Online users

Follower

Showing posts with label seremban. Show all posts
Showing posts with label seremban. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Meminang

Esok dah nak fly to NZ. Huhuhu.Nervous nya saya. Macam first time pulak nak pergi sana. Hopefully everything will go well. Tengok Att punya post kat FB, canned food dia kena rampas kat Singapore. Ketat sangat ke immigration Singapore? Tapi aku tak risau sangat pasal makanan sebab aku tak bawa satu makanan pun. Memang dah pasang niat nak melantak kebab,sushi,fish and chips banyak banyak kat sana.Hohoho.

Ok la. Sementara aku tak buat apa ni, moleklah update sedas dua. Cerita pasal pergi ikut rombongan meminang abang Katty. This is my first time ikut orang pergi meminang. Awal awal lagi Kodek (adik Katty) dah warning tema rombongan colour grey. Mujur la ada kebaya grey tu. Pagi sebelum bertolak tu, family Katty buat doa selamat dulu. Aku langsung tak turun bawah.Segan punya pasal. Sedara mara dia mai penuh rumah. Memang jadi banduan sekejap la.Berkurung je kat atas tu.Huhuhu. 



Dalam pukul 12 tengahari macam tu, bergerak ke Kuala Pilah. Hantaran dari pihak abang Katty cantik sangat. I suka. Duk asyik belek je kerja aku. Dah dapat inspirasi dah.Hahaha. First time jugak la aku lalu tepi Ulu Bendul. "Perak" as usual. Lagi satu benda yang menarik perhatian I, TIUB. Tau dak TIUB tu stands for what? Telur Itik Ulu Bendul! Kelas you'olls. Jalan ke Kuala Pilah jam. Sebab jalan kecik, kena pulak ada orang buat kenduri. Memang tekan brek je la kerjanya. Mujur la pak cik tak lalu jalan Bukit Putus. Aku dah warning awal awal dah kat dorang yang aku ni mabuk darat.Kang ada yang muntah monggek kang dalam kereta.Huhuhu.


Hantaran 5 berbalas 7 dulang. Aku suka hantaran dari pihak lelaki.Simple and sweet.

 Ni family sapa yang pergi meminang ni? Over sangat tau.


Tengah rekod discussion antara family lelaki dan perempuan. Need to lose some weight. That kebaya was killing me. Buat elok elok badan guna ukuran semasa kurus ye. Hantar baju after tu pun guna ukuran lama. Confident ja muat lagi. Padahal, sesak napeeeh..

Dekat je rupanya Seremban dengan Kuala Pilah. Tak sampai sejam pun dah sampai rumah tunang abang Katty. Zohor dulu kat surau, lepas tu baru dijemput ke rumah. One thing that caught my attention about their discussion is that when they have to mention which suku they belong to. Haa..Kan orang nogori ni banyak suku. Adat perpatih semua tu la. Lepas tu, sarung cincin dan setel! Haa..Mudah je majlis tunang ni ye tak? Oh lupa. Si lelaki nya tak ada. Tak dapat cuti. So, family je yang pergi.
Yeay! Selamat dah bertunang. Tahniah untuk abg Din dan kak Dalila.

JJCM at JJ Seremban 2

Fast update dari Seremban.

Hari ini keluar dengan Kema dan Katty. Aku paksa dorang bawak aku jenjalan kat Seremban.Walaupun dorang asyik kata Seremban tak ada benda apa pun nak tunjuk, tapi tetap jugak ahkak nak jenjalan jala itik kek Soromban. Actually aku amaze dengan pembangunan kat Seremban ni. Compare dengan Alor Setar, sini menang lagi la. Cuma part jam tu, I tak berapa suka la. Hehehe. Memula Kema nak bawa lepak tasik, tapi sebab hujan, ended up jalan kat JJ ja. Actually aku teringin nak makan takoyaki. Request la kat Kema. Kot kot ada kat sini. Rezeki orang mengidam, terjumpa kedai tako dalam JJ. Yeay! Apa lagiiii..Laju je mengorder. Kat Aloq Setaq aku tak tau nak cari kat mana. Huhuhu. 3 biji RM 4.90. Boleh la kan. Huhuhu.

Tako Tao JJ Seremban 2.

Senget benget tudung i. Huh.

Dap eeeeemmm..Jangan marah ye laling laling ku I letak gambaq ni. 


Octopus tako.Sedap!

Lepas tu, window shopping. Masuk JJ, tengok ada sale. Niat asal nak beli padlock untuk luggage je. Sekali hang, tengok sale itu ini, dapat benda lain. Padlock nya tak dapat pun. Hahaha. Katty teringin nak makan kat Johnny's. So, kitorang makan lagi. Kerja makan je minah ni kan. Nak buek camno. Eden suko makan. Ecewah. Bukan main lagi cakap nogori ye. Hahaha. Syok oh. Duk baru tiga hari, dah dapat a few nogori's vocab. Glemor, colak, celait. Syok dengaq Busu Katty berceloteh dalam bahasa nogori. Aku dapat pick up apa dia kata tapi kalau nak suruh cakap tu, fail la. Hahaha.

Tunggu order sampai.

Stimboat time.

So, kerja kitorang hari ni memang makan dan makan je lah. Oh. Cekau shades kat Vincci. Mano tak cekau. Tinggal 8 hengget ja after diskaun.Beli ni pun pasal nak pergi NZ. Dalam banyak banyak benda, boleh pulak tertinggal shades. Sekarang tengah summer kat Welly. Faham faham je lah kalau summer kat negeri orang putih ni camno keadaannya.Terik.Huhuhu.Pakai main cekau je shades tu.Frame merah.Lantak la.Asal ada satu.

 
© 2011; Utara Mai| Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger