Online users

Follower

Showing posts with label serious. Show all posts
Showing posts with label serious. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Kecewa dengan sikap pemandu bas.

Dah lama aku perasan benda ni.Tapi aku tak tahulah whether aku yang bad luck or apa.Setiap kali aku tahan bas Mara Liner, mesti dia tak berhenti.Haram J betul.Tak kira la dari Alor Setar atau Jitra, sama ja! Hangat hati betul la.Last last ambil teksi juga.Tak tahulah apa salah aku.Aku tunggu kat bus stop kot.Lainlah kalau aku tunggu kat tepi jalan.Memang maki hamun juga la aku kalau dia tak berhenti.Nak kata orang ramai dalam bas tu sampai tak cukup seat, tak juga.Kosong ja aku tengok.Apa guna weh bawa bas kalau tak nak ambil passenger? Kira nak pederaih sampai kat stesyen ja.Makan gaji buta namanya tu.Memang aku dah sabar lama dah.

Tak faham betul la dengan sikap driver bas sekarang ni.Kalau dah nama pun bas awam, patutnya berhenti la bila orang dah gawang tangan kat bus stop tu.Public percaya pada bas awam untuk bawa dorang dari satu destinasi ke destinasi lain.Bila driver bas buat taik macam ni, memang orang akan panas hati la.Mujur ada teksi.

Lepas ni haram aku nak tahan Mara Liner kat bus stop.Sombong sangat dengan aku.Merajuk!

Monday, November 15, 2010

Zebra crossing.

Bukan nak kutuk orang Malaysia cuma aku perasan satu benda.Kalau dah nama pun zebra crossing, priority tu untuk pedestrian.Kalau nampak pedestrian melintas, jangan la pi hangat enjin nak pecut lagi.Apa ke bahlul sangat nak pecut lagi kat zebra crossing?Bongok betul la.

Haa.Kan tak pasal pasal dah kena kutuk.Aku tak kata semua orang macam tu.Cuma segelintir ja yang bahlul. Perlulah ada kesedaran sikit.Bukan tak belajar time driving class dulu.Tolonglah consider orang lain juga.Kalau kat NZ, pedestrian sangat diutamakan malah diberi keistimewaan berbanding orang lain.Kat sini pun patutnya macam tu tapi sikap dan mentaliti orang kita ni yang buat benda ni tak jadi.Sia-sia buat zebra crossing kalau tak reti nak ikut.Kesian la kat pedestrian.

Berhenti pentingkan diri sendiri.Be considerate.

Wednesday, August 25, 2010

Isu video 24 jam dosa di FB.

"Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat"

Bosan dengan sikap sesetengah manusia yang cepat melatah.Pantang nampak video pelik sikit, mulalah nak buat macam-macam spekulasi.Publish kat FB, minta share ramai-ramai. Baru-baru ni kes 24 jam dosa di FB. Aku faham niat tukang buat video tu baik.Nak berdakwah.Cuma cara kau salah la beb. Mana boleh kau nak aibkan orang sesuka hati dalam video kau. At least kalau kau nak tunjuk yang pakai short sleeve dan tudung tu tak menepati ciri-ciri muslimah sebenar, perlu ke kau ambil gambar perempuan bertudung dan bershort sleeve dari FB dan letak dalam video kau? Konon authentic material la kan. Mana boleh der.Itu mencabul hak asasi manusia namanya tu.

Ada banyak lagi cara nak berdakwah. Patutnya kau ganti gambar tu dengan karikatur comel-comel. Lukis la sendiri dengan paint ke apa.Barulah tak menyinggung mana-mana pihak.Bila kau buat video main tempek je muka perempuan yang belum pasti kau kenal sepenuhnya, itu menaikkan kemarahan orang sekeliling beb.Even kau censored kan kat bahagian muka, still orang boleh cam dari susuk badan dan cara pemakaian.Even muka aku tak ada, aku boleh faham perasaan individu yang teraniaya dalam tu.Kesian dorang weyh.Tak pasal-pasal kena terjah dengan kawan-kawan, 'Eh,muka hang ada la dalam video tu' dsb. Glamour sekejap. Ini sedikit sebanyak mengubah persepsi orang terhadap individu tu.Maybe dia jadi bahan bualan orang ramai, maybe orang pandang pelik dia lepas ni. Macam tu la.

Aku just melahirkan apa yang aku rasa. Video tu tak sepatutnya dikeluarkan tanpa permission individu yang terlibat. Niat kau memang baik der. Memang tak dapat dinafikan. Cuma cara kau agak kurang sesuai.Maybe lepas ni boleh consider dalam-dalam before nak publish video yang melibatkan orang lain. Ini juga peringatan buat gadis diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk di upload di FB. Elakkanlah publish gambar yang boleh bawa bahan kontroversi.

Serius pula entry aku this time. Huhuhu. Mana yang tak kena, bolehlah nak cakap rileks. Cuba kita letak diri kita dalam video tu. Apa yang korang rasa? Sakit kan?

Thursday, August 5, 2010

We are developing

A friend of mine pernah mengadu dia tak puas hati kat kawan dia sebab bajet bagus sangat study kat oversea.Si polan terlalu membanggakan negara X sampaikan sanggup kondem kerajaan Malaysia.Keluarlah statement negara X lebih maju dan bagus dari Malaysia.Kawan aku ni pula memang kaki kerajaan.Statement dikeluarkan kat FB. Silap besar la bila kawan aku ni terbaca.Terus dia sound direct.Cakap yang hantar si polan ke oversea kerajaan juga.Si polan tu tak sedar kot dia makan duit kerajaan sampai beratus ribu.Ingat murah ke kos nak hantar si polan ke negara X.Yang nak kondem teruk-teruk sangat kenapa.

Purpose kerajaan hantar kita belajar ke oversea ni untuk cedok apa yang patut untuk digunakan kat Malaysia.Malaysia is developing country.Maybe negara X tu dah jadi developed country.So, janganlah dikutuk Malaysia seolah-olah Malaysia ni teruk sangat.Kalau teruk sangat, pindahlah duduk kat negara X.Cakap ja tak guna bai.

Aku rasa its ok to compare Malaysia dengan negara membangun lain cuma cara penulisan tu kena jaga sikit.Benda macam ni sensitif.Kang tak pasal-pasal disalahtafsir, jadi kes polis pula.So, dari terus-terusan mengutuk kerajaan, apa kata kau bagi suggestion kat Najib macam mana nak bangunkan Malaysia jadi macam negara X kau tu. Lagi bagus kan?

Thursday, June 3, 2010

Pengalaman Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) sewaktu menjadi tahanan tentera Israel.

Korang nilai sendirilah tentera Israel ni macam mana. Credit to suarapeople for this article.

28 jam rasai Azab Palestin.

ASHWAD menghubungi Kuala Lumpur sejurus tiba di Jordan, semalam.
  • Diacu laser raifal ke dahi
  • Merangkak celah mayat
  • Tak diberi makan, minum
  • Tangan diikat sampai kebas
  • KUALA LUMPUR: Diacu raifal dengan laser senjata disasarkan ke dahi dan terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan serta berlumuran darah, adalah antara episod ngeri yang dilalui wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, dalam serangan tentera Israel ke atas kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ahad lalu. Ashwad yang menyertai misi itu bersama jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip dan 10 rakyat Malaysia lain, turut menceritakan layanan buruk tentera Israel terhadap mereka sepanjang ditahan sebelum dibebaskan, kelmarin.
  • Berikut adalah rentetan pengalaman yang diceritakan Ashwad ketika dihubungi Berita Harian, beberapa jam selepas beliau tiba di Amman, Jordan, semalam.

    “Tempoh 28 jam diserang dan ditawan tentera Israel dalam kapal sudah cukup untuk saya merasai penderitaan enam dekad warga Palestin berdepan dengan kekejaman regim Yahudi itu. Perasaan takut, marah dan panik bercampur baur, apatah lagi apabila terpaksa berdepan senjata mereka yang setiap saat diacu ke arah kami.
    Episod ngeri itu bermula pada jam 4.30 pagi (waktu Turki) Ahad lalu, sejurus kapal Mavi Marmara memasuki perairan antarabangsa apabila tiga kapal perang Israel yang diiringi 16 bot laju komando mengepung kapal kami.

    Tidak ada jalan lain untuk menghalang mereka menaiki kapal, melainkan penjaga keselamatan kapal terpaksa menyembur air ke arah mereka. Itupun tidaklah sekuat mana, berbeza sekali dengan dakwaan media Barat yang mendakwa Mavi Marmara memulakan serangan ke atas tentera Israel.

    Selama hampir satu jam kami bergelut menghalang mereka menawan kapal sebelum kemuncaknya apabila tiga helikopter menurunkan komando di lokasi siaran langsung televisyen sedang dijalankan di mana pada ketika itu dianggarkan antara 30 hingga 40 komando Israel bertindak melepaskan tembakan rambang secara bertubi-tubi bagi mengosongkan kawasan itu.

    Siapa yang berani berdepan situasi sebegitu, apatah lagi ia adalah pengalaman ngeri pertama sepanjang saya bertugas sebagai media, terutama apabila melihat sendiri beberapa rakan serombongan tumbang terkena peluru sesat.

    Malah, lebih menakutkan apabila sasaran serangan mereka dilihat tidak mengira siapa termasuk wartawan dan jurugambar. Ada beberapa jurugambar ditembak di tangan untuk memaksa mereka melepaskan kamera.

    Saya dan beberapa rakan lain ketika itu hanya mampu berlindung di sebalik tiang kapal dan berlari ke sana sini bagi mengelak terkena tembakan sebelum terpaku apabila cahaya laser senjata mereka disasarkan ke dahi saya.

    Sukar digambarkan betapa saya terpaksa merangkak di celah mayat bergelimpangan dan berlumuran darah untuk menyelamatkan diri selepas seorang penumpang kapal di sebelah saya ditembak dengan peluru getah di dada.

    Kira-kira jam 7 pagi, kami semua diikat di tangan dan diarah berkumpul di satu kawasan dalam kapal. Keadaan ketika itu tegang dengan perasaan takut menyelubungi wajah semua tawanan apatah lagi muncung senjata tentera Israel sentiasa diacu ke arah kami.

    Sejak itu, kami langsung tidak diberi makan atau minum, malah tidak dibenarkan ke tandas. Bayangkan beberapa warga emas, terutama yang menghidap diabetes terpaksa menahan sakit untuk membuang air kecil kerana ketegasan tentera Israel yang langsung tidak bersimpati terhadap mereka.

    Mujurlah, selepas berkali-kali dirayu, baru beberapa orang dibenarkan ke tandas, itupun dengan kawalan sangat ketat dan diperlakukan umpama banduan sedangkan mereka semua tidak berdaya dan sekadar orang awam yang tidak berbahaya.

    Ketika itu juga, semua kamera, komputer riba serta pen dirampas dan dihancurkan tentera Israel. Apa saja bahan yang merakamkan kejadian serangan itu, turut dihapuskan. Apa yang tinggal pada kami hanya dompet dan dokumen seperti pasport.

    Sakit di tangan juga mula terasa dan kebas seperti darah tidak mengalir kerana ikatan itu sangat kuat. Nak bergerak pun sukar kerana cahaya laser senjata mereka sentiasa disasar di dada kami. Bagi menghilangkan dahaga pula, kami terpaksa meminum sisa air dalam botol minuman berhampiran kami. Paling tak dapat dilupakan, satu bar Snickers dikongsi 30 orang untuk sekurang-kurangnya memberi sedikit tenaga.

    Sebaik kapal kami berlabuh di Ashdod, Israel, proses untuk keluar dari kapal saja mengambil masa hampir 12 jam. Habis semua pakaian kami ditanggalkan ketika pemeriksaan dibuat. Pemeriksaan semua dokumen itu saja mengambil masa lebih satu jam.

    Ketika itu, Tuhan saja yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami meskipun sekadar orang awam. Sudahlah diperlakukan seumpama banduan, kami turut dibawa ke Be'er Sheva, lokasi penjara baru Israel menggunakan bas yang hanya sesuai untuk membawa pengganas dalam perjalanan selama dua jam.

    Be'er Sheva adalah penjara baru. Jadi, kami boleh dikatakan tahanan pertama yang merasmikannya. Selepas semua dokumen kami diserahkan kembali, barulah kami dapat merasa sedikit makanan, itupun hanya air mineral, sedikit sayur dan roti. Itu sajalah makanan yang dapat kami jamah sepanjang lebih 15 jam ditahan di penjara itu.

    Jika hendak digambarkan keganasan tentera Israel memang sukar, tetapi cukuplah sekadar dikatakan bahawa mereka langsung tidak ada belas kasihan, tidak peduli apa yang diminta walau puas dirayu dan herdikan mereka menjadi teman sepanjang kami ditawan.

    Layanan terhadap kami juga tak ubah seperti banduan. Ditolak ke sana sini dengan sangat kasar. Ketika itu, tiada perkara lain yang berlegar dalam kotak fikiran kecuali rasa marah dan berserah. Melihat kepada situasi yang kami hadapi itu, sukar untuk diagak sama ada kami bakal dibebaskan atau sebaliknya.

    Mulanya, kami menjangka akan lama merengkuk di penjara sehinggalah kami didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira, iaitu kami akan dibebaskan tidak lama lagi.

    Tepat jam 8 pagi kelmarin kami dibebaskan tetapi terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum dibenarkan menaiki bas pada jam 6.30 petang. Selepas perjalanan meletihkan hampir 12 jam, kami akhirnya sampai di sempadan Jordan dan dibawa ke sebuah hotel di Amman.
  • Thursday, May 27, 2010

    Tak perlu bersentuhan kulit

    "Tak perlu bersentuhan kulit kerana sudah bersentuhan hati"

    Kata-kata yang dipetik dari salah seorang teman. It's inspiring right?

    Nak cari boyfriend yang bagus, cari yang tahu menghormati hang sebagai seorang perempuan. Yang melindungi bukan merosakkan.

    Godaan syaitan ada dimana-mana. Teguhkan hati, tetapkan iman. Insya-Allah dipermudahkan oleh-NYA.

    Wednesday, May 12, 2010

    Mungkin dia tak tahu.

    Satu perkara yang menarik untuk dikongsi bersama.

    Donna pernah tanya Ching Ting kenapa dia tak pakai tudung sedangkan Lily pakai tudung. Then, Ching Ting said because she is Chinese and not muslim. Donna mula pelik. She pointed out to Logesh and asked Ching Ting what about that girl. The dark one. Ching Ting said she is Indian and not muslim. Donna bertambah confuse.

    Mungkin Donna berfikiran yang semua orang Malaysia adalah beragama Islam dan memakai tudung. Mungkin juga Donna tak tahu Malaysia consists of three main races ; Malay, Chinese and Indian. Each races practice different religions. Mungkin dia tak tahu Malaysia ini multicultural country.

    Mujur Donna tanya soalan macam tu. Kalau dia tanya kenapa ada muslim yang tak pakai tudung, nak jawab apa?

    Hurmm.

    Monday, May 10, 2010

    God is watching, Malaikat is writing.

    Memang betul orang cakap mati nanti kubur asing-asing. Tapi, bukankah kita ada tanggungjawab nak menegur orang lain yang buat salah? Walaupun tahu susah nak tegur orang yang tak makan saman ni, at least kita try.Situasi lebih kurang macam ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak tegur salah, tak tegur lagi rasa bersalah.

    To be frank, aku ni bukanlah expert sangat bab agama. Masih lagi belajar. Cuma aku rasa ini benda basic yang semua orang tahu. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Setiap perlakuan kita ada batasnya. Syaitan sentiasa ada untuk goda kita.Memang tak ada orang yang akan monitor kita kat sini.Kita bebas nak buat apa saja.Tapi itu tak bermakna kita boleh buat apa yang kita suka kan? . Bak kata Kak Sarah, God is watching, Malaikat is writing. Nah..segala amalan kita akan dicatat. Sejauh mana pun hang sembunyi, yang atas tetap akan dapat melihat. Memang la pada dasarnya hang cakap hang tak buat salah, tapi mana tahu belakang kami hang buat salah? Usah pura-pura innoncent.Nak bohong kami boleh. Tapi, bukan dengan Tuhan.

    Hidup yang tidak berlandaskan prinsip Islam umpama hidup dalam kegelapan. Kita tidak ada hala tuju dan apa yang kita buat semuanya berdasarkan nafsu syaitan semata. Renung-renungkan. Masih ada masa untuk kita berubah.

    Tuesday, May 4, 2010

    Somebody..please help me.

    Nak tanya ni. Korang ada dapat tak e-mail yang claim korang menang itu ini? E-mail minta account number kita untuk salurkan dana dalam negara kita? Bunyi serius kan? Memang pun. Bukan sekali dapat, malah berkali-kali. Setiap hari mesti ada at least satu e-mail minta simpati. Semuanya pasal duit.Menyemak betul. Dari mana dorang dapat e-mail kita eyh? Aku try tanya Wan takut-takut dia dapat e-mail yang sama macam aku. Tapi, tak pun. Aku start receive e-mail mengarut ni since aku display e-mail aku kat blog. Time aku buat contest 30999 tu.

    Ada cara tak untuk stopkan benda ni? Ke memang dah terlambat untuk bertindak?Sampai bila harus begini?? Annoying gilalah!

    Yes. Aku tahu itu internet scam. Please. Siapa-siapa tahu macam mana nak stop dari receive e-mail mengarut ni, tolong inform aku.

    p/s : Asal dapat je e-mail mengarut, terus report as spam.Padan muka!

    Friday, April 30, 2010

    Aminul Rashid ditembak polis.

    Dulu kecoh pasal Rafiqin Darwisy. Kali ini nama Aminul Rashid pula tengah naik. Tapi, ini lain sikit ceritanya. Arwah meninggal selepas ditembak oleh anggota polis. Innalillah.

    Aku copy paste laporan polis yang dibuat rakan arwah untuk korang nilai sendiri ok.Credit to best1of4's blog.

    "Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

    Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

    Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

    Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

    Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

    AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

    Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

    Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

    Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

    Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

    Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

    Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

    Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang…

    Sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid

    Dalam kes ini, fair justice sangat diperlukan. Kalau diselidik satu persatu, dua-dua salah. Adalah menjadi satu kesalahan untuk seorang remaja di bawah umur untuk memandu di jalan raya tanpa lesen yang sah. Part tembak menembak tu, hellooooo. Kenapa harus tembak? Tak boleh ka ligan ja kereta budak tu sampai dapat? Kenapa harus tembak? Kenapa?

    Satu je pesan mak arwah kepada polis, tolonglah jalankan siasatan dengan TELUS. Jatuhkan hukuman kepada yang berkenaan.

    Dunia oh dunia. Tinggalkan pendapat anda.

    p/s : Pagi-pagi dah bagi post berat macam ni. Al-Fatihah buat arwah. Moga tenang di sana. Moga keluarga arwah tabah hadapi dugaan yang diberikan ini.

    Tuesday, April 27, 2010

    Pelajar Malaysia digeruni.

    Realiti yang mungkin mengejutkan anda. Pelajar Malaysia digeruni oleh pelajar dari negara Asia yang lain di sini.Pelajar Malaysia dikatakan sangat berkeyakinan apabila berbahasa Inggeris.

    Mungkin dari segi bahasa, pelajar Malaysia punya sedikit kelebihan. Dari segi sistem abjad yang sama dengan bahasa Inggeris memang banyak membantu. Kita boleh converse dengan lancar dan possibility untuk salah sebut certain words sangat rendah.Kalau nak dibandingkan dengan negara Asia yang lain seperti Vietnam, Laos, dan Myanmar, mereka punya sistem abjad yang totally different from English. That's why dorang ada masalah besar dalam pronunciation.Tak semua sounds dalam English ada dalam sounds first language dorang. Sama juga dengan bahasa Melayu.

    Untungnya kita kerana sistem pembelajaran di Malaysia menekankan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. And what is more, kita diberi ruang untuk mengaplikasikan bahasa Inggeris di dalam kelas. Berbanding dengan negara Vietnam (berdasarkan apa yang aku dengar dari seorang pelajar dari sana) , mereka hanya belajar tentang grammar tanpa diberi peluang untuk converse dalam bahasa Inggeris. Maybe ada, tetapi sangat jarang.Bagi dorang, bahasa Inggeris adalah subjek yang wajib dipelajari for the sake of passing the examination. That's all.

    Terima kasih kepada sistem pendidikan Malaysia. Walaupun Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda kita, tetapi kepentingannya memang tak boleh disangkal.Tambah pula bagi pelajar yang further study di oversea. Kalau tak tahu berbahasa Inggeris, memang tak bercakaplah hang sampai ke sudah. Anyway, bahasa Melayu tetap dihati.Bahasa jiwa bangsa. Aku tetap bangga dengan bahasa Melayu.
     
    © 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger