44 bukan sekadar angka

Alhamdulillah.  Dengan izinNya ammi masih lagi bernafas hari ini.  Terima kasih mama kerana bersusah payah melahirkan ammi 44 tahun lepas.  Mengikut cerita mama, ammilah anak paling susah untuk dilahirkan dan paling susah juga untuk dijaga masa kecik.  25 jam sehari ammi nangis.  Nampak tak betapa melampaunya perangai nangis tu....dari kecik sampai ke tua tak hilang.


Tahun lepas kami sambut birthday ammi di KL.  Tahun ni kita kembali ke negeri di mana tumpahnya darah ammi.  Ehhhh melampau nau ayat kau Sharmila.


Last year kami ke Dataran Merdeka tanpa Kyra sebab Kyra di hostel.  Dia tengok dari sekolah dia je jet-jet yang berterbangan tu.


Bangga beliau dapat naik ni.  

Tahun ni kita sambut di Seremban ajelah ye.  Kita tengok apa yang Seremban offer untuk birthday girl ni.

Hindustan | Am I Next?

Korang mesti dah seronok nak bercuti kan?  Ammi tengah on the way balik kerja.

Haritu ammi layan cerita hindustan ni masa on the way balik kerja.  Bila balik awal...mata macam tak boleh je nak tidur dalam train sebab mata dah di'train' untuk tidur lepas pukul 5 petang..ahakss.  Boleh gitu?

Jadi kalau balik awal ammi kenalah naik commuter sebab bus paling awal untuk ke Seremban mula jam 4 petang.  Buka group telegram dan tengok inilah cerita paling baru.  Ammi sejenis malas nak scroll mencari sebab ammi tak ada pelakon Hindustan favorite selain Amitabh Bachan.

**************

Cerita ni tentang Honey Kohli yang baru berusia 14 tahun.  Family dia dapat tahu dia pregnant dan lepas disoal rupa-rupanya yang merogol dia adalah guru tuisyen dia.  Cikgu tu nampak very nerd hinggakan orang keliling pun tak sangka cikgu tu yang buat.  Yelah...manusia ni bertopengkan syaitan...

Mak & Ayah Honey kalau boleh nak gugurkan je kandungan tu lagi pun Honey ada cita-cita..budak bijak.  Tapi masalahnya di masih dibawah umur.  Jadi kena dapat kebenaran mahkamah untuk lakukan abortion.  Nak dapatkan kebenaran tu pun..alahaiiiii jenuh.  Sampaikan kandungan tu pun dah lebih dari 'usia' yang selamat untuk digugurkan.  

Respect dengan lawyer yang represent Honey.  Beriya dia berusaha untuk dapatkan kebenaran Mahkamah demi masa depan gadis tak berdosa ni.  Dan Honey pun sangat keras untuk perjuangkan haknya untuk menggugurkan anak tersebut dan keadilan untuk dirinya supaya si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.  Tapi birokrasi memang menyusahkan.

Dapatkah Honey gugurkan kandungannya?

Reward for Kyra

Hari Selasa kami dinner di A&W saja.  Ada orang yang dah lama teringin nak waffle A&W.  

Awal pagi masa Abah hantar ammi ke bus station abah dah kata, malam ni kita dinner kat A&W je bawak kakak.  Manalah ada mak & ayah yang sampai hati bila anak dia mintak dia tak bagi...walaupun lambat tetaplah cuba untuk dipenuhi.  Nak-nak she's being so helpful.  Ammi balik kerja selalu dia dah siap kemas rumah, kemas dapur, taklah begitu perfect tapi bolehlah.  Daripada kena bersuruh baru nak berbuat, bila dia boleh buat tanpa disuruh tu pun dah syukur Alhamdulillah.

So, kita rewardlah dia sikit.  Cuti sekolah ni lagilah extra kerja rumah dia.  Nak layan perangai adik-adik lelaki dia yang macam-macam.  Nak bebel...tapi dia ni bukan sejenis kakak yang suka bebel..dia cakap sekali adik tak buat dia yang buat.  Ehhhh lain sungguh perangai dia dengan ammi.  Ammi dulu kalau dengan adik-adik or dengan kakak ammi sekali pun... bahagian korang, korang buat ye.  Jangan nak suruh Angah buat.  I will make sure semua orang buat bahagian masing-masing.  I'm not going to do their tasks.  Ha gitu...


Gembira beliau.  Nak-nak bila dia dapat Fish Sandwich dia.  Sejenis yang kalau gi makan kedai western dia akan order Fish & Chips, kalau ke McD dia akan order Filet-o-Fish.  Antara resipi yang dia suka buat pun Lemon Fish..(kesukaan si bongsu jugak tu..manjang aje suruh kakak masak).


Yang si bongsu ni pulak...bila kata nak dinner dia A&W dia macam..  Ha???? but I want rice.  
Ehhhh dia ni memang hantu nasi.  Gi mana pun nak cari nasi.  Abaikanlah meja tu...melehet air rootbeer float tu.


Mujur ada Aroma Rice di A&W...makanlah dengan ayam goreng tu.  

Yang no. 2 apa benda semua dia layan.  Jangan kasi dia tauhu putih gedik2 dengan air soya sudah.

Wordless Wednesday 67 :: Timbang ::

 


Ngeri kalau timbang tu cakap "anda berat seperti lembu"...

Bila kau awal sangat

Office ammi start beroperasi pukul 9.  Selalunya ammi sampai office around 8.50 gitu.  Bila sampai on PC, on itu ini ngam-ngam dah 9.

Kalau sampai lebih awal sikit pun kadang-kadang ammi mula je terus kerja sebab ammi balik tak "on time".  Jadi why not...tak rugi apa pun.  Lagipun ammi berdua je dengan bos.  Dan kerja-kerja ammi kalau ammi tak buat sapa nak buat?  Tak ada relief person yang boleh tolong buatkan.

Tapi harini...ammi sampai awal sangat.  Jalan tak jam langsung lepas toll Sg. Besi.  Selalunya disitulah bermula terhegeh-hegehnya.  Mungkin ramai ibu ayah yang bercuti juga sempena cuti sekolah ni.


Disebabkan awal sangat...jadi marilah santai-santai jap.  Update 2-3 post untuk blog...kita buat auto-published entry jadinya takdalah terkulat-kulat mata tu update blog guna phone tiap kali balik kerja.  Ahaksss..

Mata ni rasanya macam dah perlu guna multifocal lense.  Nak tengok jam pun kadang-kadang ammi kena angkat spec ke atas...kalau tak kaburrrrrr.

Tapi dah jadi rutin juga masuk je office buka email office...bila dah pandang email office tangan tu auto je pulak buka folder kerja.  Ehhhhhh...kita nak santai.

Ngombe apa?

Haritu nampak orang letak benda ni kat FB.  Gelak sorang-sorang ammi.

Saya kaki kopi sejak dulu lagi dan satu ketika dulu pernah jadi kaki nestum hinggakan nickname pun jadi "nestumsusu".

Tapi bila usia menginjak banyak angka...nestum bukan lagi kegemaran.  Kita bertukar kepada oats namun kopi masih ditangga pertama.  Apalah ertinya hari tanpa dimulai dengan secawan kopi?

Teh memang bukan kawan saya dari dulu.

Sekarang ni seawal jam 5.45 pagi ammi dah pekena secawan kopi o tanpa gula.  Sebab letih nak melayan lapar di perut masa dalam bus.  Heyyy perut..silalah bekerjasama dengan ammi ni...ammi ni tak nak bersarapan pagi.  Ammi masih nak buat IF.  Misi "Road to 55" ammi masih belum berjaya.

Dan "ngombe" di tajuk itu ertinya minum.  Betulkan rakan-rakan blogger jawa sekalian?

Yang tak minum kopi, teh korang NgaNga jelah.






My bestie rupanya

Sorting out gambar-gambar lama, ammi jumpa gambar passport zaman ammi di ITM.  Ada rubber stamp Kolej Seroja kat atas gambar tu.  Ni mesti ammi umpil keluar dari outing card agaknya. Dan baju yang ammi guna tu pun baju Pizza Hut.  Tempat ammi mencari rezeki masa menunggu result SPM dulu.

Dan ammi perasan...."eyebag" ammi ni memang dah wujud sejak zaman itu lagi.  Tapi masa tu hanya disebelah kanan.  I was only 17++ back then.  Memang spesis ada eyebag dari zaman remaja rupanya ammi ni.  Dulu tak perasan pun.


So, sekarang at the age of 44 bila eyebag tu menjadi-jadi nak buat camna?  Redha jelah...

Saya tak ada duit nak pergi buat eye lifting, eyebrow lifting bagai.  

Kening itu selalu timbulkan masalah buat ammi disekolah dan di universiti.  Selalu ditegur oleh ustazah..sebab katanya "mencukur atau mencabut bulu kening adalah haram".  Ketahuilah ustazah...itu bulu kening asal tanpa ada diubah apa-apa.

Tidak Pernah Puas

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada.. saya pun salah sorang.

Ada satu nak dua... tapi bila dah ada dua rasa terlebih pulak.

Ini bukan isu POLIGAMI yang heboh di TikTok itu.  

Ini isu keinginan yang kadang-kadang datang secara tiba-tiba.  Tiba-tiba kat office terbayang-bayang...tiba-tiba tengah berpuasa terbayang-bayang.  

Tapi kalau buat di office dia jadi tak sedap sebab tak ada telur, tak ada sayur.



Inilah dia...

Pernah beli Maggi Big tu...tapi biglah sangat.  Ehhhh kau nak apa ni Sharmila?

Corat coret 5 hari 4 malam di hospital

5 hari di hospital temankan anak buat ammi jadi macam orang gila.  Mujur zaman sekarang kita ada handphone, ada Netflix di telephone, ada games.  

Bayangkan mak-mak dulu kalau terpaksa jaga anak kat hospital berhari-hari...mau mati kutu kan.  Tu yang ada mak jadi makcik kawasan meronda satu wardkan.  Teringat masa adik lelaki ammi "berumahtangga" di hospital masa dia di darjah 5.  Hampir 2 bulan juga dia dihospital akibat kes langgar lari.  Ammi masa tu bila turn ammi yang jaga adik, ammi pinjam buku dari perpustakaan sekolah siap-siap.  Jadi tak adalah ammi boring gila.  Masing-masing take turn jaga dia sebab arwah mama kerjakan.  Siang tu kadang-kadang tinggal je kat ward sebab hidup perlu diteruskan.  Aca & mama masih perlu mencari rezeki.  Ammi balik sekolah ammi terus pergi hospital.  Tapi masa tu rasanya orang yang paling banyak menjaga adik ammi tu...mendiang nenek ammi la.  Cucu bongsu dia katanya...mestilah sayang lebih.  

Berbalik pada kisah si Ozil ni... jaga dia ok je.  Bilik sejuk aircond sampaikan ammi terpaksa pakai sweater 24 jam.  


Awal-awal masuk memang melingkar gini je dia.  Ada masa ammi tak panggil pun nurse sambung drip air dia sebab nak bagi tangan dia rehat.


Bagi dia chance tengok handphone dengan syarat jangan nak pegang.  


Mandi pagi dalam keadaan terpaksa.  Bergaduh berdiri terpacak kat penjuru bilik air sebab tak nak mandi.  Ingat ammi kisah? Ammi siram je awak dengan handshower tu.


Makan 3 sudu pastu taknak...tapi ammi paksa je.  U need energy.  Dia bukan taknak makan tapi malas nak menyuap.  Bila ammi suap ehhhh licin.


Lepas tidur, tidur lagi...dan lagi dan lagi.  Dia selalu je stress bila dapat teman bilik yang melalak tak tentu hala.  


Sibuk mengadun tangannya yang bengkak


Hari terakhir...pagi tu ammi bawa dia jalan ke bawah.  Pergi ke library kat lobby and dia ambik buku ni.


Habis baca...ha gitu terus.  Dah tak ada dah aksi bergulung dalam selimut lagi.  Ni kira dah sihatlah ni.

Nanti ammi kongsi perihal masalah sikap ibu bapa patient ye untuk jadi iktibar buat kita.  Besabarlah jelah.

Minyak Wangi Ada Asid?

Dah hampir 2 minggu ammi ada masalah bergaduh dengan laci "mangkuk tingkat" nan satu ni.  Apsal ntah tak boleh nak buka.  Disebabkan tak boleh tak adalah kita pakai mascara kita tau.  


Tak boleh buka satu hal, ammi suspect ada yang tumpah di dalam tu sebab ada barang-barang di laci sebelah bawah rosak.


Lencana sekolah Khilfi ni ammi letak di laci bawah tu sama dengan tisu-tisu, dan segala mak nenek jarum peniti.  Dari putih melepak terus jadi macam hijau-hijau gitu.  Ini pun lepas ammi cuba basuh masih tak hilang hijaunya.  Macam boleh lupakan jelah hasrat untuk nak tampal di baju.  Buruk rupanya.  

Lepas je Ozil discharged dari ward haritu, ammi pun gigihlah bawak keluar laci tu dan dengan ganas cuba cabut.  Memang macam melekat kaw-kaw ada gam gitu.


Bila berjaya cabut, hambik kau.  Berlemuih kat dalam tu.  Minyak attar abah rupanya yang tumpah tu.


Tumpah tu tak kisahlah...yang jadi berlekuk sampai bocor gitu kenapa?  Ada acid ke?


Ammi  buang je terus lagi pun memang abah jarang-jarang guna sebab kuat nau bau dia.  Ammi tak suka.  Kang abah calit-calit kat tangan ngan telinga berlekuk pulak tangan dan telinga suami kitewwww.  Canerrrr?

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023

Thanks Ayu sebab tag ammi haritu.  Lama sungguh ammi ambil masa nak buat sebab ammi tak berkesempatan nak update blog.  


Yang belum join boleh click banner kat atas.  Kat situ ada syarat-syaratnya.  Antara syaratnya adalah...ammi perlu tag 3 orang teman.

Ammi rasa ramai je yang dah join GA ni...tapi tak apa.  Ammi tag je mereka-mereka ini, mana tau mereka belum lagi buat.




Dear Farhana,
Selamat hari lahir, semoga pertambahan usia ni menambahkan lagi keimanan di dada, menambahkan lagi rasa bersyukur atas apa yang Allah hadirkan dalam hidup kita, menambahkan azam untuk jadi seseorang yang lebih baik dari semalam.

Semoga Allah makbulkan segala apa yang didoa dan diimpikan dan semoga segala yang baik-baik milik kamu.


Bila masuk blog Farhana perkara yang selalu kita baca adalah review.  Kalau bukan posting terkini pun ammi akan cari kat archive dia dan tengok cerita apa next nak tengok.  Tak kisahlah movie dari pelosok dunia mana sekalipun.  Senang baca review kat blog Farhana sebab review sangat professional...tak macam review ammi...ammi pun review, style review macam kau cerita kat jiran sebelah rumah.

Throwback Thursday 2

Ini kisah kejadian masa menulis nama ada dibuku sekolah.  Sebelum ammi decide untuk pergi tempah rubber stamp je.  Tak kuasa aiiii nak menulis bebanyak.

Masa kejadian baru ada sorang je anak yang bersekolah rendah.  Khilfi dah sekolah tadika tapi buku dia semua cikgu yang tulis nama dan simpan di sekolah.  Mak ayah bayar je...tau-tau ehhhh anak kau dah pandai baca menulis.  Thank you to all Little Caliphs teachers.

Korang pernah jadi macam ni masa tulis nama kat buku sekolah anak?

Dah tulis nama bapak baru perasan nama anak tak cukup satu...ahaksss...gini pun bolehlah.

Dan walaupun buku ini buku sekolah agama...adalah lebih baik sekiranya ammi tulis nama rumi je.  Kalau tulis jawi nanti takut cikgu pulak kena masuk kelas mengeja.

Popia Nasuha

Biasanya setiap weekend kalau selepas Subuh mesti si bongsu ni akan menyelinap masuk bilik dan menyelit dalam selimut.  Kita kasilah dia can sambung tidur ye sebab hari sekolah dah sah-sah pepagi dah mandi kena ke sekolah.

Ammi pula lepas Subuh weekend ammi ambil peluang mengaji lebih sikit mukasurat. Selalunya kalau weekdays lepas Subuh tak sempat apa terus je kejar naik bus ke KL. Gitulah rutin mereka yang berulang Seremban - KL setiap hari.

Dijadikan cerita, tengah ngaji ammi perasan selimut bergerak-gerak lembut dari bawah naik ke atas.  Si bongsu memang dah lena.  Dalam otak ammi terfikir ular je.  Seriau sekarang banyak kes ular atas bumbunglah, dalam sinki dapur la…ngeri.


Ammi selak selimut tu ehhhhhh ada si Poppy a.k.a Popia Nasuha ni rupanya.  Dari bawah selimut dia nak juga berbantalkan lengan abang dia ni.


Eh tanjat dia ammi selak selimut...kacau daun betul ammi ni kan.


Sekarang ni nama dia dah jadi Popia Nasuha…ayu tak namanya? Semenjak ammi mandulkan dia, dia dah tak seagresif dulu.  Baik je duduk dalam rumah.  Nak dengar dia mengeow pun payah. Bila ammi siapkan makanan dia pun, dia baik je menunggu tak macam si Garfield. 

Doa Ashabul Kahfi

 سْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 



SEJARAH DOA ASHABUL KAHFI

Doa Ashabul Kahfi ini adalah doa yang dibaca oleh 7 pemuda yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى hingga mendapat petunjuk daripada-Nya.

Doa ini dibaca oleh mereka ketika hendak masuk ke dalam gua sebagai tempat persembunyian untuk menyelamatkan agama mereka, agama yang hak dan bebas daripada segala fitnah dari orang-orang zalim.

Tidak lama kemudian Allah سبحانه وتعالى mengabulkan doa mereka dengan menjadikan mereka tertidur bertahun-tahun lamanya iaitu selama 309 tahun selepas mereka memasuki gua.

Dan apabila mereka bangun, keadaan masyarakat sudah berubah sama sekali.  Rakyat dan rajanya yang berkuasa ketika itu adalah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى

Kisah Ashabul Kahfi terkandung dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26


FADHILAT DOA ASHABUL KAHFI

Doa Ashabul Kahfi amat baik dan sesuai dibaca terutama oleh:

1) Orang yang ingin menemui keimanan sejati.

2) Mereka yang ingin mendapatkan rahmat Ilahi.

3) Orang yang mengharapkan petunjuk dari Allah سبحانه وتعالى

4) Mereka yang dalam kebingungan dan ingin mencari jalan kebenaran.

5) Pejuang yang ingin menegakkan keagungan agama Allah سبحانه وتعالى

6) Mereka yang mahu mendapatkan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

7) Mereka yang ingin meraih kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan abadi.


Wallahualam

Selamat Beramal. 🤍

Sumber:  Perkongsian di Nur Al-Insyirah

Perjalanan Terakhirnya

Telah dua minggu arwah Kak Siah meninggalkan kami.  Meninggal di tarikh 5.8.2023 jam 7 malam.

Kak Siah adalah isteri pada abang sepupu ammi, Angah Udin.  Ammi rasa dalam ramai-ramai pasangan kepada sepupu, ammi boleh bergurau senda dengan Kak Siah macam dia sepupu sendiri walaupun jarak usia kami hampir 20 tahun.  Kadang-kadang ammi panggil dia Wan Maimunah sebab muka dia macam pelakon tu kan?

Arwah baik orangnya.  Agak cliche ayat ni....tapi itulah hakikatnya.  Arwah memang baik. 

Teringat ammi diwaktu ammi sekolah rendah.  Tiap kali cuti sekolah ammi ni rajin ke rumah makcik dan rumah Kak Siah disebelah rumah makcik.  Kak Siah berniaga nasi lemak di depan rumah masa tu.  Jadi bila ammi kat sana nanti dia akan cakap "nak duit sekolah tak?...kalau nak esok pagi datang rumah tolong kak siah".  Ammi pun akan pergi rumah sebelah...tolong gunting cili kering asingkan biji, tolong lap-lap daun pisang, tolong kerat suratkhabar dan nanti dapatlah upah.  Ammi rasa upahnya memang lebih dari kerja.  Bila dah ada modal, Kak Siah dan Angah Udin kemudiaannya buka restoran di kawasan rumah.

Dah masuk sekolah menengah dah jarang ammi duduk rumah makcik waktu cuti sekolah...segan pun ada.  Dah anak daralah kononnya.

Kemudian, ammi pun beli rumah di taman yang sama dengan Kak Siah.  Arwah mama yang insist nak beli di sini sebab katanya, ramai saudara mara di sini. Betul juga...sekurang-kurang ammi tak risau bila ammi berjauhan dengan mama dulu.  Ramai je yang boleh datang membantu bila diminta.

Kak Siah selalu je hantar lauk kat rumah arwah mama dulu.  "Cik, aku hantar lauk nanti, ko takyah masak".  "Cik Jah, aku ada banyak kaki ayam kat kedai, ko nak tak?" Ha gitulah selalunya.  Kadang-kadang sampai penuh freezer arwah mama dek lauk dari kedai kak siah ni.

Masa sefamily ammi di Seremban kena covid dulu, memang ammi call minta Angah Udin dan Kak Siah tolong hantarkan makanan utk adik ammi yang kuarantin dalam rumah sorang-sorang.  

Kadang-kadang kalau ammi bersarapan di kedai dia pun dia taknak ambik duit...mulalah ammi mengayat..."ko dah kaya ke kak?...memang dah boleh pergi haji balik hari ek.  Tak ambil lenkali memang taklah Shila datang makan kat sini".  Jadi ambillah juga dia duitnya....ater dia pun ada pekerja yang nak dibayar gaji, nak bayar sewa kedai.

Dihari terakhir arwah...arwah masih masak seperti biasa di kedai.  Balik kerumah sekitar jam 4 petang arwah mengadu penat...dan jam 7 arwah pergi.  Terkejut sangat bila dapat voice note dalam grup keluarga dari sepupu yang sorang lagi.  


Shila datang tengok Kak Siah buat kali terakhir.  Ramai orang lain datang jugak kak iringi akak buat kali terakhir.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya akak...semoga Allah terima segala perbuatan baik akak, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa akak.

Al-Fatihah buatmu kak Norsiah binti Hamzah.

Mentua Yang Baik Itu Rezeki

Mentua yang baik adalah bonus untuk semua menantu.  Alhamdulillah ammi dikurniakan bonus itu.  Ammi tak ada ibu mentua kandung.  Ada ibu mentua tiri tapi baik juga cuma tak rasa sepenuhnya perasaan ada ibu mentua  

Bab ayah mentua ...ammi sangat bersyukur Allah hadirkan abah dalam hidup.  Sekurang-kurangnya dengan berkahwin dengan abah ammi dapat abah mentua yang sangat-sangat-sangat-sangat baik.


Sehari lepas majlis sambut menantu di Melaka arwah abah dah tanya, "ko suka makan apa, suka makan ikan apa, suka daging tak?".. ha gitu.  Suspen gak kalau-kalau arwah abah nak gi pasar pastu suruh ammi masak.

Rupa-rupanya, abah nak masakkan lauk ikut citarasa menantu dia ni.  Ya Allah, terharu sangat.  Lauk pertama arwah abah masakkan untuk kami adalah sambal ikan cencaru, sup tulang.  Sedapnya tak boleh nak cakap camna ntah.  Sampaikan ammi lupa ammi ni kat rumah mentua ...hari pertama dah buat aksi "terhirup sup dari pinggan".  Arwah abah perasan yang ammi "termalu" jadi abah cakap...makan ajalah..apa nak malu.  Ini rumah kau jugak.

Arwah abah tau ammi punya juadah breakfast kesukaan.  Ammi sejenis yang suka lontong, soto, mihun sup, mee bandung (pendek kata yang jenis berkuah) untuk sarapan.  Jadi kadang-kadang tu bangun je tidur memang dah tersedia atas meja.  

Kalau bab nak makan ikan stim abah kata "orang lain masak lain, ikan stim abah suka kalau La yang buat".  Auewwwww sekurang-kurangnya adalah benda yang ammi tau masak.  Ahaksss.

Masa ammi nak bersalin, awal pagi Arwah Abah dah sampai ke hospital.  Dekat ward, Arwah Abah sapukan minyak panas kat kaki ammi pakaikan stokin sebab arwah abah kata kat dalam labour room nanti sejuk sangat.  Ya Allah, nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan wahai Sharmila.  

Banyak lagi momen manis dengan arwah abah sebab tu masa arwah abah kritikal di hospital, ammi sampai tahap kena potong gaji sebab "takut" nak balik KL.  Takut kita tak ada waktu abah nak pergi...Alhamdulillah kami semua saksikan dengan mata pemergian abah.

Terima kasih Allah kerana pinjamkah abah mentuaku Mohamad Jamil bin Baba selama 14 tahun.


Nama biar jelas

Walaupun duduk menghadap anak dalam ward kerja hakiki kita buatlah juga ye.  Gitulah bila hanya kau dan boss berdua di office.  Dia tak ada masalah untuk ammi cuti EL pun dah kira ok jadi silalah buat apa yang patut kat ward.  

Lagipun yang tangan bercucuk tu anak ko, bukan ko. Yang tangan bengkak tu tangan anak ko, bukan tangan ko.


Tangan Alip jadi gemuk macam tangan abang…ehhhh sedap je awak ngata abang yek.  Masa pagi tu memang dia menangislah sebab kena buat IV line kat tangan sebelah…bila dah malam ehhh boleh berjenaka pulak.

Dari siang ammi dok guna hotspot mobile data ammi.  Ammi lupa pulak hospital ada wifi utk guest. Sekali bila dah nak maghrib haritu ammi pun searchlah untuk connect dan ammi nampak satu ID. Lain macam betuul yang dibawah nama ammi tu.


Siap ada harga sekali.  Memang gitu ke harganya? Bapaklah mahal wehhhh

Lesen

 


Ammi mula dapat lesen kereta tahun 2006 ke 2007 ntah.  Abah yang beriya-iya suruh ammi ambil lesen kereta.  Gigih tau ammi balik Seremban tiap Jumaat petang sebab nak belajar memandu hari Sabtu Ahad.

Bila dah dapat lesen, ammi berpeluang bawak kereta sekali je.  Sebab??? Bukan takut ek...bukan.  Korang jangan nak kata ammi takut.  Abah yang takut ammi bawak kereta.  Rasanya tak adalah melampau-lampau ammi drive masa kat highway Lekas tu.  Elok je ammi ikut peraturan, bagi signal, ikut speed...dia yg gelabah.

Asal ammi request nak bawak kereta je dia kata, "takpe biar saya bawak, takpe awak duduk je sebelah"..... ehhhhh abih hairtu beriya bagi duit suruh amik lesen dah kenapa?


So, sekarang memang renew saja-saja je.  Buat perhiasan dalam wallet.  Ammi pun taktau kalau diberi keizinan untuk kembali tekan pedal minyak tu ammi masih ingat atau tidak caranya.

Ada kalanya pernah tau, ammi tidur malam ammi terjaga siap letak tangan kat dada abah.  Ammi jadi risau, what if tiba-tiba abah tak ada...macam mana ammi nak teruskan hidup tanpa "drive".  Macam mana ammi nak jemput hantar anak-anak ke sekolah, jemput Khilfi kat asrama nanti.  Ini semualah ni penyebab ammi tak boleh tidur malam.

Suami oh suami...silalah izinkan saya pandu kereta.  

Is it ok bila anak di asrama tak call?

Ammi pernah share posting yang ini dulu di blog lama yang telah berkubur selamanya masa Kyra mula-mula masuk asrama.  Walaupun asrama Kyra masa tu hanya lebih kurang 6 minit dari rumah kalau naik motor, tapi hati mak ni memanglah meronta-ronta nak tau.  Dia ok ke tidak, dia selesa ke tidak.  Dah nama pun mak.

So, sekarang ammi dah ada pengalaman 2 orang anak anak di asrama...ammi tengok sebenarnya yang perempuan lebih kental berbanding yang lelaki.  Kyra dulu call sehari pastu 5-6 hari kemudian baru dia akan call itupun sebab dia nak cakap "boleh tak kalau kakak nak air ribena, boleh tak kalau kakak nak biskut coklat"...ha gitu.

Seingat ammi pernah sekali je Kyra call masa dipenghujung tingkatan 2 dan nangis "Ammi, kakak rasa sedih sangat"...bila tanya kenapa dia terus nangis sedu-sedu.  Rupa-rupanya bestie dia ignore dia sebab dia bercakap dengan orang yang bestie dia tak suka.  Alahaiiiii budak-budak.  Silalah jangan libatkan orang lain dengan masalah "tidak suka" kamu tu.  

***********************************

Tapi Khilfi sejak hari pertama dia masuk asrama dia call setiap hari.  Kadang-kadang cuma nak cakap..."Assalamualaikum, I Love You Ammi".  Tapi ammi ingat hari ke-4 dia di asrama dia call dan cakap "Ammi, can I quit?" dengan suara yang sangat low.  Ammi dengar tapi buat-buat tak dengar.  dan ...terus dia cakap...tak ada apa-apa.  Ok bye.

Pernah juga dia call dan selepas beberapa minit berborak dia tanya "Ammi, is it ok if I go and see counselor?"... Bila ammi tanya kenapa terus dia nangis menggugu-gugu dan senyap.  Heyyyy hati ammi ni dah taktau nak cakap apa...bila yang nangis tu anak lelaki.  


Ammi: Abang, tell me what happen?
Khilfi: My dormmate selalu bodyshame abang.
Ammi:  Semua?
Khilfi:  Tak, sorang je yang duduk kat tingkat atas katil abang.
Ammi:  Dia bodyshame macam mana?
Khilfi:  Dia selalu cakap "kau hitam, gemuk macam ba*i".  Kalau sekali abang ok...tapi hari-hari.  Abang stress.  Abang rasa nak tumbuk muka dia.
Ammi:  Heyyyy...don't do that.  Sabar, biar orang buat kita kita jangan buat orang.  Kalau abang pukul dia lagi besar masalah nanti.  Abang sayang ammi kan?  Anak soleh ammi tak sakitkan orang lain.   

Ammi share masalah ni dengan boss ammi...yelah kat office ammi hanya ada dia je nak borak.  And cadangan dia untuk "menjawab" pada pembuli tu not bad.  Ammi sampaikan pada Khilfi and Alhamdulillah...dia dah tak complain pasal kawan tu bodyshame lagi.


Ni setelah 5 bulan di asrama mungkin dia semakin selesa disana.  Ammi happy walaupun ammi tertunggu-tunggu juga panggilan dari anak lanang yang sorang ni.  Sebenarnya ammi rindu juga dengan night wish dia.  Dia nilah satu-satunya anak yang tanpa fail akan wish good nite pada ammi, yang akan minta maaf sebelum tidur.  Walaupun ayat dia sama je setiap hari tetapi bila tak dengar rasa rindu pulak.

Ammi rindu nak dengar abang sebut "Assalamualaikum, Good Night, abang minta maaf abang buat salah kat ammi tadi"...



Wordless Wednesday 65 :: Bisik apa tu? ::

 Subhanallah!



Photo credit to: Butterfly Addict - Facebook

Kenapa tidak boleh komen di blog melalui iPhone?

Semenjak ammi guna telephone jenama ni..ammi memang tak boleh comment lepas blogwalking.  Geram ok sebab baca posting korang, pastu gelak sorang-sorang dan teruja nak komen sekali...UNABLE TO SIGN IN TO GOOGLE katanya.  Manjang aja dia suruh login to Google...padahal memanglah sepanjang masa terlogin dengan account Google.

Sebagai orang yang tak berapa nak celik IT ni macam-macam benda ammi try godek dan akhirnya pada pengguna handphone jenama buah epal merah mahupun hijau... silalah check perkara ini.  Bagi pengguna Android yang ada masalah yang sama korang cubalah jugak check kat setting korang.

Mengikut sumber, katanya isu ini mungkin disebabkan oleh HIGH PRIVACY SETTING pada browser.  Jadi caranya adalah pergi ke SETTING -- SAFARI -- PRIVACY & SECURITY-- PREVENT CROSS-SITE TRACKING (pls uncheck this).


Semoga lepas ni tiada lagi isu nak drop komen dari phone. 



Penderaan emosi

Ini kisah minggu lepas. Ammikan selalu jarang makan tengahari di office.  Ammi cuma minum shake dan balik rumah nanti baru dinner. Biasanya dinner awallah...seawal jam 7 malam.

Tapi, adakalanya ammi jam 4 petang akan ada bunyi keriuk-keriuk dalam perut.  Kalau dah bunyik gini memang ammi akan singgah kat MyNews di Stesen Merdeka masa on the way nak ke Stesen Bus Pudu.

Dan dihari kejadian, yang dahlah lapar, hujan lebat pulak tu diluar... boleh tak pintu MRT ni sangat kejam terhadap wanita yang sedang kelaparan dan kesejukan?


Kenapa saya naik di gerabak yang ada iklan ini?  Kenapa?
Memang tertelan liur. 

Ni duduk kat ward jaga anak, bila tengok balik gambar ni terus rasa macam nak gi cafe bawah ni cari kalau-kalau ada.

Bila demam tak reti nak kebah

Hari Isnin (14.08.2023) Selangor dan Negeri Sembilan diberikan cuti peristiwa sebab kerajaan sedia ada dapat mengekalkan kerusi mereka.


Cuti atau tidak ammi macam tak bercuti sebab kena bertugas jadi nurse tambahan di hospital.  

Ozil mula demam since hari Khamis.  Ammi balik kerja Khamis tu ammi tengok dia tidur melepek dengan baju sekolah pun tak buka lagi.  Muka dia memang merahlah. Abah tak ada haritu sebab ziarah makciknya yang meninggal di Melaka.  Kyra ni puaslah dok kejut adiknya bangun mandi…adiknya tak bangun dia pun malas nak layan.

Jumaat kebetulan sekolah Ozil memang cuti sebab sekolah dia jadi pusat membuang undi. Demam dia on and off walaupun makan ubat ikut jam yang sepatutnya. Begitu juga Sabtu dan Ahad.

Letak tuala basah kat kepala kejap je kering.

Hari Ahad tu Ammi rasa macam lama nau demam dia dan memang dah layak bawak ke hospital.  Demam dia pun macam lagi melampau2 panasnya. Agent insuran ammi kata terus je bawa ke Emergency Department hospital yang berdekatan.

Demam dia 39.8 masa ni. Dia dah cuak tengok orang menjerit-jerit sakit dekat Emergency Department. Ambil darah and Alhamdulillah bebas dengue, tapi simptom sakit joint, sakit perut mcm Chikugunya pun ada.  Ammi cakap dengan doctor kalau ada bilik kosong silalah admit dia.  Risau wei kat rumah panas dan macam bara api.  Bila mandikan dia pakai air sejuk air yang keluar dari badan dia terus jadi air suam.


Pagi semalam dia dibawa ke bilik ultrasound utk check perut dia sebab ada bahagian yang bila doctor pakar tekan2 dia mengaduh sakit. Doctor risau ada infection dalam perut. Result keluar dan alhamdulillah…perut ok.


Selera makan Alhamdulillah masih ada. Walaupun demam 5 hari makan dia tetap onnnzzz. 


Sebab awak good boy, maka ammi belanjalah awak tengok kartun kat handphone.

Semoga cepatlah boleh discharge budak kecik ni.  Pagi ni bacaan temperature agak baik. Dah ada tanda menurun ke 37.2.  Kesian kakak kat rumah.  Kakak ada mid-term exam…ammi kat hospital tak boleh jadi pompom girl kakak.

Ammi masih off kerja harini.  Kesian boss ammi kena handle kerja ammi.  Nanti hujung tahun I bagi u bonus je boss ahaksssss.