Skip Ribbon Commands
Skip to main content

PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan DBP

 

KOLEKSI

Manuskrip lama dan diangdangan...

 

GALERI FOTO

Gambar aktiviti-aktiviti

 


STATISTIK PENCAPAIAN DBP

c73814be-f9ef-42f6-8f67-6e87b4faf4c9.jpeg

​Statistik Pencapaian Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Tahun Kewangan 2022 2025.

4/26/2025 8:30 AM -----------------------------
Pantaran Sastera DBP: Bedah Karya, 2025
4/29/2025 8:30 AM -----------------------------
Diskaun Mega Buku DBP Sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2025
4/30/2025 9:00 AM -----------------------------
Tamu Bahasa Sempena Bulan Bahasa 2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2025

HBS2025.JPG

Rabu, 24 Syawal 1446 | 23 April 2025


Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 berlangsung petang tadi di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Sambutan kali ini mengangkat tema “Bacalah dengan Gayamu” atau “Read Your Way”.


Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, melancarkan buku digital, buku-buku terbaharu terbitan DBP, seterusnya menyampaikan sijil dan cenderamata ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.


Antara pengisian acara ialah pelancaran lima buah buku terbaharu terbitan DBP dan 40 buah buku digital, serta sesi ceramah yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan (B) Awan​g Diny bin Haji Karim, Ketua Kaunselor di Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang juga merupakan Presiden Persatuan Pendidikan dan Kaunseling (PEKA), Brunei.


Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Ketua-ketua Jabatan, para penerima Anugerah Penu​lis Asia Tenggara, rakan strategik Perpustakaan DBP serta penerbit-penerbit tempatan.​​

DBP SERTAI THE 29TH MUSCAT INTERNATIONAL BOOK FAIR​

FDDEF336-D2F9-4F5D-97CF-EDE72EE6FFBA.jpeg

Isnin, 22 Syawal 1446 | 21 April 2025


Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan berlepas ke Muscat, Kesultanan Oman untuk menyertai The 29th Muscat International Book Fair yang akan berlangsung selama 11 hari mulai 23 April hingga 3 Mei 2025 di Oman Convention and Exhibition Centre (OCEC), Muscat, Kesultanan Oman.

Dewan Bahasa dan Pustaka diwakili oleh Dayang Rosninah binti Awang Haji Taha, Pembahagi Buku di Bahagian Penerbitan dan Pemasaran.

Turut menyertai, wakil daripada Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Muzium-Muzium, Pusat Sejarah Brunei dan Pusat Pembangunan Belia.

BIMBANGAN MOTIVASI BAGI MENANGANI KESIHATAN MENTAL

223.jpg

​Sabtu, 20 Syawal 1446 / 19 April 2025

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Bimbingan Motivasi bagi Menangani Kesihatan Mental: Minda Sihat, Hidup Cemerlang" bertempat di Perpustakaan DBP Sengkurong. Ceramah motivasi bertajuk "Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Pelajar” disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Zahratul Azimah binti Haslin, Psikologi dari Pusat Promosi Kesihatan.

Seramai 75 orang penuntut termasuk guru pengawas dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pg Anak Hajah Saleha telah dijemput bagi menghadiri ceramah ini.

Bimbingan motivasi ini adalah untuk membantu para pelajar tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental serta meningkatkan pengetahuan mengenai pencegahan awal termasuk teknik menangani tekanan dan kepentingan keseimbangan antara pelajaran dan kehidupan sosial untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.



LAWATAN KERJA YANG MULIA TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP (KEBUDAYAAN) KKBS KE STOR DBP

f2275cf0-033c-4d39-9cb0-338664eda29c.jpeg

Sabtu, 20 Syawal 1446 | 19 April 2025


Lawatan kerja Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ke Stor Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

Lawatan bertujuan untuk meninjau persiapan jualan promosi besar-besaran, iaitu Diskaun Mega Buku DBP sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 yang akan berlangsung pada 29 – 30 April 2025.

Turut hadir, Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP dan Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP.


IMG_6962.jpeg

Dapatkan di KEDAI BUKU DBP, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas semasa waktu pejabat. Pelanggan juga boleh menempah buku ​melalui WhatsApp di talian 7293570.