekolah pastinya akan berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan terjamin keselamatannya. Inilah gambaran sekolahku syurgaku.
Idea kedua saya, aspek spiritual.
Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan
fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa. Keindahan sekolah terhasil dari kerjasama yang erat dari seluruh warga sekolah sama ada dari pentadbiran, guru,ibubapa dan murid-murid. Kerjasama semua pihak pastinya akan melahirkan suasana yang damai dan tenteram. Inilah gambaran kehidupan syurga di sekolah yang akan damai dan menenangkan.
Warga dewan budiman,
Kesimpulannya prakarsa aspek fizikal dan spiritual merupakan usaha2
yang dilaksanakana oleh seluruh warga sekolah bagi melahirkan suasana yang indah dan mendamaikan. BEnarlah bahawa Sekolahku Syurgaku.