Showing posts with label Chess. Show all posts
Showing posts with label Chess. Show all posts

Kejohanan Catur MSSD

Hari Selasa bersamaan 10.2.2026 hingga Khamis 12.2.2026 telah berlangsungnya Kejohanan Catur Seremban 1 peringkat MSSD.  Alhamdulillah anak bongsu ammi terpilih untuk mewakili sekolahnya buat tahun ke-2.

Peluang agak besar untuk dia wakil sekolah dalam acara catur sebab tak ramai yang suka main game ni kan.  Seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan terpilih.  Ammi tak tau adakah itu kriteria setiap pasukan sebab majoriti semua sekolah ammi tengok hantar 4 wakil.  Tapi ada je yang dari International school cuma hantar 2 wakil.  Ontah.


Hari pertama.. masing-masing macam berkelah dah ha.  Siap bawak tikar, healing chair dan duduk berterabur di bawah.  


Hamboiii anak murid duduk atas kerusi, cikgu pulak kena duduk di bawah ye?  


Ini gambar selepas dapat pairing untuk 1st round.  Terima kasih cikgu sebab beriya ambil gambar 8 orang murid ni untuk tatapan ibu ayah masing-masing.  Total semua yang bertanding berapa ratus murid ntahlah.  Tapi yang untuk lelaki under 12 ada 233 orang pelajar dari sekolah-sekolah di Zon Seremban 1.

Balik dari game hari pertama baru anak-anak dapat baju untuk hari ke-2.  Plannya pakai baju baru ni hari pertama tapi biasalah...kita merancang je.


Cikgu pengiring tanya kat parents dalam group catur sama ada nak atau tidak tempah baju khas untuk pertandingan.  Why not?  Semua nampaknya bersetuju dan kita bayarlah RM30.  Mana tau bagi pakai baju special impak dia jadi lain kan.


Comel je budak perempuan paling depan tu.  Baru darjah 3 tapi hebat kamu nak...dah boleh wakil sekolah dah.  Jauh lagi perjalanan kamu.


Anak-anak pun dah tau apa itu pertandingan.  Masa yang ada nampaknya dorang berlatih untuk baiki skill.  Dorang pun confirm gugup gak tu.

Setiap orang perlu main 8 pusingan.  Kalau tournament biasa, 8 pusingan tu dia lenjan je dalam sehari.  Tapi sebab ini adalah pertandingan peringkat sekolah yang melibat ramai sangat peserta jadi 8 pusingan dia bahagi kepada 3 hari.



Ammi simpanlah kat sini message guru pengiring di WhatsApp.


Johan sekolah keseluruhan dimenangi oleh SK St. Paul.  Good job Paulians.  Sebenarnya yang menang semua pusingan tu ada sorang budak dari sekolah Tamil.  Kiranya dialah rank pertama daripada semua boys.  Tapi sebab team yang lain tak sehebat dia maka terpaksalah duduk ditempat ke-2 je sekolah tamil tu.  

Untuk Alip punya personal ranking pulak, 


Selepas 8 pusingan Khalif hanya berjaya dalam 5 pusingan je.  Lagi 3 kalah tapi katanyaaa...katanyalah kalah bermaruah.  Hahahha..pandai pulak guna ayat "kalah bermaruah" tu. 

Berjaya tempatkan dirinya di Ranking 50 daripada 233 peserta.  Semakin baik.  

Kalau rasa nak wakil sekolah lagi, sekolah menengah nanti masuklah kelab Catur.  Biasanya kelab ni tak ramai peminat dan kelab yang ramai peminat kelab bola sepak.  Tapi daripada 100 murid lelaki memang 99 suka main bola...jadi pesaingan sangat sengit kalau nak wakil sekolah atau nak pergi jauh.

1st Seremban Jaya Chess Tournament

Hari Sabtu lepas separuh hari ammi kena menghadap anak bongsu main chess.  Gitulah biasanya.  Kalau dia ada tournament chess ammilah yang akan tunggu.  


Ammi sebenarnya memang dah register dan bayar untuk Alip masuk tournament ni.  Tup tup dalam grup catur sekolah pun rekemen those yang wakil sekolah untuk turut masuk game ni sebagai persediaan untuk MSSD yang akan berlangsung 10-12 Februari nanti.


Bawaklah dia pergi sarapan dulu sebab kalau ikut jadual sampai lebih kurang jam 2.30 petang.




Antara wakil-wakil sekolah Alip untuk MSSD nanti.  Belah kiri sebelah baju merah tu terror gak tu.  MSSD kali ni ada peraturan baru.  Semua player WAJIB buat notation untuk setiap move.  Ammi pun tak pasti apa jadi kalau tak buat notation.  Benda ni agak baru buat Alip sebab dia tak pernah pun tulis-tulis.  Risau dia lupa je.


Cikgu kongsi gambar mak dak Alip ni...ehhhh tidur pulak kamu ye Sharmila.  Ahakss...dahlah bercahayaaaaa je muka tu.  


Round 1 dia dapat opponent perempuan.  Dia kalau dengan perempuan dia bersemangat sikit.  Bukan nak ngorat ke apa...tapi katanya "budak perempuan tak terror sangat".  ehhhhhh dia underestimate pompuan eh.  Biasa dia ni.  Dia gelabah kalau opponent dia budak India.  Sebab dari pemerhatian ammi dah bawak Alip main few tournament, Indian kids hebat main chess. 


Punyalah dia underestimate girl...hambikkk....banyak meja lain dah selesai dia punya game belum selesai.  Haaaaaa... you don't play-play.  Al-Fatihah buat Allahyarhamah Azean Irdawaty.  Sebut dialog ni terus terbayang muka arwah.  


Setiap kali main dengan opponent perempuan mesti drag lama....begitulah complicatednya seorang perempuan Alip.  Mereka teliti!


Yang ni pun drag juga.  Opponent dia siap boleh mengelamun lagi sementara nak tunggu Alip jalan.  Yang ini Alip kalah, pastu masa budak ni nak salam dia, Alip geleng kepala.  Geleng sebab dia frust kalah atau sebab dia taknak salam perempuan ntahlah.  Dia datang kat ammi, ammi tanyalah "tadi kawan tu nak salam kenapa tak salam dia"... dan jawapan dia... "kan haram sentuh perempuan".  Auchhhh ok fine.  


Dipertengahan set ke 7 abah pun sampai bersama askar-askar ini.  Yang si abang tu kalau keluar ngan ammi memang tak reti sikat rambut handsome-handsome macam pergi sekolah ke apa?  Aishhh geram je tau kita.


Final result.  Daripada 190 orang Alip berjaya dapat ranking ke 61.  Menang 5 dan kalah 3.  Kawan dia yang ammi kata terror tu dia ranking ke 19.  Perghhhh jauh.  

Good luck anak-anak SKSK untuk MSSD nanti.  Demi nak bagi semangat, cikgu suggest kita tempah baju untuk anak-anak catur.  Why not.  Nampaknya 7 parents yang lain pun takde halangan.  Semoga baju sempatlah siap minggu depan.

Selesai je di sini kami terus je shoot ke KL.  Nak visit adik ipar ammi di hospital pastu Abah ajak cari baju raya terus.

Apa cerita dengan Chess

Pertandingan telah berakhir hari Sabtu haritu.  


Game pertama yang bagi kekalahan buat anak ammi.  Sweater yang dia bawak pulak alahai kocik bona.  Tak memasal abah pecut lari balik rumah ambil sweater yang sesuai.  Sejuk teruk dewan ni.


Ini round ke berapa ammi tak ingat.  Tapi agak sengit jugaklah kejap dia bangun, kejap berdiri, kejap pegang kepala dan akhirnya dia menang.


Buat pertama kali dia dapat duduk di meja 5 iaitu top 10 sebab ranking selepas round ke-5 dia baik.  Dia menang 4 dan kalah 1.

Dan kemenangan 4 kali tu kekal sampai round ke 7.  Member agak frust tapi abah ammi pujuk-pujuklah juga sebab rank dia taklah jatuh teruk.


Kepada Aunty Cha yang datang dari masa depan, inilah keputusannya.



Dia berada di rank 45 daripada 128 peserta.  

Tak bertuah langsung namanya pada hari itu sebab ada banyak hadiah cabutan bertuah dan ammi pun tunggulah dengan berdebar sampai ke sudah.  Ahakss.  Kalau rezeki itu bukan milik kita kan.  

Alang-alang duduk dalam label yang sama, mehlah jawab soalan mak kakak Wafi ni.


Kyra & Khilfi bolehlah bermain yang jenis takat bermain tu, tapi yang "hebat" sikit dari segi susun strategi, faham rules semua tu yang bongsu ni jelah.  Hebat sikit je, sebab kalau hebat banyak takdelah kalah 3 kali kan.  Ahakss.


Hahahhaha...dia mana boleh lupa PH.  Mujur juga MU menangkan malam tu.  Gigih dia dengan abahnya ke kedai mamak sebab TV kat rumah tu loading memanjang.


Marilah bersidai

Selamat hari Sabtu.

Harini seawal jam 7 lebih kami dah keluar rumah.  Alip ada pertandingan catur di kawasan taman sebelah.  Rasanya dari awal bulan September masa nampak je iklan ni ammi terus tanya Alip, dia nak participate atau tidak sebab ammi tengok calendar untuk acara keluarga, kosong je tak ada apa-apa.

Bila dia kata "boleh jugak", ammi pun laju-laju scan QR untuk register.  Murah weiii yurannya.  Pertandingan lain selalunya dalam RM40 gitu.


Boleh tahan lumayan hadiahnya.  Setakat ni, inilah pertandingan yang paling murah yurannya tapi paling banyak hadiah berupa wang tunai.  Tipulah kalau kata yang masuk pertandingan tak mengharapkan kemenangan, tapi pengalaman itu pun penting juga.


Tentatif program.

Dan dengan ini saya boleh katakan bahawa saya tutup kunci rapat dapur rumah saya.  Ahaksss.  Kalau dah malas memasak tu, walau acaranya cuma 1 jam je pun tetap nak mengelat.  

Chess itu minatnya

Alhamdulillah ini medal chess ke-2 Alip.

Awal bulan 7 haritu dekat dalam group chess yang ammi join ada iklan Chess Puzzle Challenge.  Ammi join group untuk Alip, bukan untuk ammi.  Ammi ni belum pernah menang lagi setakat ni kalau main chess.  Ahaks. Peserta yang join perlu jawab 325 puzzle (tak kiralah menang atau kalah) di Lichess.org dan kemudian submit bukti.  Dia kata dia nak try maka jomlah ammi bayar.

Puzzle ni maksudnya gamelah.  Dia kena berlawan dengan opponent.

Ammi tak submit pun bukti sebab ammi tak jumpa macam mana nak tau total puzzle yang Alip dah buat.  Infact sampai harini ammi taktau macam mana nak tengok.  Dan Alip pun kata dia tak sempat pun nak siapkan 325 puzzle tu.  


Iklannya


Tau-tau ehhh ada parcel sampai atas nama dia.  Penganjur boleh detect kot berapa jumlah puzzle yang peserta dah selesaikan.  Dapatlah medal Finisher.  Jadilah dari tak ada.

Chess set ni bukan hadiah dari penganjur.  Ini dari maknya.  Bagi yang kayu harga RM39 je sudah.  Ada hati minta maknya belikan yang kaca.  Huhuhu.

Inilah juga board yang dia usung naik atas house boat.


Muka abang Adel gitu bukan sebab sakit ke, panas ke, tapi sakit hati tengok PakNgah slowly kena "titik" dengan Alip.  "Macam mana ni, mantan Pegawai Memerintah ke-19 RAMD hilang strategi bila berdepan dengan budak 11 tahun", guraunya.


Round 1 PakNgah kalah.  PakNgah tak puas hati, dia on 2nd round...tapi tetap kalah.  Dan 2 orang abang di depan Adel & Ipan kata "kitorang berazam untuk kalahkan Alip lepas ni"

Alip ni belumlah terror mana pun, cuma dia ada effort untuk belajar strategi.  Kalau ko move yang ini, dia perlu jalan yang mana.  Itu yang PakNgah dengan confident jalankan Queen tetiba Alip checkmate King dari semua arah.  Lepas tu baru dia bagi tips kat PakNgah.  Hahahha...


Inilah kerja dia setiap hari.  Lepas mandi kadang-kadang ingatkan terus berbaju.  Ehhhh takkkkk ini kat hall, ada masa dalam bilik berspender je tau-tau dia main chess sorang-sorang.


Chess Championship di Hotel Royale Chulan

Hari Sabtu lepas ammi daftarkan Alip untuk satu chess tournament.  Ada banyak acara untuk Children's Day tu dan bila ammi tunjuk senarai dia nak chess.  Ok....kita bayar untuk chess.

Ini chess tournament ke-2 untuk Alip.  So ammi ni ingatkan samalah macam yang 1st tu.  By 12.30pm dah selesai.  Mujur ammi ada standby travel telekung sebab plan asal lepas chess ammi nak ke mall sebelah ni dengan Alip.


Pendaftaran pukul 8 - 9 pagi.  Tapi 8 pagi baru hegeh-hegeh nak keluar rumah pastu cari sarapan.  Tapi sempatlah.  By 8.40am gitu kami sampai di Hotel Royale Chulan yang kalau ikut jarak cuma less than 7km pun dari rumah.  Abah drop kami dan balik ke rumah sebab nak hantar kereta ke bengkel, pastu abah ada aktiviti lain dengan Khilfi di KL.


Satu untuk kenangan.


Sampai ke pukul 6 uollls rupa-rupanya.


Bergambarlah dulu.   Lepas bergambar ni ada sorang budak perempuan melayu datang.  

Girl:  Awak dah ada pasangan ke? (ammi ingat dia ngorat anak ammi hahahha)
Alip:  geleng kepala
Girl:  Saya main dengan awaklah.
Alip:  Ok.

Dan mereka pun practicelah dan ammi berdiri di tepi.  Tapi ammi perati budak perempuan ni tak pandai main chess sebenarnya.  Dia move ikut suka je.  Bila tanya katanya dia pernah main banyak kali.  Bila tanya dia datang dengan sapa, katanya "datang dengan mak tapi mak dah balik".  Wahhhhh seriouslah ko biar anak ko terkontang-kanting sorang-sorang gini.

Masa game nak bermula dia datang duduk kat meja Alip padahal dalam list, opponent alip budak lelaki India.  Rupanya dia taktau concept 7 round ni.  7 round akan bermain dengan 7 opponent berbeza.  Dan bukan player yang tentukan warna hitam or putih.  Ammi bawa dia ke senarai nama tu tolong checkkan nama dia pastu siap cakap "duduk kat belah hitam".  Kesianlah dia.  Masa second round pun gitu.  Dan kemudian dia dah tau macam mana nak check nama lepas keluar result setiap round.




Habis round ke-2 ada orang nak aiskrim.  Silalah beli dan beratur untuk bayar.  Sangat slow cashier (cashier hotel) ni sebab lepas setiap satu transaksi dia kena ambil gambar, send kat whatsapp.  Ehhhhh...berapa lama da????


Eh kejap tu tengok dia baik punya 'healing' pandang hijau-hijau di taman.  Orang kat belakang pun siap potong queue dia lagi.  Ishhh budak ni.  Tak boleh jadi bangunlah seketul emak yang sedang elok duduk bersandar di tiang.


Ammi order dari Grab je A&W untuk lunch kitorang.  Ada je jualan di sini tapi panjang pulak queue.  Nak membayar pun satu hal slow.

Lepas makan jomlah kita ke surau.  Spacious surau di Royale Chulan ni tapi carpetnya penuh dengan bulu-bulu halus.  Carpetnya warna royal blue, jadi nampak sangat bila berhabuk.  Ammi suspect mungkin dari ibu-ibu yang 'tumpang' guna surau untuk siapkan anak-anak yang join acara pakaian beragam.  Sebab masa kami nak solat tu pun memang ada 2-3 keluarga yang sedang siapkan anak masing-masing.


Lawan terakhir Alip.  Hanya round pertama dan terakhir je ammi teman dia masuk.  Round last ni sebab dia tengah draw.  3 menang and 3 kalah.  Kita kasi semangatlah untuk round terakhir ni.  Dan alhamdulillah menang walaupun agak sengit.


Masa diumumkan tu ammi pun terkejut.  Alip dinobatkan sebagai Best Under 10 (Boy).  


Tengok mata dia sama dengan tempat ke-2 tapi pemilihan atas dasar apa entahlah.  Bersyukur jelah.


Gembira betul muka dia.  Siap cakap "ammi ambillah gambar alip bagi kat Abah dengan Babah".  Babah tu abang ipar ammi.  

Habis keseluruhan acara sekitar pukul 6.10petang.  Lelaju ammi order grab balik rumah sebab malas pulak nak solat Asar kat hotel ni.  Sampai kawasan rumah nampak kakak sedara tengah pegang kunci pagar.  So, dah plan, lepas maghrib nanti nak jalan kaki jelah ke sini makan dinner.

Lepas maghrib, ammi jalan kaki dan Alip kayuh basikal dia.  Kejap tu alip patah balik kata "kedai pandak tutuplah Mi".  Aisehman... kita kedepan sikit tengok kedai sepupu sorang lagi dan "kedai paklong pun tutup".  Aiyooooooo. Jomlah balik.


Terpaksalah ammi buat instant noodle je.  Alip bila dengar terus celik mata dia.  Budakkan...gitulah. So, perisa curry untuk ammi dan perisa ayam untuk Alip.  

Begitulah hari Sabtu kami.  Lepas Isyak terus lelap ditemani Alip.  Abah balik pukul berapa pun ammi tak sedar.  Baru gi main chess dah letih gini, kalau kena masuk treasure hunt apa rupa ntah kitorang.